skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
Kain Kecil Di Wajahmu (KKDW)/purdah/Niqob Bab 3 TAMAT
“ Enti berhujah dengan hujah siapa?”
“  Enti, Syeikh Tantawi sendiri mengatakan bahawa ia adalah adat dan  bukannya ibadat. Enti sedarlah Sumayyah. Enti hanya membazir masa enti  untuk mempertahankan pemakaian purdah di kolej kita, sedangkan ia tidak  pernah diajarkan agama kita. Siapa kita nak menafikan pendapat Syeikhul  Azhar,”
“ Enti kata siapa kita nak menafikan pendapat Syeikhul  Azhar, tapi enti sedar tak bahawa di kalangan ulama’ pun ada yang  terikut-ikut irama kerajaan sekular.”
“ Sedap je enti tuduh ulama’ begitu?”
“ Enti, enti tahu tak siapa Syeikhul Azhar ni? Enti kenal tak ulama’ ni?
Rozita terdiam.
Rupa-rupanya, Sumayyah terlebih dahulu mengikuti perkembangan isu semasa.
Sumayyah mengeluarkan sehelai kertas dari beg galasnya.
Sumayyah  membaca kenyataan yang terdapat dalam artikel tersebut“ Dr. Nazreen  Nawaz memberi kenyataan tegas mengkritik tindakan Syeikh Muhammad  Tantawi. Katanya Syeikh Tantawi bukanlah orang yang asing dalam memukul  gendang mengikut irama kerajaan Sekular Barat. Antara perkara yang telah  dilakukan termasuklah menyokong pengharaman tudung di Perancis,  menasihati perempuan-perempuan Muslim untuk membuka tudung mereka dalam  memenuhi kehendak undang-undang, serta bersalaman dengan Presiden Israel  Shimon Peres iaitu seorang penyembelih yang mana tangannya berlumuran  dengan darah ribuan rakyat Palestin. Berlatar belakangkan kerajaan  Eropah yang sedang berusaha untuk mencantas kebangkitan Islam dalam  masyarakat mereka dan memaksa untuk menerapkan nilai-nilai Barat melalui  undang-undang seperti pengharaman tudung dan purdah, kata-katanya telah  dijadikan sebagai hujah dalam agenda mereka. Tambahan pula,  kenyataannya yang mutakhir ini telah menyediakan bantuan kepada  propaganda peperangan kerajaan Barat terhadap Islam dan pakaian wanita  Muslim. Dia menunjukkan kemarahan terhadap wanita yang berpurdah tetapi  langsung tidak menghiraukan tindakan kerajaan membenarkan para  pengunjung wanita untuk berarak separuh bogel di dalam pusat percutian  di Mesir. Dia mempergunakan Islam untuk berhujah bahawa wanita Muslim  mestilah membuka wajah mereka tetapi mendiamkan diri terhadap  pemerintahan rejim sekular Mubarak yang zalim yang cuba sedaya upaya  dalam menyingkirkan Islam dari masyarakat, termasuk memenjara dan  menyeksa sesiapa yang menyeru kepada pemerintahan Islam. Enti nak guna  hujah ulama’ yang begini?” Sumayyah mengakhiri pembacaannya sambil  menggelengkan kepala.
Rozita terdiam.
Rozita menambah lagi “ Tapi, enti tahu tak isu ni jadi isu yang panas pada tahun 2001 di Mesir juga,”
“Isu yang mana tu? Di American University di Kaherah tu ye?”
Rozita  mengangguk. “ Yup, seorang pengkaji Muslimah telah dilarang memasuki  perpustakaan American University di Kaherah kerana enggan menanggalkan  niqobnya. Tengok di Negara Mesir pun jadi macam ni. Negara Islam tu,”
“  Negara Mesir Negara Islam? Enti biar betul, Ita…Mesir dah dikotori  sekularisme di mana-mana,” Sumayyah menafikan kenyataan sahabatnya. “  Husni Mubarak kan presidennya,”
“ Maafkan ana, Ita. Tapi kalau  tak silap ana Muslimah tu telah membawa kes tersebut ke mahkamah dan  mahkamah memutuskan larangan itu tidak sah. Maksudnya larangan untuk  beliau masuk dengan keadaan mermakai niqab adalah tidak sah.  Kesudahannya, wanita tersebut menang di dalam kes berkenaan.”
“ Oh, dia menang ye?”
“  Ha’ah,oh ye, enti. Ya, sebelum kita memutuskan sesuatu perkara atau isu  sebagai hujah dan perdebatan, kita perlu tahu apa kesudahannya dan  watak-watak utama dalam kes berkenaan. Enti tahu ke pasal arahan syeikh  Tantawi sebenar,”
“ Maksud enti?”
“ Yelah, beliau  mengharamkan niqab di University al-Azhar. Enti perlu ingat bahawa  Universiti al-Azhar mempunyai kampus yang berasingan antara pelajar  lelaki dan perempuan. Ini yang diajarkan Islam. Tapi, kolej dan  universiti di Malaysia tidak begitu. Adalah haram dalam Islam untuk  dicampurkan pelajar lelaki dan perempuan dalam sebuah pusat pengajian,  tanpa tabir pula tu di dalam kelas. Jadi, kita memang tidak sama dengan  mereka. Kita lagi perlu memakai niqab (purdah) kerana kita berada di  kampus yang tidak mengasingkan kuliah dan kelas dan sebarang urusan  untuk lelaki dan perempuan, “ Sumayyah menjelaskan panjang lebar.
“ Owh, begitu. Maksud enti tiada pelajar lelaki di kampus pelajar perempuan? Beginikah sistem di al-Azhar? Ana tak tau pun..”
“  Ha’ah, takde. Ana sempat singgah waktu lawatan sambil belajar ke  Kaherah, tahun lepas. Memang kampus berasingan. Universiti lil baniin  (untuk lelaki) dan lil banaat (untuk perempuan) adalah asing. Bagus,  kan?” Sumayyah menjelaskan.
“ Subhanallah, bestnye..”
Sumayyah  mengeluarkan sebuah fail yang diisi artikel tentang niqab di dalamnya. “  Cuba kita check and balance semula, ok, isu ni adalah berpunca daripada  pekeliling yang dikeluarkan pada 5 Oktober 2009 oleh Syeikh al-Azhar  kepada semua sekolah rendah dan menengah serta kolej-kolej milik  Universiti al-Azhar, supaya pelajar wanita tidak dibenarkan memakai  purdah semasa dalam kelas atau dewan kuliah. Lihatlah apa alasan mereka,  semua kelas dan dewan kuliah pelajar wanita adalah berasingan daripada  kelas dan dewan kuliah pelajar lelaki. Justeru, tiada keperluan bagi  pelajar wanita memakai purdah. Ini berbeza semasa berada di luar kelas  atau di luar dewan kuliah. Kita lihat hasil dari mesyuarat tergempar  Majlis Tertinggi al-Azhar , dalam mesyuarat ni diputuskan beberapa  perkara:
Pertama, pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki  premis al-Azhar as-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak  boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar as-syarif.
Tentang  perkara pertama yang diputuskan ni jelas pada kita bahawa niqab tidak  diharamkan. Bahkan wanita yang berniqab tidak boleh pun dihalang  daripada memasuki al-Azhar.
Kedua, pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar.
Lihat  pada keterangan yang kedua. Pelajar perempuan diizinkan untuk memakai  niqab jika ada orang lelaki di al-Azhar. Seperti yang kita tahu kampus  mereka adalah khusus untuk pelajar perempuan. Dan kampus untuk pelajar  lelaki bukan di tempat yang sama. Jadi, jika ada lelaki di dalam kampus,  mereka dibenarkan berniqab.
Ketiga, para pelajar perempuan tidak  dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua  pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuat kuasa apabila guru yang  mengajar juga adalah perempuan.
Keputusan yang ketiga juga jelas.  Arahan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam kelas adalah arahan yang  jelas tidak bertentangan dengan Islam kerana kelas-kelas ini hanya  terdiri daripada pelajar perempuan sahaja. Dan larangan memakai niqab  ini hanya berkuat kuasa jika guru itu adalah perempuan. Lihat, kita di  kampus yang bercampur dengan lelaki di dalam kelas dan gurunya juga  lelaki, tentulah lagi perlu memakai niqab.
Keempat, para pelajar  perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan  berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah  dari kalangan wanita.
Keputusan yang keempat juga begitu jelas.  Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab hanya dengan syarat  para pengawal peperiksaan adalah dari kalangan wanita. Lihat, jika para  pengawal terdiri daripada lelaki, maka larangan berniqab ini tidak sah  lagi. Lihat, adakah nak kita samakan dengan kolej kita. Di kolej kita,  bukan sahaja para pengawal peperiksaan terdiri daripada pensyarah lelaki  dan staf lelaki, bahkan di dalam dewan peperiksaan juga bercampurnya  antara pelajar lelaki dan perempuan. Lihat, kita lebih-lebih lagi perlu  memakai purdah.
Kelima, Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah  menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka  sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang  tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran  kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah  wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha’ Islam.
Keputusan  majlis yang kelima ini semestinya tidak ana persetujui. Lihat sahaja  bagaimana kanak-kanak tidak ada masalah dengan pemakai niqab apabila  mereka sudah terbiasa dengan ibu mereka sendiri yang berniqab. Bagi ana,  jika kita nak menghalang orang dari berniqab hanya kerana kanak-kanak  maka kita perlu kembalikan pada hukum itu sendiri. Ini bukan persoalan,  minoriti ulama’ menghukumkan wajib berpurdah maka bermakna tidak perlu  berhujah. Kedua-dua hujah ulama’ yang berselisih adalah berkaitan wajib  dan sunat. Tidak ada ulama’ yang mengharamkan. Oleh itu, tidak timbul  persoalan untuk mereka yang memakai kerana kedua-dua hujah sepakat  kebaikan memakai purdah.
Jadi, ini semua berbalik kembali pada persoalan hukum berpurdah ini dalam Islam,” jelas Sumayyah panjang lebar.
“  Tapi, ada juga mereka menyebutkan bahawa pemakaian purdah adalah adat  dan bukannya ibadat, malah ia merupakan isu khilafiyah dalam bidang  fiqh,” Rozita menambah sambil menunjukkan kenyataan syeikhul azhar  tersebut dalam artikel di tangannya.

 
“ Yup, ana tahu tu. Tapi,  lihat kenyataan ini bertentangan. Pertama ia mengatakan bahawa ia adat  dan bukan ibadat. Kedua ia mengatakan bahawa ia isu khilafiyyah dalam  bidang fiqh. Kedua-dua ayat ini bertentangan. Lihat, jika purdah adalah  adat, ini bermakna ia tak sepatutnya berada dalam isu khilafiyyah. Jika  ia bukan ibadat, bagaimana ia termasuk isu khilafiyyah? Isu khilafiyyah  adalah perkara-perkara yang ulama’ berbeza pendapat berkaitan hukum  sahaja, bukannya soal adat pun dibincangkan. Ini bermakna ia ada kaitan  dengan ibadah dan terbuktilah ia bukannya sekadar adat. Kerana ulama’  berselisih pendapat antara wajib dan sunat. Ini jelas membuktikan soal  ibadah. Bukannya adat sahaja.” Sumayyah menjelaskan sambil menunjukkan  pada kedua-dua kenyataan syaikh yang antagonis antara satu sama lain.
Rozita mengerutkan dahinya dan mengangguk.
“  Jelasnya, ana sendiri bersetuju dengan apa yang mereka bawa kerana  mereka mengikut apa yang digariskan Islam sendiri dalam keputusan syeikh  azhar untuk perkara satu hingga empat. Dan ia berkaitan isu khilafiyyah  pun ana bersetuju kerana ia membuktikan pemakaian purdah ini berkaitan  ibadah dan bukannya adat”
“ Tapi enti, lihat ni, beliau  menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi al-Azhar tersebut  dibuat adalah adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar  perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke  dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan , ha, macam  mana pendapat enti,”
“ Setuju, ana setuju. Untuk tujuan  keselamatan, adalah tidak mengapa. Kerana kampus mereka ini hanya  terdiri dari pelajar perempuan, jadi tidak mengapa membuka purdah,  lagipun ini bagi mengelakkan pencerobohan. Lagipun, Mursyidul Am PAS,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut membuat kenyataan menyokong pandangan  Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi tersebut, Tuan Guru Nik Aziz ada  mengulas dengan berkata, “ Atas dasar keselamatan Negara, Tantawi  mengambil keputusan tersebut sebagai langkah awal pencegahan jenayah dan  keganasan, menangani taktik penjahat menggunakan purdah melindungi  aktiviti haram mereka. Bagi ana tak da masalah kerana prems mereka  semuanya perempuan. tapi, keadaan ini berbeza dengan Malaysia, jika  keseluruhan kampus semuanya perempuan, barulah arahan ini sesuai  diaplikasikan di Malaysia” Sumayyah menambah dengan menyokong bahagian  ketetapan al-Azhar itu.
“Tapi,ada juga mereka menegaskan bahawa  ketetapan ni dibuat demi untuk mengelak berlakunya penipuan di dalam  peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa pada tahun 2008 menyaksikan 12 kes  penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab  yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang  dipakai,” Rozita menambah lagi hujah syeikh al-Azhar.
“ Enti  lihat, walaupun tiada pelajar yang berniqab dalam tahun-tahun sebelum  kita semua berniqab iaitu sebelum tahun 2007, telah ada kes peniruan di  dewan exam. Selain itu,dalam tahun-tahun lepas pun ada peniruan di dewan  exam, bukan sedikit bahkan banyak sekali yang terdiri dari  pelajar-pelajar pengajian Islam dan bukan pengajian Islam, pakai tudung  labuh atau pakai tudung bawal. Tidak ada lagi yang melibatkan pelajar  berniqab, tapi peniruan masih berlaku. Adakah salah niqab? Jika salah  itu diletak pada niqab, maka kita juga boleh menyalahkan pelajar yang  meniru di kolej kita atas tudung mereka. Jadi, adakah kita nak  mengharamkan mereka bertudung kerana mereka meniru? Ana tidak nampak ini  boleh dijadikan hujah. Akhlak dan adab untuk tidak meniru di dewan exam  yang perlu diterapkan bukannya pakaian yang dipersalahkan. Namun, ana  bersetuju dengan pendapat Syeikhul azhar bahawa dilarang untuk memakai  niqab apabila pelajar yang mengambil peperiksaan dan pengawal  peperiksaan semuanya terdiri daripada orang perempuan. Ana rasa ini  tiada masalah. Inilah yang sepatutnya. Pengawal peperiksaan adalah  perempuan dan semua pelajar perempuan diasingkan tempat peperiksaan dari  pelajar lelaki, maka barulah larangan berniqab itu boleh dijalankan  untuk langkah keselamatan jika perlu. Tapi, terus terang bagi ana, tidak  perlu tunggu berniqab, menipu itu ada macam-macam cara, yang pakai  tudung labuh dan pakai tudung bawal pun boleh menipu dan meniru. Pelajar  sekarang ada banyak tempat sorok mereka, ustaz-ustaz pun dah kenal  pasti tempat-tempat sorok nota yang biasa di kalangan pelajar perempuan  dan pelajar lelaki,” Sumayyah menjelaskan sambil menggeleng kepala  kecewa.
Sumayyah menjelaskan lagi kenyataannya “ Terdapat  pelbagai respon dalam masyarakat Islam. Enti tahu tak Ita, Hamdi Hassan?  Enti kenal tak?”
“ Tak” Rozita menggeleng.
“ Untuk  pengetahuan enti, Hamdi Hassan adalah merupakan ahli parlimen Mesir yang  mewakili kumpulan Ikhwanul Muslimin telah menyatakan bantahan keras  kumpulan fundamentalis tersebut terhadap arahan Tantawi. Hamdi Hassan  berpendapat bahawa Tantawi perlu meninggalkan jawatan beliau kerana  sudah beberapa kali menyinggung perasaan institusi agama terunggul  tersebut, dengan merujuk kepada beberapa fatwa kontroversi sebelum ini  seperti mengharuskan transaksi riba di dalam perbankan atas nama faedah  (riba) yang dibenarkan. Hamdi Hassan walaupun berpegang kepada pendapat  niqab itu bukanlah wajib, membantah arahan Tantawi tersebut kerana  al-Azhar bagi beliau ialah institusi agama yang perlu meraikan pandangan  semua mazhab muktabar. Pendapat Hamdi Hassan ini pun disokong oleh  tokoh ulama’ terkemuka Mesir yang merupakan bekas Ketua Majlis Fatwa dan  Kajian Universiti al-Azhar, iaitu Syeikh Ali Abu al-Hasan. Menurut  beliau, pihak berkuasa tidak mempunyai hak untuk melarang mana-mana  Muslimah daripada memakai niqab, melainkan untuk sebab-sebab sekuriti.  Ujar beliau lagi, pemakaian niqab tidak bercanggah dengan syariat Islam  serta undang-undang Mesir, justeru pengharamannya tidak diterima sama  sekali,” jelas Sumayyah dengan teliti.
“Oh, kalau macam tu, perkara ni pun jadi isu besar jugalah ye,”
“  Mestilah isu besar, ia masalah hukum, jika ditebuk oleh orang kafir  atau orang Islam sendiri, pastilah bangkit orang berilmu di kalangan  masyarakat Islam sendiri untuk mempertahankan hukum Islam. Ini bukan  perkara main atau soal remeh. Ia melibatkan hukum wajib. Kalau sekadar  sunat je dan tiada pendapat yang wajib, ana rasa isu ni tak jadi sebesar  begini,” Sumayyah menambah.
Tut…tut…
“ Assalamualaikum,” Sumayyah menjawab panggilan telefon.
“ Waalaikumussalam, Su. Mak Ngah ni. Macam mana dengan cadangan Mak Ngah tempoh hari?”
“ Oh, Mak Ngah…Mak Ngah sihat?”
“ Alhamdulillah, sihat. Su Sihat?”
“  Alhamdulillah Mak Ngah. Mak Ngah, Su minta maaf banyak-banyak….Su tak  dapat nak terima pinangan anak Mak Cik Melah. Su nak sambung belajar  lagi Mak Ngah…”
“ Su, kamu ni dah berumur dah..terima je dulu,  nanti baru fikir nak sambung belajar ke ape…Lagipun, kalau dah kahwin  pun bole sambung belajar,”
“ Mak Ngah, Su dah istikharah dah. Mungkin ada yang lebih baik untuknya,”
“ Maafkan Su, Mak Ngah…”
Tak pe, tak pe…”
Rozita berdehem-dehem.
“ Pinangan yang baru?”
Sumayyah  tunduk. Agak bosan. Bukan calang-calang suami yang diimpikan, mestilah  yang sayangkan Islam dan mengamalkan, bukannya yang Islam pada nama.
“ Su masih menanti? Menanti sesuatu yang tak pasti?”
“ Subhanallah, hanya Allah yang berhak menyusun segalanya,” Sumayyah memejamkan matanya, sambil menggeleng.
Itulah prinsip Sumayyah.
“ Baik, kita sambung.”
“  Janganlah enti risau, Ita. Ana ok je, tak, ana tak tunggu siapa-siapa.  Untuk apa menunggu seseorang yang tidak mahu beramal dengan hukum Islam,  tentu ada yang lebih baik. Allah itu adil. Surah an-Nur kan Allah dah  berjanji wanita yang baik untuk lelaki yang baik,”
“ Macam tu lah kawan ana, kuat, tidak mudah mengalah,” Rozita memeluk sahabat karibnya Sumayyah.
“ Ada yang terlebih baik untuk enti. “Rozita menepuk-nepuk bahu sahabatnya mesra.
Sumayyah  tersenyum sendiri. Matanya mengecil. Rozita membalas senyuman kerana  amat mengenali wajah sahabatnya yang tersenyum ketika berpurdah.  Sumayyah menelan makanan dengan beratnya. Sukar dia menerima hakikat  aturan hidupnya yang pelik. Namun kerana Allah digagahi juga. Hanya  jauhari mengenal manikam. Terbayang keindahan Yaman yang pernah  diceritakan. Memang tiada yang sempurna tapi sekurang-kurangnya yang  takutkan Allah, yang berusaha mencapai kesempurnaan kehidupan  bertunjangkan Islam. Subhanallah, tentu Syurga terlalu indah. Dengan  sebab itulah jalan ke sana penuh berliku, fikirnya dalam hati.
“Lagi  satu, tentang isu pengharaman niqab di Universiti al-azhar ni perlu  kita kaji bersama. Dari segi politik, pengharaman itu boleh  dimanipulasikan oleh mana-mana pihak, Negara sekular,  pertubuhan-pertubuhan yang memusuhi Islam serta pertubuhan musuh dalam  selimut di kalangan umat Islam sendiri. Ia boleh dijadikan prima facie  di dalam Negara Eropah untuk mengharamkan secara total pemakaian niqab  oleh wanita Muslim. Tidak mustahil juga, suatu hari nanti pemakaian  tudung, hijab dan scarf pun bakal diharamkan. Malah tidak mustahil juga,  suatu hari nanti lelaki Muslim pun turut dilarang daripada memakai  kopiah, songkok atau serban kerana ia juga boleh dikatakan tiada kaitan  dengan nas agama. Bayangkanlah jika Syeikhul Azhar terpaksa membuka  serban al-Azharnya sekiranya ingin melawat Negara Eropah, bukan ke pelik  tu? “ Sumayyah menambah.
Mereka berdua tersenyum sambil mengggeleng kepala membayangkan.
TAMAT
semoga kita dapat apa yg ingin disampaikan:) 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
  
 
No comments:
Post a Comment