Dalam fatrah imtihan ini inginku kongsikan untuk sahabat-sahabat sekalian tentang kisah atau novel bersiri berkaitan purdah kerana mungkin ada baiknya kita membaca dan berkongsi ilmu ini bersama.Kisah yang ana fwrd ini tidaklah memaksa kalian merubahkan kehidupan kepada putaran 360 darjah cuma apa yang ingin dikongsikan hanyalah untuk fikiran sejenak kita bersama.Sama-sama kita membaca dan mengambil intabih dalam cerita ini.Dan kredit buat penulis asal ini smg Allah memberkati usahamu@Sarahah Rahman Mawar Berduri
  | 
| [ Sekadar Hiasan sahaja ] | 
“Su, ana minta maaflah jika menyakiti hati enti,” Rozita menyiku Sumayyah tiba-tiba.
“Enti  marahkan ana tak jika ana tanya satu soalan?” Rozita menyambung sambil  matanya meliar melihat dua orang pelajar siswi yang berpurdah sedang  menyeberang jalan di Bulatan Antarabangsa. Seorang memakai tudung kelabu  dan purdah kelabu serta berjubah hitam. Dan seorang lagi tudung hitam  dan purdah hitam berbaju kurung merah gelap.
“ Tak. Tanyalah, ada  apa?” Sumayyah menjawab tenang. Hatinya tenang kerana seharian kuliah,  akhirnya baru dapat makan berdua dengan sahabat yang dirinduinya.
“  Ana tengok, hari demi hari makin ramai yang pakai purdah di kolej. Enti  tak rasa ke diorang ni pakai sesedap rasa je, main suka2 je. Perangai  belum tentu baik tapi dah pakai purdah.” Rozita menjelaskan  berterus-terang.
“Ita, betul ke apa yang ana dengar ni?” “ Lain  macam je bunyinye…” Sumayyah memerhatikan arah tumpuan Rozita. Sambil  membayar nasi goreng ayam radix kegemarannya, Sumayyah melihat air muka  sahabatnya seperti sedang menahan marah. Sumayyah tahu Rozita lah  sahabat yang paling akrab dan pendokong paling kuat kepada perjuangan  sahabat-sahabatnya mempertahankan pakaian wanita Islam di kolej.
“ Ada apa-apa ke ni?” Sumayyah menambah.
Rozita  menggeleng. Sumayyah sedar perubahan pada diri sahabatnya. Sememangnya  Rozita agak tidak suka bermesyuarat dengan muslimin. Balik dari  mesyuarat sahaja, dia beremosi.
“ Hmm..Ana cakap betul lah…mana  ada main-main. Enti patut bertanggungjawab. Diorang ni banyak  terpengaruh dengan tulisan enti tentang purdah” kata Rozita sambil  meletakkan beg di meja makan bahagian siswi. Meja itu sudah menjadi  kegemaran mereka kerana ia menghadap tasik.
Sumayyah diam agak  lama, sambil menyusun gelas, pinggan, beg dan fail-failnya agar teratur.  Sumayyah cuba mengaitkan apa yang biasanya menjadi kemarahan  sahabatnya.
“ Macam mana meeting tadi?” Sumayyah cuba meneka permasalahan sebenar.
“ Enti,” Rozita meletakkan sudu dan garfunya.
“ok,  ok, ana tanya enti…” Sumayyah memberhentikan kata-katanya, menunggu  mata mereka bertentang untuk mendapat tumpuan sahabat yang dikasihinya. “  Salahkah berpurdah? Islam tidak pernah mengajarkankah pada kita? Apa  yang mereka lakukan bertentangan dengan agama kita ke?”
“ Ana tak  kata begitu, cuma bercouple la, berdating la, bukan-bukan je diorang  ni. Pakai purdah, tapi perangai tak ubah macam budak tak pakai tudung”  Rozita menghamburkan apa yang tersimpan di hati.
Sumayyah  terkedu. Namun bertenang sahaja. Baginya adik-adik mujahidah purdah yang  dikenalinya ramai yang sedang berusaha bermujahadah mengejar cinta  Allah. Kalau ada yang perangai buruk pun itu kisah lama. Dan kalau ada  yang masih bermasalah mungkin hanya dua, tiga orang sahaja. tak adil  rasanya meletakkan kesalahan itu di bahu semua. Biasalah, kerana nila  setitik, rosak susu sebelanga. Tapi, jelas padanya Rozita tentu mahu  suburkan kembali kekuatannya dengan hujah. Selalunya begitulah, jika  pemakai purdah dihina, mulalah dia menambah hujah dengan cara  mendapatkan maklumat dari Sumayyah.
“Tak perlulah berpurdah,  perangai tu kena baik dulu. Main hentam sahaja” Rozita menambah lagi.  Rozita baru balik dari meeting persatuan. Dalam meeting tadi, Muslimin  hebat menghentam pemakai purdah, terutama Ketua Unit Kebersihan Masjid,  Azrol Hazim. Biasanya, Rozita yang hebat mempertahankan sahabat-sahabat  yang berpurdah. Tapi, dia mula mati hujah bila Azrol membangkitkan nama  pensyarah yang mereka kasihi dan hormati, Puan Zaitun.
“ Pertama,  enti ada bukti ke mereka ni berdating dan bercouple? Siapa yang enti  maksudkan? Enti tak boleh hanya mendengar khabar angin, terus meletakkan  salah itu pada pemakai purdah tanpa menyelidiki sebaiknya. Kedua, jika  salah seorang yang berdating, adakah semua kain kecil di muka mereka  yang dipersalahkan? Dan adakah semua pemakai purdah bersalah? Ketiga,  yang pakai tudung biasa, yang pakai tudung labuh takda ke yang berdating  dan bercouple? Semuanya baik?” Sumayyah bertanya kembali kepada Rozita.
Rozita terdiam, tunduk.
“  Adakah mereka perlu jadi baik dulu sebelum menutup aurat dengan memakai  tudung? Apakah terdapat syarat mempunyai akhlak yang baik baru memakai  pakaian seperti yang digariskan syarak?”
Rozita menggeleng.
“  Adakah jika pemakai tudung itu bercoule, berdating malah berzina, maka  tudung itu yang salah? Adakah tudung yang salah dan purdah yang salah?  Ataukah perbuatan berdating atau berzina itu yang salah? Adakah dalam  Islam ni, bila kita nak mengamalkan sesuatu perintah Allah, mesti sudah  sempurna perintah yang lain baru boleh lakukan perintah seterusnya?
Rozita terdiam. Mukanya merona merah.
“  Berhakkah ana menapis mereka semua sebelum diluluskan untuk memakai  purdah? Siapa ana? Perlukah ana interview mereka seorang demi seorang?  Hanya kerana ana kalangan orang pertama yang memakai purdah di kolej ni?  Pada ana, Ita, memakai purdah ni adalah cara mendekatkan diri kepada  Allah, maka sedikit demi sedikit pemakai purdah akan menjadi muslimah  yang solehah. Ia bergerak selari dengan perubahan diri ke arah menjadi  muslimah sejati. Pada ana, mereka mampu dan kuat untuk menutup wajah  mereka sudah menjadi satu usaha yang baik untuk memelihara diri mereka,”  Sumayyah cuba menjelaskan keadaan sebenar yang menjadi kekeliruan  sahabatnya.
“ Tak mungkin menunggu perangai sempurna baru memakai  purdah, hidayah sudah sampai, pastilah adik-adik menyambutnya,”  sumayyah menambah lagi. Sumayyah mengangkat tangan, sambil menganggukkan  kepala kepada siswi yang lalu-lalang berhampiran tasik yang mengenali  mereka.
“Tapi, enti terangkanlah pada mereka tentang hukum  berpurdah ni. Bukannya wajib pun,” Rozita menambah lagi. Dia menjelaskan  dalam keadaan tenang.
“ Ita, sahabatku yang kukasihi, yang bakal  menjadi temanku di mahligai syurgawi, adakah ia haram?” “ Ada tak  ulama’ yang menghukumkannya haram?” Sumayyah membalas lembut, hatinya  sayu. “ Tak ada, yang ada hanya hukum wajib, sunat mustahab (Yang  disukai) sahaja, al-fadhil Ustaz Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti pun  menghukumkan wajib berpurdah di zaman penuh kefasadan sekarang ni dalam  buku fiqh sirah yang ustaz kupaskan tu, enti dah baca bahagian tu? Islam  menyukainya, sahabatku. Jadi, usah kita menjadi penghalang mereka  berpurdah,”
Rozita terdiam.
Nantikan sambungan cerita ini...
 
5 comments:
salam..x sabar nk tgu smbungan seterusnya...syukran
Insyaallah..smbungna dia aka dipaparkan tidak lama lagi....
sama-sama kita nantikan...:)smg ia membawa satu kekuatan kpd dri kita smua :)
alhamdulillah....sangat bagus...^_^
dan kebetulan...ukhti sarahah antara sahabiahku...
sedikit pandangan daifku:
ada juga yang mengambil jalan untuk berniqob hanya kerana untuk mentarbiyyahkan dirinya dalam segala macam hal dan ini juga dapat menambahkan iltizam kita untuk terus beristiqomah dijalan yang telah Allah berikan...insyaAllah.
ya betul kata ukhti. Alangkah bagusnya kalau manusia itu memahami bagaimana untuk mempertingkatkan diri dengan ibadah kepadaNYA.Dengan berniqob juga dapat memberikan suatu ibroh buat diri dalam meningkatkan mutu ibadah kita...
Saya penulis asal cerpen Kain Kecil Di Wajahmu ini Terima kasih sudi share
Post a Comment