♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Ramadhan Pergi Syawal Menjelma

Monday, August 29, 2011

RAMADHAN


Akhirnya umat Islam sudah mencapai kemenangan dalam perjuangan mereka.Tahniah buat semua kerana dapat menyempurnakan Ramadhan 1432H ini dengan diisi pelbagai amal ibadah dan sedekah jariah.Taqaballhuminna Waminkum!Semoga Allah menerima amal ibadat kita semua.


Tapi cuba kite berfikir sejenak sejauh manakah amalan yang kita lakukan itu dapat diterapkan pada kemudian hari?Disini saya hendak menyimpulkan muhasabah yang dapat dinoktahkan buat semua pembaca.Mungki sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk meneruskan perjuangan di hari esok



  1. ISTIQOMAH/BERTERUSAN

Kemanisan beramal itu dapat kita kecapi bersama jika kita dapat menjadikan diri sebagai seorang yang Istiqomah atau dengan kata lain melakukan secara berterusan suatu perkara itu.Mungkin ada setengah berfikir  kenapa perlunya istiqomah?Mungkin secara amnya setiap benda kita lakukan ini punyai ganjaranya tersendiri.Tetapi sejauh manakah ganjaran itu dinilai.Antara dengan amalan yang berterusan dari si pelaku itu sendiri.


Jika kita pada bulan ramadhan dapat membangunkan diri pada jam 4 pagi untuk menggapai ganjaran yang Allah berikan kenapa tidak di hari biasa kita bangun juga jam 4 pagi untuk mencari redha Ilahi dengan pelbagai cara boleh kita lakukan.Antaranya melakukan solat di malam hari {qiamullai}, mentadabbur Al-Quran dengan cara memahami isi kandung Al-Quran (tafsir), mengulang kaji pelajaran dll.Banyak perkara yang bermanfaat dapat kita lakukan untuk menggantikan waktu kita bersahur ketika ramadhan dahulu.


Izinkanku bertemu RamadhanMU ya Allah


Jika ketika ramadhan diri dapat bangun ketika mana orang-orang lain menikmati nikmat istirehat, tetapi diri kita dapat melawan untuk bangun di tengah malam untuk bertemu, merintih, mengadu, dan memohon dengan Sang Pencipta, Allah SWT.Allah telah menjanjikat buat umatnya.'Barang siapa yang bangun malam dibuka pintu-pintu syurga baginya'.


          2. Mengekang Hawa Nafsu


Munkin semua sedia maklum takrifan puasa.Sedia kita maklum bahayasanya puasa itu pada bahasanya menahan diri dari lapar dan dahaga.Bagaimaan diri kita boleh menahan diri selama sebulan?Sedanngkan benda itu merupakan rutin rasmi setiap insan yang bernama manusia.Jika diri kita dapat mengekang diri dari hawa nafsu tidak kira nafsu makan, nafsu seks dan segala jenis nafsu yang ada pada manusia.Kenapa tidak di hari bukan Ramadhan kita tidak dapat kawal benda yang sama.Kata Orang 'Tepuk dada tanya selera' tapi saya ubah 'Tepuk dada tanye iman'.itulah seharusnya kita ucapkan sebab jika kite bertanya pada selera itu bermakna kita bertanyakan pada nafsu sendiri tapi jika kita lapikkan dengan iman di dada, dapatlah mengekalkan diri dengan ciri Insan Soleh dan Solehah.


Kenapa pada ramadhan kita dapat menahan diri untuk tidak makan dan minum di siang hari, tetapi pada hari kebiasaan kita tidak dapat menahan diri pada siang hari untuk tidak merokok dan sebagainya.Itu adalah antara lanagkah-langkah untuk mendisiplinkan diri agar tidak merokok.Jika siang hari diri dapat dilatih untuk tidak makan dan minum, kenapa tidak bagi diri yang bernama perempuan untuk melatih diri untu menutup aurat walhal benda ini merupakan kewajipan bagi mereka.Jadilah diri yang dilabelkan 'Insan soleh dan solehah'.Semua ini melibatkan nafsu diri.Jika kita berjaya mengawal dan mendidik nafsu agar baik maka baiklah dia tetapi jika kita gagal maka busuklah dia bersama tuannya.


     3. Madrasah Ramadhan


Ramadhan sudah melabuhkan tirainya buat tahun 1432H bersamaan tahun masihi 2011.Ini tidak bermakna ia pergi tanpa meninggalkan kita sesuatu.Sedarkah kita ramadhan banyak mengajar kita erti sabar.Sabar dengan hawa nafsu, sabar dengan dugaan dunia dan sebagainya.Itulah sebenarnya ganjaran sebenar dan kemenangan itulah sepatutnya kita perlu hargai.Kemenangan selepas sebulan kita tempuhi dan sabarkan diri atas kehendak diri dengan dugaan dunia.Tahniah saya ucapkan buat semua kerana berjaya melakukan sehingga sempurna satu bulan.Ia mengajar kita secara halus bagaimana untuk mengawal diri ketika berpuasa, mengajar untuk sentiasa mengingati saudara-saudara yang lebih daif disana, mengajar untuk sentiasa mengingati Tuhan yang SATU walaupun rezki didepan mata.Subhanallah.Manisnya ajaran Islam yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita umatnya sehinggalah kita dapat kecapi dalam keadaan aman dan damai.Alhamdulillah.Aku bersyukur kepada mu Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Izinkan kami bertemu dengan ramadhanmu untuk tahun depan ya Allah!Walaupun untuk kini ramadhanmu telah berakhir dan meninggal pergi tapi kami memohon agar kekuatan yang engkau kurniakan kepada sahabat-sahabat alaihisolatu ajma3en ketika mana peperangan badar itu kepada kami ini yang sentiasa dalam kealpaan dunia mu Ya Allah. ameen.




SYAWAL


Umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan syawal dengan bertakbir memuji Allah dan kekasihnya Nabi Muhammad SAW.Kemenangan setelah sebulan berpuasa itu dapat dinikati pada hari ini.Tetapi dalam keseronokan kita menyambut syawal janagn kita lupa kesusahan saudara mara kita di tempat lain.Sambutlah dengan sekadar dan janganlah kita berlebih lebihan dalam persiapan raya.Dalam sirah sahabat ada diriwatkan bahawasanya mereka bersedih ketika tibanya dengan syawal kerana mereka tidak berasa cukup dalam ibadah ketika ramadhan itu.Adakah kita punyai sifat seperti itu?Insyaallah saya yakin dengan semua umat Islam dinegara kita mempunyai sifat seperti sahabat-sahabat yanag mana mereka amat sedih dengan perginya ramadhan yang bagi mereka mungkin tidak untu bertemu ramadhan untuk tahun hadapan.


Di kesempatan ini saya memohon kemaafan buat semua ahli keluarga khususnya ayahanda jika tersalah tutur kata, tingkah laku dan halakanlah makan minum, ilmu yang diajari buat anakanda, dan doakanlah anakanda dapat mencontohi perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat r.a.Salam sayang buat anakanda semua semoga kalian dapat menjadi seperti Saidina Umar Alkhattab dalam perjuangan dan Sumaiyyah mujahidah Islam.Dan buat sahabat-sahabat yang diingati selalu dengan ucapan selamat hari raya maaf zahir dan batin


Senyuman Pengubat Segalanya^^,)




تَقَبَّلَ اللّهُ مِنّاَ وَ مِنْكُمْ صالح الاعمال
كل عام و أنتم بخير

عيد مبارك
من العائدين و الفائزين و المقبولين


Salam Eidul Fitri 1432H/ 2011



Salam Buat Semua


p/s : duit raya claim lain kali ye^^,)
       akhirnya diri tewas di pagi sywal T_T

Salam Muhasabah Ramadhan Kareem

Tuesday, August 16, 2011


Hari berganti hari siang berganti malam sudah masuk ke hari yang ke 16 kita rakyat Malaysia khususnya berpuasa.Seluruh umat Islam menyambut seruan Ilahi ini dengan pelbagai amalan dilakukan.Tanpa disedari kita semua sudah berada di pertengahan bulan Ramadhan.Mungkin diantara kita semua baru bermula puasa bagi dirinya, mungkin ada diantara kita sudah ramadhan yang ke 30 dan lain-lain.Bagi mereka yang sudah mencapai umur 20an mungkin banyak pengalaman yang dapai dikecapi dalam ramadhan.Apakah pengalaman masing-masing?Hanya diri sahaja yang mengetahui.

Tapi apa yang hendak ditekankan kali ini adalah sejauh mana amalan kita dibulan ramadhan seiring usia yang semakin meningkat.Bagi kanak-kanak mereka menganggap ramadhan adalah bulan 'moreh' dan masa untuk main mercun.Tapi bagi usia yang sudah meningkat remaja, meningkat usia bagaimanakah amalannya?Adakah kita beribadat seperti esok hari kita kana berjumpa Sang Pencipta?Banyak dari kita semua masih menganggap diri masih muda dan masa untuk beribadat ketika tua kelak.

Sedarlah

Sedarlah pada bulan ramadhan ini banyak kelebihan Alalh berikan kepada kita.Jadikanlah bulan bulan didikan ibadah kepada diri untuk kita terus beristiqomah di hari mendatang.Jadikan ramadhan sebagai titik pemacu ibadak kita sebelum memasuki bulan-bulan yang lain.Ramai antara kita tidak mengetahui sekiranya kita melakukan ibadat dengan sebenar-benarnya iaitu dengan penuh keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.Ada dinyatakan dalam hadis Nabi Muhammad SAW :

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
( HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi )

Bagaimana perasaan anda jika ini dijadikan hadiah buat anda semua.Subhanallah!Memang besar nikmat Allah berikan buat kita semua.Bukan susah untuk kita mengutip pahala atau hadiah yang ditawarkan, hanya memerlukan sedikit pengorbanan dari diri masing-masing.Pengorbanan yang macam mana dimaksudkan?

1.     Pengorbanan jiwa dan raga
2.     Pengorbanan masa

Bagi saya dua elemen ini amat penting dalam pengorbanan kita terhadap Ilahi.Persediaan diri amatlah penting dalam memberikan sedikit ruang dalam mencari kemanisan beramal.Tanpa kesediaan jiwa dan raga diri kita mungkin sentiasa berada dalam keadaan terpaksa dan keikhlasan dalam beramal itu tidak dapat kita kecapi.Ingatlah dengan niat juga kita boleh mengutip hadiah pemberian Ilahi buat kita semua selaku umat Islam.Sedarlah kita ini adalah sebaik-baik ciptaan dari Ilahi.Tidak mungkin kita sia-siakan begitu sahaja kejadian kita di muka bumi ini.
Dalam ramadhan ini juga sama-sama kita menagmbil kesempatan untuk bermuhasabah dalam kelakuan harian kita sama ada yang dah berlalu mahu pun yang akan terjadi.Nabi telah berkata dalam sabdanya yang bermaksud

“Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)”

Lakukanlah ibadah itu umpanya kata Nabi umpama esok hari kita akan bertemu denganNya ataupun Allah sedang melihat kita.Perasaan inilah yang akan memberikan kekhusukan buat diri kita dalam beribadat kepada Allah SWT.
Ikhlas Dari InsanKerdil

Akhir kalam sambutlah ramadhan yang hadir kali ini dengan penuh amal ibadat tanda kita sayang kepada nabi kita Nabi Muhammad SAW dan taat akan perintah Allah SWT.Manfaatkan usia selagi diri masih bernafas dan berikanlah diri kita makanan rohani seiring dengan keinginannya.Salam Ramadhan Kareem buat semua sahabat handal rakan taulan dan tidak dilupakan buat keluarga tersayang.Semoga amal ibadat kita diterima Allah.Insyaallah~ws~

 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews