♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Showing posts with label cinta renungan. Show all posts
Showing posts with label cinta renungan. Show all posts

Cara mengesan DNA CiNtA

Wednesday, April 28, 2010


Alhamdulillah, walhamdulillah,
wa La Illaha Illah,
Allahu akbar,
Allahu akbar,
Allahu akbar

Apa khabar jiwa semua? Apa khabar iman-iman semua? Di harap kita semua sentiasa berada dalam kemanisan iman hendaknya..

Subhanallah, sahabat-sahabat! jiwa kita sangat special. Allah kurniakan kita jiwa, mata hati sampai mampu menjelma-kan DNA dakwah itu. Masya Allah, ana kagum dengan kebolehan ilham Allah swt yang mampu menjelma-kan ilmu sains itu sampaikan mampu menghubung kaitkan dengan kefahaman kita dengan dakwah ini.. Tajamkan mata hati semua..

Masya Allah!
Masya Allah!
Masya Allah!

Subahanallah! Kekaguman paling besar adalah buat Sang Pencipta. Kerna kalau bukan kerna DIA yang menciptakan nescaya siapalah kita untuk melihat..

itulah salah satu 'sign' yang Allah tunjukkan pada kita..


"Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira mendahului kedatangan rahmat Nya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau ke satu daearah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian kami tumbuhkan dengan hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah mudahan kamu mengambil pelajaran." Al A'raf 7 :57

"Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit untuk kamu, sebahagian mejadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuhan, padanya kamu mengembalakan ternakmu

Dengan (air hujan) itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur, dan segala macma buah-buahan. Sungguh,pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran) Allah bagi orang yang berfikir

Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintahNya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi yang mengerti.

Dan (Dia juga mengendalikan) apa yang Dia ciptakan untukmu di bumi ini dengan berbagai jenis dan macam warnanya. Sungguh, pada yang demikian benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengambil pengajaran"(An Nahl, 16: 10-13)

Sungguh-kan dari sekecil-kecil ciptaan pun, kalaulah mata hati kita berfungsi, kita mampu untuk melihat setiap ciptaan itu dan menghubungkan kait dengan seruan dakwah ini..

Ingat tak gambar ni, DNA replication kan? Hari tu ingat tak analogy kite? Analogy yang buat ramai orang dalam dewan ter'nganga' tu?

Dakwah ni, beban yang sedia tergalas bagi setiap muslem bagi setiap jiwa yang melafazkan La illaha Illah wa Muhammadur rasullullah.

Apa iktibar dari proses Replication ini yang mampu kita kaitkan dengn dakwah ini..

Dakwah ni ibarat DNA REPLICATiON kan,

Kita ibarat new strand of DNA yang hendak di hasilkan. Maklumat yang hendak di bawa bergantung kepada template yang di salin.The old strand ibarat template untuk menghasilkan the new one, dan dalam tarbiyyah ini templatenya tak lain dan tak bukan-->>

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku" [Khutbah terakhir Muhammad s.a.w.]

iyye, Al Quran dan Sunnah

Proses ini sangatlah rapi, kerana sedikit kesalahan pastinya akan menyebabkan berlakunya mutation pada strand tersebut, yang seterusnya menyebabkan berubahnya data yang tersimpan dalam new DNA itu. Samalah juga kan, dalam tarbiyyah ini, kita perlu di asuh, di bersihkan, di sibghahkan dengan Sibghah Allah, tanpa sebarang mutation.

dan...

Tak semua orang akan lalui jalan tarbiyyah ini dengan senang, tak semua orang akan jadi leading strand yang senang je di synthesisekan oleh Polymerase, Kadang-kala, mungkin kita susah,mungkin kita lagging strand, sikit-sikit. Macam lagging strand, kat situlah kita perlukan kawan, sahabat, ukhti, murabbiah, naqibah atd. Yang bertindak seperti Helicase untuk cantumkan kan apa yang kita dah dapat, betulkan, sempurnakan. Cantum Okazaki Fragments tu jadi satu strand yang lurus. Yang akhirnya menjadi seperti leading strand itu.

Kemudian, NEW DNA itu di releasekan, dan dia juga akan di 'salin' pada waktu yang lain. Kalaulah maklumat yang kita bawa salah, kalaulah imej, akhlak, fikrah yang kita bawa E-R-R-O-R pastinya, the next NEW DNA ataupun mRNA akan ter E-R-R-O-R jugak..

Dan kita harus sedar, proses ni bukanlah hanya satu, berpuluh ribu DNA lain juga sedang di bina, sepertilah kita dalam tarbiyyah ini, semua orang sedang di bina, sedang dibentuk, Sama ada leading or lagging strand, matlamatnya sama. Templatenya satu. Dan semua nya bekerja untuk menghasilkan yang terbaik untuk organism itu hidup dengan sempurna. Samalah juga, sedar atau tidak, dalam proses pembentukan individu musleem ini, kita adalah unit asas untuk membangunkan ISLAM itu kelak, kalaulah kita ter E-R-R-OR kita akan di eliminatekan, cell itu akan mati, dan banyak lagi cell-cell lain, DNA-DNA lain yang akan menggantikan kita.

Nak ke kita menyebabkan cell itu di apoptosiskan, mahupun di necrosiskan??

Fikirlah, untuk menjadi musleem kaffah, Bukan mudah, ianya bukannya satu process yang senang. Namun ianya bukan suatu yang mustahil. Janji itu tetap benar dan kalaulah kita enggan pastinya ada yang lain yang sentiasa menunggu-nunggu untuk SYAHID di jalan ini..

"Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNYA sedikit pun. Dan Allah Maka Berkuasa atas segala sesuatu." [9:39]

"dan demikian pula kami menjadikan kamu (ummat islam) ummat ''pertengahan'' agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu..."[2:143]..

wallahu'alam..

maafkan kalau ada ter'pening' dengan analogy ini, maafkan andai salah kefahaman ana~
Semoga semua mampu menjadi DNA yang disibghahkan dengan sibghatulllah..insya ALLAH..

Renungan Bersama


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatuEid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah.
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibatgeram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telahditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yangkurang faham
suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorangisteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi disuatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, sayatak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapatmenyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalamamalan-amalan harian kita.

b. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadapkeluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianyabagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syairArab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Bercinta dengan berkesan!

Friday, April 16, 2010

KITA sering mendengar orang menyebut perkataan dakwah. Apapun, kesan dakwah kepada masyarakat terutama remaja masih menjadi persoalan. Dakwah ertinya mengajak, menyeru, memanggil, menyahut diri kita sendiri dan manusia lain untuk bersama-sama menghayati perintah Allah dan Rasul-Nya. Ia tidak disampingkan dengan penyelewengan atau sebab-sebab lain yang boleh membantut tugas menyeru orang ke arah kebaikan.
Manakala remaja pula golongan muda yang pemikirannya luas sedikit dan sekali gus
peralihan ke alam dewasa. Untuk itu, cara berdakwah perlu dilakukan denganberkesan.

Mendakwah golongan remaja perlu dilakukan dengan cermat dan perasaan penuh
simpati dan berhemah. Apa yang salah diperbetulkan, yang payah dipermudahkan dan
apa yang bakal memudaratkan mereka hendaklah dicantas lalu diganti dengan tindakan yang benar-benar mendatangkan manfaat. Kita tidak menafikan antara golongan yang paling mudah untuk didakwahkan adalah golongan remaja. Apatah lagi jika mereka mempunyai persediaan pendidikan yang baik sejak di rumah lagi.

Namun dalam persediaan untuk mendakwah golongan remaja, kita jangan pula lupa
remaja juga golongan yang paling mudah menerima pengaruh yang tidak baik. Akhlak
mereka mudah dirosakkan oleh anasir yang tidak sihat.

Maka di sinilah letaknya fungsi golongan pendakwah antara keghairahan dengan
kebijaksanaan mereka dalam berdakwah. Sejak kebelakangan ini, remaja terlalu banyak didedahkan dengan budaya tidak sihat. Ini berlaku apabila terbukanya saluran maklumat yang pelbagai bentuk seiring dengan kecanggihan zaman teknologi maklumat. Timbul pertanyaan kepada kita kepada golongan pendakwah. Apakah memadai bagi mereka hanya menyampaikan dakwah melalui lisan. Sekadar menyampaikan dakwah di masjid, surau atau ceramah kalau ia hanya dihadiri remaja yang sememangnya cenderung ke arah kebaikan. Bagi kita ia tentulah tidak memadai. Jika golongan remaja disogok dengan pelbagai kaedah dan penyaluran pengaruh tidak sihat mengapa pendakwah tidak menggunakan cara yang sama? Kita perlu mengkaji kesesuaiannya seterusnya menggunakan kaedah tersebut untuk tujuan dakwah.

Perkembangan yang berlaku kebelakangan ini memperlihat remaja yang mendapat
pendidikan agama turut tidak terlepas daripada menghadapi gangguan anasir yang
tidak sihat. Pembabitan mereka dalam kumpulan Black Metal umpamanya
memperlihatkan pelajaran agama yang mereka terima masih belum mencukupi untuk
menjadikan diri mereka ‘kebal’. Maka pendakwah perlu terus berjuang menghadapi kekeliruan remaja beragama ini. Apatah lagi apabila berhadapan dengan remaja yang tersasar terus daripada perhatian ibu bapa dan pendakwah. Di sinilah pentingnya pendakwah menggunakan pendekatan baru dalam usaha dakwah mereka.Namun, sebelum mendakwah remaja, pendakwah juga harus memikirkan terlebih dahulu
persediaan yang ada pada diri mereka. Mereka perlu memiliki ketinggian budi,
berfikiran terbuka serta bersedia menyerahkan segala urusannya kepada Allah.
Kita tidak mahu kekurangan yang ada pada diri pendakwah diambil kesempatan oleh
remaja yang terkenal dengan nilai kritisnya untuk memperlekehkan mereka.Lantaran pendakwah bukan saja tewas dari segi persediaan malah mereka gagal memahami keperluan remaja terhadap kemurnian dakwah yang mahu dibawanya. Anak
muda perlu didekatkan usaha menyelami hati murni mereka. Apakah keperluan mereka
dan apakah pula kesukaan mereka. Jangan kerana terlalu ghairah membetulkan
mereka lalu kita mendahulukan hukum daripada mendidik. Ia bukan saja meliarkan
mereka malah mereka akan melihat Islam itu hanya dipenuhi dengan hukum-hakam
dengan segala rintangannya.

Walau apapun tugas dakwah adalah tugas setiap umat. Ia tidak hanya terletak kepada ustaz, guru atau kelompok tertentu saja. Malah sesiapa saja boleh berdakwah kerana adakalanya sesetengah remaja lebih suka menghampiri rakan mereka yang lebih memahami jiwa mereka.

Justeru dalam berdakwah kita perlu melihat kepada realiti kehidupan remaja.Janganlah terlalu terburu-buru menarik mereka untuk memenuhi selera kita sedangkan kita tidak tahu jenis makanan yang disukai remaja.Suatu kenyataan jauhnya remaja daripada agama adalah kerana mereka tidak mahu menanggung beban melalui hukum-hakam yang digembar-gemburkan oleh pendakwah.Amatlah malang jika ini berlaku kepada remaja hasil kesilapan pendakwah.Akhirnya, apa yang berlaku ialah musnahnya bunga di
tangan beruk. Kegiatan dakwah diperlekehkan, golongan pendakwah dijauhi. Ketika
inilah musuh-musuh sosial mengambil tempat merapati remaja kita yang berada di
persimpangan.

Bagaimanapun, dalam konteks timbulnya perasaan seperti yang disebutkan ia sememangnya di luar kemampuan pendakwah. Mereka perlu kembali kepada niat yang ikhlas untuk berdakwah. Ini kerana sejarah membuktikan penyampaian dakwah yang dilakukan Rasulullah tiada tolok bandingnya dari segi hikmah dan kesempurnaannya.
Tetapi tidak kurang pula kaum musyrikin yang menolaknya, seolah-olah apa yang
disampaikan Rasulullah tidak menarik minat mereka. Dalam hal pendakwa perlu
berlapang dada dan menyedari hak memberi hidayah ialah Allah sendiri di samping
melihat remaja yang menjauhi mereka adalah pesakit yang perlu diubati. Hanya
ubat yang sesuai saja bakal menyembuhi penyakit mereka.

Dapatlah dirumuskan, mendakwah golongan remaja perlulah dilihat daripada
beberapa aspek berikut:

1. Pendakwah perlu mempunyai niat yang ikhlas sambil berusaha mengelakkan diri
daripada mencampuradukkannya dengan kepentingan duniawi.

2. Pendakwah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dakwah di samping keperibadian
yang tinggi dan boleh dicontohi;

3. Pendakwah perlu memahami jiwa dan realiti kehidupan remaja serta menepati sasaran mereka;

4. Pendakwah perlu mempelbagaikan teknik berdakwah supaya sesuai dengan perkembangan semasa;

5. Yang terpenting adalah menyerahkan segala urusan kepada ketentuan Allah. Kesimpulannya, pendakwah hari ini adalah pembentuk generasi masa depan.Merekalah yang sebenar-benarnya pembentuk dan penentu hala tuju kehidupan beragama masyarakat.

Maka bagi menjayakan misi dakwah, pendakwah perlu bersikap berkecuali dan tidak
terdorong untuk melakukan usaha dakwah bagi kepentingan golongan tertentu atau
kepentingan peribadi..

Wallahu'a'lam

 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews