skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
Kisah sang semut dalam Al-Quran   New Message
Dalam leka-leka meneliti file lama dalam email ku, terjumpalah satu artikel tentang semut..Rasa kalau dikongsi bersama, dapat la juga sikit pengetahuan..so terdetik la niat nak berkongsi...semoga ada yang dapat diambil....
 
Allah mengabadikan kisah semut di dalam Al  Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab  suciNya dengan nama An Naml iaitu semut. Kisah tersebut diceritakan  Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalam surah ini.
Allah s.w.t.  berfirman yang bermaksud;
“(Maralah angkatan itu) hingga apabila  merekas ampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian  semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan  tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak  menyedari”.
Surah An-Naml, ayat 18
Allah s.w.t.  berfirman yang bermaksud;
“Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman  mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai  Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang  Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap  mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan  limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.
Surah  An-Naml, ayat 19
Istimewanya Makhluk Allah Ini.
Cuba  perhatikan kehidupan masyarakat semut.Teknologi, kerja gotong-royong,  strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang  rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan  pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil.
Keajaiban  dan Fakta Menarik Tentang Semut.
1. Semut mempunyai 500.000  sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka. (Harun  Yahya)
2. Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu  semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan  komunikasi.
3. Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog  hitam dari Australia, bisanya mampu membunuh manusia.
4.  Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah  satu juta bagi setiap orang.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
  
 
5 comments:
terima kasih maklumat ni... pernah dengar salam semut? ahaaa mungkin itu lah salam persahabatan yang murni dan suci.. nak tahu camne tgk lah semut bersalama...heheh
sana2...haha..penah..ok salam disambut dengan tangan yang terbuka....
sama2...haha..penah..ok salam disambut dengan tangan yang terbuka....Masyaallah..begitulah besarnya ciptaan Allah....
Salam. Ana copy ye post ni sedikit.
Jazakallah akhi.
silakan...hak milik kekal tiada disini melainkan Allah swt..smg ia bermanfaat utk smua....
Post a Comment