skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
Tenang dan sentiasa relax
Daripada  Ibnu Abbas Radiallahu anhuma' berkata ; Rasulullah SAW bersabda kepada  Asyaji Abdil Kais : ' Sesungguhnya pada dirimu ada dua perkara yang di  cintai oleh Allah taala, iaitu lemah lembut dan tenang ( Tidak gelojoh )  
HADITH RIWAYAT MUSLIM 
Keterangan : 
Ketika rombingan  Bani Abdil Kais datang ke Madinah untuk berjumpa Rasulullah SAW, maka  sebaik sahaja mereka sampai ke Masjid Nabawi, mereka terus menghadap  kepada baginda. Mereka terburu-buru menemui Rasullullah SAW sebelum  mereka smpat mandi dan menukar baju. Tindakan seperti ini di buat oleh  semua ahli rombongan bani Abdil Kais itu kecuali seorang daripada  kalangan mereka iaitu Asyaji bin Abdil Kais. Sebelum menemui Rasullullah  SAW terlebih dahulu beliau mandi dan menukar pakaian yang bersih dan  juga memakai wangi-wangian. Apabila Asyaji datang menghadap Rasulullah  SAW mengungkapkan perbuatan tersebut di dalam hadith ini. Nabi SAW  memuji tindakan Asyaji yang penuh dengan ketenangan dan sopan santun  itu. 
Apa sahaja urusan mestilah di lakukan dengan tenang dan  tidak gelojoh dan dapat di laksanakan dalam bentuk yang lebih baik dan  lebih sempurna.keadaan yang di buat dengan kelam kabut dan  tergegas-gegas selalunya tidak mendatangkan hasil yang baik. bahkan akan  mengakibatkan kerosakan dan penyesalan serta kerugian. Biarlah lambat  asalkan selamat perlu lah juga diasimilasikan dengan cepat dan tepat. 
Cubalah  ambil pengajaran dan pelajaran daripada pencipta langit dan bumi. Allah  SWT telah menciptakan langit dan bumi ini selama 6 hari seperti  firmanNYA yang bermaksud " Allah telah menciptakan segala langit dan  bumi selama 6 hari ". ( surah As-sajadah: ayat 4 ).. Allah taala  berkuasa menciptakan apa sahaja dengan frimanNYA " KUN'( jadilah ) ,  maka sesuatu pun jadilah dengan serta merta. Allah taala berkuasa  menciptakan langit dan bumi ini dengan sekejap di mata tetapi Allah  taala mahu mengajarkan kita supaya tenang dan tidak terburu-buru dalam  membuat atau menghasilkan sesuatu supaya hasil yang di dapatkan daripada  usaha itu lebih baik dan lebih sempurna. 
Rujukan : Abu Ali  al-Banjari An-nadwi al-maliki, Empat uluh hadis akhlak mulia. Khazanah  Banjariah Maahad Tarbiah Islamiah, Derang, pokok sena, KEDAH. 
DOA MEMOHON KETENTERAMAN HATI 
YA  ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON PADAMU KETAKUTAN ORANG YANG  MENGENALIMU, ILMU ORANG YANG TAKUT KEPADA MU, KEYAKINAN ORANG YANG  BERTAKWA PADAMU, HARAPAN ORANG YANG MENYUKAI MU, KEZUHUDAN ORANG YANG  MENCARAMU , KEWARAKAN ORANG YANG MENCINTAIMU DAN KETAKWAAN ORANG YANG  RINDU PADA MU..... amin 
SAMPAIKAN FIRMAN TUHAN KU....
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
  
 
No comments:
Post a Comment