Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.  setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10  Muharram. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: “Hari apakah ini yang kamu  berpuasa padanya?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah  menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan  kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami  turut juga berpuasa.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami lebih layak mengikuti  Musa dari kamu.” Lalu Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari itu dan menyuruh  orang Islam yang lain juga berpuasa. Imam Ibnu al-Qayyim menyebut di dalam Zadul  Ma’ad: “Puasa Aasyura ada tiga darjat: Berpuasa 9, 10 dan 11 Muharram. Ini yang  paling sempurna.
Insyaallah kalau mengkikutkan tarikh ini marilah sama-sama kita berpuasa pada 15,16,17/12/2010 ini.Sama-samalah kita menghidupkan sunnah Nabi Muhammad Sallahualaihi wasallam  tanda kita cinta pada baginda.Insyaallah.Sampai-sampaikanlah buat semua sahabat agar sunnah ini dapat terus di jalankan sehingga akhirat 
*Syukran buat sahabat yg fowdkan(^^,) 
No comments:
Post a Comment