skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
Realiti dunia Islam dan ancaman dunia

 
Dunia  semakin membangun, kemajuan teknologi semakin canggih, prasarana juga  semakin inovatif. Namun, sejauh mana terbangunnya minda umat Islam,  sejauh mana kehadapannya kita di pentas dunia, dan paling penting sejauh  mana teguhnya aqidah kita merentasi gelombang ideologi-ideologi yang  semakin menggoyahkan keimanan kita?
Sedar atau tidak musuh  kita telah lama mengatur startegi mengorak langkah untuk menghancurkan  Islam. Setelah tewas di dalam Perang Salib, King Louis ke-9 telah  mengatur satu startegi baru. Umat Islam tidak bisa ditewaskan melalui  peperangan senjata. Kekuatan dan semangat mereka yang kental amat sukar  digugat. Satu persidangan diatur dan hasilnya mereka menemui senjata  terbaru. Senjata yang kini telah hamir berjaya mengalahkan umat Islam.  “Perang Saraf”.. itu senjata mereka. Banyak propaganda dan provokasi  yang dilakukan terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad S.A.W ini.  Antaranya adalah gerakan Freemason.
Logo Freemason
Apa  itu Freemason? Mungkin sebahagian kita pernah mendengar atau membacanya  di mana-mana dada akhbar dan majalah. Menurut ensiklopedia bebas,  Wikipedia , Freemason bermaksud sebuah organisasi social yang berasaskan  persaudaraan di peringkat antarabangsayang muncul daripada asal yang  kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17.. Biarpun melihat  pada dasarnya ia sebagai sebuah organisasi social yang melakukan  kerja-kerja kebajikan secara sukarela, sebenarnya tersembunyi disebalik  gerakan ini, misteri dan mitos upacara ritual yang bertentangan dengan  agama. Ulama’ Islam serta beberapa gereja di barat turut melarang  penganut masing-masing menganggotai gerakan Freemason.
Antara  falsafah Freemason : Agama yang boleh diterima oleh semua manusia, yang  boleh membawa maksud agama yang dipersetujui oleh semua manusia…  menjadi seorang manusia yang baik dan benar. Freemason berkembang di  Amerika dan menjadi sebuah organisasi yang kukuh. Buktinya, George  Washington , Presiden Pertama Amerika yang dilantik pada 30 April 1789  dikenali umum sebagai anggota Freemason, dan ramai lagi sebenarnya .  Contohnya seperti Benjamin Franklin dan William Hopper. 
Gambar G.Washington
Persoalannya  sekarang, mengapa Freemason dikatakan menyebar agenda yang berbahaya  terutamanya kepada umat Islam? Apakah matlamat sebenar pergerakkan ini?  Apakah propaganda yang dibawa oleh gerakkan yang telah bertapak hamper  400 tahun ini?
Antara agenda rahsia mereka ialah membina  kembali Kuil Haikal Sulaiman atau The Soloman Temple. Christopher Knight  dan Robert Lomas – penulis buku – The Hiram Key ; Pharoas, Freemason  and The Discovery of the Secret Scrolls of Jesus menyatakan pergerakan  ini berasal dari pejuang-pejuang Salibiyyah yang bertujuan memelihara  Kuil Haikal Sulaiman.
Mereka mempercayai bahawa perlunya  membina kembali Haikal Sulaiman ini di Baitulmaqdis di atas tapak  runtuhan Dinding Ratapan, tempat ibadat orang Yahudi dahulu. Tapak ini  didakwa berada betul-betul di atas tapak Masjid Al-Aqsa sekarang ini.
Menurut  seorang penulis buku Turki – Ancaman Global Freemason – Harun Yahya  atau nama sebenarnya Adnan Okhtar mendedahkan didalam bukunya bahawa  Freemason membawa fahaman materalisis dan semua agama adalah sama. Malah  falsafah mereka berdasarkan dewa-dewa kuno Mesir dahulu. Menurutnya  lagi, Freemason bukanlah sekadar NGO biasa, tetapi ia membawa teras  Ideologi Agama Universal dan menyebarkannya secara umum.
Kitab  Masonic menjelaskan lagi perancangan mereka untuk mewujudkan satu agama  universal untuk semua manusia di dunia ini. Masonic Ideology yang  menerapkan pemikiran meterialisme dan juga pemahaman bahawa semua agama  itu sama dimasukkan secara halus melalui media massa, sastera,  filem-filem, muzik dan segala macam bentuk hiburan yang ada. 
Freemason  juga membawa ideologi Rasisme, Fasisme, Sekularisme, dan juga Komunis.  Malah gerakan ini menjadi penyokong kuat Teori Revolusi Manusia atau  Darwanisme yang terang-teranagan menolak kewujudan Tuhan dalam  penciptaan manusia.
Benarkah Freemason bertapak di Malaysia??
Persoalan  ini bermain-main difikiran selepas membaca majalah Mastika yang membawa  isu Freemason ini. Menurut wawancara Mastika bersama Mohd Taib Haji  Abbas, sukar untuk beliau meyakinkan betapa bahayanya Freemason ini  kepada orang Melayu ketika itu kerana ramai yang tidak percaya, malah  ada pemimpin yang pernah memperlekehkan isu Freemason yang dibawanya.  Mohd Taib merupakan salah seorang pejuang yang menentang gerakan  Freemason di Tanah Melayu sekitar tahun 1970-an hingga lewat 1980-an dan  beliau ada menulis buku bertajuk “ Jatuhnya Kerajaan Freemason ”.
Menurutnya  lagi, banyak bukti menunjukkan Freemason dalang kepada beberapa  peristiwa. Contohnya, Kejatuhan Empayar Islam Turki, tumbangnya kerajaan  Itali pimpinan Arnold Forlani di bawah tangan Freemason. Negara seperti  Mesir, Libya, Pakistan, Arab Saudi dan Indonesia turut mengahramkan  Freemason kerana terbukti gerakan ini bersekongkol dengan Zionis.
Gerakan  Freemason ini turut melibatkan mereka yang berjawatan tinggi, VVIP,  kerabat istana, menteri-menteri dan juga golongan berada. Ini  mengukuhkan lagi paksi mereka dalam menjalankan misi mereka kerana  mereka menguasai kekuatan politik dan ekonomi. Cara untuk memasuki  gerakan ini sangat ekslusif. Tidak perlu mengisi borang atau memohon  keahlian. Sebaliknya untuk menjadi ahli , mereka akan diberi undangan  khas atau diajak sendiri oleh ahli Freemason.
Firman Allah s.w.t menyebut :
“  Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku  cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu "  al-maidah : 3
Telah terbukti bahawa Islam satu-satunya agama  yang diiktiraf di akhirat nanti. Justeru, Islam tidak wajar  diterjemahkan sebagai satu ideology kerana ia wahyu dari Allah s.w.t .  Islam bukan seperti fahaman Freemason yang dikatakan dibawa oleh tentera  Salibiyyah. Islam juga bukan rekaan manusia seperti Karl Marx dengan  Komunisme, Yahudi dengan Zionisme dan Hitler dengan Nazisme.
Apa tindakan Kita??
Sebagai  Mahasiswa, golongan yang kononnya dikatakan sebagai ilmuan, seharusnya  kita mempunyai perancangan tersendiri bagi menyelamatkan saudara seIslam  kita. Jangan biarkan minda kita yang streotaip menyempitkan pemikiran  bahawa hanya ustaz dan ustazah sahaja yang layak memberi teguran dan  menyapaikan dakwah. Mengapa tidak kita mulakan?
Medan dakwah  terbentang luas. Dari tempat kerja, kawasan perumahan, university  mahupun sekolah, semuanya boleh dijadikan landasan dakwah Islamiyyah.  Karya kartun, lagu-lagu berunsurkan jihad, seni reka yang berunsurkan  kesenian Islam, penulisan artikel-artikel, penghasilan buku-buku ilmiah  hatta blog-blog yang bermanfaat juga boleh diaplikasikan untuk  kerja-kerja Islam.
Untuk semua mahasiswa, pekerja Muslim,  kuasailah bidang anda sekarang. Wujudkan ruang dan peluang untuk kita  sama-sama menjadi Muslim yang profesional dalam kerjaya serta cemerlang  dalam ibadah dan dakwah. Apa guna teknologi di depan mata andai kita  masih tidak cakne tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan  sensitiviti umat Islam khusunya dan dunia amnya. Freemason mungkin salah  satu agenda yang kita tahu. Namun, sejauh mana kita mengenali musuh  kita? Adakah kita sedang melawan musuh dengan telinga yang pekak dan  mata yang buta? 
Saya juga kadang-kala terleka di medan  perjuangan ini. Disinilah pentingnya kita berada bersama-sama teman dan  berada didalam jemaah Islam. Kita menjadi cermin dan sentiasa  memperingatkan tanggungjawab kita yang masih belum selesai. Membangunkan  Khilafah Islamiyyah. Sama-samalah kita koreksi adakah kita sebenarnya  sudah bersedia berhadapan dengan ancaman musuh Islam??
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
  
 
No comments:
Post a Comment