♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Akulah Rakyat Biasa

Tuesday, February 2, 2016

Takkala ekonomi negaraku terus melakar rajah yang menjunam, aku berusaha mencari sinar harapan untuk keluar dari kesempitan. 

Tanah semakin tidak masuk akal harganya, RM500k ianya menjadi harga biasa, tanah-tanah kampung sudah dikorek buaya bandar dengan janji-janji manis. Ibubapa hanya mengharapkan manisan itu menjadi kenyataan. 10, 20 tahun  menanti manis janji-janji dulu.

Getah, dulunya andai memilikinya, sudah tentu gelaran 'kaya' diperolehi. Kereta, rumah semestinya menjadi sasaran untuk di 'upgrade'. Tapi semuanya kisah dulu kala, kini ianya seperti menumpang kasih yang tidak sudi. Harganya semakin menurun, walaupun subsidi disediakan RISDA, tapi ianya tidak mencukupi. Aku hanya menoreh di tanah orang, dan hasilnya perlu dibahagi dua. 

Takkala aku mendapat hasilnya, aku perlu berikan kepada tuan ku, dalam bentuk kutipan cukai yang dilaksanakan. Sudahlah harga barangnya amat berlainan dan ditambah pula cukai, berapa sahaja barang yang ku dapat beli.

Takkala dikhabarkan Dinar Iraq menjadi sebutan, aku juga mengambil peluang untuk bergelar 'jutawan' yang buta tuli. Nilai wangnya, khabar negaranya, ekonominya tidak aku selidiki melainkan kata-kata manis mereka aku percayai. Akhirnya aku tewas sekali lagi.

Kini, aku perlukan sesuatu untuk keluargaku, kerja sektor kerajaan jauh disudut mata untuk ku perolehi, aku hanya berkeputusan cukup-cukup makan, kerja kampung sudah aku terokai, menoreh, menjala dan sebagainya aku cuba, tetapi hasilnya tidak lumayan seperti tuan tanah. 

Pinjaman dan tajaan untuk anak-anakku kelak sudah mula kabur, semuanya sudah ditarik dek ekonomi yang lembab. 

Kawan-kawan ku menceritakan, kaedah yang amat mudah untuk cepat kaya, tetapi perlu melarikan dari pihak polis. 

Itukah pilihan yang ada ? 

Aku, generasiku perlu teruskan hidup walaupun apa jua rasa kerana aku adalah rakyat biasa.

Malaysiaku hari ini

Wednesday, December 2, 2015

Dato Seri, 

Setelah sekian lama umat Islam ditindas, dizalimi dan terus ditipu oleh kuasa besar dunia, masihkah Dato Seri mensanjungi mereka ?

Masih perlukan mereka menjadi sumber dan tali hayat kepada negara ? 

Afganistan, Iraq, Lubnan, Yaman, Syria, Sudan, Mesir, Bosnia dan banyak lagi negara umat Islam yang menjadi saksi kezaliman tangan-tangan ghaib kuasa besar dunia yang telah mengakibatkan mereka kini menjadi sebuah negara yang tiada nilai. 

Tidak mustahil sekiranya negara yang hancur umpama padang pasir mampu menjadi negara termaju di dunia bahkan menjadi rujukan kini, apatah pula Malaysia yang sudah kian lama merdeka untuk menjadi sebuah negara yang termaju dalam semua bidang. 

Berdirilah dengan kekuatan tersendiri dengan penuh jati diri, tidak menjadi topeng bermuka untuk umat Islam bahkan menjadi pahlawan bagi umat Islam seantero dunia.



Hari ini, kita di mana ?

Friday, November 27, 2015

Alhamdulillah berlabuh sudah jumaat yang penuh berkat, sempurna seharian kita melaluinya dengan rutin harian yang dijadualkan. Diberikan kenikmatan yang melimpah ruah dalam kehidupan seharian. Bersyukur sentiasa kita hadratkan kepada Sang Pencipta, atas segala nikmat yang diberikan.

Sedarkah kita, jiran kita disana menanti untuk menunaikan solat jumaat bermula selepas solat subuh. Mereka perlu melalui pelbagai sekatan seperti semakan nama kad pengenalan terutamanya kepada golongan remaja, dan mereka perlu menanti giliran untuk memasuki tempat solat. Inilah Al-Aqsa As-Syarif. Warga Palestin hari ini, walaupun diuji dengan pelbagai sekatan, tetapi mereka tetap berjuang demi Al-Aqsa. Dalam kenyatan sebuah akhbar dinyatakan, ribuan rakyat Palestin menunaikan solat sehingga penuh walaupun ada dalam kalangan mereka tidak dibenarkan menunaikan dalam masjid, tetapi merka membanjiri kawasan sekitarnya. 

Adakah kita seperti mereka ? Adakah kita melakukan tindakan untuk mereka ? Fikirkan apakah usaha mampu kita laksakan untuk membantu mereka bermula detik ini.

13 Safar 1437

Sumber berita :

Al-Qossam bukan pengganas

Tuesday, February 3, 2015

Mutakhir ini mereka mengatakan Al-Qossam sebagai pengganas. Mereka menggunakan semua media dan jawatan yang ada untuk meneruskan agenda mereka dengan mengatakan Al-Qossam pengganas. Hakikatnya adalah sebaliknya. Melihat penjagaan sebuah negeri disebalik penjara yang dibuat oleh zionis, amatlah memilukan. Dengan segala bentul bantuan, jalan darat, jalan laut, jalan udara mereka sekat apatah lagi untuk mendapat bantuan dari jiran tetangga mereka sendiri.

Hari ini, setelah berakhirnya perang diantara tentera zionis dan tentera Al-Qossam, kita dapat melihat siapa yang menentang kezaliman dan siapa yang membantu bersama kezaliman. 

Tetapi semua media massa mengatakan mereka sebagai pengganas termasuk media massa kita sendiri di Malaysia. Apatah lagi ingin membantu mereka, jauh tifak sama sekali. 

Kita bersama dalam menentang kezaliman. 



  
There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews