Rupa-rupa ramai yang menyimpan hasrat untuk mendirikan rumahtangga, selepas tidak sampai satu hari artikel penulis di bawah tajuk:
“Romeo And Juliet Tinggal Sejarah”
berjaya diterbitkan.
Mencurah-curah e-mail dan pertanyaan yang diajukan kepada penulis, tidak ketinggalan juga yang bertanya secara langsung pada sesi soal jawab agama dan perkongsian yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan. Penulis tersenyum sendirian bila mengenangkan kembali soalan yang ditanya ketika menyiapkan artikel ini.
“Ustaz, saya pernah bercinta ketika di alam kampus dulu. Dia sering menabur janji-janji manis hinggakan saya hampir terhumban ke lembah maksiat. Alhamdulillah, kakak senior satu usrah sering menasihati saya. Sekarang bila dah berkahwin terasa diri ini kerdil untuk bercinta sebelum meraih cinta-Nya terlebih dahulu” Berkongsi seorang kakak.
“Saya sedang bercinta sekarang. Saya tahu tindakan kami ini salah, dan saya sering ingin mengelak, namun saya juga sering gagal. Apakah nasihat ustaz kepada saya yang sedang kebinggungan” Keluh seorang mahasiswi.
Persoalan yang berkaitan dengan hubungan palsu ini memang komplektif untuk dibincangkan, banyak menimbulkan tanda tanya, di manakah garis pemisah yang sebenarnya, dan persoalan-persoalan mengenai kaedah betul untuk meleraikan ikatan hubungan haram yang telah terbina.
SERING TEWAS PADA KATA NAFSU
Memang penat bila berada dalam keadaan yang tidak pasti. Perempuan akan terasa teramat perit bila janji yang ditabur semasa melayan cinta buta, tiba-tiba terputus dipertengahan jalan.
Tidak rugi sandarkan harapan kepada Allah Taala, kerana masa depan, jodoh dan pertemuan dengan pasangan adalah di Tangan Allah Taala bukan di tangan si dia, walaupun si dia memberikan kepastian yang kalian berdua akan bersama nanti. Kita kena ingat Allah Taala penentu segalanya, andai diizinkan-Nya, maka bersatulah kalian.
Kalau hubungan yang meragukan ini masih kurang pasti masa depannya, kenapa perlu habiskan masa untukk fikirkannya? Kejarlah sesuatu yang pasti akan menjadi milik anda, iaitu kejayaan dalam pelajaran, dan membantu keluarga bila sudah berkerjaya kelak.
Dalam bercinta, sekuat manapun kita berusaha untuk mempertahankan dan membina impian indah, ia belum mampu menjanjikan sebuah episod kesudahan yang manis. Tapi dalam pelajaran, semakin kita berusaha, makin kita pasti kejayaan itu akan jadi milik kita, kerana Allah Taala tidak akan sia-siakan usaha hamba-Nya yang berusaha ke arah kebaikan. Pertanyaan ikhlas penulis:
Adakah yang kalian lakukan semasa melayan cinta palsu ini dikira sebagai usaha ke arah kebaikan?
KASIH ABADI HANYA PADA HAK
Kita sedia maklum cinta adalah fitrah bagi setiap insan, setiap makhluk hatta haiwan sendiri mempunyai keinginn untuk berpasang-pasangan, jadi bercintalah tetapi mesti pada tempat yang betul iaitu yang telah disyari-‘atkan.
Jika bercinta hanya sekadar suka-suka, cubalah untuk hindari rasa cinta itu kerana ianya hanyalah mainan syaitan. Tetapi jika cinta yang menjurus ke arah perkahwinan, jagalah cinta itu baik-baik kerana cinta kita kepada Sang Pencipta Cinta.
Ramai di kalangan para sahabat yang merupakan mahasiswa, masih menuntut berhasrat untuk menghabiskan pelajaran dan kemudian baru memikirkan soal kahwin, penulis amat menyokong niat suci itu. Namun jika kemampuan untuk berbuat demikian (berumahtangga) sebagai menyahut seruan yang telah sampai, lakukanlah dengan jujur dan ikhlas sebagai suami dan isteri.
Ingat ! Jodoh pertemuan ditentukan Allah Taala. Bercinta sahaja bukan jalan untuk kita memiliki orang yang kita cintai. Apa yang kita mahukan adalah redha Allah Taala semata-mata kerana kepada-Nya jua kita dikembalikan.
Andai ada di kalangan sahabat kalian yang mencintai seseorang, tetapi ingin menghindari dari berlaku perkara yang boleh melanggar batas-batas syara’, janganlah rasa bimbang jika tidak bercinta. Berdoalah kepada Allah Taala. Hubungan yang diredhai Allah Taala itu adalah terbaik.
Maka amat celakalah jika agama diadatkan. Ingatlah wahai sahabat bahawa cinta tanpa hala tuju hanya mengundang musibah yang cukup besar dalam hidup anda. Penawarnya belum tentu terjumpa, kalau ada sekalipun belum tentu mujarab sepenuhnya, kesan parutnya tetap ada.
Definasi cinta itu buta pada penulis adalah bila seseorang bercinta, mereka menjadi buta terhadap sekeliling, terhadap hukum, dan syari-‘at dengan merasakan segala perbuatan mereka benar walau mereka sedang melakukan maksiat.
Wahai sahabatku, janganlah bermimpi untuk ber-couple jika anda tidak cukup sayang kepada Allah Taala, Nabi dan keluarga. Anda tidak berlaku adil jika sanggup sayangkan perempuan, mahupun menyayangi lelaki yang belum muktamad menjadi suri hati kalian lebih daripada yang lain. Alangkah indah dan bahagianya bila Islam menjaga hubungan kita sesama muslim.
InsyaAllah..sama-sama kita ambil manfaat daripada artikel ini...
sumbangan sahabat azhari
♥♥Lebaran ukhwah♥♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment