♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Soifi Oh Soifii antara ujian Allah - Pengalaman 1

Saturday, August 7, 2010

Kalau sahabat-sahabat baca tajuk tu mesti ada yang tidak memahami.Soifi perkataan dalam bahasa arab yang membawa maksud musim panas.Itulah antara perkataan bahasa arab yang ingat sampai sekarang.Bukan tak nak lupakan tapi memang kena ingat sebab sekarang ni teman berada dalam musim panas.Inilah pengalaman kali pertama teman pengambil 'shortsem'.Orang kata banyak pengalaman.Itulah sebabnya teman ambil.Kadang kala terfikir juga bagaimana zaman Nabi Muhammad dahulu, mereka menyampaikan dakwah ke seluruh pelusuk kawasan dan negara.Tak dapat digambarkan kepanasannya.Adakala kepanasan itu sampai ke tahap 40'c dan kedangkala lebih pula.Memang ujian yang memerlukan kesabaran dan kekuatan dalaman yakni motivasi diri.

Nabi menyampaikan dakwahnya kadangkala berulang-alik dari mekkah ke madinah.Bukan dekat jarak antara dua bandar itu pada ketika dulu.Yang ketika dulunya tidak mempunyai kereta, keretapi apatah lagi kapal terbang yang serba mewah sehinggakan hanya memakan masa tidak sampai sejam untuk sampai ke satu destinasi.Memang besar pengorbana yang telah junjungan mulai Nabi Muhammad S.A.W lakukan.Semangat inilah yang menguatkan diri teman untuk meneruskan sesi pembelajaran dalam musim soifi ni.Banyak sahabat-sahabat teman pengambil peluang cuti 3 bulan dengan kembali ke tanah air.Sebahagian mereka sudah merasai musim panas.Inilah antara sebab teman tidak pulang ke tanah air dan meneruskan pembelajaran di sini.Kadang-kala kalau tidak berlapikkan kesabaran dan iman di dada mungkin akan keluar dari mulut kita 'hei,apa lah panas sangat ni,ok lagi la kat malaysia lagi cuaca'.Assatagfirullah, kata-kata ini tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang islam dan tambah-tambah lagi penuntut ilmua gama Allah.

Perbuatan ini dinamakan mengeluh.Dalam hadis Nabi kita melarang mengeluh dengan ibu bapa apatah lagi dengan pencipta Yang Maha Esa ini.Beristigfarlah duhai sahabatku.Ini adalah ujian yang Allah mahu ujikan kepada kita dan sejauh manakah kita beriman dengan Kata-KataNya (Al-Quran). Kekuatan keimana diperlukan bagi menguatkan kesabaran kita apabila diuji sedemikian rupa.Cuba anda semua bayangkan di Afrika sana, bagaimana suhu di sana.Semestinya lebih tinggi lagi dari di sini apatah lagi dengan tanah air Malaysia.Beramallah dengan ayat Allah mafhumnya ' bersabarlah sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar'.Besar pahalanya sekiranya kita bersabar dengan ujian dan tentunya kita akan di balas dengan balasan yang kita tidak menyangkai.Mungkin dibalas waktu itu terus, ataupun ketika masa akan datang, ataupun digantikan dengan seseautu yang kita tidak menyangkai taupun di akhirat kelak.



   ~~Antara amalan-amalan menambahkan pahala kita semua~~



Selang beberapa hari lagi, akan menjelma kepada kita bulan yang dinanti-nanti oleh semua mukminin.Bulan barakah,bulan rahmah, bulan keampunan dan banyak lagi nama bagi bulan ini.Bulan yang dimaksudkan ialah bulan RAMADHAN Al-MUBARAK.Semua orang menantikannya kerana pada bulan inilah kita diwajibkan berpuasa sunat dan disunatkan kepada kita untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Banyak ibadah yang boleh dilakukan bagi menokok tambah pahala dan menghapuskan dosa-dosa yang dimiliki.Di kesempatan ini ingin disampaikan Selamat Mengimarahkan Ramadhan dan menunaikan ibadah buat keluarga, guru-guru dan tidak ketinggalan sahabat handal yang berada nun di sana.Semoga kita dapat merebut ganjaran yang diberikan Allah Taala. Banyak lagi yang ingin di kongsikan tapi biarlah dulu takut kalian mengantuk pula-:)Maal Salamah

[Allahumma bariklana fi sya'ban wa balighna fi Ramadhan]

No comments:

 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

Archives

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews