Telah pun kita katakan enam orang dari penduduk Yathrib telah memeluk Islam di musim haji tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah dan menjanjikan Rasulullah untuk menyebarkan risalahnya di sana, di kalangan kaumnya.
Sebagai hasil kepada usaha-usaha mereka di sana, di musim haji berikut, iaitu di tahun kedua belas kebangkitan Rasulullah, bersamaan Julai 621 Masihi telah tiba ke Makkah dua belas orang lelaki termasuk lima orang yang telah bertemu Rasulullah di tahun lepas, dan tidak termasuk Jabir bin Abdullah bin Riab dan yang tujuh lagi ialah:
1. Muaz bin al-Harith Ibn 'Afa Banu al-Najar al-Khazraj
2. Zakwan bin Abd al-Qais Banu Zuraiq al-Khazraj
3. Ubbadah bin al-Samit Banu Ghanam al-Khazraj
4. Yazid bin Tha'labah sekutu Banu Ghanam al-Khazaraj
5. al-Abbas bin Ubbadah bin Nadhlah Banu Salim al-Khazaraj
6. Abu al-Haitham bin Banu Abd al-Tihan al-Asyhal. al-Aws
7. Uwaim bin Sa'idah Banu Amru bin Auf al-Aws
Dua yang akhir adalah dari qabilah al-Aws manakala yang lainnya dari al-Khazraj.
Mereka kesemua telah bertemu dengan Rasulullah di Muna, terus berbaiah dengan Rasulullah berdasarkan Baiah al-Nisa' (wanita), iaitu corak baiah yang dimentraikan dengan.kaum wanita semasa pembukaan Makkah.
Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ubbadah bin al-Samit bahawa Rasulullah telah berkata kepada mereka: "Ayuh mari berbaiah denganku, untuk kamu tidak menyengutu dengan Allah sebarang sesuatu, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak melakukan pembohongan dengan mendakwa anak-anak yang mereka pungut dijalan sebagai anak sendiri, tidak memaksiati daku pada kebaikan, sesiapa di antara kamu yang menunaikannya maka balasannya adalah dari Allah, dan sesiapa yang melanggarnya lalu dihukum maka itu adalah kafarah baginya di dunia. Tetapi kalau Allah lindunginya maka itu terserah- kepada Allah dan sekiranya Allah mengampunkannya maka7 itu adalah habuannya". Kata Ubbadah:
Dengan itu daku pun berbaiahlah dengannya. Dalam naskah lain menyebut: "Maka kami pun berbaiah dengannya di atas dasar itu"
DUTA ISLAM KE MADINAH
Setelah selesai pemeteraian baiah dan janji setia serta berakhirnya musim haji, Rasulullah bertindak mengutus bersama-sama dengan mereka yang berbaiah, seorang utusan ke bumi Yathrib dalam rangka mengajar kaum muslimin di sana syariat-syariat Islam serta mendalamkan masalah agama ( al-Tafaqquh fi al-din ), dan supaya mereka bertugas menyebarkan Islam di kalangan masyarakat yang masih syirik. Rasulullah memilih tokoh duta ke sana dari kalangan orang muda yang paling awal memeluk Islam, iaitu Mus'ab bin Umair (r.a).
KEJAYAAN YANG CEMERLANG
Semasa di Madinah, Mus'ab bin Umair menumpang bersama As'ad bin Zurarah, malah kedua-dua mereka giat menyebar Islam di kalangan penduduk Yathrib dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Mus'ab dikenaU sebagai al-Muqri (pembaca).
Di antara kisah-kisah gemilang dalam usaha dakwah mereka ceritanya disuatu hari As'ad bin Zurarah telah keluar bersama Mus'ab bin Umair ke perkampungan Bani Abd al-Asyhal dan Bani Zafar, mereka berdua memasuki perkarangan tempat tinggal Bani Zafar, dan mereka duduk dekat perigi yang dikenali sebagai perigi Maraq, di mana mereka telah dilingkungi oleh orang-orang Islam, di masa itu Sa'd bin Muaz dan Usaiyid bin Hadhir, dua tokoh pemuka Banu Abd al-Asyhal, yang pertama telah meminta kepada yang kedua dengan katanya: Ayuh cuba kamu pergi tengok dua orang pemuda itu yang telah cuba mempengaruhi orang-orang bawahan kita, tengkingkan dan halaukan mereka supaya tidak memasuki perkampungan kita, As'ad bin Zurarah itu anak saudaraku, kalau tidak, biar aku yang bereskan.
Usaiyid pun mengambil tombaknya dan menuju ke arah Mus'ab dan As'ad, sebaik sahaja As'ad melihatnya, As'ad pun memberitahu kepada Mus'ab katanya: Usaiyid itu adalah ketua qabilahnya, dia itu datang kemari, ku harap kau dapat jelaskar kebenaran Allah kepadanya, kata Mus'ab: Insyaallah sekiranya beliau duduk sahaja di sini, akan ku cuba berbual dengannya, Usaiyid pun tiba ke hadapan mereka berdua dengan memaki-maki katanya lagi: "Apa yang membawa kamu datang ke mari kamu cuba memperbodohkan golongan yang lemah di antara kami Ayuh beredarlah kamu dari sini, sekiranya kamu masih sayan^ lagi kepada diri kamu". Kata Mus'ab: "Boleh tak tuan dudul dan cuba dengar dari kami barang sepatah kata, sekiranya kai senang dengan kata-kata ku itu boleh kau dengarnya, kalau tidak kau boleh perintah aku berhenti. Kata Usaiyid: "Itu adalah yang terbaik dan saksama. Dengan itu beliau memacak tombaknya ke tanah, maka dengan itu Mus'ab pun menyampaika'n kepadanya pengenalan Islam di samping membaca al-Quran, seterusnya Mus'ab menceritakan: Demi Allah kami sudah dapat melihat cahaya penerimaan beliau dengan ajaran Islam, sebelum beliau menyatakan isi kandungan hatinya dengan katanya: Betapa indahnya Islam itu dan alangkah cantik ayat-ayat tadi? Apa yang biasa kamu lakukan bila kamu hendak memeluk Islam?
Kata Mus'ab dan As'ad kepadanya: "Pertama-tamanya kamu harus bersuci, membersihkan pakaian, mengucap dua kalimah syahadah, kemudian kamu bersembahyang dua rakaat". Dengan itu Usaiyid terus bangun dan bftrsuci, membersihkan pakaian, mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan sembahyang dua rakaat, seterusnya beliau menegaskan:
"Sebenarnya di belakang ku ini ada seorang lelaki, sekiranya beliau ini mengikuti kamu berdua, pasti tidak seorang pun akan tertinggal tanpa mengikuti kamu dan aku akan tunjukkan di mana beliau berada sekarang ini, dengan itu segera beliau mengangkat tombaknya dan menuju ke hadapan Sa'd bin Mu'az yang sedang berada bersama kaumnya di kelab mereka, kata Sa'd: Demi Allah Aku bersumpah itu dia Usaiyid, telah datang dengan air muka lain, lain dari semasa beliau pergi.Bila Usaiyid berdiri di hadapan kelab terus Sa'd berkata:Apa yang telah kau lakukan? kata Usaiyid: "Aku telah pun bercakap dengan dua orang muda itu dan aku dapati kedua-dua mereka itu tidak merbahaya, juga telah ku larang mereka, dan mereka berdua telah memberijawapan, dengan kata mereka: Kami menurut sahaja, apa yang kamu senang dengannya".
Apa yang terjadi seterusnya, di mana Banu Harithah telah keluar beramai-ramai untuk membunuh As'ad bin Zurarah, iaitu setelah mana mereka mengetahui beliau adalah anak saudara Sa'd bin Mu'az, dengan tujuan untuk melanggar perjanjian. Sa'd bin Mu'az pun bangun dari tempatnya, untuk ke tempat kaum muslimin berkumpul bersama As'ad, beliau membawa tombaknya terus menuju ke tempat Mus'ab dan As'ad, setelah didapati mereka berdua tenang tak ada apa-apa pun berlaku, beliau pun sedar di mana Usaiyid membiarkan begitu, dengan maksud supaya beliau dapat mengikuti pembicaraan dari mereka berdua, namun sesampainya beliau di hadapan Mus'ab dan As'ad dengan keadaan memarahi mereka, lantas beliau berkata kepada As'ad: "Demi Allah wahai Abu Umamah, kalau tidak kerana hubungan kekerabatan di antara kita berdua, kamu tidak dapat berbuat sedemikian, lantaran kamu berdua telah memasuki daerah kami ini dalam keadaan kami tidak suka".
Sebelum ini As'ad sudahpun memberitahu kepada Mus'ab:Itu dia ketua qabilah ini, telah pun datang di belakangnya ramai pengikut, sekiranya beliau ini mengikuti kamu, nescaya tidak ada seorang pun akan tertinggal. Dengan itu Mus'ab pun berkata kepada Sa'd: Boleh tak tuan hamba duduk seketika dan dengarkan dahulu barang sesuatu dari kami, sekiranya yang kami sampaikan itu menyenangkan tuan, bolehlah tuan terimanya, tetapi sekiranya yang kami sampaikan itu memberatkan tuan, maka kami elakkannya dan hindarkan yang tuan bencikan ini. Kata Sa'd: Itu adalah waras dan saksama, kemudian beliau memacak tombaknya dan duduk. kepadanya diperkenalkan Islam, dibacakan ayat-ayat al-Quran semasa itujuga mukanya berubah, tanda terima kebenaran Islam sebelum beliau berkata sesuatu, mukanya berseri penul kepercayaan dan beliau bertanya: Apa yang kamu buat semasa kamu memeluk Islam? JawabMusab dan As'ad: pertama-tama kamu bersuci, bersih pakaian kemudian mengucap dua kalimah syahadah dan bersembahyang dua rakaat, dengan itu beliau teru bertindak seperti yang dijelaskan.
Setelah beliau mencabut tombaknya dan terns pergi ke kelab perhimpunan qabilahnya, bila dilihat oleh kaumnya, mereka mendapati wajah Sa'd telah bembah dari sebelum beliau menemui Mus'ab.
Bila beliau sampai di hadapan kaumnya, beliau terus bertanya: Wahai Bani Abd al-Asyhal, kamu kenal tak diriku di kalangan kamu? Jawab mereka: "Tuan adalah ketua kami dan orang yang terwaras di antara kami dan sebaik-baik pemimpin. Jawab Sa'd: Demi sesungguhnya, apa-apa perkataan yang diungkapkan oleh kaum lelaki atau perempuan di kalangan kamu adalah tidak wajar bagiku untuk ku mendengarnya, selagi mana kau tidak beriman dengan Allah dan RasulNya". Dengan ucapannya itu, tidak sampai sekerat hari seluruh Banu al-Asyhal menganut Islam, kecuali seorang sahaja iaitu al-Usayram yang telah menangguh penerimaannya, hingga ke hari peperangan Uhud, namun pada hari itu beliau terus mengucap dua kalimah syahadah dan terus ke medan jihad dan berjuang bersama kaum muslimin yang lain, namun Allah tetap mengurniakan kepadanya al-Syahadah. Beliau gugur sebagai pahlawan yang syahid meskipun tidak sempat sujud bersembahyang kepada Allah, justeru itu Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Beramal sedikit tetapi diberi ganjaran yang banyak.
Mus'ab bin Umair tinggal di rumah As'ad bin Zurarah menyeru masyarakat di sana kepada Islam, menyebabkan tiada sebuah rumah pun dari golongan Ansar yang tidak dikunjungi Islam, kecuali rumah Banu Umaiyah bin Zaid, I[hatmah dan Wail, kerana terdapat seorang penyair yang disegani di mana cakapnya didengari iaitu Qais bin al-Aslat, mereka tertangguh memeluk Islam, hinggalah pada tahun peperangan Khandak iaitu tahun kelima hijrah barulah mereka mendapat hidayah. Sebelum ketibaan musim haji berikut iaitu tahun ketiga belas kebangkitan Rasulullah, Mus'ab telah membawa bersama beliau satujemaah ke Makkah, dengan berita yang mengembirakan iaitu berita kemenangan, beliau memperihalkan kepada Rasulullah segala sesuatu mengenai qabilah yang menetap di Yathrib, dilapornya segala kebaikan yang sedang menanti di sana dikisahkannya seluruh kekuatan dan potensi yang sedang menunggu di sana
♥♥Lebaran ukhwah♥♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment