skip to main |
skip to sidebar
bagi mereka yang sudah TERLANJUR
Bagi yang telah terlanjur berbuat dosa dan maksiat, janganlah berputus asa. Sesungguhnya rahmat Allah yang meliputi segala sesuatu, sentiasa menanti taubatnya. Allah SWT. berfirman dalam surah al-Zumar ayat 53.
Maksudnya :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah pernah memberi harapan kepada hamba-hambanya telah terbabas ini. Anas bin Malik telah menceritakan dengan berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda :
قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً
Maksudnya :
Allah Tabaraka wa Ta`ala telah berfirman : Wahai anak Adam, sekiranya engkau berdoa kepada-Ku dan mengharap kepada-Ku, nescaya aku ampunkan apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli – wahai anak Adam – walaupun dosa kamu itu mencapai puncak langit, lalu kamu meminta ampun kepada-Ku, nescaya aku akan mengampunkannya. Aku (juga) tidak peduli – wahai anak Adam – kalau kamu datang kepada-Ku dan kesalahanmu seberat bumi, lalu engkau datang kepada-Ku – sedangkan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatu, nescaya aku akan memberikan keampunan kepadamu.”
HR. Al-Tirmizi.
Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Abu Zarr mendengar Nabi bersabda :
قَالَ مَا مِنْ عَبْدٍ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ثُمَّ مَاتَ عَلَى ذَلِكَ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ
Maksudnya :
“Tiada seorang hamba yang mengatakan : Tiada Tuhan melainkan Allah, kemudian ia mati, melainkan ia akan masuk syurga.”
HR. Al-Bukhari dan Muslim
Mendengar hadis tersebut, Abu Zarr bertanya : “Walaupun ia telah berzina dan mencuri ?. Rasulullah menjawab, “Ya, walaupun ia telah berzina dan mencuri.” Abu Zarr seperti tidak percaya dengan apa yang diungkapkan Rasulullas SAW. itu sehingga ia menyoal Rasulullah dengan soalan yang sama sampai tiga kali. Dan Rasulullah SAW. pun menjawabnya dengan jawapan yang sama.
No comments:
Post a Comment