♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Saat Ketika Bertemu

Thursday, February 25, 2010


mhs
Originally uploaded by izas19
Ketika mana baru bertemu dengan sahabat handal.Mereka baru menjelmakan diri dengan menyertai Minggu Haluan Siswa 2009.Saat inilah aq menemui kengkawan baru yang boleh diklafikasikan sebagai teman perjuanganku.Semoga Ukhwah ini kekal dan dapat membimbing kita semua ke jalan yang diredhai Allah SWT..AmeeN....

Ukhwah Kita Di MANA

Monday, February 22, 2010

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (al-Hujurat: 10)

Ukhwah bermaksud persaudaraan. Perkataan ukhwah berasal daripada perkataan akhun atau akh yang bererti saudara. Saudara lelaki disebut akhun manakala saudara perempuan disebut pula sebagai ukhtu. Tetapi,perkataan ukhwah itu sendiri tidak membezakan antara sesama lelaki atau sesama perempuan, ia merangkumi semua secara umum, lelaki sesama lelaki, perempuan sesama perempuan, dan lelaki sesama perempuan. Bersaudara bukanlah bermaksud kita boleh memperlakukan orang-orang lain seperti adik kita, tetapi bagaimana rasa kasih dan sayang itu kita terapkan terhadap saudara-saudara kita yang lain sama seperti mana kita berikan kepada adik-beradik kita.

Maka persoalannya, wujudkah istilah ukhwah antara lelaki dan perempuan?

Dalam ilmu usul fiqh, kita mengetahui bahawa dalam menentukan sesuatu hukum, jika tiada dalil dari nas al-Quran mahu pun al-Hadis yang mengharam atau menghalalkan sesuatu perkara, maka ianya jatuh hukum secara harus (mubah). Tiada satu pun hadis atau ayat al-Quran yang menyatakan bahawa seorang muslim lelaki dan perempuan bukan bersaudara. Jadi dari mana pula datangnya hukum atau pernyataan yang mengatakan 'tiada ukhwah antara lelaki dan perempuan'?

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (at-Taubah: 71)

Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya" (Bukhari dan Muslim)

Menyalahgunakan Istilah Ukhwah


Bukan istilah ukhwah itu yang menjadi masalah, tetapi mereka yang menggunakan istilah ukhwah untuk agenda tersembunyi, itu yang bermasalah. Kononnya dalam SMS mahu pun laman jaringan sosial maya, mereka menggunakan istilah 'Salam Ukhwah' dan seumpamanya, untuk berkenalan dengan kaum berlainan jantina. Mereka melapik perbuatan yang mungkar dengan benda yang maaruf. Ini yang salah.

Ikhtilat bukan ukhwah. Ikhtilat adalah percampuran, atau juga pergaulan. Ukhwah itu dibina atas landasan akidah yang sama, tetapi ikhtilat itu tidak memerlukan apa-apa ikatan landasan untuk dibentuk atau dibina. Senang kata, tidak mungkin percampuran seorang lelaki dan seorang perempuan (berdua-duaan) itu berlaku atas nama ukhwah (yang dibina atas dasar iman dan takwa), tetapi ianya hakikatnya adalah suatu bentuk ikhtilat yang ditanam atas dasar nafsu dan bisikan syaitan!

Prof. Dr. Yusof Qardhawi dalam bukunya Fatwa Mua'sarah (Fatwa Kontemporari) mengatakan bahawa perkataan 'ikhtilat' itu sendiri sebenarnya dipinjam dari perkataan luar, yang mana ianya tidak sesuai untuk menggambarkan hubungan ukhwah yang sebenar antara muslim. Tidak berlaku di zaman Nabi tentang ikhtilat melainkan para sahabat semuanya berhimpun, bergaul, dan berinteraksi atas landasan ukhwah Islamiyah yang sejati.

Ukhwah itu cinta, tetapi cinta tidak semestinya ukhwah. Cinta itu ada banyak peringkat dan sifatnya. Terlalu banyak buku yang mengelaskan peringkat-peringkat cinta, hingga saya juga pening kepala membaca dan menyatukan kesemuanya. Namun apa yang boleh difahami, ukhwah itu menerbitkan rasa cinta sesama saudara, tetapi cinta itu pula, tidak semestinya lahir dari ikatan ukhwah yang didirikan, ianya boleh muncul secara tiba-tiba, boleh muncul disebalik rasa kebencian, malah boleh juga timbul pada saat yang tidak pernah kita jangkakan sendiri. Dan semestinya, rasa cinta kita terhadap setiap individu berbeza. Cinta seorang suami terhadap isterinya mestilah lebih tinggi daripada cintanya terhadap jiran perempuannya, walaupun mereka berbual, tolong-menolong atas landasan ukhwah.

Interaksi Lelaki dan Perempuan


Interaksi antara lelaki dan perempuan itu dibenarkan, namun ada batasnya, ianya bukanlah ditegah secara mutlak, dan bukan juga dibenar secara mutlak. Islam telah meletakkan garis panduan yang jelas dalam interaksi antara lelaki dan perempuan,baik sesama muslim mahu pun dengan yang bukan muslim. Ianya tergunapakai dalam semua keadaan.

"...Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..." (al-Ahzab: 53)

Ada yang menggunakan dalil di atas (atau yang lain-lain seumpamanya) untuk mengatakan bahawa interaksi antara lelaki dan perempuan itu ditegah, sebab itu ianya dibuat disebalik hijab. Malangnya penyataan itu adalah terpesong dari maksud sebenar ayat al-Quran ini. Jika benar tidak boleh ada interaksi antara lelaki dan perempuan, maka sepatutnya ayat 'tidak boleh langsung meminta' yang keluar. Hijab (belakang tabir) itu menunjukkan bahawa interaksi lelaki perempuan itu dibenarkan, namun hendaklah mempunyai batas, yang mana batas itu dapat menundukkan hati-hati mereka, lelaki dan perempuan.

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuatkan" (an-Nur: 30)

"Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dalam bicara hingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik" (al-Ahzab: 32)

Saya rasa tidak perlu saya menerangkan dengan panjang lebar apa batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan, cukup kiranya dua dalil yang saya nyatakan di atas. Pembaca boleh mencari sumber di laman web lain atau buku-buku mengenai batas pergaulan dengan lebih terperinci. Saya lebih menyarankan pembaca untuk 'bergerak' dalam membaca dan mencari ilmu supaya pengetahuan pembaca lebih jelas dan luas, malah dapat memupuk semangat mencari ilmu, insyaallah.

Mereka Itu Mad'u Dakwah Kita


Saya secara peribadi amat mengalu-alukan sesiapa untuk berkenalan dengan saya, tidak kira jantina, usia mahu pun bangsa, kerana saya menganggap mereka semua sebagai mad'u (orang yang didakwah) saya. Biarpun mungkin mereka berniat jahat terhadap kita, tetapi itu bukan masalahnya, masalahnya ialah jika kita 'dikawal' oleh mereka. Mengapa kita tidak cuba mengambil manfaat daripada perkenalan ini? Saya tahu, ramai yang mengelakkan daripada perkenalan di alam maya kerana ianya penuh dengan kedustaan dan ketidakpastian, terutamanya para muslimat sekalian. Saya faham, dan saya hormati keputusan anda semua, kerana waspada itu adalah langkah yang terbaik. Tetapi bagi saya sendiri, ini merupakan satu medan dakwah saya, dan juga medan menimba ilmu saya. Banyak kenalan banyak informasi, banyak kenalan banyak ukhwah, dan banyak kenalan banyak juga kerenah!

Siapa kata saya tiada perkenalan di alam maya? Banyak...terlalu banyak hingga saya tidak dapat ingat kesemuanya. Namun, setelah bertahun-tahun, banyak juga ilmu dan pandangan yang saya terima daripada mereka semua, terima kasih atas perkongsian.

Cuma sekali lagi yang perlu saya tekankan, jaga batas pergaulan, itu saja. Insyaallah selamat.

Dan juga jauhkan diri daripada fitnah.

Lagi satu masalah yang sering dihadapi terutamanya kaum wanita muslimah adalah tidak mampu menegur lelaki yang bergaul dengan mereka agar menjaga batas-batasnya. Seperti contoh, si lelaki dan si perempuan ini adalah rakan sekuliah, namun si lelaki ini terlalu cuba hendak rapat dengan si perempuan ini hingga menimbulkan rasa tidak sedap hati dan terganggu. Maka si perempuan hendaklah menegur perbuatan si lelaki itu dengan berhikmah.

Jika tidak berkesan juga, maka tinggalkanlah si lelaki itu kerana ianya mungkin akan lebih memudaratkan lagi. Biarlah si lelaki berkata si perempuan itu sombong, itu semua dugaan dan ujian terhadap si perempuan, anda sudah cuba untuk menasihatinya, jika tidak berkesan jauhkan diri, itu lebih baik, insyaallah.

Masalah Hati?



"Kami pada mulanya berkawan biasa sahaja, sentiasa membicarakan tentang hal-hal yang berfaedah, tetapi lama-lama saya tidak dapat membendung rasa 'itu' terhadap dia! Bagaimana ini?"

"Apa batasnya yang menjauhkan kami dari menghampiri zina seperti yang dinyatakan dalam ayat al-Quran?"

Saya tidak berani hendak berbicara mengenai perkara ini dengan mendalam kerana ilmu dan pengalaman saya tentang perkara ini terhad. Saya cuba menjawab dengan mengambil dua ayat ini;

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berkebelakang-belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya. Takwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke dadanya tiga kali). Sudah cukup banyak kejahatan seorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya" (riwayat Muslim)

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti" (al-Hujurat: 13)

Nampak apa huraian di kedua-dua penghujung ayat di atas? TAKWA.

Wallahu'alam.

Syukran riz....

maklumat baru...betul ke x?

baca la..
Sila baca tulisan ini dan sebarkan ke
beberapa muslim sebanyak yang anda bisa.
Ini
adalah informasi yang sangat amat penting.

Muslim seharusnya tidak lagi menggunakan
kata "Mosque".
Suatu hari, saya membaca buku berjudul

"THE COMPLETE IDIOT'S GUIDE TO
UNDERSTANDING ISLAM"
("PETUNJUK IDIOT YANG LENGKAP UNTUK
MENGERTI ISLAM)

*) IGOEN ; "I've checked this book in yahoo
search, and it's true it's there"

dan buku itu berisi fakta-fakta yang lucu.Salah
satunya adalah mengenai kata "Mosque."
Banyak
dari kita yang berfikir bahwa ini adalah
terjemahan
bahasa Inggris untuk Masjid.Saya yakin tak
ada
seorangpun dari kita yang mengetahui
bagaimana
kata ini ada dan kemudian mempunyai
kemiripan
suara dengan 'Masjid'. Kita masih sangat
muda
ketik! a kita ber fikir bahwa ini hanyalah sebuah
kata
dalam Bahasa Inggris. Saat itu kita belum
berfikir
kritis dan analitis,jadi tak ada keberanian
untuk
menanyakannya kepada guru,benar kan ?).

Bagaimanapun, buku ini menunjukkan
bahwa
kata 'Mosque' diperoleh dari kata dalam
bahasa
Spanyol, yaitu "Mosquito" ("Nyamuk").
Dinamakan
seperti itu karena saat Perang Salib terjadi,
Raja
Ferdinand berkata bahwa mereka akan
berangkat
dan membasmi Muslim "like
mosquitoes"("seperti
nyamuk-nyamuk"). (Dimana lagi mereka
dapat
temukan muslim dalam jumlah yang cukup
besar
untuk dibasmi jika bukan di Masjid?). Lalu
tanpa
rasa sungkan mereka menyebut "Masjid"
sebagai "Mosque". Jadi saudara-saudara
seiman,
hindarilah penggunaan kata yang dengan
jelas
menunjukkan tamparan kemuka ke wajah
umat.

Beritahukanlah saudara-saudara kita tentang
sejarah dan etimologi (ilmu asal kata)tentang
kata
ini.Dan marilah kita ganti kata itu dengan kata
yang memiliki makna yang seharusnya :
Masjid!
Tempat un! tuk Bersujud!!
Bukan Mosque: tempat pembasmian!

Jika ada diantara saudara-saudara yang
masih
ragu tentang hal ini,silahkan mencari buku
tersebut dan kemudian membacanya

wasallam...

Manusia, Malaikat, Syaitan...

Dlm bebanyak email nasihat, email ni kira boleh relate la dgn ape yg kite buat tiap2 ari.
selalunye, bende yg kita buleh relate ni senang ingat dan dipraktikkan.
InsyaAllah...

    Manusia, Malaikat, Syaitan...


    Manusia - Eh, dah subuh dah?
    Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
    Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..


    Manusia - Nak makan, laparlah
    Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
    Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!


    Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
    Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
    Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!


    Manusia - Alamak, dah lewat!
    Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
    Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...


    Manusia - Azan sudah kedengaran...
    Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
    Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..


    Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
    Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
    Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..


    Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
    Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
    Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .


    Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
    Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
    Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.


    Manusia - aku telah berdosa..
    Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..

    Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..


    Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
    Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
    Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...


    Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
    Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

    Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :
    1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda.
    2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan InsyAllah segala kebaikan akan dibalas oleh Allah s.w.t. Wassalam.


Selamat Datang...

Adakah sama kita dan mereka??

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang tidak mematuhi Imam dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang kerana fanatik kesukuan (kebangsaan), dia bukanlah umatku. Dan sesiapa yang keluar dari umatku lalu menyerang umatku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku.” (H.R Muslim)

Diriwayatakan daripada Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”sesiapa yang pergi ke masjid pagi atau petang nescaya disediakan Allah tempat baginya di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang.” (H.R Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian ia tidur.” (H.R al-Bukhari)

Ada Maksud yg ingin di sampaikan...

Friday, February 19, 2010


  • Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannyaDan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya.” (Bukhari) .

  • kenangan akhwat mada

    Monday, February 15, 2010

    kenangan akhwat mada

    Hayatilah

    Sunday, February 14, 2010

    Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.

    Gambar David Beckham seorang Yahudi

    Monday, February 8, 2010


    David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham adalah dari keturunan Yahudi dari
    sebelah datuknya. Perkara ini dapat dikenal pasti lagi apabila dia menghadiri upacara pengkebumian datuknya, Joe West di tanah perkuburan Golden Green, North London. Pada majlis itu dia memakai yarmulk biru iaitu ketayap kecil orang Yahudi.

    Selain itu anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Semua orang mengetahui bahawa Broklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York.

    Lagi gambar kat sini.Renung-renungkanlah...
    Syukran ajaibnbenar!

    Kisah Di sebalik FaceBOOk!

    Di bawah ini adalah antara benda yang berlaku di sebabkan facebook dan menyokong kenyataanku sebelum ini...
    1. Kes Penceraian dan keretakan Rumahtangga.
    2. Melemahkan Generasi Muda Arab
    3. Penghapusan akaun PRO ISLAM dan JIHAD

    PERCAYA atau TIDAK??

    Ulasan Di Sini

    Sebalik Kisah marcella

    Monday, February 1, 2010

    Setiap hari minggu ayah akan membawa aku, ibu dan adik-adik ke gereja. Segala aktiviti pada hari minggu terpaksa aku batalkan semata-mata mahu memenuhi kehendak ayah dan ibu. Ayah begitu mengharapkan anak-anaknya terutamanya aku yang sulung mmepelajari dan mentaati agama Kristian dengan baik. Namun, aku seolah-olah dihimpit perasaan gelisah. Aku sedar peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang bakal kutempuhi November ini penentu kejayaan aku di masa hadapan. Ayah dan ibu tidak pernah memahami kesibukan aku. Mereka lebih mementingkan agar aku menjadi penganut agama Kristian yang setia dan berpegang teguh pada agama.

    Prang...Tumpuan bacaanku terhenti seketika. Ayah dan ibu bergaduh lagi. Aku telah masak dengan sikap ayah dan ibu. Setiap kali perbincangan yang mereka laksanakan untuk kenmajuan gereja tidak mendapat satu titik persamaan keputusan, ayah dan ibu akan bergaduh. Masing-masing mempertahankan keputusan masing-masing. Ayah dan ibu merupakan orang kuat gereja “ Mother Fatima” yang terletak di bandar sebelah utara Semenanjung Malaysia tempat tinggalku. Setiap minggu mereka akan mengadakan mesyuarat bagi melancarkan gerakan-gerakan kristianisasi terutamanya untuk menghapuskan agama Islam.

    Hidupku kurasakan tidak bermakna. Hidup dalam golongan keluaraga yang kononnya berpegang teguh pada ajaran agama, tetapi nikmat kebahagiaan seorang anak yang memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu tidak pernah aku rasai. Mereka lebih mementingkan agama lebih daripada anak-anak sendiri. Aku begitu sedih dengan kehidupanku kini, seolah-olah tidak bermakna. Keluarga yang dihimpit masalah. Kadang-kadang aku pelik dengan sikap ayah dan ibu, mereka orang kuat gereja seharusnya memberi tauladan yang baik kepada kami sekeluarga. Namun, apa yang aku harapkan hanya sia-sia belaka. Kadang-kadang ibu ditampar dan diterajang semata-mata tidak mahu mengikut keputusan yang dibuat oleh ayah. Aku semakin pelik dengan cara yang ditunjukkan oleh mereka berdua. Adakah ini ajaran agama Kristian yang sebenar? Aku semakin ragu dengan agama yang aku nauti sekarang. Di mana keagungan dan kesucian yang dikatakan dalam ajaran Kristian selama ini oleh ayah?

    “ Ayah mahu anak-anak ayah berpegang teguh dengan ajaran Kristian. Kamu jangan sesekali mengabaikan agama ini dalam hidup yang kita jalani selama ini. Percayalah bahawa tuhan Jesusu sentiasa membantu kita”.

    Aku tidak mendengar kata-kata ayah. Ketaatan dan kasih sayangku kepadanya sedikit demi sedikit semakin lenyap di bawa bersama kebengisan dan kezalimannnya terhadap ibu. Aku sedih melihat ibu, ketaatannya kepada ayah sedikit sebanyak telah meragut kebahagiaan seorang isteri. Ibu terlalu patuh kepada ayah walaupun kadang kala mereka selalu bergaduh dan bertegang dalam hal-hal gereja.

    Aku tercari-cari agamaku sebenar. Benarkah apa yang aku anuti kini merupakan satu agama yang begitu suci buat diriku, namun sedikitpun tidak meberi keyakinan dan ketenangan dalam hidupku. Buku Pengajian Am yang kubaca kututup dan memasukknanya semula ke dalam beg sekolah. Penumpuanku tidak dapat diteruskan terhadap bacaan selepas mendengar pertengkaran ayah dan ibu. Aku semakin buntu. Walau bagaimanapun, semangat untuk aku terus berusaha bersungguh-sungguh dalam exam STPM ini tidak akan lenyap. Kejayaan mesti dibuktikan dan peluang ini perlu kurebut untuk berada jauh dari segala kekusutan dan kemusnahan keluarganya.

    Usahaku selama ini ini tidak begitu sia-sia. Dua minggu lagi aku akan memasuki Universiti Malaya. Kegembiraan yang ada di hatiku tidak dapat aku gambarkan. Ayah dan ibu Cuma tersenyum kecil bila aku memberitahu mereka tentang berita gembira itu.

    “ Marsella, sebelum kamu pergi, ayah mahu kamu melangsungkan pertunangan dengan Joseph anak Ketua Paderi kita”.

    Aku terkejut dengan kata-kata ayah. Dua minggu lagi aku akan ke Kuala Lumpur. Segala persiapan ke sana belum lagi kuurus, tiba-tiba ayah pula sibuk mahu melangsungkan pertunanganku dengan Joseph. Apa erti semua ini? Aku semakin bingung. Joseph merupakan anak ketua paderi yang cukup disanjung oleh ayah dan ibu. Dia kini bekerja sebagai arkitek di sebuah cawangan syarikat terbesar di tempatku.

    Aju semakin pelik dengan sikap ayah. Kenapa Joseph yang dipilihnya. Aku tidak suka lelaki itu. Kuat berpoya-poya, suka minum arak. Aku buntu dengan segala perancangan ayah.

    “ Ayah, kenapa Marsella perlu bertunang sekarang? Dua minggu lagi Marsellakan dah nak masuk Um, lebih baik Marsella tumpukan perhatian pada pelajaran daripada memikirkan hal-hal begini”.

    “ Kamu jangan membantah cakap ayah. Pertunangan ini akan dilangsungkan juga minggu hadapan sebelum kamu bertolak pergi”.

    Kehendak ayah terpaksa aku ikut. Namun di hati, kesedihan yang menusuk ke kalbuku hanya aku sahaja yang tahu. Kepada siapa aku mahu mengadu. Pada tuhan Jesusu, adakah dia mampu membantuku? Sedangkan ayah yang taat kepadanya tidak pernah mengerti akan perasaanku selam ini.

    Hari ini aku telah tiba di kampus Universiti Malaya. Aku seperti tidak percaya bahawa aku akan meninggalkan negeri Perlis yang banyak meninggalkan peristiwa pahit dalam hidupku. Joseph turut serta dalam rombongan kami ke sana. Aku ditempatkan di Kolej Kediaman Kedua, Universiti Malaya. Sebelum pulang, ayah banyak berpesan denganku, seolah-olah tidak percaya kepada anak sendiri. Ibu juga begitu.

    Marsella jaga diri baik-baik di tempat orang. Jangan lupa agama, setiap hari Ahad jangan lupa ke gereja. Ini kitab Bible hadiah dari ibu. Simpannya baik-baik”, pesan ibu.

    Aku Cuma diam. Perasaan terharuku mula memuncak bila ibu memeluk erat diriku. Tiba-tiba mutiara jernaih kami berguguran tanpa disedari. Kulihat adik-adikku turut menangis, Cuma ayah masih dengan muka bengisnya.

    “ Jangan lupa sayang, ingat daku dalam mimpimu. Walau kita jauh namun dirimu tetap dalam hatiku”.

    Joseph mencium pipiku. Dengan pantas aku menolaknya. Biadap betul. Di hadapan ayah dan ibu, Joseph berani bersikap begitu. Hubungan pertunangan kami bukan beerti dia bebas untuk berbuat apa sahaja pada diriku. Ah! Peduli dengan kata-katanya itu. Ingat aku minah jiwang nak cair dengan kata-kata itu. Boleh jalanlah.

    “ Saya Sarah bt. Alias, ambil jurusan Sains Biologi, Fakulti Sains, Awak pula?

    “ Saya Marsella, dari Perlis, Jurusan Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial”.

    Sarah begitu ramah dan cepat mesra denganku, Cuma Julia rakan sebilik kami agak sombong dan jarang bergaul dengan kami di bilik. Dia lebih banyak keluar dan Cuma sekali sahaja kami dapat bertemu dengannya.

    Aku melihat perbezaan ketara antara Sarah dan Julia. Kedua-duanya beragama Islam, tetapi pakaian Julia lebih dahsyat daripada pakaianku sendiri, berbeza dengan Sarah yang sentiasa bertudung labuh dan berbaju kurung. Di mana letaknya agama Islam yang dikatakan lengkap dan suci, sedangkan penganutnya tidak mengikut ajaran Islam dengan baik.

    Sarah sering kulihat berpakaian telekung setiap kali waktu azan solat di kolej kami. Sarah tidak pernah solat di bilik. Dia selalu ke surau setiap kali waktu sembahyang. Mungkin dia lebih selesa jika megerjakan solat di surau berbanding di dalam bilik. Julia tidak pernah kulihat seperti Sarah. Mungkin dia tidak pandai untuk memakai telekung disebabkan setiap hari free hair ke mana sahaja. Dua insan yang penuh berbeza walaupun satu agama.

    Kucapai sebuah buku kecil di atas meja Sarah. “ Inilah Islam” hasil tulisan Syed Qutb. Perlahan-lahan kumembeleknya. Sukar untuk kufahami segala isi kandungannya. Kuletakkan kembali di atas meja Sarah. Banyak buku agama Islam di rak buku Sarah. Aku terpegun melihat setiap susunan buku-bukunya yang dijaga rapi dan kemas. Kupandang pada rak bukuku. Kosong, Cuma buku-buku pelajaranku sahaja. Mungkin rak aku ini juga kosong seperti hidupku yang penuh kekosongan dan kesunyiaan. Aku terpandang pada sebuah buku “ Indahnya Islam”. Aku mengambilnya lalu mengamati setiap baris isi kandungan buku itu. Tiba-tiba pintu bilikku dibuka.

    “ Maaf Sarah, saya ambil buku ini tanpa meminta kebenaran dari kamu”. Sarah memandang tepat ke arahku.

    “ Tak apa, kalau kamu nak baca buku saya ni ambillah. Buku saya buku awak juga”. Kata Sarah sambil tersenyum.

    Aku berasa tenang melihat kehidupan Sarah. Kehidupannya penuh terurus. Di samping sibuk berhadapan dengan pelajaran, tanggungjawabnya pada agama tidak pernah dia lupakan. Sedangkan aku, seolah-olah aku tidak tahu apa agama sebenar yang aku anuti. Adakah agama Kristian yang diagung-agungkan ayah atau aku yang tidak mempunyai agama sekarang ini. Penumpuanku membaca buku yang kupinjam dari Sarah membuatkan aku terlupa waktu kuliahku.

    “ Marsella, bukan pukul 10 pagi awak ada kuliah. Sekarang dah pukul 9.45 pagi. Kenapa tak siap lagi”.

    “ Saya malslah Sarah”.

    “ Tak boleh macam tu Marsella, awak kena ingat emak ayah awak hantar ke sini untuk belajar. Kesian mereka”.

    Aku Cuma diam. Ingatanku pada ayah dan ibu tidak pernah wujud selama aku berada di dunia kampus Um ini, Cuma yang pasti aku sekarang ini Cuma mencari-cari hakikat kehidupanku sebenra.

    Minatku membaca buku-buku agama Islam semakin mendalam. Entah kenapa? Sepanjang aku membaca buku-buku yang kupinjam daripada Sarah, aku merasakan sesuatu ketenangan dan kebahagiaan wujud dalam hidupku. Layanan yang Sarah berikan padaku sedikit sebanyak dapat kulihat bahawa Islam itu sesuatu yang indah, seperti isi kandungan buku yang telah habis kubaca. Cuma aku pelik. Kenapa tidak semua orang Islam seperti Sarah, jika dikatakan Islam itu lengkap dn stu contoh agama yang terbaik.

    “ Sarah, boleh saya tanya sesuatu pada awak?”

    “ Tanyalah”, jawab Sarah yang sedang leka melipat telekung yang ditanggalkannya selepas pulang dari surau. Aku menghampiri Sarah di katilnya.

    “ Sarah, kenapa Islam itu dianggap sebagai the way of life? Apa yang ada pada Islam sebenarnya?”

    Dengan tenang Sarah menjawab.

    “ Islam tidak seperti agama ciptaan manusia. Agama-agama lain berbentuk ritual, amalan keagamaan semata-mata. Sebaliknya Islam itu mencakupi semua aspek kehidupan. Islam juga menggariskan kebaikan dalam setiap aspek kehidupan yang merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Segala-galanya tidak terpisah dari garisan Islam.

    “ Kalau macam tu, kenapa masih ramai lagi penganut agama Islam yang melakukan kejahatan jika Islam mementingkan kebaikan?” soal Marsella lagi.

    Sarah mengeluh. Inilah sikap umat Islam sendiri yang menjadi penghalang kepada orang bukan Islam untuk menilai Islam. Dia teringat kata-kata seorang ulama yang bermaksud Islam terhalang daripada dikenali disebabkan umatnya.

    “ Kalau rakyat kita melakukan jenayah, adakah bermakna negera kita membenarkan kegiatan jenayah?” Sarah menjawab dengan persoalan.

    Marsella seperti memeikirkan sesuatu. Dia sedar, dia tidak boleh menyalahkan Islam hanya kerana penganut-penganutnya melakukan kejahatan. Air milo yang dibancuh oleh Sarah tidak diminum oleh Marsella. Dia asyik dengan penjelasan yang diberikan oleh Sarah.

    “ Islam tidak pernah membenarkan umatnya melakukan kejahatan., ,alah Islam melarang keras perbuatan itu. Cuma sekarang maslahnya, apabila umat Islam tidak mempraktikkan agama Islam dengan sebenar-benarnya, sebab itulah mereka mudah melakukan kejahatan”.

    Banyak persoalan yang menjerubui pemikirannya dapat dijawab dengan yakin oleh Sarah. Berbekalkan ilmu agama yang dipelajari sebelum ini, sedikit sebanyak membantu Sarah menyelesaikan masalah – masalah persoalan yang timbul dalam diri Marsella. Cuma ada ketikanya Sarah juga terdiam dengan persoalan-persoalan yang mencurigai dirinya terhadap Islam. Manusia masih ada kelemahannya, dengan sebab itu dia dinamakan manusia. Marsella seolah-olah berminat dengan agama Islam. Mungkin pencariannya tentang Islam belum ditemui dan hidayah Allah belum sampai pada dirinya.

    Kini sudah empat tahun aku meninggalkan dunia kampus. Ayah dan ibu sibuk menyuruhku pulang ke kampung dan bekerja di sana. Selama berada empat tahun di Kuala Lumpur Cuma empat kali sahaja aku pulang ke kampung, itupun disebabkan menyambut perayaan Krismas. Perpisahan ini sebenarnya memberi peluang untuk aku mencari kehidupan sendiri.

    “ Ibu, boleh saya bercakap dengan ayah sekejap”.

    “ Baiklah”, balas ibu.

    Ibu meletakkan gagang telefon. Terlalu lama aku menunggu ayah di public phone. Berkali-kali aku memasukkan wang syiling yang ditelan telefon disebabkan lama menanti ayah.

    “ Ha! Apahal kau telefon? Bila nak balik rumah? Ketua Paderi dah sibuk nak langsungkan perkahwinan kamu dengan Joseph”.

    Asyik-asyik perkara itu yang diungkitkan oleh ayah. Aku seolah-olah telah lupa bahawa Joseph itu tunangku.

    “ Sebenarnya saya nak beritahu ayah yang saya tak dapat balik kampung. Saya dah dapat ker...”

    Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, ayah meletakkan gagang telefon dengan kuat. Aku kecewa dengan sikap ayah. Dia tidak pernah dan tidak akan mengerti perasaan hatiku. Aku melangkah longlai kembali ke apartment yang baru kusewa sebulan yang lalu.
    Selepas tamat pengajian, aku telah diterima bekerja di sebuah syarikat penerbitan Seri Angkasa di Bandar Kuala Lumpur. Apartmenku yang terletak di Bangsar memudahkan aku berulang-alik setiap hari ke tempat kerja.

    “ Allahuakbar, Allahuakbar.....”

    Aku termangu seketika. Tiba-tiba hatiku berasa berdebar-debar setiap kali kalimat azan yang kudengar berkumandang di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar seolah-olah sesuatu benda menusuk masuk ke dalam hatiku.

    “ Bagaimana solat dilakukan? Aku tidak pernah berpeluang melihat bagaimana wanita-wanita Islam mengerjakan solat. Harapanku untuk melihat cara Sarah solat dulu hanya sia-sia kerana dia tidak pernah melakukan solat di dalam bilik kami. Bisik hati kecil Marsella.

    Hari ini di pejabatku menerima seorang editor kanan baru yang menggantikan editor kanan syarikat kami yang telah bersara. Tingkah lakunya mengingatkan aku kepada Sarah. Aku cuba mendekatinya. Ternyata dia seperti Sarah. Mudah bergaul dan cepat mesra denganku.

    “ Kak Ani dah berapa orang anak?”tanyaku semasa makan tengah hari bersamanya.

    “ Baru sorang, setahun umurnya”.

    “ Tentu Kak Ani seronokkan hidup berumah tangga dan dah ada anak”.

    “ Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah SWT”.

    Aku tersenyum sendiri. Apa yang diucapkan oleh Suharni tadi tidak dapat aku fahami. Mungkin itu ucapan yang selalu diucapkan oleh orang Islam seperti Suharni.

    “ Akak nak pergi mana tu?”tanya Marsella.

    “ Akak nak pergi solat, kalau ada orang telefon akak, ambilkan pesanan”.

    Aku sekadar mengangguk. Aku mengekori Suharni dari jauh. Tanpa disedarinya, setiap tingkah lakunya dari awal mengambil wuduk sehinggalah mengerjakan solat diperhatikan olehku dengan penuh khusyuk. Aku dapat menyaksikan bahawa Islam itu amat memntingkan kebersihan dan tatatertibnya semasa mengerjakan solat. Aku terpegun melihat Suharni dan beberapa orang wanita lain di dalam surau mengerjakan solat. Aku terus memerhatikan mereka sehingga aku leka berdiri di penjuru pintu cermin surau itu.

    Aku tergamam. Tiba-tiba sahaja bahuku ditepuk oleh seseorang.

    “ Oh, Kak Ani”.

    “ Kenapa Marsella berdiri di sini? Kenapa tak masuk? Kalau nak pinajm telekung akak ambillah”, kata Suharni sambil menghulurkan bungkusan telekungnya.

    Aku terdiam. Suharni tidak pernah mengetahui aku adalah seorang penganut agama Kristian. Mungkin wajahku yang seiras orang Melayu dan gemar memakai baju kurung mengelirukan Suharni.

    “ Saya terpesona melihat wanita-wanita Islam solat, betapa sopan dan tertibnya akak dan wanita-wanita tadi mengerjakan solat. Tidak seperti agama saya. Namun, saya tidak pernah menjumpai titik kebanran dan keyakinan dalam agama saya”.

    Aku mula menceritakan serba sedikit latar belakangku dan keluaraga serta keinginannku untuk memahami dan mempelajari agama Islam. Suharni tersenyum gembira mendengar penjelasanku.

    Pagi ini Marsella terkejut melihat sebuah bungkusan di atas mejanya. Peerlahan-lahan dia mmebuka balutan bungkusan itu. Terkejut. Sebuah terjemahan al Quran dan sekeping kad kecil berada di atas terjemahan itu.

    “ Buat Insan yang mencari sebuah ketenangan dan kebahagiaan hakiki”

    Marsella membaca berulang-ulang kali kata-kata yang ditulis dengan pen hitam itu. Ikhlas daripada kakak Suharni. Dia benar-benar terkejut. Dia masih lagi bukan seorang Muslim.

    - Alif laam min
    - Kitab ( Al Quran ) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi orang yang bertakwa.
    - Iaitu mereka yang beriman kepada ghaib yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
    - Mereka yang beriman kepada kitab ( al Quran ) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat.
    - Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang yang beruntung.

    Ada kelainan dalam kalimah-kalimah itu. Dia terpaksa melihat tulisan-tulisan yang bersambung dan terputus-putus itu. Barangkali inilah Bahasa Arab yang dikatakan oleh Sarah dulu.

    Aku membaca nota kaki pada ayat alif laam min itu. Aku takjub. Hanya tiga huruf tetapi terseimpul makna yang terlalu agung. Maksudnya terlalu dalam untuk diterokai. Batapa Marsella menyedari dirinya terlalu kerdil pada tiga huruf yang terlalu agung. Dia tertegun di kaki kekerdilan itu. Dia belum pernh terpesona. Benar, dia benar-benar terpesona.

    Pelawaan Suharni ke rumahnya tidak kutolak. Bukan semata-mata aku mahu menyusahkan dia, tetapi aku ingin mencari kebenaran dan kepastian terhadap keraguanku yang masih wujud terhadap agama Islam. Suharni sudi membantuku.

    Setelah selesai Suharni dan suaminya mengerjakan solat, kami memulakan diskusi.

    “ Ok, Marsella, Apa yang kamu mahukan penjelasan daripada saya?”

    Tanya Ammar.

    “ Macam ni abang, apakah perbezaan sebenar Islam dengan agama-agama lain. Kata kawan saya dulu, agama lain hanya berbentuk amalan keagamman semata-mata, boleh jelaskan kepada saya”.

    Ammar tersenyum dengan persoalan yang ditujukan oleh Marsella. Inilah soalan-soalan yang sering diajukan oleh orang bukan Islam kepada orang Islam itu sendiri.

    “ Perbezaan yang paling dasar jika kita tengok antara Islam dengan agama-agama lain ialah daripada aspek ketuhanan, tauhid itu sendiri. Tauhid dalam Islam itu menegaskan keesaan Allah”.

    Ammar menggosok-gosok pipi kanannya. Kemudian tangan kirinya mengaru tangan sebelah kanannya.

    Ammar menyambung lagi.

    “ Sebab itulah al Quran menyebut bahawasanya sekiranya wujud Tuhan lain selain Allah yang mentadbirkan bumi dan langit, nescaya pasti rosak binasalah kedua-duanya”. Ammar mengaru-garu tangan sebelah kirinya pula.

    Marsella mengecilkan matanya. Dia menggigit bibir.

    Ammar meneruskan lagi

    ” Bahkan dari sudut akal, kita katakan ada dua tuhan, mesti kedua-duanya akan bercanggah pendapat antara satu sama lain sebab masing-masing pastinya ada kehendak masing-masing. Contohnya kita katakan ada tuhan kebaikan dan ada pula tuhan kejahatan. Tuhan kebaikan kata benda ini kena baik, tapi tiba-tiba tuhan kejahatan kata pula,tak boleh, kena jahat. Tak kecoh. Jadi di sisi Islam, Tuhan hanya satu, Esa, tidak berbilang-bilang”.

    “ Kami juga menerima keesaan itu. Cuma Tuka lain hanyalah perantara saja”, jelas Marsella.

    Jika begitu, kenapa tidak diteruskan saja? Kan lebih baik ibadat ditujukan terus tanpa melalui perantara yang lain. Contohnya, katakan ada seorang dermawan, kita memerlukan bantuan seseorang agar dia dapat minta daripada dermawan tersebut. Padahal orang itu kita tidak tahu lagi boleh atau betul ke dia boleh berhubung atau rapat dengan dermawan itu tanpa perlu perantaraan”. Jawab Ammar.

    Marsella mengangguk kecil. Sebelum ini dia hanya di suruh mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh ayah dan ibunya tanpa berani untuk mempersoalkannya.

    Ammar tersenyum lagi dengan persolan-persoalan Marsella. Walau bagaimanapun banyak kekaburan yang menjerubui fikiran Marsella dijawab oleh Ammar. Dia berpuas hati dengan jawapan – jawapan Ammar. Marsella teringat sewaktu di sekolah menengah, dia banyak berkawan dengan rakan-rakan berbangsa melayu dan beragama Islam. Jadi, Islam bukan suatu yang asing baginya. Namun, peredaran masa menyebabkan dia menemui pelbagai ragam manusia termasuk yang tidak baik.

    Lebih malang apabila yang melakukan kejahatan itu lebih ramai daripada kalangan penganut Islam. Namun, hari ini dia sudah menemui jawapan. Dia sedar Suharni dan Ammar telah melorong kepadanya untuk menilai Islam kembali.


    “ ASYHADUALLAILAHAILLALLAH...” ujar seorang lelaki.

    “ Asyhaduallailahaillallah...” bals wanita muda itu.

    “Barang siapa yang masuk ke dalam Islam seolah-olah dia seperti bayi yang baru keluar dari perut ibunya ( bersih dari dosa ). Walaupun dia melakukan dosa yang banyak sebelum ini”.

    Majlis pengislaman Marsella berjalan lancar. Ammar diberikan penghormatan untuk mengislaman Marsella. Suharni dan Ammar benar-benar bersyukur kepada Allah. Dalam keadaan umat Islam di tanah air gawat dengan serangan akidah Kristian dan Hindu. Allah masih melorongnya di antara hamba-hambanya untuk bersama-sama mencari keredhaanNya.

    “ Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui”.

    “ Sesungguhnya Allah iru sekiranya mengkehendaki sesuatu, maka akan terjadilah perkara itu”.

    Air mata menitis dari mutiara mata Marsella. Cepat-cepat dia menghapuskan air mata kegembiraan itu. Dia benar-benar bersyukur kerana Allah melorong dirinya untuk mengambil Islam sebagai agamanya.

    Dia tidak pernah menyangka hidayah Allah akan sampai kepadanya.
    “ Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberikan hidayah kepada orang yang kamu sukai sebaliknya Allah yang akan memberi hidyah kepada sesiapa yang dikehendakiNya”.

    “ Bukankah kewajipan kamu menjadikan mereka mendapat petunjuk akan tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya”.

    Sekali lagi air mata Marsella menitis membasahi membasahi pipi gebunya.

    “ Ayah mahu kamu tinggalkan Islam!”

    “ Maaf Ayah dan Ibu, untuk pertama kalinya Marsella tidak boleh mengikut ayah dan ibu. Satu tamparan hebat hinggap di pipiku.

    “ Aku tidak rela air susu yang kau minum dari dadaku sewaktu kecil dulu...kau memang pemgkhianat agama. Berani kau kelar dari agama suci ini”.

    “ Ayah, ibu, Marsella dah Islam. Marsella bukan lagi penganut Kristian. Ayah dan ibu perlu menerima hakikat ini”.

    “ Tidak! Hkikatnya anak-anak ayah semuanya pengamal dan penganut Kristian Katholik yang setia, tidak ada yang beragama lain terutamanya Islam. Selagi kamu tidak mahu tinggalkan Islam, selagi itu kau tidak akan diibenarkan keluar dari rumah ini”.

    Sudah seminggu Marsella dikurung dalam bilik itu, malah dirantai seperti hamba abdi Afrika yang dibwa masuk ke tanah besar Amerika, selepas dibawa lari oleh Joseph pada malam pengislaman itu. Marsella tidak menyangka selama ini gerak gerinya sentiasa di awasi oleh Joseph sehingga pada malam tragedi itu. Marsella tidak sedarkan diri sepanjang penculikan itu. Apabila dia membuka mata, dirinya sudah dirantai dan berada dalam bilik sebuah banglo usang. Dia tidak diberikan makanan selam tempoh itu, Cuma segelas air sahaja setiap pagi. Setiap hari Joseph akan masuk ke dalam bilik itu dan membedalnya dengan tali pinggang sekiranya Marsella masih berkeras untuk terus dalam Islam. Tunang apakah ini? Tunang??? Dia bukan lagi tunang aku selepas aku memeluk Islam. Dia tidak hati dan perasaan langsung terhadap perempuan lemah sepertiku.

    Namun, kekuatan yang Allah beriakn padaku, Aku masih lagi dalam Islam. Aku sudah benar-benar nekad. Biarlah mati dalam keadaan mempertahankan akidahku. Aku teringat kisah Sumaiyah. Wanita yang menghadapi seksaan jauh lebih hebat daripadaku. Aku mungkis secebis kecil dari penyeksaan itu. Aku belum lagi dibutakan mata seperti Sumaiyah yang dibutakan mata oleh Abu Jahal. Aku hanya dibedal dengan tali pinggang yang tidak mungkin akan mematikanku. Aku sedar, aku perlu mengambil semangat Sumaiyah.

    Suasana dalam bilik itu terlalu gelap. Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka. Marsella sedar kerana dia Cuma tidur-tidur ayam sahaja. Uncle John, abang kepada ayah masuk. Marsella sudah bersedia untuk setiap penyiksaan demi mempertahankan akidahnya dan menerima seksaan.

    Buatlah apa sahaja yang uncle rasakan untuk menyeksa diriku ini, namun yang penting aku tidak akan berundur daripada akidahku ini. Seolah-olah itulah yang diucapkan walaupun aku tahu uncle John tidak mendengar luahan hatiku itu.

    Uncle John menghampiri Marsella. Wajahnya tegang. Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Marsella melihat sinaran dari benda yang dikeluarkan oleh Uncle John. Pisau?

    Marsella memejamkan matanya. Dia yakin kali ini dia akan merasakan kenikmatan syahid di dalam Islam. Inilah tiket untuk masuk ke syurga. Dia bersedia untuk menjadi burung hijau yang berterbangan masuk ke dalam syurga.

    Apabila dia membuka mata, dia melihat Uncle John membuka mangga rantai. Rupa-rupanya bukan pisau sebaliknya anak kunci.

    “ Marsella, cepat kita tinggalkan banglo ini sebelum yang lain sedar”.

    “ Tapi...”

    “ Jangan Khuatir, uncle akan uruskan hal yang lain”.

    “ Kenapa Uncle”.

    Uncle John tersenyum.

    “ Kau tak harus menerima penyiksaan sebegini semata-mata kau seorang Islam. Kau berhak menentukan kehidupanmu sendiri”.

    “ cepat, kita perlu beredar sekarang”.

    Allah sentiasa bersama-sama insannya yang bersabar. Semoga Allah membuka pintu hidayah buat Uncle John. Mereka berdua meninggalkan banglo itu. Banglo yang cuba meragut akidahnya.

    Gagang telefon diangkat pantas oleh Marsella lalu didailnya nombor telefon Suharni

    “ Assalamualaikum...Kak Ani, saya perlukan bantuan Kak Ani”.

    “ Maisarah, kamu ke mana? Puas kami mencari”.

    Balas Suharni agak cemas. Itulah penggilanku selepas aku memeluk agama Islam malam itu dan dilarikan oleh Joseph tanpa pengetahuan mereka berdua suami isteri.

    “ Saya di KL Sentral sekarang”.

    “ Tunggu di situ, Akak dan abang akan sampai secepat mungkin”.

    Aku menarik nafas panjang. Kuperhatikan sekeliling. Takut-takut perkara yang sama berulang lagi. Ya Allah lindungilah aku dari segala mala petaka.

    Malam itu aku menceritakan segala kejadian yang berlaku kepada Suharni dan Ammar. Mereka benar-benar terkejut dan menyesal kerana membiarkan aku keseorangan pada malam itu di rumah. Namun, semuanya itu adalah ketetapan daripada Allah SWT. Jika aku bersama mereka sekalipun, ketetapan daripada Allah menjanjikan aku disiksa seperti dulu tetap akan berlaku. Walau apapun aku tetap bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan untukku menikmati kehidupan dalam akidah yang satu iaitu Islam. Aku menarik nafas lega. Kekuatan yang Allah berikan kepada diriku membuatkan aku terus bersemangat untuk menjalani kehidupan sebagai seorang Muslimah yang sejati.

    Urusan untuk menghantar aku ke Pantai Kundur, Melaka telah diatur dengan baik. Itulah jalan terbaik untuk aku meneruskan kehidupanku sebagai seorang Islam. Di sana aku akan meneuskan pengajian tentang ilmu-ilmu Agama Islam dengan lebih baik daripada ayah dan ibu angkat baruku dan juga ibu dan ayah Suharni.

    Kini aku tenang berada bersama keluarga angkat baruku, Pak Cik Sharif yang kupanggil dengan panggilan abah dan Makcik Sharifah yang kupanggil ummi banyak membantu dan mengajar aku tentang jaran Isalam. Aku seperti orang baru. Segala suka dan duka yang kulalui sebelum ini akan aku lenyapkan dalam kotak memori hidupku. Biarlah kisah itu berlalu dan tidak akan berulang lagi. Aku bahagia dengan kehidupanku kini.

    “ Damba kasihku padamu ya Allah akan kusematkan dalam sanubariku. Peliharalah diriku ya Allah dari seksa apa nerakaMu”.

    “ Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam”. (3:19).
     

    ♥AsmaulHusa♥

    ღ♥HijRiahღ♥

    ♥Malaysia♥

    ~Kehidupan~

    ღ♥UsRah Jannatiღ♥

    Most Reading

    Gambar renungan

    free counters

    Total Pageviews