♥♥Lebaran ukhwah♥♥

BATAS-BATAS PERTUNANGAN

Tuesday, May 8, 2012

Pergaulan semestinya terbatas selagi tiada ikatan yang sah di antara si lelaki dengan si perempuan. Berbeza keadaan sekarang yang sudah tunggang terbalik.Si suami malu-malu dengan si isteri sehingga menjadikan medium masa alat perhubungan diantara mereka dan yang masih tiada ikatan tanpa segan silunya menyatakan 'rindu awak', 'sayang awak','love u' dan banyak lagi perkataan yang meremangkan bulu roma jika terus dibaca.Bukan menakutkan tetapi sungguh meloyakan apabila melihat keadaan tersebut.Batasan ini menjadi buruk apabila diri tidak cuba untuk memahami Islam secara menyeluruh bahkan memadai diri sudah Islam dari fizikal mahupun keturunan sahaja.

Begitu juga pertunangan yang kian menjadi buruk apabila batasan pertunangan dianggap seperti pernikahan.Mereka tanpa segan silu  meng'upload' gambar berpelukan,bersentuhan dan pelbagai gaya diadunkan agar penonton tertarik dengan gaya yang ditonjolkan.Tidak kurang juga dengan selebriti, ada dikalangan mereka tidak menjaga langsung hubungan diantara lelaki ajnabi bahkan dilayan seperti adik beradik. Keadaan ini semakin membimbangkan generasi akan datang sekiranya dibiarkan berlalu tanpa teguran. Bagaimana hendak menjadikan negara generasi soleh dan solehah sekiranya benda seperti ini tidak dijaga dengan rapi.Semoga perkongsian ini memberikan kita kesedaran berkaitan pergaulan dan batasan ketika pertunangan.Biarkan pahala digenggam walaupun bara ditangan kerana kesenangan yang diimpikan bukanlah disini tetapi kebahgian yang hakiki iaitu di akhirat sana.Semoga Allah memberikan kita hidayah dan perasaan takut akan azabNYA

Kredit buat Ustaz Anhar Opir atas perkongsian yang bermakna ini.Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan urusanmu selalu.

Soalan: Sejauh manakah seseorang boleh berkenalan dengan tunangnya?
Ifah, Perak

Jawapan: Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Soalan ini menunjukkan keperihatinan tentang perkara biasa yang terjadi dalam masyarakat kita. Ia juga menggambarkan suadari sangat mengambil berat tentang perlunya mengikut syari’at dalam kehidupan seharian termasuk perkara yang berkaitan dengan bertunang. Tulisan ini bukan untuk membahaskan tajuk bertunang dalam Islam secara lengkap, hanya jawapan ringkas persoalan di atas.  

1. Bertunang atau dalam bahasa Arab disebut al-khitbah merupakan pintu masuk ke alam perkahwinan. Ia dilakukan selepas seorang lelaki mencari dan berpuas hati dengan semua sifat yang ada bagi seorang wanita untuk dijadikan bakal isterinya. Oleh kerana perkahwinan adalah satu perkara yang serius dan mempunyai impak yang besar maka pertunangan telah disyari’atkan dalam Islam sebagai permulaannya.

gambar hiasan


2. Bertunang ialah seorang lelaki meminta kepada seorang perempuan untuk berkahwin dengannya, kemudian perempuan serta walinya bersetuju. Dalam Islam bertunang adalah persetujuan dan janji untuk berkahwin yang perlu dihormati oleh orang ramai. Kedua-dua pihak boleh membubarkannya tidak seperti nikah, lafaz talak hanya dimiliki oleh suami. Dr. Mahmud Ali al-Sartowi menyatakan:
Tiadalah pertunangan itu melainkan janji untuk berkahwin, ia merupakan kontrak yang tidak lazim, kedua-dua pihak berhak untuk membubarkan pertunangan pada bila-bila masa sahaja. (al-Sartowi, Syarh Qanun al-Ahwal al-Sahsiah)

3. Seorang lelaki boleh menyatakan hasratnya kepada seorang wanita yang masih anak dara secara terus terang. Namun ia dilarang secara terus terang jika seseorang ingin bertunang dengan perempuan yang masih dalam ‘iddah kematian suami, sebaliknya hendaklah dengan cara kinayah (tidak terus terang). Inilah pertunangan yang disebut di dalam al-Qur’an menerusi fiman Allah SWT dalam dalam surah al-Baqarah ayat 235 yang bermaksud:
Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati mereka), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam keadaan rahsia, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis ‘iddah yang ditetapkan itu.

4. Untuk mengelakkan pergaduhan dan permusuhan sesama muslim dengan hanya kerana seorang perempuan, maka Islam melarang seorang lelaki meminang seorang perempuan yang telah menjadi tunang orang lain. Namun jika lelaki yang pertama mengizinkan atau telah meninggalkannya maka ia tidak dilarang. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Tidak boleh seorang lelaki meminang seorang tunang saudaranya sehinggalah lelaki yang pertama meninggalkannya atau mengizinkannya. (Riwayat al-Bukhari)

5. Bertunang lebih afdhal tidak diwar-warkan atau diiklankan secara terbuka, tidak seperti perkahwinan yang perlu disebarkan. Maknanya pertunangan hendaklah disembunyikan melainkan jika terdapat keperluan. Ini untuk menjaga maruah kedua-dua belah pihak kerana ia merupakan kontrak yang tidak lazim, iaitu kedua-dua pihak lelaki atau perempuan boleh membubarkannya secara mutlak tanpa mendapat persetujuan tunangnya. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
War-warkanlah nikah dan sembunyikanlah pertunangan. (Riwayat al-Dailami)

Bertunang bukan berkahwin
6. Bertunang hanyalah janji untuk berkahwin. Ia tidak sama dengan berkahwin yang kesannya seorang wanita (isteri) adalah halal bagi suaminya selepas akad nikah. Manakala bertunang seorang perempuan tidak menjadi halal sedikit pun bagi tunang lelakinya. Ia sama seperti sebelum bertunang, yang berbezanya ialah tidak boleh lelaki lain meminangnya. Ini yang mungkin menjadi punca kekeliruan orang ramai sehingga ada yang menyangka bertunang menjadi ‘lesen’ untuk berpegangan tangan. Tidak kurang yang menjadikannya ‘tiket’ untuk memadu cinta dan sayang.

7. Oleh kerana bertunang adalah janji untuk berkahwin, maka ia boleh jadi akan berlaku atau sebaliknya. Islam mengambil kira perkara itu demi menjaga maslahat kedua-dua pihak khusunya perempuan. Kerana ia melibatkan maruah yang mungkin boleh didedahkan kepada orang ramai sekiranya perkahwinan tidak berlaku. Sebab itu pertunangan tidak menjadikan pasangannya halal sebagaimana halalnya sebuah perkahwinan. Kedua-dua pihak kekal sebagai ajnabi (orang luar) yang hukumnya sama seperti hukum-hakam yang umum bagi ajnabi, antaranya mesti menjaga pandangan. Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 30-31, maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang ang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.

8. Begitu juga tidak boleh menyentuh di antara satu sama lain. Bertunang tidak menjadikan harus perbuatan berpegangan tangan sesama tunang. Apatah lagi naik motor bersama berboncengan sebagaimana yang pernah kita saksikan. Rasulullah SAW memberikan amaran tentang hal ini sebagaimana dalam sebuah hadith yang bermaksud:
Menusuk jarum besi ke kepala kamu adalah lebih baik bagi kamu daripada memegang seorang perempuan yang tidak halal baginya. (Riwayat al-Baihaqi)

9. Suara bagi seorang tunang juga perlu dikawal dengan penuh berakhlak. Bukan tidak boleh bercakap langsung dengan tunangnya, tetapi tidak boleh dimanjakan sebagaimana seorang isteri kepada suaminya. Dalam perkataan lain tidak boleh mengada-ngada atau gedik. Allah SWT melarang suara wanita yang boleh menyebabkan seorang lelaki tertarik kepadanya, firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 32 bermaksud:
Maka janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik.
                    
10. Selain itu, seorang perempuan juga tidak boleh mendedahkan perhiasannya kepada tunangnya. Auratnya masih wajib ditutup kerana tunangnya masih dianggap ajnabi. Jika ingin bertemu atau berjumpa mestilah bersama dengan mahramnya. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Seorang lelaki tidak boleh bersunyian dengan seorang wanita melainkan bersama dengan mahram. (Riwayat al-Bukhari)

Hubungan dalam tempoh bertunang
11. Tempoh bertunang ada yang pendek dan ada yang panjang. Ia berbeza-beza mengikut perbezaan situasi seseorang dengan seorang yang lain. Namun yang lebih baik adalah tempoh yang singkat untuk mengelakkan maksiat dan keburukan yang timbul daripada kedua-dua pihak. Semakin panjang tempoh bertunang semakin banyak kehendak dan permintaan yang diluar kawal dan tidak patuh syari’at.

12. Tidak dinafikan tempoh pertunangan ini boleh dianggap tempoh untuk berkenalan. Tetapi ramai yang tersilap dengan menyangka bahawa ia adalah berkenal-kenalan sesama tunang, sedangkan berkenalan yang dimaksudkan adalah berkenalan dengan ahli keluarga perempuan agar menjadi lebih dekat dan diyakini oleh keluarga tunangnya. Akhirnya ia melahirkan rasa tangggungjawab yang kemudian Allah Azza wa Jalla bakal menganugerahkan kepadanya sakinah dan mawaddah apabila berkahwin kelak insyaAllah sebagaimana firmanNya dalam surah al-Rum ayat 21:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

13. Berkenalan ini yang sering disalahgunakan untuk menghalalkan perbuatan tertentu seperti keluar makan bersama, duduk berdua-duaan sama ada di alam nyata atau alam maya, study dan siapkan asignment bersama, serta bertukar-tukar gambar. Apabila ditanya mengapa lakukan semua itu? Jawabnya mudah: untuk lebih mengenalinya supaya senang bila kahwin nanti. Semua ini hanya alasan semata-mata untuk menutup kemahuan hawa nafsunya. Sedangkan untuk mengenali dan menyelidik latar belakang tunang sepatutnya dilakukan sebelum bertunang lagi iaitu ketika proses memilih dan istikharah, bukannya selepas bertunang. Kerana bertunang maknanya kita telah membuat pilihan.

14. Tempoh bertunang sepatutnya menjadi tempoh yang bersih dan suci daripada sebarang dosa, kerana kita sedang memulakan langkah untuk membina sebuah kehidupan yang punyai matlamat yang besar. Langkah-langkah permulaan ini perlu baik dan tidak sumbang. Jadikan ia kukuh dengan kekuatan taqwa dan taat. Jika tempoh ini dicemari dengan perbuatan yang bercanggah dengan syara’ dikhuatiri ia memberikan kesan yang besar kepada rumah tangga yang bakal dibina.  Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 109 bermaksud:
Maka adakah orang yang membangunkan binaannya yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan binaannya yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka?

15. Atas dasar inilah kita dapati terdapat ilmuan yang agak keras jawapannya dengan tidak membenarkan segala perhubungan dalam tempoh bertunang. Mereka menggunakan kaedah sadd al-zarai’e (menutup jalan) kerana bimbang akan mudharat yang tidak dinafikan peratus berlakunya. Lihat sahaja kes pembuangan bayi, tangkapan khalwat dan masalah sosial. Pandangan seumpama ini tidak salah kerana kaedah yang digunapakai ada asasnya.

16. Manakala pendapat yang mengatakan boleh berkenalan dalam tempoh bertunang, berhubung, berjumpa dan menjaga tunangnya, pastinya mereka tidak mengatakan secara mutlak, sebaliknya mesti mengikut syarat-syarat dan garis panduannya. Sebenarnya kedua-kedua pandangan tidak bercanggah di antara satu sama lain, matlamatnya satu hanya kaedah yang berbeza.

17. Kesimpulannya, Islam adalah cara hidup yang mengatur dan memandu manusia hatta dalam soal bertunang. Ia merupakan janji yang perlu dijaga agar mengikut panduan syara’ kerana bertunang bukannya berkahwin. 


Anhar Opir
11 Jumada al-Akhir 1433H
Sweileh, Amman

Gambar hiasan



Insankerdil : carilah redha Allah~

Contohi Yang Terbaik Dari Kalangan Terbaik

Monday, May 7, 2012





Mencuri peluang untuk berjabat tangan atau bertemu muka dengan YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat bukanlah sesuatu yang mudah.  Kepada mereka yang tinggal di Kota Bharu dan sering ke masjid, peluang itu mungkin besar sedikit; namun buat orang seperti saya yang tinggal di Kuala Lumpur dan hanya ‘kadang-kadang’ melawat masjid...barangkali sudah hampir mustahil.  


Bukannya tidak pernah mencuba.  Setiap kali datang ke Kelantan, saya akan ikhtiarkan usaha untuk ke Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu dengan harapan dapat terserempak dengan Tok Guru selepas solat.  Namun nasib belum menyebelahi saya. 


Dengan takdir Allah SWT, saat yang ditunggu hadir jua dengan cara yang sungguh tidak disangka-sangka.  Bukan sekadar terserempak, bahkan saya dan rakan-rakan perniagaan mendapat jemputan rasmi untuk ‘bertemu dan berbincang’ dipejabatnya di Kota Darulnaim.  Entah apa tarikannya yang menyebabkan Tuan Guru sudi menerima kunjungan kami, masih menjadi misteri buat saya. 


Setelah membuat segala persiapan, kami berenam memulakan langkah Bismillah, dengan harapan menggunung tinggi agar cadangan kami diterima baik.  Tetapi lebih penting lagi adalah impak pertemuan yang bakal menjadi peristiwa yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat kami.  Bahkan kami turut berangan-angan mendapat jemputan makan tengahari bersama Tuan Guru selepas mesyuarat.  Bagi kami itulah hasil mesyuarat yang paling berjaya.


Kamera SLR telah berjaya dipinjam, kot ‘patelung’, tali leher ‘Zegna’ semuanya telah siap berbungkus, isikandung persembahan juga sudah berpuluh kali ditapis dan diulang-ulang sehinggalah ke malam terakhir sebelum perjalanan musafir ini bermula.  


Dalam diam rupanya ramai juga yang cuba melobi agar turut terpilih mengikuti rombongan perdagangan ini dan bertemu dengan idola mereka.  Ingatkan saya seorang yang kemaruk, rupanya ramai.


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baru yang kebiasaannya menyeronokkan kali ini banyak juga ranjaunya.  Hendak dijadikan cerita, kami berenam bersepakat menaiki bas ekspres dengan alasan tidak mahu memandu dan mahu bersantai sahaja (ada sebab lain juga sebenarnya tetapi biarlah rahsia).  


Tepat jam 10.30 pagi bas bertuah ini akhirnya mula bergerak melakar sejarah membawa harapan dan misi yang maha penting.


Bas yang sebenarnya sudah usang dan suka berkeriut ini akhirnya tiba juga di Bandaraya Kota Bharu sekitar jam tujuh malam.  Kami sebenarnya sedikit kecewa dan marah kerana pemandu bas yang sudah dipesan untuk menurunkan kami di KB Mall terlupa untuk berhenti dan langsung terus ke perhentian bas terakhir (kami sebenarnya tidak tahu menahu di mana letaknya KB Mall tetapi telah dimaklumkan oleh rakan yang ia paling hampir dengan Kota Darul Naim). 


Sejurus mendarat di hentian bas lama, kami disambut beberapa pemandu teksi sapu yang pekat dengan loghat Kelantannya.  Pada masa yang sama, laungan azan Maghrib yang berkemungkinan datang dari Masjid Muhammadi sudah mula kedengaran. 


Penat, tenggelam punca, lapar dan kotor; kami sebenarnya sudah tidak kuasa bertegang-urat dengan pakcik-pakcik pemandu teksi, lantas menerima sahaja  tawaran dari pemandu yang paling lantang suaranya.  Yang penting kami harus sampai di KB Mall dan berjalan kaki menuju ke Homestay yang telah ditempah sebelum senja bertukar malam.  


Episod malam itu selesai setelah kami check-in di Homestay (dan terimakasih juga kepada ‘abe-abe’ pemandu teksi sapu yang baik hati).  Setelah memaklumkan kedatangan kami kepada wakil Pejabat Menteri Besar Kelantan (PMBK), makan malam ala-kadar (warung nasi lemak sebelah kubur Kristian, tepi jalan bersebelahan KB Mall), mempersiapkan pakaian serta membeli sedikit  keperluan di KB Mall, barulah kami dapat berehat.   


Saya yang sudah terlalu kepenatan akhirnya tumbang sekitar jam dua pagi bersama benak yang sudah senak dengan pelbagai kemungkinan dan drama yang bakal terurai keesokan harinya.


10 pagi, 11 Muharram.


Kesemua enam peniaga kecil dari Kuala Lumpur ini dengan segak dan bergaya (lengkap ber-kot dan ber-talileher, harum semerbak, wajah bercukur licin tetapi meninggalkan sedikit ‘janggut’ dan ada juga yang memberanikan diri memakai kopiah putih) melangkah keluar dari bilik penginapan menuju ke pejabat Menteri Besar.
Temujanjinya jam 10.30, mentari pagi sudah terik dan kami sudah tidak sempat bersarapan.  Maka dengan tergesa-gesa kami mula berjalan kaki dari simpang Wakaf Siku menuju ke Kota Darul Naim.  Destinasi yang hendak dituju agak dekat, tetapi bagi kami terasa begitu jauh sekali.  Mungkin kesan daripada  pandangan pelik pekedai dan kenderaan yang lalu lalang terhadap gaya, rupa dan pakaian kami.


“Siapalah agaknya lelaki-lelaki mabuk yang sanggup berjalan dalam panas terik siap dengan tali leher, ‘blazer’ dan ‘briefcase’ ni?”  Kami segan juga sebenarnya dan menyesal sedikit kerana tidak menyewa kereta.  Tetapi perasaan itu segera dipendamkan.  “Sebentar sahaja lagi, sejarah akan tercipta….”


Apabila tiba di balai keselamatan Kota Darul Naim, kami dijemput dan terus dibawa oleh pengawai khas Menteri Besar masuk ke blok utama.  Luas juga kawasannya, dan apabila sudah berada di dalam, barulah terasa selesa melihat spesies ‘saudara’ yang sama ‘sejaket’, ‘setali leher’, ‘sekopiah’ dan ‘sejanggut’.


Kami dijemput ke bilik Menunggu VIP.  Disana, perasaan kami bercampur-baur di antara rimaskan baju yang sudah bermandi peluh, cemas dengan kelewatan kami, lapar dek perut yang masih belum menerima juadah pagi; dan bangga kerana dilayan sebegitu penting.  Paling mustahak disebalik segala ketidakselesaan ialah ‘skrip persembahan’ yang masih kukuh tersimpan didalam ingatan saya.
Kami cuba juga menunjukkan wajah yang ceria; dan bersalaman dengan sesiapa sahaja yang memandang dan menyapa.  Ruang pejabat MB Kelantan tidaklah se-gah ruang pejabat mana-mana menteri di Putrajaya, tetapi masih kelihatan bersih dan tersusun.


Sepuluh minit kemudian, kami dibawa masuk ke bilik mesyuarat yang memang bersambung dengan bilik YAB Tuan Guru.  Degupan jantung saya sudah semakin kencang, muka sudah semakin pucat, peluh masih tidak mahu berhenti mengalir dan tapak tangan saya yang lembap sudah hampir basah.  Beberapa kakitangan PMBK mula sibuk keluar-masuk bilik mesyuarat bagi memastikan segala keperluan terisi.  Komputer kami disambung ke televisyen LCD, manakal kerusi disusun mengikut protocol.  Lampu dilaras agar cukup terangnya dan suhu penghawa-dingin ditokok agar cukup sejuknya.  Turut disediakan untuk setiap tempat duduk ialah sekotak air mineral dan piring kecil berisi kuih lapis dan kuih akok yang dibungkus plastik.  Memang serba sederhana.  Ada juga beberapa ‘pemerhati bebas’ yang ingin melihat sendiri wajah-wajah yang mahu berjumpa dengan ‘bos’ mereka…agaknyalah.


Apabila telah selesai, seorang demi seorang kakitangan bertugas keluar dari bilik mesyuarat; dan orang kuat kerajaan negeri yang pertama segera masuk dan mengambil tempat duduk.  Tidak perlulah disebut siapa, tetapi cukup untuk menambah suspense kepada drama yang bakal tersingkap.  Pegawai kedua juga sudah masuk dan duduk.  Tetapi kelibat Tuan Guru masih belum kelihatan.  Saya sudah mula risau.  Jika tadi saya cemas menanti kedatangan Tuan Guru, sekarang saya lebih risau jika Tuan Guru tidak dapat hadir.
“Takkan Tok Guru tak sudi bertemu dengan kami?”  Wajah rakan-rakan juga sudah tidak keruan walaupun para pegawai yang hadir masih kelihatan seperti biasa.  Pada waktu dan ketika itu, saya hampir pasti kesemua rakan saya sudah tidak fikirkan lagi hasil temujanji kami, kerana agenda pertemuan yang paling utama bakal berkubur sekiranya Tuan Guru tidak muncul.


Tiba-tiba pintu khas yang menyambungkan bilik mesyuarat dengan pejabat Menteri Besar berkuak dan dengan pantas kesemua pegawai kerajaan negeri yang hadir bingkas berdiri dan hampir berlari menuju ke pintu.  Kami yang cemas ini  terpinga-pinga dan masih melekat dibangku.  Apabila pintu terbuka maka muncullah kelibat dan wajah berserban yang sudah kerap dilihat, tetapi cuma dari jauh, dari kaca televisyen, pada paparan skrin komputer dan diatas kertas.  Sekarang Tuan Guru Menteri Besar Kelantan sudah ada didepan mata.


Subhanallah.


Tuan Guru orangnya kecil molek sahaja, sedikit bongkok dan langkahnya seperti tertahan-tahan.  Pergerakannya perlahan dan senyap, seolah-olah mahu menyelinap masuk ke bilik mesyuarat tanpa disedari.  Apabila pintu dibuka, tangannya tidak dilepaskan dari tombol pintu dan dengan perlahan beliau menutupnya kembali (tidak seperti sesetengah pegawai besar yang suka ‘menghempas’ pintu untuk menunjuk kuasa). Pada pagi tersebut beliau memakai baju Melayu berwarna jingga lengkap bersampin dan berjubah hitam diluar.


Seorang demi seorang mengambil giliran bersalaman dengan Tuan Guru.  Saya  sememangnya tidak mahu melepaskan peluang yang sudah begitu lama dinanti.  Tetapi tatkala hampir sampai giliran saya, mulalah datang pelbagai persoalan.  Salam yang bagaimana paling sesuai?  Salam hujung jari? salam genggam sebelah tangan?  Dua belah tangan?  Salam sambil menundukkan kepala? Salam cium tangan?  Salam dan peluk?  Sebelum sempat saya membuat keputusan, tangan Tok Guru sudah menyapa saya, dan tanpa berfikir saya terus menyambutnya dengan salam sebelah tangan.  Aduh, sepatutnya digunakan salam cium tangan sebagai tanda hormat anak murid kepada gurunya.  Memang teruk saya ni.


Selepas bersalaman, kami kembali ke kerusi masing-masing, dan Tuan Guru mengambil tempat duduknya dihujung meja yang selalunya memang dikhaskan untuk pengerusi mesyuarat.  Sejurus duduk, beliau memandang kami semua (dua orang pegawai masih belum tiba); memberikan salam, membaca ummul kitab dan mengetuai bacaan doa.  Sebaik selesai berdoa dengan lembut beliau berkata, ”Sekarang saya persilakan tuan-tuan mulakan!”


Segalanya berlaku begitu pantas dan sekarang semua mata tertumpu kepada saya yang sedang memegang ‘laser pointer’.  Pada saat dan ketika itu, semua skrip dan dialog yang telah saya hafal; kata-kata pendahuluan dan terimakasih; kata panggilan dan susun atur persembahan hilang serta-merta dari ingatan.


Saya yang sudah dianggap berpengalaman membuat persembahan tiba-tiba kelu dan panik.  Tuan Guru dan pegawainya masih tidak berkelip memandang saya.  Pada waktu itu segelas air setidak-tidaknya boleh juga membantu mengurangkan keketaran; tetapi air mineral diatas meja tiada sesiapa pun yang berani menyentuh, apatah lagi mahu membuka atau meminumnya.  Jadi saya terpaksa juga teruskan majlis menggunakan skrip spontan dan alhamdulillah sedikit demi sedikit keyakinan diri datang kembali walaupun nafas masih sedikit mencungap dan nada suara ini sedikit sumbang.


Sambil berucap, sekali-sekala saya cuba juga menjeling ke arah Tuan Guru dan ada ketikanya saya lihat beliau memandang kearah saya begitu lama.  Ada masanya Tuan Guru seperti memejamkan mata sambil menongkat dagu.  Saya harap pembentangan saya tidaklah terlalu membosankan sampai Menteri Besar pun boleh terlelap.  


Tiga puluh minit berlalu dan tugas saya membentangkan cadangan akhirnya tamat.  Kini tibalah sesi yang paling mendebarkan iaitu sesi soal-jawab.  Tuan Guru masih belum bersuara walaupun sesi soal jawab berlangsung rancak dengan soalan-soalan yang agak rumit juga.  Mujur rakan-rakan dapat memberikan jawapan yang pada saya sudah cukup baik.  Walaupun masih diam, riak wajah dan pandangan mata Tuan Guru menunjukkan minat yang agak positif.


Apabila sudah selesai berbincang, saya akhiri majlis dengan ucapan penutup sambil cuba menangguhkan sesi dengan harapan dapat bertemu lagi dilain temujanji.  Pada ketika ini barulah Tuan Guru bersuara.  Nadanya perlahan sekali, sehingga kami terpaksa mendekatkan telinga untuk mendengar amanatnya.


Isi ucapan beliau sekali dengar seperti tidak relevan dengan tema perbincangan.  Tetapi oleh kerana amanat itu datang dari orang nombor satu Kelantan, tidak ada yang berani menokok tambah.


Tuan Guru mengakhiri majlis dengan membaca doa penutup beserta laungan takbir (pertama kali dalam hidup saya mesyuarat ditamatkan dengan takbir).  Beliau yang nampak keletihan perlahan-lahan bangun dan seperti mahu terus menuju ke pejabatnya.  Saya dan rakan-rakan saling memandang…ada tiga urusan belum selesai iaitu bersalaman, menyerahkan cenderahati dan bergambar (ini yang paling penting); tetapi Tuan Guru sudah berpusing ke pintu dan mula melangkah.  Salah seorang rakan kongsi saya tiba-tiba menjerit…”Tuan Guru! Tuan Guru!...” entah berapa kali dilaungnya barulah Tuan Guru tersentak dan berpatah semula ke meja.  Cenderahati diberi, dan kami akhirnya dapat bergambar bersama.


Alhamdulillah.


Kami bersalaman buat kali terakhir (sekali lagi saya terlupa untuk salam cium tangan); dan dengan sekelip mata Tuan Guru ghaib ke pejabatnya.  Mesyuarat tamat sebelum tengahari dan kami berjalan pulang ke bilik penginapan berpasang-pasang; seronok dan gembira dengan apa yang telah berlaku pada pagi itu.  Cuaca tengahari sememangnya panas tetapi peluh yang mencurah-curah sudah tidak dipedulikan lagi.  Misi utama telah terlaksana.


Sebelum pulang ke ibukota, kami sempat singgah di Masjid Muhammadi untuk solat Maghrib (kami berjalan kaki dari Homestay dan tiba di masjid serentak dengan  azan Maghrib, sama seperti malam sebelumnya).  Rupa-rupanya KDYMM Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-5 turut solat bersama dan yang paling menarik, baginda turut mengikuti Kuliah Maghrib yang disampaikan yang bertajuk “Pemimpin Yang Zalim”.  Hai, saya tak fikir ia berani dilakukan ditempat lain.  Orang Kelantan memang hebat!


Bas ekpress jam 9 malam tiba di Kuala Lumpur jam 5.30 pagi keesokannya.  Dengan itu tamatlah pengembaraan enam sahabat yang kepenatan.


Pertemuan bersejarah dengan Menteri Besar Kelantan berlangsung lebih baik dari jangkaan saya.  Walaupun tidak berpeluang menjamah kuih akok dan kuih lapis, atau makan tengahari bersama; Tuan Guru seolah-olah mahu mendidik dan menunjukkan tauladan yang akan kekal dalam ingatan kami.  Jauh disudut hati saya faham Tuan Guru melaksanakan segala-galanya mengikut ajaran dan sunnah Rasulullah SAW.


Tidak perlu banyak bercakap tetapi lebih suka mendengar, tidak ada janji manis dan omong kosong, tidak bermewah-mewah dan berlebih-lebih, tidak membazir masa dan berucap panjang lebar dan akhir sekali; memberikan sepenuh kepercayaan kepada pembantu-pembantunya yang telah diamanahkan.


Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana walaupun jahil, saya masih berpeluang   bertemu sendiri dengan seorang negarawan, ilmuan dan ulama yang dihormati rakan dan musuh.  Sangat jelas pada pandangan kami betapa berat tanggungan dan beban yang seolah-olah sudah tidak terpikul oleh tubuh Tuan Guru.


Saya juga bersyukur kerana negeri Kelantan masih lagi utuh sebagai serambi Mekah dan gigih  membangun bersama Islam.  Semoga Kelantan akan sentiasa hijau dan aman dibawah panji-panji Islam.  Saya berdoa agar Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan terus dikurniakan kesihatan dan kebijaksanaan untuk  memerintah negeri Kelantan dengan seadilnya.  Semoga Malaysia turut dapat merasa tempiasnya dan sentiasa mendapat Rahmat dan belas ihsan daripada Allah Yang Maha Esa.
Allahu akbar!
Penulis : Mohd. Rizal bin Jaafar
 Perkongsian ini bukanlah hendak membawa fahaman kepartian kepada pembaca semua tetapi ianya menjadi keinginan setiap manusia yang mahukan keamanan dan kedamaian.Dan keserdahanaan itulah kunci yang diperlukan.

Hizbur Tahrir : Persoalan Yang Timbul

Friday, May 4, 2012

Dalam melihat perkembangan dan suasana politik malaysia.terlihat suatu perkara yang kadang kala memberikan saya pelbagai persoalan berkaitannya.Persoalan yang timbul bukan hanya pada dasar perjuangan mereka tapi bagaimana mereka menggunakan kaedah hukum dalam menentukan suatu perkara.Persoalan ini timbul hasil dari perkara yang mereka sendiri timbul dan saya melihat perkara ini memalui seorang sahabat yang mana beliau merupakan ahli ht di sebuah kampus di utara tanah air.Persoalan ini sudah lama menjadi persoalan antara saya dengan dia kadang kala ianya hanya menjadi persoalan semata-mata tanpa jawapan.Saya percaya kalangan mereka adalah cerdik pandai dalam pelbagai bidang, saya hanya seorang insan kerdil yang ingin mencari jawapan kerana saya sentiasa menyokong usaha-usaha yang menegakkan Islam yang adil walaupun di haluan mana mereka berada tetapi biarlah sokongan saya berdasarkan tujuan-tujuan yang tidak bercanggah dengan mana-mana hukum mahupun keadaan.Persoalan yang timbul yang sudah adalah berkaitan sebuah gerakan Islam yang dinamakan Hizbur Tahrir ataupun lebih mesra dibahasakan dengan ht

Pengenalan buat pembaca semua berkaitan hizbur tahrir (ht) yang diambil dari lidah rasmi mereka : Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yang berideologi Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir bergerak di tengah-tengah umat dan bersama-sama mereka berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya serta membimbing mereka untuk mendirikan kembali sistem kekhilafahan dan menegakkan hukum yang diturunkan Allah dalam realiti kehidupan.
Hizbut Tahrir merupakan organisasi politik, bukan organisasi kerohanian (seperti tarekat), bukan badan ilmiah (seperti lembaga agama atau badan penelitian), bukan institusi pendidikan (akademik), dan bukan pula pertubuhan sosial (yang bergerak di bidang sosial dan kemasyarakatan). Idea-idea Islam menjadi jiwa, inti dan sekaligus rahsia kewujudan kelompoknya.

Dan pemahaman mudah untuk semua secara umumnya adalah ht merupakan satu gerakan yang ingin Islam tertegak dengan sistem khilafah seperti mana sejarah Islam terdahulu.Dan menjadi persoalan saya dalam masa yang sama mereka menolak sistem demokrasi yang sedia ada dengan mengatakan sistem yang berorentasikan sistem kufar (orang kafir ).Banyak persoalan yang saya timbulkan semuanya berbalas soalan.Sekiranya berterusan begitu saya mengambil keputusan untuk mengumumkan persoalan itu kepada umum dan perbincangan berlaku di laman sosial milik saya sendiri.Selepas persoalan timbul akaun saya penuh dengan permintaan menjadi kawan (request friends) dari kalangan mereka.Maafkan saya kerana tidak menerima kalian bukan kerana sombong mahupun syok sendiri tapi saya mengkhususkan kepada kenalan saya yang dikenali sahaja.Tetapi tidak menjadi masalah untuk sesiapa memberikan komentar mahupun jawapan berkaitanya kerana persoalan itu saya setkan dengan mood 'public' agar semua boleh memberikan komentar.Dan timbul dibenak idea untuk menjadikan persoalan di warkah media agar semua boleh memberikan pendapat mereka sendiri.Dan blog menjadi pilihan saya kerana ianya mudah tanpa ada tapisan mahupun request friends.

ht sebenarnya ditubuhkan oleh seorang graduan universiti Al-Azhar  yang mana universiti yang terkenal diseluruh dunia kerana universiti tertua dunia mahupun tempat yang melahirkan ramai ulama'-ulama' terkenal dunia dan universiti ini juga digeruni oleh warga eropah kerana ilmuan-ilmuan yang di keluarkan mereka.Syekh Taqiuddin An Nabhani merupakan anak kelahiran negara Al-Quds Palestin dan dalam nama beliau telah diletakkan tempat beliau dilahirkan iaitu Nabhan utara negara Palestin.

Persoalan yang saya timbulkan bukan berkaitan beliau kerana saya tidak sempat bersama beliau.Beliau dilahirkan pada tahun 1907 dan meninggal dunia pada tahun 1977.Semoga Allah merahmati beliau~Seperti mana yang saya nyatakan diatas persoalan yang timbul adalah permasalahan masa sekarang dan persoalan ini menjadi menarik apabila penelitian saya terpaut pada cara mereka menegakkan agenda dan sistem khilafah yang diingin.

Mereka ingin menegakkan khilafah dan dalam masa yang sama mereka menolak sistem demokrasi yang digunakan dunia sekarang dengan mengatakan sisitem ini bukan asalnya dari Islam bahkan ianya dari orang kafir.ht juga dalam masa yang sama merupakan gerakan dan pasti yang rasmi gerakkanya di negara arab.Mereka inginkan kerajaan dengan cara revolusi iaitu dengan cara pengambilalihan kuasa.Kalau dilihat secara optik, mereka menolak sistem demokrasi tetapi mereka merupakan parti politik yang inginkan kekuasaan.Berlaku pencanggahan antara method mereka dengan penyebaran maklumat yang diberikan kepada kepada umum.Untuk maklumat berkaitan mereka ada di sini.Tidak ingin memanjangkan kisah dan perbincangan memadai saya merekodkan semula perbincangan untuk tatapan umum.Dan sedikit maklumat kepada umum berkaitannya.Segala komentar dan pandangan dari semua amatlah saya alukan dan berbeza pendapat bukan bermaksa bermusuh tetapi ingin mencari titik pertemuan agar perjuangan Islam itu kekal utuh dengan niat yang murni.Semoga umat Islam terus mara kehadapan mencapi kegemilangan Islam kelak dan disamping berusaha membebaskan al-quds dari rejim zionis yang zalim.^_^ salam perjungan kepada semua pembaca =)

Persoalan yang muncul berdasarkan satu gambar :-



saya :
Bagaimana dengan yang lain adakah sama hadaf dengan HT atau HT menyetujui cara mereka ataupun bagaimana?Dan ingin ana bertanya adakah HT yg enta ikuti ini sama tujuannya dengan HT di palestin dan iran ?


ahli ht

Demokrasi : Ajaran dari kuffar Barat
Khilafah : Ajaran Nabi Muhammad

Demokrasi : Kedaulatan di tangan rakyat
Khilafah : Kedaulatan di tangan syara'

Landasan Demokrasi : Sekularisme
Landasan Khilafah : Aqidah Islam

Demokrasi : Kebenaran adalah suara terbanyak
Khilafah : Kebenaran sesuai nash syara

Demokrasi : Bebas bertingkah laku
Khilafah : Hukum asal perbuatan terikat dengan hukum syara

Referens hukum/Undang Undang Demokrasi : Undang2 sekular dari akal manusia
Referens Undang Undang Khilafah : Qur’an & Sunnah

Demokrasi : Penyebar idea batil; liberalisme, pluralisme, kesetaraan gender, dll
Khilafah : Penerap hukum Islam

Demokrasi : Alat penjajahan utk melemahkan umat islam
Khilafah : Alat pembebasan (membebaskan manusia dari penghambaan sesama makhluk kpd penghambaan hanya pd Allah SWT)

Demokrasi : Tipu daya Amerika
Khilafah : Janji Allah

Demokrasi : Sampah Peradaban
Khilafah : Mercu Peradaban

Bismillah...
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. al-baqarah:120) 

Isu disini adalah isu "sistem" yg dah menipu kita lebih 80 tahun. Bukan di M'sia sje, malahan di negara2 lain. Kita ditipu hidup2 dgn sistem ini. Kita diadu dombakan oleh sistem ini. InsyaAllah kebenaran pasti akan berlaku. Khilafah akan tertegak dgn tariqah kenabian. Bkn dgn tariqah demokrasi yg dilaung-laungkan. Kepada Allah kita berserah dan kpd Allah kita minx prtolongan. Mga Allah tunjukkan jln utk kita...

video ni menceritakan kesengsaraan umat islam akibat "sistem" yg digunakan...dan apa solusinya
http://www.youtube.com/watch?v=wYVc4s4MDtI

Sumber : http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.mykhilafah.com%2F&h=mAQFRy8o8AQEovHiM-XNGNiDKM8f2Wn3Kq0cSF9A2Vo96LA


saya :

alangkah indahnya begitu.Tapi secara amnya enta banyak sudah melontarkan pendapat dan pandangan berkaitan soalan-soalan yang dilontarkan.Selalunya sokongan kepada suatu perkara mestilah berdasarkan suatu perkara yang sudah tepat sumbernya mahukan tiada jawpaan pada soalan2nya ataupun sekadar meriwatkan atau menyebarkan pandangan pihak-pihak atasan?Tapi kalu menyebarkan suatu perkara tanpa ada bukti mahupun pendapat berkaitannya adalah fitnah.Enta seringkali m'fwd'kan laman ht tapi laman ht merupakan lafaz umum dan alangkah baiknya kalau enta memberikan terus lafaz khususnya agar tidak berlaku salah fakta diantara ana dan enta kerana enta yg lebih memahami dan arif tentangnya.Dan enta mampu memberikan pencerahan berkaitannya disamping ana cuba mencari sinar cahayanya =) 

Tiada masalah siapa pon yg menjawab soalan kerana ini bukan pertandingan mahupun perlwanan tapi bertukar pandangan.Insyaallah ana sedang mempelajari dan mengenali 'azharian taqiyuddin' secara khusus melingkupi latar belakangnya,akidahnya dan penerokaannya dalam medan Islam.Bukan ingin mempersoalkan siapakah ht sekrang tetapi ana lebih tenang dan gembira jika mengetahui gurunya bagaimana kerana disitulah sumber ilmu dan dari situlah segalanya berpunca dan boleh dikonklusikan bagaimana perjalanan ilmunya selepas itu.Begitu juga dalam ilmu fiqh, mengetahui pada mazhabnya shaja tanpa mengetahui keadaan mazhab itu memang tidak adil untuk mengatakan mazhab ini tidak layak diamalkan.'Ilmu itu lebih bermanfaat jika berada pada sumbernya'

Insyaallah ana berusaha kearah.Kalu enta kata xelok sembang di alam maya,ana hanya mempersoalkan yang mana yang hak dan bukan menegakkan yang batil. Dan soalan2 ana hanya berdasarkan penyebaran yang enta postkan mahupun yg enta 'tag' kan pada ana.=) tiada niat nak berbanggga mahupun mencuba ilmu yg masih sikit ini jika nak dibandingkan enta mahupun sahabat-sahabat ht enta.Hanya insankerdil yang mencari redhaNya dalam mentaatiNya

Insyaallah hanya soalan lama ana kembali segarkannya agar tidak hanya pada soalan dan penulisan yang beku tanpa ada usaha untuk mencair dan menjernihkannya (alang-alang sudah ada yg enta tag syabab ht mudah-mudahan ada jawpannya =) Insyaallah~smg Allah memberkati kalian~Maaf dipohon andai mengguris jiwa enta melainkan niat ingin mengetahui dan bertanyakan yang hak sahaja ^__&alangkah indahnya begitu.Tapi secara amnya enta banyak sudah melontarkan pendapat dan pandangan berkaitan soalan-soalan yang dilontarkan.Selalunya sokongan kepada suatu perkara mestilah berdasarkan suatu perkara yang sudah tepat sumbernya mahukan tiada jawpaan pada soalan2nya ataupun sekadar meriwatkan atau menyebarkan pandangan pihak-pihak atasan?Tapi kalu menyebarkan suatu perkara tanpa ada bukti mahupun pendapat berkaitannya adalah fitnah.Enta seringkali m'fwd'kan laman ht tapi laman ht merupakan lafaz umum dan alangkah baiknya kalau enta memberikan terus lafaz khususnya agar tidak berlaku salah fakta diantara ana dan enta kerana enta yg lebih memahami dan arif tentangnya.Dan enta mampu memberikan pencerahan berkaitannya disamping ana cuba mencari sinar cahayanya =) 

Tiada masalah siapa pon yg menjawab soalan kerana ini bukan pertandingan mahupun perlwanan tapi bertukar pandangan.Insyaallah ana sedang mempelajari dan mengenali 'azharian taqiyuddin' secara khusus melingkupi latar belakangnya,akidahnya dan penerokaannya dalam medan Islam.Bukan ingin mempersoalkan siapakah ht sekrang tetapi ana lebih tenang dan gembira jika mengetahui gurunya bagaimana kerana disitulah sumber ilmu dan dari situlah segalanya berpunca dan boleh dikonklusikan bagaimana perjalanan ilmunya selepas itu.Begitu juga dalam ilmu fiqh, mengetahui pada mazhabnya shaja tanpa mengetahui keadaan mazhab itu memang tidak adil untuk mengatakan mazhab ini tidak layak diamalkan.'Ilmu itu lebih bermanfaat jika berada pada sumbernya'

Insyaallah hanya soalan lama ana kembali segarkannya agar tidak hanya pada soalan dan penulisan yang beku tanpa ada usaha untuk mencair dan menjernihkannya (alang-alang sudah ada yg enta tag syabab ht mudah-mudahan ada jawpannya =) Insyaallah~smg Allah memberkati kalian~

Apakah salah untuk menegakkan yang hak dan yang inginkan keadilan dengan cara mengumumkan pada umum.Mengatakan kebenaran pda semua adalah salah?Dan memberitahu kezaliman pada semua adakah salah?[berkaitan 2 gambar antara ht dan xsilap perhimpunan bersih memegang bendera pas yang dibandingkan dan dikatakan pergeseran lai pompuan yg dibanggakan [ bukan mahram dan juga yg non-muslim berpakaian x senonoh! bercampur laki prmpuan! itu yg mereka banggakan! masyaAllah.] (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=266505620112902&set=a.266505476779583.57633.100002603978979&type=1 )

dan soalan di video syekh tamimi yg enta postkan yang mengatakan beliau menyokong kahlifah beradarkan ucapannya di (http://www.youtube.com/watch?v=fW2GTzSV_mk&feature=share ) :-

Menjadi persoalan tentang perjuangan ht apabila video 'ila mata' dipelopori di iran,pakistan, iraq, dan kebanyakan perkembangan berasal dari tanah timur liga arab.Terima kasih keran tag ana dalam video syekh tamimi.maafkan ana kalu ana tersalah tafsir yg di ucapkan tapi lafaz yg diungkapkan bukanlah lafaz khusus tetapi lafaz am ya syabab ht =) mudahlah umat terus ditipu pada translate sahaja tanpa berpandukan teks asal :) Dan kenapa beliau menyebut terbinanya daripada iran sehingga iraq[minit ke 0.18] ...(جعل من الإيران) Adakah khalifah bermula dari sana? Adakah anda mengenal siapakah syekh ini =) subhanallah.Allah Maha Kaya~Alhamdulillah Allah memberikan suatu petunjuk agar ana mendalami lebih dalam tentang akidah ht yg enta ikuti ini.Smg masih mengikut manhaj ASWJ dan hukum syare'.Bukan lagi jawapan bg soalan yg ana kemukan yang ana nantikan kini kerana memang tiada jawapan yg betull berkaitannya dan hanya propaganda yg enta mahukan =) terima kasih sahabat.~Bersama tahrirkan diri dari ghuluw~

Apakah salah untuk menegakkan yang hak dan yang inginkan keadilan dengan cara mengumumkan pada umum.Mengatakan kebenaran pda semua adalah salah?Dan memberitahu kezaliman pada semua adakah salah?[berkaitan 2 gambar antara ht dan xsilap perhimpunan bersih memegang bendera pas yang dibandingkan dan dikatakan pergeseran lai pompuan yg dibanggakan [ bukan mahram dan juga yg non-muslim berpakaian x senonoh! bercampur laki prmpuan! itu yg mereka banggakan! masyaAllah.]

dan soalan di video syekh tamimi yg enta postkan yang mengatakan beliau menyokong kahlifah beradarkan ucapannya di (http://www.youtube.com/watch?v=fW2GTzSV_mk&feature=share ) :-

Menjadi persoalan tentang perjuangan ht apabila video 'ila mata' dipelopori di iran,pakistan, iraq, dan kebanyakan perkembangan berasal dari tanah timur liga arab.Terima kasih keran tag ana dalam video syekh tamimi.maafkan ana kalu ana tersalah tafsir yg di ucapkan tapi lafaz yg diungkapkan bukanlah lafaz khusus tetapi lafaz am ya syabab ht =) mudahlah umat terus ditipu pada translate sahaja tanpa berpandukan teks asal :) Dan kenapa beliau menyebut terbinanya daripada iran sehingga iraq[minit ke 0.18] ...(جعل من الإيران) Adakah khalifah bermula dari sana? Adakah anda mengenal siapakah syekh ini =) subhanallah.Allah Maha Kaya~Alhamdulillah Allah memberikan suatu petunjuk agar ana mendalami lebih dalam tentang akidah ht yg enta ikuti ini.Smg masih mengikut manhaj ASWJ dan hukum syare'.Bukan lagi jawapan bg soalan yg ana kemukan yang ana nantikan kini kerana memang tiada jawapan yg betull berkaitannya dan hanya propaganda yg enta mahukan =) terima kasih sahabat.~Bersama tahrirkan diri dari ghuluw~

untuk memudahkan semua boleh rujuk di sini dan perbincangan yang panjang berkaitan ht antara ilmuan negara arab di sini
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews