Al-Habib As-Sayyid  Abd Qadir Bin Ahmad As-Saqqaf
Beliau dilahirkan  pada  Jamadil Akhir 1331H dan dibesarkan oleh ibu bapa yang soleh dalam   suasana yang solehah. Ayahnya bernama Sayyid Ahmad Bin Abd Rahman   manakala Ibunya As-Syarifah A'lawiyah Binti Al-Habib Ahmad Bin Muhammad   Al-Jufri
PERMULAAN  SEJARAH
Terbuka mata hati Habib Abd Qadir untuk  menjadi Insan yang  bertaqwa dan soleh apabila beliau sering melihat  ayahnya mendirikan  solat, berpuasa, menyibukkan diri dengan ilmu dan  majlisnya (ilmu).  Ibunya pula sering membaca wirid-wirid siang dan  malam, suasana  beginilah yang memahat satu ukiran keimanan di dalam jiwa  beliau.
Suasana beginilah  yang diamalkan oleh para Salaf yang telah  menjadikan rumah mereka  sebagai sebuah sekolah yang mendidik anak-anak  dengan pelbagai ilmu yang  susah untuk diperolehi setelah dewasa. Semoga  setiap dari kita mampu  membentuk suasana keimanan di dalam rumah  masing-masing.
PENGAJIAN
Habib Abd Qadir telah  menuntut Ilmu di Madrasah  An-Nahdah yang  bermaksud “Kebangkitan”, sesungguhnya madrasah ini  sebagaimana namanya.  Guru-gurunya terdiri daripada Syeikh-syeikh besar  dan Ulama-ulama.  Method pembelajarannya ialah tarbiah, pembersihan jiwa  dan ilmu. Di  Madrasah ini Habib Abd Qadir mempelajari Ulum Hadis,  Tafsir, Bahasa Arab  dan segala ilmu  berkaitan, Fiqh,   Sirah, Sejarah dan sedikit daripada ilmu kira-kira dan falak dan juga   selainnya. Madrasah ini juga mempunyai jabatan khusus untuk menghafal   Al-Quran. Habib Abd Qadir telah menghafal Al-Quran dalam tempoh yang   singkat. Walaupun Madrasah tersebut mempunyai keistimewaan yang luar biasa akan tetapi Ayah Habib Abd Qadir tidak pernah alpa dari   tanggungjwab beliau untuk bertanya, mengikuti dan menguji segala   pelajaran yang diperolehi oleh Habib Abd Qadir. Didikan dari rumah   inilah yang tel!  ah banyak melahirkan insan yang cemerlang.
CABARAN  DAN  MEHNAH
Apabila  berubah  suasana Politik di selatan Yaman, golongan Sosialis telah  mengganggu  golongan pendakwah dan agamawan, khususnya mereka yang  mempunyai  pengaruh dan menjadi nadi di dalam masyarakat. Golongan  Pendakwah dan  agamawan hidup di dalam keadaan terseksa pada ketika itu.  Habib Abd  Qadir sendiri diwajibkan untuk menulis namanya pada setiap  pagi dan  petang di balai polis. Beliau begitu sabar dan dalam masa yang  sama  berusaha untuk keluar dari cengkaman Sosialis sehinggalah ada  yang  sanggup membantu untuk membawa beliau ke Singapura dan seterusnya  ke  Indonesia. Di kedua-dua negara tersebut beliau telah mendapat  sambutan  yang hebat dan penghormatan yang selayaknya.
Dari Indonesia beliau  telah bertolak menuju ke Hijaz dan  disiitulah permulaan untuk beliau  menetap di sana. Hijaz bukanlah kota  yang asing bagi beliau kerana  beliau pernah melaksanakan Haji sebanyak 6  kali sebelum beliau bermukim  di Hijaz, Beliau telah keluar dalam  tempoh yang lama untuk berdakwah  sehingga beliau akhirnya kembali dan  menetap di Hijjaz pada ramadhan  1394 H.
Di Hijaz  beliau  mendapat sambutan yang amat dahsyat. Setiap hari beliau akan  keluar  untuk mengajar pelbagai ilmu seperti hadis, tasauf dan sirah.  Pelbagai  perbincangan dan perdebatan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu  juga  diadakan. Beliau juga mempunyai beberapa majlis ilmu ditempat lain   seperti Madinah.
KEISTIMEWAAN   BELIAU
Beliau adalah seorang  yang  mampu menghidupkan kembali hati yang lemah terhadap kepada  kecintaan  kepada Allah, sentiasa mengungkapkan kata-kata yang indah dan  penuh  hikmah. Lidahnya tidak pernah lekang dari berhujah  menggunakannas-nas  al-Quran dan as-Sunnah dan cerita-cerita bangsa.  Beliau menggambarkan  realiti ummat yang memedihkan dan memberi penawar  kepada semua bala dan  kepincangan akhlak.
Kasih  sayang Habib melata  di dalam hati  manusia dari pelbagai bangsa dan warna kulit, sama ada  yang hampir  dengan beliau atau yang jauh, yang bersama beliau atau  menentang  beliau. Sebagaimana yang boleh dilihat di dalam majlis beliau  terdapat  pelbagai bangsa dan warna kulit.
PENUTUP
Terlalu panjang jika  ingin berbicara berkenaan Habib Abd  Kadir, hanya sedikit ringkasan yang  boleh dibuat. Untuk mengenal siapa  Habib Abd Qadir dengan lebih  mendalam, bertanyalah kepada penduduk  Hijaz dan Yaman, nescaya kalian  akan menemukan manusia-manusia yang  terbentuk akhlak dan peribadinya  dengan didikan Habib Abd Qadir. Maha Suci Allah yang  menganugerahkan kita rezeki  dengan adab zahir dan batin ketika bersama  Ulama-ulama seumpama mereka.
 Al-Habib   As-Sayyid Abd Qadir Bin Ahmad As-Saqqaf telah menghembuskan  nafas  terakhirnya sebelum solat zohor pada hari Ahad 19 rabiul akhir  1432  bersamaan 4 april 2010. Solat di Masjid Haram pada hari yang sama selepas   Isyak. –Al-Fatihah- Moga Allah alirkan segala keberkatan dan kelebihan   mereka kepada kita semua, amin.
ENGLISH
Al-Habib As-Sayyid  Abd Qadir Bin Ahmad  As-Saqqaf
Born in Jamadil Akhir  1331H, raised by pious parents and in  solehah atmosphere. His father  was Sayyid Ahmad Bin Abd Al-Rahman,  while his mother A'lawiyah Syarifah  Binti Al-Habib Ahmad Bin Muhammad  Al-Jufri.
INITIAL  HISTORY
Habib Abdul Qadir  open his eyes to be a Man of piety and  righteousness when he often see  his father performed prayers, fasting,  always busy himself with  knowledge and knowledgeable activities and his  mother often read wirid  in day and night. This atmosphere has make a  sculpture of carved faith  in his life.
This way is done by  the Salaf which make their home a school  to educate children with the  knowledge that is difficult to be obtained  as an adult. May each one of  us could create an environment of faith  in their homes.
STUDIES
Habib  Abdul Qadir  gained knowledge at Madrasah Al-Nahdah which means  "resurrection", for  this college as its name, teachers of Shaykh-sheikh  large and scholars.  Learning method is tarbiah, cleansing the soul and  knowledge. In this  Madrasah Habib Abdul Qadir learned Ulum Hadith,  Tafsir, and all  knowledge regarding Arabic language , Fiqh, Biography,  History, and some  of the arithmetic and astronomer as well as  otherwise. The college also  has a special department to memorize the  Koran. Habib Abdul Qadir  memorized Al-Quran in a short period. Although  the school had the  extraordinary privilege but Habib Abdul Qadir’s  father never neglect his  obligation to ask, and try to follow the  lessons learned by Habib Abdul  Qadir. Home education is creating a lot  of successes.
CHALLENGES  AND  TRIBULATIONS
When  political  climate in southern Yemen changed, the Socialist interrupted  the  preacher and the believer, in particular those who has the  influence and  also the heart of the community. Preachers and the  believer living in  grave condition at that particular time. Habib Abdul  Qadir was required  to write his name during morning and afternoon at  the police  office. He  was very patient and at the same time try to get  out of the grip of the  Socialists, until there is help to bring him to  Singapore. He then when  to Indonesia. In both countries he deserved the  great honor.
From Indonesia, he  left to Hijaz and he is starting to live  there. Hijaz is not a foreign  city for him because he had performed  Hajj for 6 times before he was  residing in the Hijaz, he left for a  long time to preach until he  returned and settled in Hijjaz in Ramadan  1394 AH
In Hijaz he received a  tremendous response, he would come out  every day to teach a variety of  knowledge, such as Hadith, Sufism and  history. Various discussions and  debates in various fields of  scientific knowledge is held. He also held  knowledgeable program in  various place, such as Medina.
HIS  FEATURES
He was able to revive  sluggish hearts to the love of God,  always provides full of beautiful  words of wisdom. His argument was  never far from the al-Quran and  Al-Sunnah and the stories of the  nation. He represents the human reality  that sore and healing to all  plagues and moral shortcomings.
Habib’s love is for  all people despite of races and colors,  whether he close to him or  against him. This can be seen in his lecture  where there was various  kind of races and colours.
CONCLUSION
It will take a lot of  time to talk about Habib Abd Kadir,  just a little summary that can be  made here. To learn more about Habib  Abdul Qadir, you can ask the people  of Hijaz and Yemen, then you will  find people with the moral and  personal form education of Habib Abdul  Qadir. Glory to Allah that award  us a good manners when we are with  them .
Al-Habib As-Sayyid  Abd Qadir Bin Ahmad As-Saqqah met with the  Creator before zohor prayer on Sunday 19 Rabiul  Akhir of 1432 equal to 4  April 2010. He was prayed at Masjid Haram on  the same day after Isyak  payer.
-Al-Fatihah- May  Allah bless and  provides all their benefits to us , amin.
~~Syukran Sahabat Kedah~~
~~Syukran Sahabat Kedah~~

2 comments:
alfatihah...namun semangat dan ilmu yang ditinggalkan, tidak luput ditelan zaman...insyaAllah.. tidak mati...
ya betul..smg beliau mendapat manfaat dari ilmu yg dicurahkan....
Post a Comment