♥♥Lebaran ukhwah♥♥

ALLAH MENGATUR SEGALA URUSAN

Friday, April 2, 2010





Kita bertauhid melalui dua cara, pertama bertauhid dengan akal dan keduanya bertauhid dengan hati. Bidang akal ialah ilmu dan liputan ilmu sangat luas, bermula dari pokok kepada dahan-dahan dan seterusnya kepada ranting-ranting. Setiap ranting ada hujungnya, iaitu penyeleaiannya. Ilmu bersepakat pada perkara pokok, bertolak ansur pada cabangnya dan berselisih pada rantingnya atau penyelesaiannya. Jawapan kepada sesuatu masalah selalunya berubah-ubah menurut pendapat baharu yang
ditemui. Apa yang dianggap benar pada mulanya dipersalahkan pada akhirnya. Oleh sebab sifat ilmu yang demikian orang awam yang berlarutan membahas tentang sesuatu perkara boleh mengalami kekeliruan dan kekacauan fikiran. Salah satu perkara yang mudah mengganggu fikiran ialah soal takdir atau Qadak dan Qadar. Jika persoalan ini diperbahaskan hingga kepada yang halus-halus seseorang akan menemui kebuntuan kerana ilmu tidak mampu mengadakan jawapan yang konkrit. Qadak dan Qadar diimani dengan hati. Tugas ilmu ialah membuktikan kebenaran apa yang diimani. Jika ilmu bertindak menggoyangkan keimanan maka ilmu itu harus disekat dan hati dibawa kepada tunduk dengan iman. Kalam Hikmat keempat di atas membimbing ke arah itu agar iman tidak dicampur dengan keraguan.

Selama nafsu dan akal menjadi hijab, beriman kepada perkara ghaib dan menyerah diri secara menyeluruh tidak akan dicapai. Qadak dan Qadar termasuk dalam perkara ghaib.

Perkara ghaib disaksikan dengan mata hati atau basirah. Mata hati tidak dapat memandang jika hati dibungkus oleh hijab nafsu. Nafsu adalah kegelapan, bukan kegelapan yang zahir tetapi kegelapan dalam keghaiban.

Kegelapan nafsu itu menghijab sedangkan mata hati memerlukan cahaya ghaib untuk melihat perkara ghaib. Cahaya ghaib yang menerangi alam ghaib adalah cahaya roh kerana roh adalah urusan Allah s.w.t. Cahaya atau nur hanya bersinar apabila sesuatu itu ada perkaitan dengan Allah s.w.t.Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi. ( Ayat 35 : Surah an-Nur )
Dialah Yang Maha Tinggi darjat kebesaran-Nya, yang mempunyai Arasy (yang melambangkan keagungan dan kekuasaan-Nya); Ia memberikan wahyu darihal perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya (yang telah dipilih menjadi Rasul-Nya), supaya Ia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan, – ( Ayat 15 : Surah al-Mu’min )

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhamma
d) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu); apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus, – Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai yang ada di langit dan yang ada di bumi. Kepada Allah jualah kembali segala urusan. ( Ayat 52 & 53 : Surah asy-Syura )

Apabila cahaya roh berjaya menghalau kegelapan nafsu, mata hati akan menyaksikan yang ghaib. Penyaksian mata hati membawa hati beriman kepada perkara ghaib dengan sebenar-benarnya.

Allah s.w.t telah menghamparkan jalan yang lurus kepada hamba-hamba-Nya yang beriman. Dia berfirman:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. ( Ayat 3 : Surah al-Maa’idah )

Umat Islam adalah umat yang paling bertuah kerana Allah s.w.t telah menyempurnakan nikmat-Nya ke atas mereka dengan mengurniakan Islam. Allah s.w.t menjamin juga bahawa Dia reda menerima Islam sebagai agama mereka. Jaminan Allah s.w.t itu sudah cukup bagi mereka yang menuntut keredaan Allah s.w.t untuk tidak menoleh ke kiri atau ke kanan, sebaliknya terus berjalan mengikut landasan yang telah dibina oleh Islam. Islam adalah perlembagaan yang lengkap mencakupi semua aspek kehidupan baik yang zahir mahupun yang batin. Islam telah menjelaskan apa yang mesti dibuat, apa yang mesti tidak dibuat, bagaimana mahu bertindak menghadapi sesuatu dan bagaimana jika tidak mahu melakukan apa-apa. Segala peraturan dan kod etika sudah dijelaskan dari perkara yang paling kecil hingga kepada yang paling besar. Sudah dijelaskan cara beribadat, cara berhubungan sesama manusia, cara membahagikan harta pusaka, cara mencari dan membelanjakan harta, cara makan, cara minum, cara berjalan, cara mandi, cara memasuki jamban, cara hukum qisas cara melakukan hubungan kelamin, cara menyempurnakan mayat dan semua aspek kehidupan diterangkan dengan jelas.

Umat Islam tidak perlu bertengkar tentang penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Segala penyelesaian telah dibentangkan, hanya tegakkan iman dan rujuk kepada Islam itu sendiri nescaya segala pertanyaan akan terjawab. Begitulah besarnya nikmat yang dikurniakan kepada umat Islam. Kita perlulah menjiwai Islam untuk merasai nikmat yang dikurniakan itu. Kewajipan kita ialah melakukan apa yang telah Allah s.w.t aturkan sementara hak mengatur atau mentadbir adalah hak Allah s.w.t yang mutlak. Jika terdapat peraturan Allah s.w.t yang tidak dipersetujui oleh nafsu kita, jangan pula melentur peraturan tersebut atau membuat peraturan baharu, sebaliknya nafsu hendaklah ditekan supaya tunduk kepada peraturan Allah s.w.t.

Jika pendapat akal sesuai dengan Islam maka yakinilah akan kebenaran pendapat tersebut, dan jika penemuan akal bercanggah dengan Islam maka akuilah bahawa akal telah tersilap di dalam perkiraannya. Jangan memaksa Islam supaya tunduk kepada akal semasa yang akan berubah pada masa yang lain, tetapi tundukkan akal kepada apa yang Tuhan kata yang kebenarannya tidak akan berubah sampai bila-bila.

Orang yang mengamalkan tuntutan Islam disertai dengan beriman kepada Qadak dan Qadar, jiwanya akan sentiasa tenang dan damai. Putaran roda kehidupan tidak membolak-balikkan hatinya kerana dia melihat apa yang berlaku adalah menurut apa yang mesti berlaku. Dia pula mengamalkan kod yang terbaik dan dijamin oleh Allah s.w.t. Hatinya tunduk kepada hakikat bahawa Allah s.w.t yang mentadbir sementara sekalian hamba berkewajipan taat kepada-Nya, tidak perlu masuk campur dalam urusan-Nya.

Mungkin timbul pertanyaan apakah orang Islam tidak boleh menggunakan akal fikiran, tidak boleh mentadbir kehidupannya dan tidak boleh berusaha membaiki kehidupannya? Apakah orang Islam mesti menyerah bulat-bulat kepada takdir tanpa tadbir?

Allah s.w.t menceritakan tentang tadbir orang yang beriman:

Maka Yusuf pun mulailah memeriksa tempat-tempat barang mereka, sebelum memeriksa tempat barang saudara kandungnya (Bunyamin), kemudian ia mengeluarkan benda yang hilang itu dari tempat simpanan barang saudara kandungnya. Demikianlah Kami jayakan rancangan untuk (menyampaikan hajat) Yusuf. Tidaklah ia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki; dan tiap-tiap yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui. (Ayat 76 : Surah Yusuf )


Dan kepunyaan-Nya jualah kapal-kapal yang berlayar di lautan laksana gunung-ganang. (Ayat 24 : Surah ar-Rahmaan )

Nabi Yusuf a.s, dengan kepandaiannya, mengadakan muslihat untuk membawa saudaranya, Bunyamin, tinggal dengannya. Kepandaian dan muslihat yang pada zahirnya diatur oleh Nabi Yusuf a.s tetapi dengan tegas Allah s.w.t mengatakan Dia yang mengatur muslihat tersebut dengan kehendak dan kebijaksanaan-Nya. Kapal yang pada zahirnya dibina oleh manusia tetapi dengan tegas Allah s.w.t mengatakan kapal itu adalah kepunyaan-Nya. Ayat-ayat di atas memberi pengajaran mengenai tadbir yang dilakukan oleh manusia.

Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan agar pengikut-pengikut baginda s.a.w mentadbir kehidupan mereka. Tadbir yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w ialah tadbir yang tidak memutuskan hubungan dengan Allah s.w.t, tidak berganjak dari tawakal dan penyerahan kepada Tuhan yang mengatur pentadbiran dan perlaksanaan. Janganlah seseorang menyangka apabila dia menggunakan otaknya untuk berfikir maka otak itu berfungsi dengan sendiri tanpa tadbir Ilahi. Dari mana datangnya ilham yang diperolehi oleh otak itu jika tidak dari Tuhan? Allah s.w.t yang membuat otak, membuatnya berfungsi dan Dia juga yang mendatangkan buah fikiran kepada otak itu. Tadbir yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ialah tadbir yang sesuai dengan al-Quran dan as-Sunah. Islam hendaklah dijadikan penapis untuk mengasingkan pendapat dan tindakan yang benar dari yang salah. Islam menegaskan bahawa sekiranya tidak kerana daya dan upaya dari Allah s.w.t, pasti tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh sesiapa pun. Oleh yang demikian seseorang mestilah menggunakan daya dan upaya yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya menurut keredaan Allah s.w.t. Seseorang hamba Allah s.w.t tidak sepatutnya melepaskan diri dari penyerahan kepada Allah Yang Maha Mengatur. Apabila apa yang diaturkannya berjaya menjadi kenyataan maka dia akui bahawa kejayaan itu adalah kerana persesuaian aturannya dengan aturan Allah s.w.t. Jika apa yang diaturkannya tidak menjadi, diakuinya bahawa aturannya wajib tunduk kepada aturan Allah s.w.t dan tidak menjadi itu juga termasuk di dalam tadbir Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang berhak untuk menentukan. Allah s.w.t Berdiri Dengan Sendiri, tidak ada sesiapa yang mampu campur tangan dalam urusan-Nya.
trimas >>>> daygku iman

Ehwal Palestin TErkini..Bacalah.....

Thursday, April 1, 2010

PENENTANGAN WARGA AL-QUDS TERHADAPA LAKNATULLAH

Rabu, 31/03/2010 – Menurut sumber tempatan di Baitulmaqdis pada Isnin pagi, satu pemberontakan terjadi antara pemuda Palestin dan pasukan Israel berhampiran “Gerbang Asbat” di Baitulmaqdis. Warga Baitulmaqdis mengecam penyerbuan yang dilakukan kelompok-kelompok Yahudi di Masjid Al-Aqsa untuk merayakan hari raya “Paskah” Yahudi.

Sumber-sumber ini menyatakan bahwa puluhan pemuda memberontak dengan tentera rejim Zionis di dekat pintu Asbat setelah mereka dilarang memasuki Masjid Al Aqsa. Pasukan polis Israel ditempatkan secara luas di kebanyakan kawasan kota al Quds, dan mengubah wilayah Baitulmaqdis menjadi kawasan tentera.

Sumber-sumber ini menyebutkan bahwa sejak pagi tentera rejim Zionis mendirikan pos pemeriksaan di jalan-jalan menuju kota al Quds. Mereka mencegah bas yang membawa puluhan warga Palestin dari wilayah Palestin yang diduduki Israel tahun 1948 daripada memasuki Masjid Al Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif & Ameen

YA ALLAH..DI ROBOHKAN LAGI....

Rabu, 31/03/2010 – Sumber memastikan lebih daripada 20 ribu rumah di Baitulmuqaddis akan dirobohkan oleh ketetapan mahkamah Israel, mengatakan bahawa rumah.rumah menyalahi undang-undang perumahan dalam tempoh 10 tahun kebelakangan dan memerlukan pemilik memperolehi permit bangunan ketika tahun itu , perlu diperbaharui, Dimana agak mustahil majoriti pemilik untuk mengemukakan pelaninduk bagi kawasanyang telah digunakan untuk membina rumah itu, atau kerana sememangnya undang-undang dan peraturan adalah berubah dan dikuatkuasakan Perbandaran Baitulmuqaddis Barat terhadap penduduk Palestin di Baitulmuqaddis.

Rumah itu tersenarai untuk dirobohkan termasuk rumah yang menghadapi isu pengurusan perobohan oleh President Perbandaran Baitulmuqaddis Barat atau arahan perobohan daripada mahkamah Israel, bermakna, pemilik rumah-rumah itu berkeadaan panik dan bimbang dihalau daripada rumah mereka. Boleh dikatakan, polisi ini membuatkan penduduk menghadapi kos kewangan perbelanjaan yang tinggi termasuk membina dan yuran jurutera dan peguam dan juga nilai bangunan yang diarahkan roboh oleh mahkamah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hasbullah


AL-QUDS DALAM BAHAYA

Selasa, 30/03/2010 – Tayseer Rajab Syaikh Tamimi, Ketua Majlis Keadilan Palestin dan Presiden Pembelaan Islam-Kristian Baitulmuqaddis dan tempat-tempat suci lain, meminta semua rakyat Palestin di seluruh tempat, terutama Baitulmuqaaddis agar hadir di Masjid Al Masjid Aqsa bagi menghalang serangan tentera rejim Israel.

Seruannya dibuat sebagai tindakbalas terhadap Perisytiharan kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi yang berniat untuk menyerbu Masjid Aqsa pada hari Isnin ini untuk meraikan perayaan yang dipanggil “Jangkauan Yahudi” di antara Kubah Batu dan Kubah Al-Selselah, serta pengisytiharan “Gerakan Pengawal Kuil” dalam laman web mereka bagi mengadakan himpunan Yahudi di Masjid Al-Aqsa pada 1 April untuk merobohkan masjid dan membina kuil di atasnya.

beliau juga meminta masyarakat antarabangsa agar segera campur tangan bagi menghentikan pencerobohan Israel terhadap bandar dan tempat suci Islam dan Kristian itu serta menetapkan menghentikan kejahatan dan pelanggaran resolusi Majlis Keselamatan untuk melaksanakan Bab VII daripada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mahu Israel menghentikan semua kejahatan yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

terbitan Palestinkini utk smua...Doakanlah bersama....

Sekadar peringatan bersama

Saturday, March 27, 2010

Baca dan fahami.....
then baca attachment tambahan dalam artikel ini.....
Pastu FORWARD pada rakan2 - supaya dapat menyebarkan maklumat

Semoga anda di rahmati Allah dalam perkara saling ingat mengingati sesama muslim..... amin




Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya


ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut

kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah

kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti

wilayah persekutuan telah mengeluarkan

fatwa
bahawa ' segala tugu-tugu itu

serta pembinaannya adalah haram....

ciri-cirinya menyerupai berhala...dan

melawatnya juga adalah haram.. '

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia

digazetkan bermakna tindakan undang2

boleh dikenekan kepada sesiapa yang

melawat tugu kebangsaan!

Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka

akan

keputusan itu maka disuruhnya pihak

mufti menarik balik fatwa itu... Setelah

berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu

menarik balik fatwa itu.... Maka pihak

atasan
telah menarik balik gazet

tersebut maka apa yang tinggal ialah

fatwa sahaja...
tiada tindakan undang2

yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2

ini boleh mendatang syirik...

Beliau berkata... ' bawalah dosa anda

sebesar langit dan bumi kepada Allah dan

Allah mungkin akan mengampunkannya

tetapi jika terdapat walau


sedikit/ sebesar zarahpon dosa syirik

maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...'

dan kata beliau lagi... ' walaupun kita



tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita

'redha' atau tidak melakukan apa2,


berdiam diri, maka kita juga akan


mendapat dosa tersebut iaitu
dosa syirik...'

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam

perbincangan dosa syirik ini ialah nama

negeri perlis iaitu perlis indera

kayangan... ' Menurut kamus dewan...

indera bermaksud nama tuhan hindu

manakala kayangan bermaksud tempat di

mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna


sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. '

Menurut beliau... Nama perlis ini juga

mendatangkan dosa syirik.... Perkara

terakhir yang dibincangkan ialah isu


perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan

Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak


boleh dipakai jika ia bertentangan

dengan undang2 yang telah dinyatakan di

dalam perlembagaan termasuklah undang2


hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. ..



Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan

membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll..

2.Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3.Mereka yang berdiam diri.

4.MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM

HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)



Dengan ini selesailah tanggungjawab saya..


Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN

yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu


ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu
adalah :

1) AL-IMAN

2) AL-WASAYA

3 ) AL-TAJASU

4) DANAL-MUSLIMOON


Jangan sesekali layari laman web ! www.thequran. com.. (Father Zakaria) kerana

segala isinya adalah palsu. Sebarkan mesej ini kepada umat

Islam seramai

yang mungkin!!!




Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM....jika sebaliknya.. .
nauzubillah. ..

Tanah Rakyat Palestin Tergadai

Thursday, March 25, 2010


Khamis, 25/03/2010 – Setiausaha kerajaan Zionis membayangkan bahawa Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu berazam akan mengisytiharkan beberapa projek pembinaan penempatan baru di seluruh bandar al-Quds dan Tebing Barat, sekembalinya dari lawatan yang sedang dilakukannya ke Amerika Syarikat.

Tzvi Hauzer berkata dalam satu temubual dengan radio Zionis pada hari Selasa (23/3): “Secara khusus ia berkait rapat dengan masalah masa mengisytiharkan projek-projek penempatan tersebut, kerana keputusan dibuat sebelum ini untuk mengubah dan menangguhkan masa pengisytiharan seperti ini sehingga berbetulan dengan lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat.

Beliau juga menegaskan dalam kenyataannya bahawa tidak berlaku perubahan pada polisi pembinaan penempatan yang dijalankan oleh Israel di bandar al-Quds. Cuma kerajaan Israel tidak berniat untuk terlibat dalam pertembungan yang boleh dielakkan dan ia tidak mahu mengisytiharkan projek-projek pembinaan penempatan baru berbetulan dengan lawatan Netanyahu sebagai mempersendakan Washington.

Ayuh sahabat, bersamalah kita berjuang dan membantu saudara kita di sana.Mereka mengharapkan bantuan dari kita.Sama-samalah kita berdoa agar Allah membantu mereka...

sumber : http://palestinkini.info/

 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews