♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Hari Ini Di Manakah Kita

Friday, March 16, 2012

Hari demi hari umur kita semua kian meningkat dari kanak-kanak ke dewasa dan begitu juga dari remaja ke dewasa sebagainya tapi bagaimana dengan diri kita.Adakah kita semua merasai peningkatan umur kian hari? Ataupun kita masih berasa kita berada di tahap yang sama tika masa dulu kita berada? Kian hari pelbagai benda berlaku dalam diri kita. Agak rugilah bagi mereka yang hanya terus ke hadapan tanpa melihat di sekeliling kehidupannya.


Dalam Al-Quran Allah berfirma dalam surah Al-Asr 2-3:-
Firman Allah SWT  :


"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"

KEZALIMAN


Kini kita sudah masuk di pertengahan bulan mac iaitu bersamaan bulan robiul awal 1433 hijriah.Bagaimana keadaan saudara-saudara yang dekat dengan kita di seluruh pelusuk dengan kita? Adakah mereka seperti keadaan kita sekarang? Saudara kita di Mesir, Lubnan, Yamen, Tunisia, Libya, Afrika, dan khususnya sekarang buat saudara kita di Syria dan Palestin tidak seperti keadaan kita sekarang yang penuh dengan kenikmatan. Mungkin kita kurang sedar tentang keadaan mereka dan bagaimana keadaan mereka sebenar walaupun mereka berada dalam negara sendiri. Contoh pergelutan di antara zionis dan rakyat Palestin yang sudah makan masa puluh tahun diantara mereka. Tapi bagaimana caranya kita mahu menyumbang kekuatan kepada mereka? Adakah dengan menyertai mereka dengan menganggat senjata mahupun dengan hanya kata-kata?


Semua itu atas kemampuan kita hari ini. Dulu kita hanya saksikan dengan perasaan pilu tapi hari ini banyak cara kita dapat sumbangkan untuk mereka. Antara jalan yang mudah kita usahakan :-

  1. Memberikan Sokongan
Walaupun hanya dengan membuat status di fb, upload gambar di blog, atau menyertai kempen anti keganasan anjuran NGO-NGO itu sudah memadai untuk kita yang inginkan kedamaian untuk semua.

     2. Memboikot

Dalam isu meboikot ini ramai yang mengatakan ianya hanya benda yang sia-sia dan tiada hujung pangkalnya. Tapi apa penting jika kita merasai produk tersebut boleh menyumbangkan sesuatu kepada pihak musuh, lebih baik kita melumpuhkan.Sebagai contoh hari ini jika di sebuah kampung itu merupakan pengeluar utama pisang bagi sebuah bandar yang memerlukan pisang bertandan-tandan dalam sehari, apakah akan berlaku jika orang di bandar berkenaan menukarkan permintaan pisang kepada nanas dari kampung yang lain? Adakah pengeluar pisang itu akan untung atau sebaliknya. Jawapan yang mudah kampung berkenaan akan menukarkan stategi perniagaan demi menjaga perniagaan mereka. Adakah BOIKOT ini memberi kesan. Walaupun kita hanya 1sen ia boleh membawa kepada rugi mahupun untung.

Begitu juga dengan kita hari ini yang penuh dengan pelbagai produk-produk yang asalnya merupakan produk musuh-musuh Islam.Kenapa kita tidak mengambil langkah untuk memboikot mereka. Anda Mampu Merubahnya

Dan banyak lagi perkara yang boleh kita sumbangkang walaupun jarak kita dengan mereka beribu-ribu batu .Hanya sekadar usaha kita yang ringan itulah memberikan kedamaian kepada mereka di sana

~Kami Bersama Kalian Palestin & Syria~


AKHLAK

Dunia yang tiada batasan ini banyak memberikan perubahan kepada perubahan masa kini. Alhamdulillah ramai diantara kita sudah melakukan penghijrahan yang terbaik. Dari dulu tidak bertudung kepada bertudung, dari ber'couple' kepada perkahwinan dan sebagainya. Tapi ianya hanya sekelompok sahaja. Masalah moral, penzinaan, anak luar nikah, pembunuhan, ragut, dan banyak lagi yang tak seronok nak di sebutkan banyak berlaku daripada perubahan yang dinyatakan. Anak-anak yang bertudung kini banyaknya hanay bertudung di kepala tapi tidak di lapik dengan keimanan. Diri bertudung, ber t-shirt lengan pendek, berseluar ketat, dan agak terkejut juga apabila tudung hanya di jadikan sebagai fesyen bukan tanda taat kepada Allah. Apabila ianya hanya sekadar fesyen pelbagai benda-benda yang pelik berlaku biar pun mereka bertudung.

Firman Allah :
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (al-A’raf: 26)

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka …” (an-Nur: 31) 


Semoga kita diantara yang sentiasa menjaga syariat Allah dan meneruskan ciri-ciri Islamic dalam meneruskan kehidupan.Hari ini semua perkara ini menjadi suatu perkara biasa tidak mustahil satu hari ia hanya tinggal sejarah buat kita sama ada ianya pahit mahupun manis. Sekurangnya kita punyai usaha tersendiri untuk melihat 'mungkar' atau kebatilan itu hapus diubah zaman.

Semoga kehidupan kita hari ini menjadi saham kita di kemudian hari~Insyaallah~

*perkongsian bersama
Remaja moroco yang menangis mengenangkan nasib masyarakatnya.Sungguh air matamu itulah menjadi bukti kebenaran dan kesedaran buat kami



~Genap dua bulan pemergianmu~Semoga bahgia disana duhai ayahanda tercinta ~_~

Nukilan Buatmu

Saturday, March 10, 2012

Nukilan buatmu hamba Allah @ Abdullah 



Walaupun Diriku 

Tidak Mengenal Dirimu
Tapi Aku Mengetahui
Budi Pekertimu
Baik Bicaramu
Terhadap Diriku

Aku Mengetahui
Yang Terbaik Untuk Diriku
Yang Terbaik Juga Buatmu
Ku Dambakan Doa
1001 Harapan Buatmu
Agar Segar Menjagamu
Tika Saat Dan Waktu

Walaupun Tertanya-tanya
Siapakah Gelaranmu
Aku Mengetahui
Itulah Terbaik Buatmu

Aku Tahu
Allah Kasih Kepadamu
Danku Harapkan
Allah Sentiasa bersamamu
Tika waktu Ketika
Sentiasa Dalam RedhaNYA


~Terima Kasih Abdullah~

Alangkah Indahnya Toleransi

Monday, March 5, 2012

Sedikit perkongsian yang rasa-rasanya agak menyentuh jiwa dan raga untuk semua.Kalaulah ada seribu orang seperti Marzuki sungguh damai dan tenteram keadaannya dan alangkah eloknya kalau para pengamal undang-undang punyai sikap seperti beliau.Mampu tranformasikan keadaan kepada yang lebih baik.Luangkan sedikit membaca perkongsian sahabat kita.semoga Allah memberkati makcik dan encik Marzuki selalu.ws~


Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.






kredit to KBBUTV3

 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews