♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Showing posts with label Renungan kisah sumbangan. Show all posts
Showing posts with label Renungan kisah sumbangan. Show all posts

Mainan yg Melalaikan

Saturday, May 8, 2010



Manusia diingatkan sentiasa patuhi segala suruhan-Nya untuk bekalan akhirat

DUNIA diibaratkan seperti ladang untuk bercucuk tanam dan hasilnya akan diperoleh di akhirat kelak. Hasil itu bergantung kepada apa yang diusahakan. Jika amalan diusahakan itu baik maka baiklah hasilnya dan begitu juga sebaliknya.

Allah berfirman yang bermaksud: "Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah (debu yang halus) nescaya dilihatNya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dilihatNya." (Surah Al-Zilzal, ayat 7-8)

Sesungguhnya setiap langkah, gerak geri dan tingkah laku kita di dunia dalam pengetahuan Allah. Segala amalan manusia semuanya akan direkodkan dalam diari dan diari itu akan dibentangkan di akhirat nanti.

Allah menugaskan dua malaikat, Raqib dan Atid untuk mencatatkan segala rekod kebaikan serta kejahatan dilakukan setiap individu.

Ahli tasauf menganggap dunia seperti bangkai dan manusia seperti anjing. Sebab itulah manusia lebih sukakan dunia daripada akhirat. Al-Quran juga ada menerangkan yang dunia ini adalah permainan dan kelalaian.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan tidaklah penghidupan dunia itu melainkan permainan dan kelalaian. Dan sesungguhnya negeri akhirat adalah lebih baik bagi orang yang berbakti. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir." (Surah Al-An'am, ayat 32)

Dunia ini diibaratkan sebagai permainan dan melalaikan. Permainan itu akan tamat apabila tiba masanya. Kesenangan dan kemewahan dalam erti kata sebenarnya ialah kesenangan dan kemewahan di akhirat yang kekal selama-lamanya.

Hal ini jelas daripada firman Allah yang bermaksud: "Dan sebutlah (ingatlah) nama Tuhanmu serta sembahyang. Tetapi kamu lebihkan penghidupan dunia, pada hal akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Surah Al-A'la, ayat 15, 16 dan 17)

Allah mengingatkan supaya manusia sentiasa ingat kepada-Nya dengan menunaikan sembahyang, mematuhi suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Namun, manusia lebih cenderung kepada penghidupan dunia.

Mungkin ini disebabkan dorongan syaitan dan hawa nafsu kerana syaitan itu sentiasa berusaha menyesatkan manusia di muka bumi ini, pada hal mereka sudah berkali-kali diberi peringatan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal.

Islam bukan melarang manusia mencari kemewahan dan kesenangan di dunia tetapi kemewahan itu biarlah sekadar memadai untuk menunaikan tanggungjawab serta kewajipan yang membawa kepada kebahagiaan hidup di akhirat.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan carilah dalam kurniaan yang Allah berikan kepadamu itu (keselamatan) negeri akhirat. Tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu dari di dunia." (Surah Al-Qasas, ayat 77)

Manusia disuruh mencari atau beramal untuk mendapatkan kebahagiaan akhirat. Di samping itu, Allah juga menegaskan bahawa dunia tidak boleh dilupakan langsung. Cuma antara dunia dan akhirat, Allah menguatkan supaya akhirat lebih diutamakan dari dunia.

Bagaimana halnya mereka yang lebih mementingkan dunia dari akhirat? Allah berfirman yang maksudnya: "Mereka itu orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat, maka tidak akan diringankan seksaan ke atas mereka dan mereka tidak akan diberi pertolongan." (Surah Al-Baqarah, ayat 86)

Inilah balasan orang yang sanggup meninggalkan akhirat dan mengutamakan dunia. Mereka itu akan mendapat seksaan di akhirat kelak.

Sesungguhnya, untuk memperoleh kejayaan dan kesenangan sama ada di dunia atau akhirat, kita disuruh melakukan segala kebaikan dan mencegah segala larangan. Kita juga digalakkan membuat amal ibadat lebih banyak daripada urusan keduniaan.

Keadaan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud: "Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." (Hadis riwayat Al-Asyakin)

Cara mengesan DNA CiNtA

Wednesday, April 28, 2010


Alhamdulillah, walhamdulillah,
wa La Illaha Illah,
Allahu akbar,
Allahu akbar,
Allahu akbar

Apa khabar jiwa semua? Apa khabar iman-iman semua? Di harap kita semua sentiasa berada dalam kemanisan iman hendaknya..

Subhanallah, sahabat-sahabat! jiwa kita sangat special. Allah kurniakan kita jiwa, mata hati sampai mampu menjelma-kan DNA dakwah itu. Masya Allah, ana kagum dengan kebolehan ilham Allah swt yang mampu menjelma-kan ilmu sains itu sampaikan mampu menghubung kaitkan dengan kefahaman kita dengan dakwah ini.. Tajamkan mata hati semua..

Masya Allah!
Masya Allah!
Masya Allah!

Subahanallah! Kekaguman paling besar adalah buat Sang Pencipta. Kerna kalau bukan kerna DIA yang menciptakan nescaya siapalah kita untuk melihat..

itulah salah satu 'sign' yang Allah tunjukkan pada kita..


"Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira mendahului kedatangan rahmat Nya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau ke satu daearah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian kami tumbuhkan dengan hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah mudahan kamu mengambil pelajaran." Al A'raf 7 :57

"Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit untuk kamu, sebahagian mejadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuhan, padanya kamu mengembalakan ternakmu

Dengan (air hujan) itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur, dan segala macma buah-buahan. Sungguh,pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran) Allah bagi orang yang berfikir

Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintahNya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi yang mengerti.

Dan (Dia juga mengendalikan) apa yang Dia ciptakan untukmu di bumi ini dengan berbagai jenis dan macam warnanya. Sungguh, pada yang demikian benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengambil pengajaran"(An Nahl, 16: 10-13)

Sungguh-kan dari sekecil-kecil ciptaan pun, kalaulah mata hati kita berfungsi, kita mampu untuk melihat setiap ciptaan itu dan menghubungkan kait dengan seruan dakwah ini..

Ingat tak gambar ni, DNA replication kan? Hari tu ingat tak analogy kite? Analogy yang buat ramai orang dalam dewan ter'nganga' tu?

Dakwah ni, beban yang sedia tergalas bagi setiap muslem bagi setiap jiwa yang melafazkan La illaha Illah wa Muhammadur rasullullah.

Apa iktibar dari proses Replication ini yang mampu kita kaitkan dengn dakwah ini..

Dakwah ni ibarat DNA REPLICATiON kan,

Kita ibarat new strand of DNA yang hendak di hasilkan. Maklumat yang hendak di bawa bergantung kepada template yang di salin.The old strand ibarat template untuk menghasilkan the new one, dan dalam tarbiyyah ini templatenya tak lain dan tak bukan-->>

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku" [Khutbah terakhir Muhammad s.a.w.]

iyye, Al Quran dan Sunnah

Proses ini sangatlah rapi, kerana sedikit kesalahan pastinya akan menyebabkan berlakunya mutation pada strand tersebut, yang seterusnya menyebabkan berubahnya data yang tersimpan dalam new DNA itu. Samalah juga kan, dalam tarbiyyah ini, kita perlu di asuh, di bersihkan, di sibghahkan dengan Sibghah Allah, tanpa sebarang mutation.

dan...

Tak semua orang akan lalui jalan tarbiyyah ini dengan senang, tak semua orang akan jadi leading strand yang senang je di synthesisekan oleh Polymerase, Kadang-kala, mungkin kita susah,mungkin kita lagging strand, sikit-sikit. Macam lagging strand, kat situlah kita perlukan kawan, sahabat, ukhti, murabbiah, naqibah atd. Yang bertindak seperti Helicase untuk cantumkan kan apa yang kita dah dapat, betulkan, sempurnakan. Cantum Okazaki Fragments tu jadi satu strand yang lurus. Yang akhirnya menjadi seperti leading strand itu.

Kemudian, NEW DNA itu di releasekan, dan dia juga akan di 'salin' pada waktu yang lain. Kalaulah maklumat yang kita bawa salah, kalaulah imej, akhlak, fikrah yang kita bawa E-R-R-O-R pastinya, the next NEW DNA ataupun mRNA akan ter E-R-R-O-R jugak..

Dan kita harus sedar, proses ni bukanlah hanya satu, berpuluh ribu DNA lain juga sedang di bina, sepertilah kita dalam tarbiyyah ini, semua orang sedang di bina, sedang dibentuk, Sama ada leading or lagging strand, matlamatnya sama. Templatenya satu. Dan semua nya bekerja untuk menghasilkan yang terbaik untuk organism itu hidup dengan sempurna. Samalah juga, sedar atau tidak, dalam proses pembentukan individu musleem ini, kita adalah unit asas untuk membangunkan ISLAM itu kelak, kalaulah kita ter E-R-R-OR kita akan di eliminatekan, cell itu akan mati, dan banyak lagi cell-cell lain, DNA-DNA lain yang akan menggantikan kita.

Nak ke kita menyebabkan cell itu di apoptosiskan, mahupun di necrosiskan??

Fikirlah, untuk menjadi musleem kaffah, Bukan mudah, ianya bukannya satu process yang senang. Namun ianya bukan suatu yang mustahil. Janji itu tetap benar dan kalaulah kita enggan pastinya ada yang lain yang sentiasa menunggu-nunggu untuk SYAHID di jalan ini..

"Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNYA sedikit pun. Dan Allah Maka Berkuasa atas segala sesuatu." [9:39]

"dan demikian pula kami menjadikan kamu (ummat islam) ummat ''pertengahan'' agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu..."[2:143]..

wallahu'alam..

maafkan kalau ada ter'pening' dengan analogy ini, maafkan andai salah kefahaman ana~
Semoga semua mampu menjadi DNA yang disibghahkan dengan sibghatulllah..insya ALLAH..

Jelmaan Bidadari dari syurga!

Wednesday, April 21, 2010


Gambaran Bidadari dalam Al-Qur'anul Karim "Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik." (Qs. Ash-Shaaffaat [37]: 48-49) "Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya." (Qs. Shaad [38]: 52) "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56) "Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 58) "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70) "(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 72) "Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 74) "Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 76) "mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Qs. Ath-Thuur [52]: 20) "Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23) "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 35-37) Gambaran Bidadari dalam Hadits Ath-Thabarany menuturkan, kami diberi tahu Bakr bin Sahl Ad-Dimyaty, kami diberitahu Amru bin Hisyam Al-Biruny, kami diberitahu Sulaiman bin Abu Karimah, dari Hisyam bin Hassan, dari Al-Hassan, dari ibunya, dari Ummu Salamah Radhiallahuanha, dia berkata, “Saya berkata,”Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli”.” Beliau menjawab,”Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.”
 Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku tentang firman Allah, “˜Laksana mutiara yang tersimpan baik.”(Al-Waqi'ah: 23) Beliau menjawab,”Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.” Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, “˜Di dalam surga-surga ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahmaan: 70) Beliau menjawab,”Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jeli.” Saya berkata lagi,”Jelaskan padaku firman Allah, “seakan-akan mereka adalah telur (burung onta) yang tersimpan dengan baik.” (Ash-Shaaffaat: 49) Beliau menjawab,”Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terlindung kulit bagian luar, atau yang biasa disebut putih telur.” Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah, “˜Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Al-Waaqi'ah: 37) Beliau menjawab,”Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi dan umurnya sebaya.” ................(hingga akhir hadits). 
Disebutkan dalam catatan kaki buku Raudhatul Muhibbin, halaman 201: ”Pengarang (Ibnul Qoyyim) menyebutkan hadits ini di dalam bukunya Hadil Arwah. Di sana dia memberi catatan: Sulaiman bin Abu Karamah menyendiri dalam riwayat ini. Abu Hatim menganggapnya dha’if. Menurut Ibnu Ady, mayoritas hadits-haditsnya adalah mungkar dan saya tidak melihat orang-orang dahulu membicarakannya. Kemudian dia menyebutkan hadits ini dari jalannya seraya berkata, “Hanya sanad inilah yang diketahui.”
sumber:sumbangan
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews