PENENTANGAN WARGA AL-QUDS TERHADAPA LAKNATULLAH
Rabu, 31/03/2010 – Menurut sumber tempatan di Baitulmaqdis pada Isnin pagi, satu pemberontakan terjadi antara pemuda Palestin dan pasukan Israel berhampiran “Gerbang Asbat” di Baitulmaqdis. Warga Baitulmaqdis mengecam penyerbuan yang dilakukan kelompok-kelompok Yahudi di Masjid Al-Aqsa untuk merayakan hari raya “Paskah” Yahudi.
Sumber-sumber ini menyatakan bahwa puluhan pemuda memberontak dengan tentera rejim Zionis di dekat pintu Asbat setelah mereka dilarang memasuki Masjid Al Aqsa. Pasukan polis Israel ditempatkan secara luas di kebanyakan kawasan kota al Quds, dan mengubah wilayah Baitulmaqdis menjadi kawasan tentera.
Sumber-sumber ini menyebutkan bahwa sejak pagi tentera rejim Zionis mendirikan pos pemeriksaan di jalan-jalan menuju kota al Quds. Mereka mencegah bas yang membawa puluhan warga Palestin dari wilayah Palestin yang diduduki Israel tahun 1948 daripada memasuki Masjid Al Aqsa.
sumber : COMESpenterjemah : Abu Awatif & Ameen
YA ALLAH..DI ROBOHKAN LAGI....
Rabu, 31/03/2010 – Sumber memastikan lebih daripada 20 ribu rumah di Baitulmuqaddis akan dirobohkan oleh ketetapan mahkamah Israel, mengatakan bahawa rumah.rumah menyalahi undang-undang perumahan dalam tempoh 10 tahun kebelakangan dan memerlukan pemilik memperolehi permit bangunan ketika tahun itu , perlu diperbaharui, Dimana agak mustahil majoriti pemilik untuk mengemukakan pelaninduk bagi kawasanyang telah digunakan untuk membina rumah itu, atau kerana sememangnya undang-undang dan peraturan adalah berubah dan dikuatkuasakan Perbandaran Baitulmuqaddis Barat terhadap penduduk Palestin di Baitulmuqaddis.
Rumah itu tersenarai untuk dirobohkan termasuk rumah yang menghadapi isu pengurusan perobohan oleh President Perbandaran Baitulmuqaddis Barat atau arahan perobohan daripada mahkamah Israel, bermakna, pemilik rumah-rumah itu berkeadaan panik dan bimbang dihalau daripada rumah mereka. Boleh dikatakan, polisi ini membuatkan penduduk menghadapi kos kewangan perbelanjaan yang tinggi termasuk membina dan yuran jurutera dan peguam dan juga nilai bangunan yang diarahkan roboh oleh mahkamah.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hasbullah
AL-QUDS DALAM BAHAYA
Selasa, 30/03/2010 – Tayseer Rajab Syaikh Tamimi, Ketua Majlis Keadilan Palestin dan Presiden Pembelaan Islam-Kristian Baitulmuqaddis dan tempat-tempat suci lain, meminta semua rakyat Palestin di seluruh tempat, terutama Baitulmuqaaddis agar hadir di Masjid Al Masjid Aqsa bagi menghalang serangan tentera rejim Israel.
Seruannya dibuat sebagai tindakbalas terhadap Perisytiharan kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi yang berniat untuk menyerbu Masjid Aqsa pada hari Isnin ini untuk meraikan perayaan yang dipanggil “Jangkauan Yahudi” di antara Kubah Batu dan Kubah Al-Selselah, serta pengisytiharan “Gerakan Pengawal Kuil” dalam laman web mereka bagi mengadakan himpunan Yahudi di Masjid Al-Aqsa pada 1 April untuk merobohkan masjid dan membina kuil di atasnya.
beliau juga meminta masyarakat antarabangsa agar segera campur tangan bagi menghentikan pencerobohan Israel terhadap bandar dan tempat suci Islam dan Kristian itu serta menetapkan menghentikan kejahatan dan pelanggaran resolusi Majlis Keselamatan untuk melaksanakan Bab VII daripada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mahu Israel menghentikan semua kejahatan yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz
No comments:
Post a Comment