skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
Jiwa muda gelodak nafsu!

 
Sahabat yang dikasihi,
sememangnya  jujur ana katakan ana tidak sempat membaca sangat , banyak artikel yang  ana terlepas , jadi u-jam sebagai koleksi untuk ana kembali membaca  apabila ada kelapangan , kerana membaca memerlukan fokus yang jitu untuk  lebih faham dan ingat.
bukan sekarang atau bila , malah  bila-bila masa , pak su dan pak leh sentiasa mencemburui kita , malah  ana insan yang lemah  terkena juga , namun usaha yang istiqamah untuk  menasihati diri sendiri setiap kali membuka u-jam dan komen2 sahabat  membuatkan ana sentiasa bersemangat untuk berperang dengan pak su dan  pak leh 
Jiwa muda mudah terbakar malah mudah terpengaruh ,  basuhan zikir dan risau atas iman sedikit sebanyak dapat memadam api  nafsu dalam apa juga bentuk tindakan, malah untuk berdakwah pada mulanya  perlu mengukur baju di badan sendiri , amat risau dan minta dijauhkan  apabila apa yang ditulis tidak mampu dilakukan dengan sendiri.amat risau  tentang perkara itu.
risau tentang peningkatan gelaja yang  belanda anak muda kini.malah risau tentang kebajikan adik2 lelaki dan  perempuan di rumah , amat risau!
mengapa ia terjadi , sudah tentu  banyak faktor , malah sudah tentu banyak kajian.Pertamanya mind-set  anak muda yang goyah begitu terpengaruh dengan media , malah bertepuk  tampar sesama bukan muhrim dianggap biasa...borak-borak kini lebih  terbuka dan membuka apa sahaja.
mengapa berpakaian serupa  terlanjang?---sudah bertudung dikatakan sudah menutup aurat , namun  lekuk badan masih dapat dilihat jelas, bagi lelaki pula berfutsal paras  atas lutut dikatakan tidak apa asalkan kita sembahyang.ideologi sesat  ini sentiasa memujuk anak muda atas mind-set yang telah disetkan oleh  pak su dan pak leh!
gelodak jiwa ini , membuatkan anak muda  semakin berahi!
gadis2 terpesona dengan cerita korea sehinggakan  mana2 pakwe ada iras2 korea pasti menjadi tumpuan umum, bagi pakwe2  pasti inginkan awek yang cun dan body yang mantap.atas mind-set yang  dicipta oleh pak su dan pakleh!
gadis seluar jeans ketat atau  tidak ketat menjadi biasa walaupun sedang menuntut dalam pengajian islam  apatah lagi pengajian tidak islam!...alah biasa wehh...rommate ana pun  gitu , kan dah tutup aurat!..maka mind set ini ditanam sehingga menjadi  ideologi tidak rasmi!
ini hak asasi manusia! jangan jadi kolotlah  kita di zaman teknologi tinggi!-maka paksu dan pak leh berpesta di  klcc!
sahabat pun tahu mengapa wanita paling ramai menjadi kayu  api membakar di dalam neraka?
niat sahabiah perlu jelas . oh ini  tudung fesyen baru , jalurnya matching dengan kasut ana , blausnya  fesyen terkinilah.maka niat menutup aurat kerana fesyen, bukan kerana  Allah!
ana pakai seluarlah senang nak bergerak ke kampus , kan  kita ni aktif berpesatuan , kan senang pakai seluar , maka niat menutup  aurat kerana aktif berpesatuan dan boleh bergerak cergas!
lagi  teruk , alah biasalah kan ramai macam tu!
lelaki adalah pelindung  kepada wanita , bukan wanita menjadi pelindung lelaki , namun gaji  awekku bulan ini pasti menjadi duit untuk membayar bulanan kereta kerana  mukaku iras2 korea-man!aduhai dayus sungguh!, sepatutnya azan zohor itu  menjadi alasan kepada kenalanya untuk menundukkan dahi tetapi berlaga  dahi pula di dalam cinema!
maka pak leh dan paksu berpesta lagi!
weii..sekarang  zaman sempoi ma...! jangan stress sangat ma! enjaoy sikit2 takpe..maka  kepala hotak dah jadi tak betul!inginlah dibelai dan dimanja kerana  stress!lupakah pada zikir yang boleh menghilangkan stress!
pulanglah  sahabat dan sahabiah di tempat asal kita, jagalah niat , jagalah hati ,  jagalah jiwa!
risau tentang kabus hitam yang menjelma di eropah ,  risau tentang bencana yang tidak terfikir oleh minda.seolah alam  sendiri sudah tidak stabil untuk memikirkan masalah gelojak nafsu  serakah ini!
Wallahu'alam
Ya Allah , jadikanlah diriku  insan yang mendapat rahmatmu dan mendapat syafaat Rasulullah, jauhilah  diriku , ahli keluargaku , saudara maraku ,sahabat2 ku dari menuruti  bisikan (nafsu) pak su dan(iblis)  pak leh!
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
  
 
2 comments:
isk3
budak2 zaman sekarang..bangga dengan kejahilan mereka
itulah....zaman sudah berubah...mereka bangga benda lain sperti menang AF dan sewaktu dengannnya bukan bangga dengan berbuat pahala...marilah sama2 kita membantu masyarakat kita ini...ayuhlah...!!!
Post a Comment