♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Pengalaman Berbekam Kali Pertama

Saturday, June 5, 2010

Apa yang dimaksudkan bekam itu?Adakah ia nama satu hidangan(^_^)Sebelum saya memanjangkan cerita cuba kita lihat dulu hadis-hadis yang menerangkan hal yang berkaitan bekam ini.


Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:

1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

2. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar) 

3. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

4. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

5. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)

6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)


7. Dari Abu Kabsyah al-'Anmari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:
"Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud dan Jaami'ul Ushuul) 


8. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 70 penyakit"


9. Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita:
"Rasulullah s.a.w. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21".
(Riwayat at-Tirmizi)


10. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasullah s.a.w. bersabda:
"Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menjadikan seseorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jumaat dan Sabtu serta Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari tersebut merupakan hari di mana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu"
(Lihat Shahih Sunan Ibni Majah)


11. Dari Anas r.a., dia bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya"
(Diriwayatkan oleh al-Hakim).


12. Dari Ibnu 'Abbas r.a., dia bercerita: "Nabi Allah s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan."
(Sunan Abni Majah)


kelebihan  dan kelemahan yang dibawa oleh Bekam ini adalah..
Kami menyediakan terapi bekam darah (Wet cupping) yang ternyata sangat baik dalam menyembuhkan hampir kesemua penyakit-penyakit dengan izin Allah swt. Dakwaan ini berdasarkan beberapa hujah yang kuat iaitu:
1) Ianya merupakan Sunah Perubatan Nabi Muhammad saw.
2) Merupakan satu permintaan para malaikat untuk Nabi Muhammad saw memerintahkan umatnya supaya berbekam.
3) Sejarah membuktikan rawatan bekam darah sangat berkesan dalam merawat pasien terutamanya dalam peperangan silam.
4) Kajian saintifik membuktikan bahawa bekam darah adalah terapi yang sangat mujarab dalam merawat pelbagai penyakit.

Kami menyediakan terapi bekam darah dengan tiga kaedah iaitu dengan menggunakan jarum, pisau dan lintah. JARUM, PISAU DAN LINTAH KAMI ADALAH "PAKAI DAN LUPUS/ BUANG" untuk mengekalkan tahap kebersihan tertinggi dalam rawatan.

Setiap kaedah terapi mempunyai kelebihan dan kekurangannya seperti yang dinyatakan dibawah:

Kami menyediakan terapi bekam darah (Wet cupping) yang ternyata sangat baik dalam menyembuhkan hampir kesemua penyakit-penyakit dengan izin Allah swt. Dakwaan ini berdasarkan beberapa hujah yang kuat iaitu:
1) Ianya merupakan Sunah Perubatan Nabi Muhammad saw.
2) Merupakan satu permintaan para malaikat untuk Nabi Muhammad saw memerintahkan umatnya supaya berbekam.
3) Sejarah membuktikan rawatan bekam darah sangat berkesan dalam merawat pasien terutamanya dalam peperangan silam.
4) Kajian saintifik membuktikan bahawa bekam darah adalah terapi yang sangat mujarab dalam merawat pelbagai penyakit.

Kami menyediakan terapi bekam darah dengan tiga kaedah iaitu dengan menggunakan jarum, pisau dan lintah. JARUM, PISAU DAN LINTAH KAMI ADALAH "PAKAI DAN LUPUS/ BUANG" untuk mengekalkan tahap kebersihan tertinggi dalam rawatan.

Setiap kaedah terapi mempunyai kelebihan dan kekurangannya seperti yang dinyatakan dibawah:
TERAPI BEKAM DARAH DENGAN JARUM (LANCET)



Kelebihan kaedah terapi bekam dengan menggunakan jarum dan peralatannya (Lencing device) ialah :
1) Mudah dikendalikan.
2) Luka yang sangat kecil.
3) Kedalaman jarum juga boleh diseragamkan dan dilaraskan.
4) Luka sangat mudah sembuh.
5) Boleh membekam banyak anggota-anggota bermasalah.
6) Hanya kemahiran yang sangat minima diperlukan oleh ahli terapi.
7) Sesuai untuk ahli terapi yang baru.
8) Tidak sakit dan ada yang hanya merasa geli sahaja.
Kelemahan terapi bekam dengan jarum sahaja tanpa peralatan (Lensing device):
1) Kedalaman jarum TIDAK boleh diseragamkan dan dilaraskan.
2) Kemahiran diperlukan oleh ahli terapi.
5) Tidak sesuai untuk ahli terapi yang baru.
Kelemahan kaedah terapi bekam darah dengan jarum:
1) Darah bertoksik yang keluar adalah sedikit.
2) Darah pasien berkemungkinan besar tidak keluar langsung kerana pekat dan kental seperti pasien-pasien darah tinggi dan seumpamanya.
3) Memerlukan tusukan yang banyak iaitu antara 7 - 42 tusukan.
4) Rasa pedih untuk sesetengah pasien dan sakit pada segelintir pasien berkulit sensitif.
5) Perlukan ulangan segera.
TERAPI BEKAM DARAH DENGAN PISAU


Kelebihan:
1) Agak mudah dikendalikan oleh ahli terapi yang mahir.
2) Darah bertoksik lebih banyak dapat dikeluarkan.
3) Boleh merawat banyak penyakit dengan segera dan mujarab.
4) Darah berhenti mengalir dan membeku dalam 10 minit.
5) Hanya 3 - 7 sayatan diperlukan untuk satu lokasi bekam.
6) Tidak sakit untuk sesetengah pasien.
7) Digemari oleh pasien yang telah mencuba menggunakan pisau berbanding kaedah lain.
8) Lebih mirip kepada bekam yang diamalkan oleh Rasulullah saw.
Kelemahan:
1) Kedalaman dan panjang luka sukar dikawal dan diseragamkan.
2) Luka yang agak lama untuk sembuh berbanding kaedah jarum.
3) Tidak digemari oleh pasien-pasien baru kerana rasa ngeri palsu yang bersangatan.
4) Pedih dan sakit untuk sesetengah pasien berkulit sensitif.
5) Kemahiran yang sangat tinggi diperlukan oleh ahli terapi.
6) Sangat tidak sesuai untuk ahli terapi yang baru dan dalam keletihan.
TERAPI BEKAM DARAH DENGAN LINTAH


Kelebihan:
1) Tidak sakit atau sangat tidak sakit bebanding kaedah lain.
2) Darah bertoksik lebih banyak dapat dikeluarkan.
3) Boleh merawat banyak penyakit dengan mujarab.
4) Tidak memerlukan perhatian sepenuhnya dari ahli terapi apabila lintah telah mula menghisap.
5) Pasien boleh berjalan-jalan sekiranya sesuai dan perlu.
6) Lintah mempunyai air liur yang boleh mencairkan darah. Oleh itu, pasien yang mempunyai darah yang pekat masih boleh dibekam dengan baik oleh lintah.
7) Pengamal terapi lintah juga berpandangan bahawa air liur lintah amat berkhasiat untuk kesihatan. 



*kami disini adalah syarikat bekam di perlis.*




APA YANG ANDA DAPAT???
  1. Berbekam baik untuk jantung
  2. Derma darah dapat membantu pesakit yang memerlukan darah
  3. Kenal pasti status kesihatan diri kerana darah adakalanya diuji (screening test)
Menurut Abu Daud, Kabshah binti Abu Bakar melaporkan daripada bapanya, pada suatu ketika Nabi menghalang sahabat-sahabat baginda daripada berbekam kerana pada masa itu baginda khuatir pendarahan tidak akan berhenti..


Jom kita mulakan ceritanya.Seringkali kepala berdenyut-denyut apabila sedang membuat kerja, baru bangun tidur dan sebagainya.Apakah yg menyebabkannya.Memang ia satu perkara yang memedihkan dan kekadang memayahkan kerja dilakukan.Memang dah lama perkara ini berlaku sejak diriku berusia 13tahun lagi.Alhamdulillah tidaklah teruk sangat peningnya.Tapi bila datang masanya berdenyut-denyut la kepala dan rasa mcam dah rebah je.Mula-mula bekam dilakukan diriku seakan hendak pengsan dek kerana kulit yang menjadi tegang itu.Alhamdulillah apabila selesai, kepala ku merasakan ringan sangat-sangat dan insyaallah jika diizinkan insyaallah tiada yang akan berlaku.{mood mengantuk}

Iktibarnya..jika kemudaratan berbekam mengatasi kebaikannya, ia hendaklah dihindari.
Pendapat penulis sendiri, mungkin berbekam elok untuk dilakukan oleh kaum lelaki kerana secara fitrahnya, perempuan mempunyai kitaran haid setiap bulan di mana darah kotor juga dikeluarkan..Wallahhua’lam...


8 comments:

i2a5992 said...

banyaknya hadis,manfaat dan faedahnya..bagus2..
tp, mak saye kate: bekam ni sesuai lelaki jew yg buat.. sbb, pompuan sudah ad saluranya nk kuarkan darah kotor...

uJ said...

salam...

a'a info yang menarik.... izas dah pernah ker? camne pengalamannya...?

hmmm bagaimana pula yang gunakan lintah?...

izas said...

To zahra@betul kata ummi anti tu...bekam hanya disunatkan utk kaum adam sahaja krn mereka tidak mempunyai cara yg tetap seperti kaum hawa..Kaum hawa memag sudah mempunyai kaedah yang tersendiri utk mengeluarkan darah yang kotar dengan kata lain (haid)

UJ@ana baru je buat..xsampai seminggu ana buat...alhamdulillah dengn izin Allah SWT banyak perubahan kpd diri ana.ana buat ni sebab kadangkala pening, memag susah la kalu sokmo je pening..n teringat kata ayah ana ada masa buatlah bekam sbb dye sunah dan bnyak manfaatnya...so ana buatla dengan pak syeikh kt sni...Mmg la malu sdkit sbb nk botak tp dengan manusia Insyaallah Allah akan tolong..UJ trai la buat....tp eloknya waktu cuti la sbb mesti UJ tengah kerja sekarang ni..(^^,)selamat mencba

i2a5992 said...

ya btul tu.memahami btul anta tentng pompuan ni.=)pape pon good larQ la ye..tahu aje anta nma ana..

izas said...

eh...xde la mana...cuma utk pengetahuan je...owh...betul ke....sbb xslp anti ada blog jugak nama tu...ok...mekasih ye sudi baca....

nazrul AZIZ said...

salam
boleh tau x area mana kt perlis nie?
brapa rm satu sesi?

izas said...

maaflah...say smpaikan msj fowd...
cuma saya ada pengalaman tapi bukannya buat di perlis...cuba saudara caria dari internet..Dy ada blog sendiri...maaf

Bekam Anugrah said...

Saya tertarik dengan artikel yang di tampilkan dalam blog ini .Saya tunggu artikel terbarunya.terima kasih

There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

Archives

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews