♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Sejauh Mana Kita Mampu Membantu

Sunday, December 15, 2013

     Minggu ini, sebahagian tanah syam mendapat salji yang amat luar biasa sejak berpuluh tahun ianya tidak hadir. Salji yang dikatakan agak luar biasa ini boleh dilihat di Turkey, Syria, Palestin, bahkan Mesir yang terakhir dilanda salji adalah 112 tahun yang lalu. 

     Kali ini apa yang saya ingin bawakan kepada pembaca adalah kesilapan kita hari ini. Sejauh mana kita mempedulikan nasib mereka disana. Sejauh mana kita mengambil tahu perkembangan mereka disana ? Tahukah kita apa yang berlaku tika ini terhadap mereka disana? Tahukah anda siapa yang ingin saya maksudkan ? 

     Mereka adalah saudara kita, saudara seIslam. Bahkan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dengan mafhumnya, tidak beriman seseorang itu sehinggakan dia mengasihani saudaranya seperti dia mengasihani dirinya sendiri. Sejauh mana kita menterapkan hadis ini dalam pengamalan hidup seharian ? 

     Hitunglah semula amalan kita. Sejauh mana kita mampu membantu. Hanya mengharapkan kerajaan membantu ? Mulakan dari diri kita sendiri bantuan itu bermula dan kita akan yakin dengan amalan itu mampu membantu kita di akhirat kelak. 

    Disini saya kepilkan beberapa keping gambar keadaan yang benar-benar berlaku dan inilah realiti hari ini. Hanya beberapa keping dari ribuan gambar yang dikongsi berkaitan Syria.

Gambar pelarian Syria di sempadan Syria -Turkey

Gambar keadaan khemah pelarian Syria

Gambar bayi Syria yang meninggal akibat kesejukan. 

    Semuanya adalah realiti dan ada gambar yang tidak mampu saya paparkan disini dek hati yang sayu menangis kesedihan. Ada saya kongsikan diruangan tweeter jika anda ingin melihatnya. Berdosalah kita kerana membiarkan mereka begitu sahaja. 

Ingin membantu ? Tiada cara ? Was-was ? 

    Disini saya kepilkan satu iklan bantuan yang boleh memberikan peluang kepada anda untuk membantu. Hulurkan bantuan sebanyak yang mungkin. Hebahkan semampu boleh. Jika itu yang termampu. Walaupun hanya RM10, tapi iti amat bermakna bagi mereka. 

Siapakah mereka ? 




      Seorang pelajar jurusan Shariah di Universiti Al-Al Bayt dan merupakan kordinator kepada team penggerak Tangisan Syria Di Bumi Jordan. Jika ingin mengetahu lebih lanjut boleh lihat di facebook dengan nama page tersebut. Jika ingin mengetahui lebih lanjut boleh terus hubungi saya ataupun berhubung terus dengan kordinator yang dinyatakan. 

Ingatlah, saham inilah yang akan membantu kita disana kelak. Ayuh, bersama membantu saudara kita ! 

6 Safar 1435H
15 Disember 2013M

Perjalanan Seribu Erti

Saturday, December 14, 2013

Dalam mengorak langkah seharian, pelbagai dugaan dan cabaran perlu ditempuhi. Kadang kala ujian itu hadir umpama duri dijalanan, kadangkala ianya hadir umpama air yang tenang mengalir. 

Bagaimana diri yang kerdil untuk tempuhi segalanya ? 

Usah gentar sahabat untuk terus melaluinya kerana ia hadir bukan sia-sia. Ia mengajar erti kehidupan untuk kita terus gagah melangkah maju kehadapan.  Kita diuji dengan pelbagai rintangan tapi tahukah kita rintangan itu kita mampu tempuhi ? Allah tidak akan hadirkan ujian buat hamba-hambaNya melainkan ujian itu mampu dilalui oleh hambaNya. Hadapinya dengan penuh sabar dan tabah kerana disebalik ujian itu adanya kemanisan yang disediakan.

Hatta dalam berukhwah juga kadangkala diuji apatah lagi kehidupan yang panjang ini.

Walaupun pelbagai dugaan melanda bumi, matahari tetap terus mengorak langkah memberikan sinarnya buat sekalian makhluk. 

Ayuh, kita langkah bersama !! 

5 Safar 1435H
8 Disember 2013M

Guna TH melalui Maybank2U

Friday, October 11, 2013

Berkongsi sedikit,

Bagi sesiapa yang mempunyai akaun Tabung Haji (TH) dan Maybank2u (m2u), amat digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan yang mereka sediakan. Ianya amat mudah dan pantas. Sedikit tip bagi mereka yang mahu mengemaskini atau mahu melakukan 'pindah wang' diantara TH & m2u atau sebaliknya.

Yang pertama, daftarkan akaun TH anda dengan m2u melalui ATM Maybank, dengan memasukkan No Akaun dan No Siri buku TH anda di mesin ATM dalam bahagian pendaftaran TH. Apabila selesai, semuanya transaksi anda boleh dilakukan melalui m2u samada mahu tranfer wang dan cek baki semuanya boleh dilakukan hanya menggunakan m2u mahupun ATM Maybank

Dan yang paling memudahkan kita semua adalah cabutan giliran haji juga boleh dibuat melalui m2u dengan syarat baki duit RM1300 akan dibekukan untuk simpanan.

Cara untuk melihat akaun TH anda di m2u :

1) Log in m2u anda
2) Pilih tranfer
3) Pilih menu Tabung Haji

Dan anda akan melihat menu TH anda di m2u.

Disamping it juga, simpanan melalui perbankan internet Maybank2U ke akaun Tabung Haji boleh dilakukan dengan mengikuti langkah seperti berikut:

1) Pilih ‘Accounts & Banking’.
2) Kemudian pilih ‘Bill Payment’ dan pilih pada 'Make A One-Off Payment'.
3) Pilih ‘All Payee’ daripada senarai pilihan (select from list) ‘View All Payees by Category’ kemudian klik ‘Continue’.
4) Pilih ‘Lembaga Tabung Haji’ dari senarai pilihan ‘All Payee’ kemudian klik ‘Continue’.
5) Masukkan No. Akaun Tabung Haji, No. Kad Pengenalan dan jumlah wang yang ingin didepositkan ke akaun Tabung Haji kemudian klik ‘Continue’.
6) Semak maklumat yang telah anda lengkapkan. Kemudian masukkan 'Kod TAC' dan klik ‘Confirm’ untuk menghantar pembayaran.
7) Pilih 'Confirm' dan Cetak ‘Successful Transaction’ untuk rekod anda.

Selamat Mencuba ;)

Tahajud : Perbandingan Cinta Diri Terhadap Ilahi

Tuesday, October 1, 2013

 Alhamdulillah sekian lama terhenti mengemaskini entri, akhirnya diizinkan untuk meneruskan kata-kata di medan hp sebagai medium buat diri. Kali ini bukan ingin berkongsi berkaitan diri, kenapa tidak wujud sekian hari, tetapi berkongsi apa yang menyenth hati.

Kita pernah melihat bagaimana sirah junjungan Baginda Rasullllah Salllahalaihiwasallam mengisahkan pemilihan ahli ketika perang, yang mana mereka yang bangun malam di antara kriteria untuk terpilih berperang. Ini menunjukkan kepentingan bangun malam (qiamullail/tahajud) ini mempunyai banyak kebaikan buat diri kita sendiri.

Terbuka sebuah video yang mengisahkan seorang ahli politik tanah air kita mengatakan, dirinya hanya tiga kali sahaja meninggalkan solat tahajud dalam lembaran dirinya. Kita lihat sendiri bagaimana kesibukan, dan keletihan seorang ahli politik dalam menyempurnakan tugasnya untuk rakyat tetapi beliau masih mampu melaksakannya. Melihat beliau sedih ketika mana mengambarkan kekesalan kerana meninggalkan solat tahajud, merasakan diri ini agak kedil dan hina di sisi-Nya.

Kita yang masih muda ini, masih berdaya, berjiwa muda, adakah mampu untuk mengikuti beliau ? Bagaimana masa kita dimanfaatkan untuk Ilahi ? Merasakan agak kerdil dan hina disisi Allah kerana walaupun masih dikategorikan muda, tetapi benda yang percuma bahkan ada ganjaran tidak mampu dilaksanakan. Ambillah ruang menilai dan menghitung amalan diri, adakah rasa bersalah kita sama seperti beliau ataupun sebaliknya. Mati itu tidak mengenal masa dan ketika, persiapkan diri bertemu Ilahi

Semoga Allah memanjangkan usia ayahanda TGNA.

#tepukdadatanyaiman#



PRU13 : Kisah Seribu Kenangan

Wednesday, May 22, 2013

PRU13 sudah berlalu dengan pelbagai kisah yang menarik untuk kita semua teliti dan berfikir. Tahniah saya ucapkan kepada Barisan Nasional atas kemenangan yang memberikan anda kuasa memerintah tanah air semula. Peluang yang diberikan oleh rakyat usah disia-siakan. Lakukan perubahan untuk membawa kegemilangan untuk tanah air.

Buat Pakat Rakyat, usah kecewa atas kekalahan kerana anda juga punyai pengikut yang ramai. Mungkin peluang anda bukan hari ini, tapi esok hari. Terus bersama kerajaan dalam memacu perubahan bealurkan demokrasi yang adil.

Buat yang menang, laksanakan segala janji yang diberikan kerana itu merupakan satu tuntutan. Manakala bagi yang kalah sama-sama membantu merialisasikan sebuah negara yang maju jaya.

Posting kali ini bukan mahu mengulas kekalahan dan kemenangan PRU13, tetapi ingin berkongsikan himpunan koleksi PRU13. Semua pembaca mengetahui apa yang berlaku semasa pilihanraya diadakan. Dan pelbagai isu dan perkara timbul. Apa yang diharapkan adalah jawapan mereka yang terbabit.

Saya merasa agak terkilan sekiranya apa yang ditimbulkan adalah benar. Dan lebih terkilan sekiranya mereka yang seagama dengan saya iaitu ISLAM, terlibat dalam melakukan perkara-perkara sebegini rupa. 

Mungkinkah perlu dijawab, tidak takutkah anda jika kantoi kelak ? Adakah anda merasa anda sentiasa terlepas ? Sejauh mana rahsia itu akan tersimpan rapi ? Dan yang mahu saya kongsikan adakah anda rasa terlepas di penghakiman padang mashar kelak ?

Tidak kira pihak PR mahu pun BN, sama-sama rungkai persoalan di atas untuk keamanan kelak.

Video 1, Video 2 Video 3 Video 4 ( Kertas Undi Di Bawa Keluar ? )

Video 2 ( Beg Undi Di Padang Bola ) Gambar Susulan 1 

Koleksi Beg Undi ?


Warganegara atau pengundi luar ?

Gambar 1

Rasuah atau hadiah ?


Dakwaan Penyelewengan ?
Video 1 Blog 1


Dan untuk tontonan semua, saya bawakan Video renungan dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi untuk sirah yang memberikan erti pejuangan buat anda serta video erti penat lelah dari Dato Zaini Hassan. Dan jawapan buat gabungan parti yang saya kagumi, video dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Semoga masih ada peluang untuk esok hari untuk kita semua. Saya mengalukan sekiranya ada jawapan bagi persoalan yang timbul.


Amat Memalukan Negara



USAH LUPA MEREKA JUGA SAUDARA KITA !!!

LANCER : Satu Taklifan Kepada Ilmuan

Saturday, January 5, 2013

17 November - Satu tarikh keramat dan kenangan buatku yang tidak dapat dilupakan. Takkala musim pembelajaran masih berjalan, dakwah dan maklumat tetap berjalan seperti biasa. Takkala ditaklifkan sebagai ahli jawatan kuasa bawahan LANCER, masih terasa kerdil diri ini. Adakah mampu aku menggalas tanggungjawab yang bakal disoal kelak ? Sejauh mana kemampuanku dalam memimpin ? Adakah mampu menjadi salah seorang kordinator penggerak kepada program ? Ya, mereka semua sahabatku dan aku juga ingin mencuba. Alhamdulillah, dipimpin diri ini bermula dilamar, sehinggalah program berakhir.

Mungkin ramai tertanya apakah LANCER ? Adakah sebuah kereta mitsubishi ? Jauh sekali tekaan anda jika beranggapan sedemian. LANCER adalah singkatan nama bagi program  Lawyer : One Stop Center. Sebuah program yang bertemakan pendedahan guaman syari'e buat mahasiswa sebagai maklumat. Saban hari, peningkatan jenayah, penceraian, gejala maksiat, dan kerosakan akhlak khususnya muslim di malaysia memerlukan peguam bagi membantu dan menyelesaikan masalah di dalam kamar mahkamah. Siapakah yang kita harapkan untuk menyelesaikan ? Berdasarkan keperluan tersebut, pihak KPMJ mengambil satu langkah dan inisiatif dengan mengadakan LANCER '12 sebagai satu wadah dan pendedahan buat mahasiswa khususnya pengajian Islam syariah mahupun usuluddin. Pendedahan serta merungkai skop kerja guaman syari'e menjadi objektif utama program tersebut. Sejauh mana harapan kita kepada mahkamah sivil dalam menyelesaikan masalah yang bersangkut-paut dengan agama Islam. Adakah kita meletakkan satu kepercayaan yang kena pada tempatnya ? Jesteru dalam memahamkan sasaran dengan Islam , program ini menjadi sebuah kewajiban untuk dilaksanakan untuk pemahaman serta pendedahan buat semua.

Berdasarkan kepentingan dan objektif tersebut, aku mengatakan pada diri, mahukan menjadi sebahagian dari penyumbang ? Ya, jika mahu hulurkan tenaga untuk membantu agamamu. Alhamdulillah program berjalan lancar dengan kehadiran tetamu dari kalangan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) . Pendedahan yang diberikan oleh mereka yang berpengalaman dalam pelbagai bidang antaranya berkaitan hudud , guaman , ekonomi Islam , cerminan sivil serta syariah dan banyak lagi menjadi sebuah mutiara bagi para peserta yang hadir.

Dalam program tersebut, banyak yang dapat ku pelajari antara kepimpinan dalam bekerja, kecekapan menangani masalah, serta yang paling utama kaedah pendekatan kita bersama rakan kerja menjadikan ianya satu bonus bagiku. Aku masih terus mengharap, suatu hari nanti yang bakal memacu dan menggerakkan mahkamah syariah dan sivil adalah mereka yang hadir dalam program tersebut. Jika mereka mampu menjadi permata buat agama, mengapakah tidak kita menjadi mutiara buat Islam ?

::: Kita semua mampu melakar sejarah buat Islam :::

Maklumat lanjut berkaitan LANCER ada di sini. Selamat membaca~




Menjadi Kenangan
Semoga Allah merahmati kalian semua

~kenangan indah kita berukhwah~

 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews