skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
Di sebalik Kisah ada tersimpan....
EMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg  tak kena je?
ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit  manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
ANJING : aku lalu tepi dua orang  mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki  terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh,  najis !
LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi  manusia. Biasalah tu.
ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia  tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu  apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg  bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada  memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun
disamak.
ANJING  : Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai  macam LEMBU"
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang  diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan  babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan  (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".
Bersentuhan  (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan  wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing  tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh  anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh  wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di  dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala  yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang  bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
"?Katakanlah  lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan  orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat  mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal  sempurna". (Surah Zumar: 9)
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
  
 
No comments:
Post a Comment