♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Wanita lamar lelaki amalan terpuji

Monday, December 19, 2011

Perkongsian yang amat bermakna ini diberikan oleh seorang sahabat.Amat bermakna dan penuh dengan kupasan yang menarik yang kadangkala sibuk dibualkan muda mudi kini.Apa yang dibincangkan.Itulah istilahnya 'Perigi Cari timba'

Terima Kasih SaHabaT

sama-sama kita  teruskan membaca



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.


Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.

Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.

Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.


Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?


Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.

Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.

Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.

“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.

“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.

“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.

Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.

“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.

“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.

“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.

“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.

“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.

“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.


sumber : http://bhalaqah.blogspot.com/2011/01/wanita-lamar-lelaki-amalan-terpuji.html

Muhasabah Diri

Monday, December 5, 2011



Renungkanlah rangkap syair ini
Rangkap inilah yang membuatkan Imam Ahmad Bin Hambal menangis
Semoga menjadi salah satu lubang muhasabah buat kita


Jika tuhan bertanya kepada ku
Tidak malukah kau bermaksiat kepada-KU
Kau sembunyikan dosa mu dari makhluk-Ku
Dan datang padaku dengan penuh dosa
Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapakah yang akan selamatkan aku?
Aku terus menyogok diriku dengan impian dan harapan dari masa ke semasa
Dan aku melupakan apa yang terlihat pada kematian
Dan apakah yang akan berlaku selepas dikafankan diriku
Seolah-olah aku ini dijamin hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku
Dan telah datang sakaratulmaut yang amat ngeri
Siapakah yang mampu melindungi diriku ini?
Aku melihat pada wajah-wajah
Apakah ada daripada mereka menebusku?
Akan ku disoal apa yang aku lakukan didunia untuk menyelamatkan diriku ini?
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku!Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah menyeruku?
Apakah aku tidak dengar apa yang telah diberitakan didalam surah Qaff dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,hari perhimpunan dan hari ad-deen(Qiamat)?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru & menjemputku?
Maka ya Rabb!seorang hamba datang bertaubat
Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan tuhan yang maha luas pengampunannya & membimbingku pada kebenaran
Aku telah datang kepada MU maka kasihanilah daku & beratkanlah timbangan (kebaikan) ku
Dan ringankan (percepatkan) hisabku dan Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban
   
Ya Allah!

http://www.youtube.com/watch?v=NHdZ8hSuTIU&feature=share
<

Perginya Seorang Sahabat

Hilangnya sahabat untuk selama-lamanya
Walaupun jarang bersua muka tapi kenangan tika kita bersama akan ku kenang selama-lamanya
Perginya seorang sahabat yang kami kasihi
Salam Takziah buat keluarga terutamanya Pak Jamal atas pemergian anakanda tercinta

Sekalung takziah buat keluarga illlham Ellani atas pemergiannya.Semoga keluarga beliau terus tabah atas takdir Allah ini.
Semoga Allah menempatkan beliau bersama para anbia',shuhada' dana para soleh dan solehah dan Semoga Allah melimpahkan Maghfirah dan Rahmah ke atas rohnya dan menempatkan beliau bersama hamba-hamba Allah yang 
diredhai, ameen :(



:( إنّا لله و إنا إليه راجعون 

~hanya kenangan~


P/S


-Peringatan buat kita ajal datang tidak kira usia

-Perlengkapkanlah amalan untuk bertemu Sang Pencipta 


-Sentiasa muhasabah amalan & tingkahlaku harian

Renungkan Dahulu Tempuhi Dengan Jitu

Saturday, November 26, 2011

Masa berlalu begitu pantas!Tanpa disedari sudah 1432H sudah melabuhkan tirainya.Dan hari ini 1433H sudah membuka lebaran dengan jayanya.Tapi bagaimana pula dengan kita?Adakah kita masih di tampuk  yang lama ataupun lebih teruk dari itu?

Melihat tahun yang berlalu masih hitam jika diteliti dengan renungan keimanan.Bagaimana hitam itu kita ertikan untuk masyarakat?Memang sekarang manusia sudah berada di alam kecanggihan serba moden tanpa batasan.Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.Dunia berebut-rebut mencari kemegahan untuk di tonjolkan merekalah yang terbaik.Tidak kurang juga masyarakat yang inginkan kebebasan segera sehinggakan mengorbankan saudara-saudara sendiri.Kita lihat di rantau asia, satu persatu negara Islam hancur rebah dengan desakan nafsu semata tanpa ditapis oleh iman di dada.Tunia, Mesir, Libya, dan yang masih bergolak adalah jiran mereka juga Syria.Keinginan semuanya sama iaitu mahu membebaskan negara dari penjajahan sendiri dan inginkan kebebasan yang mereka impikan.Bagaimana pula di eropah?Pelbagai berita dan cerita bagaimana mereka sekarang.Bermula dari masyarakat sehinggalah kepada Presiden mereka ada yang tidak kena.Dengan masalah hubungan sesama jenis yang di 'halalkan' dan di masukkan dalam enakmen negara.Masalah lain pula seperti masalah moral,pencabulan agama,sehinggalah kepada masalah negara seperti hutang, ketenteraman negara dan banyak lagi yang perlu kita teliti dan jadikannya sebagai satu kekuatan untuk diri dalam menempuh kehidupan

Tidak kurang di negara kita yang aman damai.Pelbagai masalah yang kian lama bagaikan cendawan yang tumbuh membajiri dataran bumi.Paling kritikal adalah masalah moral dalam diri manusia itu kian hilang ditambah semakin tandusnya iman di dada.Bermula permasahan yang kecil sehinggalah yang besar semakin parah dalam masyaraka kini.Melihat kepada jenayah-jenayah yang semakin memuncak,kes rogol,kecurian,rasuah,warga asing,penindasan dan ketidakadilan sangat membimbangkan kita sebagai rakyat yang inginkan keamanan dan kedamaian dalam kehidupan.Tidak kurang juga muda-mudi semakin hari semakin kuat parahnya.Bermula dari masalah aurat yang dipandang teramat ringan,pergaulan bebas tanpa batasan kian menghitamkan diri,keinginan duniawi yang meracuni jiwa remaja, artis-artis diangkat seperti ulama' dan dipuja-pujakan dan paling parah dan nazak adalah hubungan dengan Allah Azzawajal semakin renggang dan kian terputus.Siapa yang perlu dipersalahkan?

~Dijadikan Muhasabah~
Bersempena dengan pembukaan diari tahun baru Islam ini,ingin saya mengajak semua agar kita muhasabah diri semula.Janganlah menjadi rutin apabila tiba tahun baru kita mengucapkan selamat tahun baru hijrah/masihi.Dan jika diamalkan akhirnya hanya sekada adat kita sahaja tanpa diri punyai perubahan.

Semua permasalahan itu jika kita tujukan kepada pemimpin amatlah tidak adil.Bermula pada diri,apakah diri kita ini sudah sempurna dengan segala kelengkapan?Kepada para ilmuan adakah kita mengamalkan ilmu yang dipelajari?Adakah kita berlaku adil pada ilmu yang dipelajari?Kepada pemimpin adakah kita melaksanakn tanggungjwab yang diberikan dengan telus dan amanah?Yang paling utama adakah redha Allah itu telah kita kecapi berdasarkan gaya hidup kita sebelum ini?Dalam kebersamaan kekeluargaan,dalam pergaulan, dalam penjagaan aurat, dan semua perkara yang dikira dosa samada kecil mahupun besar.Perlulah kita merungkai persoalan ini dengan merenung dan berfikir bagaimana diri kita.Adakah amalan kita diterima Allah ataupun tidak?

~Jadikan diri bermakna untuk semua~
Semoga Allah menjadikan kita seorang faqih dalam ilmuNya,dan kita meminta kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang agar menerima amal ibadat kita dahulu dan  yang mendatang,dan menerima taubat dan mengurniakan keberkatan dalam amalan kita seharian dan menjadikan kita seorang yang takutkan azab Allah SWT.Ameen=:)Selamat menyambut permulaan baru di hari yang penuh makna dalam diari anda.Lakukan satu tranformasi agar diri semakin kerdil disisi Allah!

~Salam Maal Hijrah 1433~

Terima Kasih Buatmu Penderma

Wednesday, November 9, 2011

Di kesempatan ini saya ingin mengucapk selamat menyambut hari lebaran Aidiladha baut semua rakan pembaca.Semoga catatan sejarah dahulu memberikan kita sejuta kekuatan untuk membantu Islam dalam menyebarkan tuntutannya.Sebagai umat Islam kita semestinya mengetahui apakan sejarah hari raya aidiladha itu sendiri.Buat rakan taulan pembaca yang diingati selalalu rajin-rajinlah membaca sejarah Islam kerana sejarah itu sendiri akan mengajar kita untuk menghadapi kehidupan mendatang.

Hari ini genap sudah 2 bulan post saya berkaitan SOS SOMALIA : Adakah kita semua prihatin.Tahniah saya ucapkan buat sahabat-sahabat yang cakno hal berkaitan saudara kita seantero dunia.Tidak kira kita di mana hendaklah sentiasa membantu sesama manusia tak kira apa jua keadaan!Somolia yang sudah 2 tahun menghadapi kemarau yang panjang dan ditambah pula dengan permsalahan bekalan makanan yang tidak mencukupi. Dan mereka juga sudah sekian lama terlibat dan dilibatkan dengan perang saudara.Dengan berpuncakan permasalahan  tersebut persatuan di sini melancarkan tabung kutipan untuk membantu saudara kita di Somolia.Semenjak bulan september misi bantuan ini dilancarkan di bumi Petra ini.Alhamdulillah JUmlah kutipan berjaya di buat RM 21,025. Tahniah saya ucapkan buat semua mahasiswa yang melibatkan diri dengan misi bantuan ini.

ringan sama dijinjing berat sama dipikul
[Gambar Hiasan]

Tidak ketinggalan buat sahabat saya yang berada di Malaysia juga pembaca blog saya yang menyumbangkan melalui saya dengan ucapan Jazakumullahu Kheiran Kathira/Sebaik-baik ganjaran adalah ganjaran dari Allah.Rasanya tidak perlu saya sebutkan nama penderma yang bermurah hati tersebut memadailah hanya Allah sahaja yang mengetahu amal kebaikan kita.Dengan sumbangan tersebut saya mendoakan agar ianya menjadi sebahagian daripada saham kita di akhirat kelak dalam mencapai Syurga Yang Hakiki.

Kenyataan rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Berkaitan Sos Somalia :- http://mppmj.org/?p=2491

Cara Mengenal DNA CINTA

Tuesday, November 1, 2011

Alhamdulillah,
walhamdulillah,
wa La Illaha Illah,
Allahu akbar,
Allahu akbar,
Allahu akbar

Apa khabar jiwa semua? Apa khabar iman-iman semua? Di harap kita semua sentiasa berada dalam kemanisan iman hendaknya..

2 minggu lepas, Janji Kite~ Ana terkesan dengan satu analogy sebenarnya. Rasanya ramai kan yang 'waaaaaaah' dengan analogy itu. Walaupun analogy itu sangatlah 'medic' kan?. sampaikan kakak-kakak Linguistic yang datang nak menangis tak faham tapi Subhanallah analogy tu betul-betul mengetuk jiwa ana.

Subhanallah, Adik-adik! jiwa kita sangat special. Allah kurniakan kita jiwa, mata hati sampai mampu menjelma-kan DNA dakwah itu. Masya Allah, ana kagum dengan kebolehan ilham Allah swt yang mampu menjelma-kan ilmu sains itu sampaikan mampu menghubung kaitkan dengan kefahaman kita dengan dakwah ini.. Tajamkan mata hati semua..

Masya Allah!
Masya Allah!
Masya Allah!

Subahanallah! Kekaguman paling besar adalah buat Sang Pencipta. Kerna kalau bukan kerna DIA yang menciptakan nescaya siapalah kita untuk melihat..

itulah salah satu 'sign' yang Allah tunjukkan pada kita..


"Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira mendahului kedatangan rahmat Nya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau ke satu daearah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian kami tumbuhkan dengan hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah mudahan kamu mengambil pelajaran." Al A'raf 7 :57

"Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit untuk kamu, sebahagian mejadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuhan, padanya kamu mengembalakan ternakmu

Dengan (air hujan) itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur, dan segala macma buah-buahan. Sungguh,pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran) Allah bagi orang yang berfikir

Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintahNya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi yang mengerti.

Dan (Dia juga mengendalikan) apa yang Dia ciptakan untukmu di bumi ini dengan berbagai jenis dan macam warnanya. Sungguh, pada yang demikian benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengambil pengajaran"(An Nahl, 16: 10-13)

Sungguh-kan dari sekecil-kecil ciptaan pun, kalaulah mata hati kita berfungsi, kita mampu untuk melihat setiap ciptaan itu dan menghubungkan kait dengan seruan dakwah ini..

Ingat tak gambar ni, DNA replication kan? Hari tu ingat tak analogy kite? Analogy yang buat ramai orang dalam dewan ter'nganga' tu?

Dakwah ni, beban yang sedia tergalas bagi setiap muslem bagi setiap jiwa yang melafazkan La illaha Illah wa Muhammadur rasullullah.

Apa iktibar dari proses Replication ini yang mampu kita kaitkan dengn dakwah ini..

Dakwah ni ibarat DNA REPLICATiON kan,

Kita ibarat new strand of DNA yang hendak di hasilkan. Maklumat yang hendak di bawa bergantung kepada template yang di salin.The old strand ibarat template untuk menghasilkan the new one, dan dalam tarbiyyah ini templatenya tak lain dan tak bukan-->>

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku" [Khutbah terakhir Muhammad s.a.w.]

iyye, Al Quran dan Sunnah

Proses ini sangatlah rapi, kerana sedikit kesalahan pastinya akan menyebabkan berlakunya mutation pada strand tersebut, yang seterusnya menyebabkan berubahnya data yang tersimpan dalam new DNA itu. Samalah juga kan, dalam tarbiyyah ini, kita perlu di asuh, di bersihkan, di sibghahkan dengan Sibghah Allah, tanpa sebarang mutation.

dan...

Tak semua orang akan lalui jalan tarbiyyah ini dengan senang, tak semua orang akan jadi leading strand yang senang je di synthesisekan oleh Polymerase, Kadang-kala, mungkin kita susah,mungkin kita lagging strand, sikit-sikit. Macam lagging strand, kat situlah kita perlukan kawan, sahabat, ukhti, murabbiah, naqibah atd. Yang bertindak seperti Helicase untuk cantumkan kan apa yang kita dah dapat, betulkan, sempurnakan. Cantum Okazaki Fragments tu jadi satu strand yang lurus. Yang akhirnya menjadi seperti leading strand itu.

Kemudian, NEW DNA itu di releasekan, dan dia juga akan di 'salin' pada waktu yang lain. Kalaulah maklumat yang kita bawa salah, kalaulah imej, akhlak, fikrah yang kita bawa E-R-R-O-R pastinya, the next NEW DNA ataupun mRNA akan ter E-R-R-O-R jugak..

Dan kita harus sedar, proses ni bukanlah hanya satu, berpuluh ribu DNA lain juga sedang di bina, sepertilah kita dalam tarbiyyah ini, semua orang sedang di bina, sedang dibentuk, Sama ada leading or lagging strand, matlamatnya sama. Templatenya satu. Dan semua nya bekerja untuk menghasilkan yang terbaik untuk organism itu hidup dengan sempurna. Samalah juga, sedar atau tidak, dalam proses pembentukan individu musleem ini, kita adalah unit asas untuk membangunkan ISLAM itu kelak, kalaulah kita ter E-R-R-OR kita akan di eliminatekan, cell itu akan mati, dan banyak lagi cell-cell lain, DNA-DNA lain yang akan menggantikan kita.

Nak ke kita menyebabkan cell itu di apoptosiskan, mahupun di necrosiskan??

Fikirlah, untuk menjadi musleem kaffah, Bukan mudah, ianya bukannya satu process yang senang. Namun ianya bukan suatu yang mustahil. Janji itu tetap benar dan kalaulah kita enggan pastinya ada yang lain yang sentiasa menunggu-nunggu untuk SYAHID di jalan ini..

"Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNYA sedikit pun. Dan Allah Maka Berkuasa atas segala sesuatu." [9:39]

"dan demikian pula kami menjadikan kamu (ummat islam) ummat ''pertengahan'' agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu..."[2:143]..

wallahu'alam..

maafkan kalau ada ter'pening' dengan analogy ini, maafkan andai salah kefahaman ana~
Semoga semua mampu menjadi DNA yang disibghahkan dengan sibghatulllah..insya ALLAH..

Diri Yang Penuh Dosa

Friday, October 28, 2011

Usai sepi tangan menggagahkan diri dengan melihat apa yang bermanfaat untuk diri dan semua pembaca semua.Agak lama rasanya tidak memberikan sedikit ucapan buat semua sahabat-sahabat rakan pembaca sekalian.Didoakan semua pembaca dalam keadaan sihat wal-afiat Insyaallah.Walaupun hanya mendoakan dalam tulisana tapi dengan penuh seribu harapan agar Allah memaqbulkan  doa insan yang kerdil ini.Sama-sama kta mendoakan untuk saudara kita terutamanya yang dizalimi.

Dikala hari semakin memancarkan sinar rezekinya buat para pencari rezeki, tetapi buat kita sabagai hamba Allah yang dahagakan rezekinya iaitu ganjaran darinya.Tetapi untuk kita mendapatkan ganjaran/pahala darinya kita mestilah punyai sifir yang utama iaitu jauh dari maksiat dan menggalkan perkara-perkara yang mungkar ataupun perkara yang berpotensi memberikan kita saham dosa walaupun sekecil zarah sekalipun.Diri ini terpanggil untuk menyentuh suasana yang biasa dan tidak ganjil buat kita di tanah air.Hari demi hari perkara ini semakin bertambah dan merunsingkan masyarakat malaysia khususnya.Fenomena apakah ini? Fenomena  yang saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit coretan buat semua pembaca adalah 'anak luar nikah'.Kajian dari salah seorang motivetor di tanah air mengatakan bahawa nisbah bagi masa lahirnya anak luar nikah adalah 17:1.Tidak risaukah kita dengan jumlah tersebut.Setiap kali 17 minit akan lahirnya anak luar nikah?

Bagaimanakah perkara sebegini boleh berlaku?Saya ingin mengajak pembaca semua merunkai permasalahan yang membimbankan kita selaku seorang yang bersyahadah Lailahailla Allah?Adakah kita rasa kita sebagai sebahagian penyebab terjadinya perkara sebegini.Bersama kita lihat dan kaji

Didikan Dirumah

Pendidikan merupakan satu perkara wajib bagi seorang diri.Terutamanya pendidikan dari rumah.Didikan ibu dan ayah amat penting dalam membina jati diri seorang anak untuk mengenal usia dan dunianya.Saya melihat masyarakat malaysia khususnya tidak MENITIK BERATKAN soal pendidikan anak-anak.Anak diberikan segalanya bak seorang tuan Raja dan permaisuri hati.Semua kemahuan dan keinginan mereka kita ikuti tanpa menilai adakah benda itu berfaedah bagi diri mereka ataupun tidak.

Diri anak-anak ini umpakan sebagai melentur buluh.Kita bayangkan kalau buluh yang tua kite mahu membengkokkan adakah ia perkara yang mudah berbanding kita bengkokkan diawal lahirnya ke dunia.Agak mduah atau susah?Begitulah diri anak-anak kita semua.Mereka perlulah kita lenturkan diri mereka dengan nilai-nilai agama kerana dengan agama semua aspek-aspek ketuhanan dan bermasyarakat sudah diajar.Di zaman era maklumat di hujung kuku ini berapa ramaikah anak-anak kita yang mampu mebaca al-quran  dengan sempurna?Kajian seorang pensyarah universiti tempatan di sebuah sekolah menyatakan dalam 1500 orang murid agak susah untuk mencari 100 orang yang sembahyang 5 kali sehari semalam.Subhanallah!Ini satu kenyataan yang amat bahaya dan  kritikal buat kita selaku umat Islam yang mana dijanjikan syurga kelak.Kuncinya adalah didikan dari ibu bapa amat begitu penting dalam suasana masyarakat tanpa batasan kini dan selama-lamanya.Didikan rohani yang kemudiannya disusuli dengan didikan duniawi akan melahirkan seorang insan bergelar soleh dan solehah

Hiburan

Dunia tanpa batasan!Itulah perumpamaan yang boleh diberikan kini.Semuanya dihujung jari tanpa kawalan.Apabila diri itu penuh dengan dosa-dosa  dari mata, telinga, dan lain-lain, diri dengan mudah dapat melakukan dosa-dosa tanpa mengira salah betul perlakuannya.Maka sebab itulah akan terjadi perkara-perkara yang tidak dingini dengan banyak sekali.Ingin di kongsikan sebuah tulisan dari sahabat yang amat menarik diri ini untuk berkongsi dengan semua pembaca sekalian.Walaupun ianya amat simple tapi itulah sebuah realiti pada waktu kini.Sahabat semua boleh layari di cerita itu disini.Saya merasakan ianya kisah benar dan sudah berlaku dikalangan masyarakat kita sekarang.

Cuba kita lihat sekarang dengan adanya internet di rumah, stasion-stasion telivisyen penuh dengan hiburan yang bersepah bilangannya di kaca TV,semua itulah penyumbang kepada maslah ini.Boleh kita bilang berapa chanel islamic berbanding chanel hiburan mahupun sukan?Amat  ketara bilangannya jika kita bandingkan.Hiburan tanpa kawalan inilah punca minda-minda islam ini diracuni dengan hiburan-hiburan tanpa batasan.Maka dengan itulah hati senang menjadi keras dan menjadi biasa dengan dosa-dosa.

"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

Hukum-hakam

Dalam kehidupan ini semua perilaku kita ada nila dan ganjarannya.Bukan semua itu sia-sia malah satu ganjara besar yang sudah dijanjikan Allah SWT iaitu syurga yang tiada bandingnya dengan kata-kata akan indahnya.Tetapi manusia sekarang sudah lupa akan dosa pahala dalam perilaku mereka.Golongan agama apa kurangnya.Kalau pelajar agama sendiri yang mana mengaji tentang hukum hakam halal haram itu sendiri melakukan perkara yang berdosa, apatah lagi orang biasa yang tiada langsung maklumat  ini.Kadangkala golongan graduan agama sendiri mudah terpalit sumpahan syaitan dengan perkara-perkara berdosa ini bermula 'angkat-angkat','bercouple''bermesej-mesej' dan banyak lagi perkara-perkara mudah mereka ikuti.Bermulah dari yang kecillah maka terlahirnya benda yang berat-berat kemudiannya.Sepatutnya golongan agama seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik dan ikutan buat masyarakat yang dahagakan ilmu mereka bukanlah menjadi penyumbang tersebarnya dosa.Inilah realiti sebahagian mahasiswa Islam yang tewas di tangan Iblis Laknatullah.Sama-sama kita doakan agar Allah menjaga kita semua dari perkara sebegini insyaallah.Dan buat mereka yang punyai ilmu dalam bidang masing-masing teruslah peka akan soal halal haram dalam perlakuan harian kita semua.

Cukup dengan 3 kupasan buat masa kini untuk kita renungi.Dimanakah usaha kita?Bersama kita berusaha agar fenomena anak luar nikah ini hapus dalam negara kita yang mana dan damai kelak walaupun hanya sekadar doa sahaja.Doa itulah senjata kita setiap masa.Berusahalah menghidupkan suasa soleh dan soleh di rumah, kampung, negeri, kampus dan negara khasnya.

Semangat Buat Semua
Bersempatab kedatangan bulan haji (zulkaedah) berusahalah kita mempertingkatkan amalan harian kita agar menjadi hamba Allah yang sentiasa penuh dengan amal ibadah yang mendekatkan diri kepaNYA.Sedikit perkongsian dari Us Zaharuddin  :- 

AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut  :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Semoga Allah sentiasa bersama kita dan memberikan kita kakuatan untuk meneruskan kerja mulia junjungan besar NAbi Muhammad SAW.Allahu maakum!

Selamatkan Akidah Umat

Monday, October 17, 2011

Saban hari banyak berita di khabarkan kepada kita tentang perilaku umat Islam pada masa kini.Sama ada baik pada ummah mahupun buruk kepada agama semuanya semacam lali di mata kita masa kini.Di kesempatan ini saya mengajak rakan-rakan pembaca semua memperhatikan satu fenomena yang sudah lama menyerang umat Islam di seluruh dunia.Murtad!Bagaimana perkara ini boleh berlaku.Hari demi angka yang murtad amat membimbangkan kita semua.Ini tidak termasuk lagi gejala maksiat yang makin meruncingkan masyarakat kita kini.Saya mengajak rakan-rakan yang mempunyai masa terluang menyertai satu program yang diadakan dengan nama 'Himpunan Sejuta Umat-Selamatkan Akidah Umat yang bakal di adakan pada 22 Okt ini di Stadium Shah Alam.



Gejala murtad bukan suatu perkara yang asing lagi di negara Malaysia. Tahun demi tahun, kes gejala murtad semakin serius terutama di kalangan golongan muda-mudi. Ada yang murtad atas dasar cinta, ada juga murtad atas dasar kurangnya fahaman agama, ada juga yang murtad kerana ikutan, dan pelbagai macam lagi sebab yang menyebabkan tergadainya akidah. Tanpa Iman sebagai pendinding diri maka amat mudahlah akidah manusia tergadai. Oleh yang demikian, sokongan dan dokongan daripada rakyat Malaysia amat perlu untuk menjayakan "Himpunan sejuta Umat" ini. Berikut merupakan fakta berkaitan kes murtad. 

Fakta gejala murtad di Malaysia

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom berkata Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010.
     
2. Beliau menyatakan sedemikian ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yg meminta Perdana Menteri mengemukakan jumlah permohonan murtad penganut Islam & berapakah yg diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
     
3. Er Teck Hwa juga turut memohon penjelasan daripada kerajaan bagaimana prosedur menangani gejala murtad.
     
4. Dato’ Seri Jamil Khir berkata hanya 168 permohonan diluluskan
     
5. Bagaimanapun mengikut perangkaan Malaysiakini jumlah permohonan sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang
     
6. Berdasarkan statistik, Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang.
     
7.Tambah Dato’ Seri Jamil Khir lagi, “Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melakukan program & aktiviti bagi mengelakkan gejala murtad terutama di kalangan saudara baru”.
     
8. Menurut Pawanchek Merican jurucakap Persatuan Peguam Muslim “ Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam ”
     
9. Walau bagaimana pun sekreteriat berpandapat jumlahnya lebih daripada itu. Namun angka bukan persoalan utama. Apa yang lebih penting ialah gejala murtad di kalangan orang Islam memang berlaku & kita wajib menghentikannya!

Untuk maklumat berkaitan isu murtad ini anda boleh terus ke laman web di bawah:

http://himpun.org/
https://www.facebook.com/pages/HIMPUN/281101321908972


-Bersatu Bersama ISLAM-

Ramadhan Pergi Syawal Menjelma

Monday, August 29, 2011

RAMADHAN


Akhirnya umat Islam sudah mencapai kemenangan dalam perjuangan mereka.Tahniah buat semua kerana dapat menyempurnakan Ramadhan 1432H ini dengan diisi pelbagai amal ibadah dan sedekah jariah.Taqaballhuminna Waminkum!Semoga Allah menerima amal ibadat kita semua.


Tapi cuba kite berfikir sejenak sejauh manakah amalan yang kita lakukan itu dapat diterapkan pada kemudian hari?Disini saya hendak menyimpulkan muhasabah yang dapat dinoktahkan buat semua pembaca.Mungki sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk meneruskan perjuangan di hari esok



  1. ISTIQOMAH/BERTERUSAN

Kemanisan beramal itu dapat kita kecapi bersama jika kita dapat menjadikan diri sebagai seorang yang Istiqomah atau dengan kata lain melakukan secara berterusan suatu perkara itu.Mungkin ada setengah berfikir  kenapa perlunya istiqomah?Mungkin secara amnya setiap benda kita lakukan ini punyai ganjaranya tersendiri.Tetapi sejauh manakah ganjaran itu dinilai.Antara dengan amalan yang berterusan dari si pelaku itu sendiri.


Jika kita pada bulan ramadhan dapat membangunkan diri pada jam 4 pagi untuk menggapai ganjaran yang Allah berikan kenapa tidak di hari biasa kita bangun juga jam 4 pagi untuk mencari redha Ilahi dengan pelbagai cara boleh kita lakukan.Antaranya melakukan solat di malam hari {qiamullai}, mentadabbur Al-Quran dengan cara memahami isi kandung Al-Quran (tafsir), mengulang kaji pelajaran dll.Banyak perkara yang bermanfaat dapat kita lakukan untuk menggantikan waktu kita bersahur ketika ramadhan dahulu.


Izinkanku bertemu RamadhanMU ya Allah


Jika ketika ramadhan diri dapat bangun ketika mana orang-orang lain menikmati nikmat istirehat, tetapi diri kita dapat melawan untuk bangun di tengah malam untuk bertemu, merintih, mengadu, dan memohon dengan Sang Pencipta, Allah SWT.Allah telah menjanjikat buat umatnya.'Barang siapa yang bangun malam dibuka pintu-pintu syurga baginya'.


          2. Mengekang Hawa Nafsu


Munkin semua sedia maklum takrifan puasa.Sedia kita maklum bahayasanya puasa itu pada bahasanya menahan diri dari lapar dan dahaga.Bagaimaan diri kita boleh menahan diri selama sebulan?Sedanngkan benda itu merupakan rutin rasmi setiap insan yang bernama manusia.Jika diri kita dapat mengekang diri dari hawa nafsu tidak kira nafsu makan, nafsu seks dan segala jenis nafsu yang ada pada manusia.Kenapa tidak di hari bukan Ramadhan kita tidak dapat kawal benda yang sama.Kata Orang 'Tepuk dada tanya selera' tapi saya ubah 'Tepuk dada tanye iman'.itulah seharusnya kita ucapkan sebab jika kite bertanya pada selera itu bermakna kita bertanyakan pada nafsu sendiri tapi jika kita lapikkan dengan iman di dada, dapatlah mengekalkan diri dengan ciri Insan Soleh dan Solehah.


Kenapa pada ramadhan kita dapat menahan diri untuk tidak makan dan minum di siang hari, tetapi pada hari kebiasaan kita tidak dapat menahan diri pada siang hari untuk tidak merokok dan sebagainya.Itu adalah antara lanagkah-langkah untuk mendisiplinkan diri agar tidak merokok.Jika siang hari diri dapat dilatih untuk tidak makan dan minum, kenapa tidak bagi diri yang bernama perempuan untuk melatih diri untu menutup aurat walhal benda ini merupakan kewajipan bagi mereka.Jadilah diri yang dilabelkan 'Insan soleh dan solehah'.Semua ini melibatkan nafsu diri.Jika kita berjaya mengawal dan mendidik nafsu agar baik maka baiklah dia tetapi jika kita gagal maka busuklah dia bersama tuannya.


     3. Madrasah Ramadhan


Ramadhan sudah melabuhkan tirainya buat tahun 1432H bersamaan tahun masihi 2011.Ini tidak bermakna ia pergi tanpa meninggalkan kita sesuatu.Sedarkah kita ramadhan banyak mengajar kita erti sabar.Sabar dengan hawa nafsu, sabar dengan dugaan dunia dan sebagainya.Itulah sebenarnya ganjaran sebenar dan kemenangan itulah sepatutnya kita perlu hargai.Kemenangan selepas sebulan kita tempuhi dan sabarkan diri atas kehendak diri dengan dugaan dunia.Tahniah saya ucapkan buat semua kerana berjaya melakukan sehingga sempurna satu bulan.Ia mengajar kita secara halus bagaimana untuk mengawal diri ketika berpuasa, mengajar untuk sentiasa mengingati saudara-saudara yang lebih daif disana, mengajar untuk sentiasa mengingati Tuhan yang SATU walaupun rezki didepan mata.Subhanallah.Manisnya ajaran Islam yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita umatnya sehinggalah kita dapat kecapi dalam keadaan aman dan damai.Alhamdulillah.Aku bersyukur kepada mu Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Izinkan kami bertemu dengan ramadhanmu untuk tahun depan ya Allah!Walaupun untuk kini ramadhanmu telah berakhir dan meninggal pergi tapi kami memohon agar kekuatan yang engkau kurniakan kepada sahabat-sahabat alaihisolatu ajma3en ketika mana peperangan badar itu kepada kami ini yang sentiasa dalam kealpaan dunia mu Ya Allah. ameen.




SYAWAL


Umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan syawal dengan bertakbir memuji Allah dan kekasihnya Nabi Muhammad SAW.Kemenangan setelah sebulan berpuasa itu dapat dinikati pada hari ini.Tetapi dalam keseronokan kita menyambut syawal janagn kita lupa kesusahan saudara mara kita di tempat lain.Sambutlah dengan sekadar dan janganlah kita berlebih lebihan dalam persiapan raya.Dalam sirah sahabat ada diriwatkan bahawasanya mereka bersedih ketika tibanya dengan syawal kerana mereka tidak berasa cukup dalam ibadah ketika ramadhan itu.Adakah kita punyai sifat seperti itu?Insyaallah saya yakin dengan semua umat Islam dinegara kita mempunyai sifat seperti sahabat-sahabat yanag mana mereka amat sedih dengan perginya ramadhan yang bagi mereka mungkin tidak untu bertemu ramadhan untuk tahun hadapan.


Di kesempatan ini saya memohon kemaafan buat semua ahli keluarga khususnya ayahanda jika tersalah tutur kata, tingkah laku dan halakanlah makan minum, ilmu yang diajari buat anakanda, dan doakanlah anakanda dapat mencontohi perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat r.a.Salam sayang buat anakanda semua semoga kalian dapat menjadi seperti Saidina Umar Alkhattab dalam perjuangan dan Sumaiyyah mujahidah Islam.Dan buat sahabat-sahabat yang diingati selalu dengan ucapan selamat hari raya maaf zahir dan batin


Senyuman Pengubat Segalanya^^,)




تَقَبَّلَ اللّهُ مِنّاَ وَ مِنْكُمْ صالح الاعمال
كل عام و أنتم بخير

عيد مبارك
من العائدين و الفائزين و المقبولين


Salam Eidul Fitri 1432H/ 2011



Salam Buat Semua


p/s : duit raya claim lain kali ye^^,)
       akhirnya diri tewas di pagi sywal T_T
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews