nak Besar Klik Kat gambar....
Ok berbalik pada topik untuk kali ni "Buat apa nak tutup aurat kalau
tak ikhlas". Ana rasa semua sahabat-sahabat dah sedia maklum dengan
tajuk ini, khususnya bagi muslimat. Selalunya kita akan terdengar
hujjah-hujjah sebegini apabila kita mengajukan soalan kenapa tak
bertudung. Selalunya soalan itu tidak akan dijawab tetapi akan dibalasi
dengan soalan dan kritikan.
"ada orang tutup aurat tapi buat maksiat"
"alah, tutup aurat tapi, hati busuk"
"Buat apa nak tutup aurat kalau xikhlas, hipokrit!"
"Alah yang tutup aurat lagi teruk perangai dari yang tak pakai tudung"
"Alah, iman bukan di aurat"
"i Walaupun tak tutup aurat tapi hati i baik tau, semayang tak tinggal"
ini antara "jawapan-jawapan" yang diberikan apabila disoal kenapa mereka tak tutup aurat.
Yalah,
tidak dinafikan ada orang yang menutup aurat tapi buat maksiat, hati
busuk, tak ikhlas, dan sebagainya bahkan kekadang lebih teruk dari yang
tidak menutup aurat. dan betullah ada yang tidak menutup aurat tapi
solat tak tinggal, puasa sunat, sopan santun.
Tapi kan tidak
adillah kalau kita hukum semua yang menutup aurat macam tu kan? Hanya
segelintir. Tapi yang sedihnya, kalau kita dengar radio, TV atau
mana-mana jenis media, kita akan mendapati terdapat segolongan manusia
yang cuba mempublisitikan wanita yang menutup aurat seolah-olah mereka
ni golongan-golongan ahli maksiat dan sebagainya.
Malah kadang
kala menjadi isu forum sembang-sembang di dalam TV mengkritik keras
golongan yang menutup aurat tetapi melakukan maksiat. Sambil berbangga
walaupun mereka tidak menutup aurat, tetapi mereka insan yang baik.
Ok, meh kita bincang dengan lebih dalam.Orang yang menutup aurat dan dia tidak melakukan maksiat, dikira sebagai tidak berdosa,Orang yang menutup aurat tetapi melakukan maksiat, dikira sebagai berdosa (kerana melakukan maksiat)Orang tidak menutup aurat tetapi tidak melakukan maksiat, tetapi dikira berdosa kerana mendedahkan aurat.Orang yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat dikira sebagai berdosa (Kerana tidak menutup aurat dan melakukan maksiat.Maka
dimanakah neracanya kita mengatakan yang tidak menutup aurat itu lebih
baik dari yg menutup aurat. Baik, buruk, ikhlasnya hati seseorang
terletak pada nialaian Allah. Kita tidak boleh sesekali mengatakan
bahawa orang yang menutup aurat tu hatinya busuk atau tidak ikhlas.Sebagai
orang Islam, kita tidak boleh sesekali bersangka buruk (suul dzan)
terhadap mereka yang menutup aurat dengan mengatakan mereka tidak
ikhlas dan sebagainya dan kita juga dikehendaki bersangka baik (husnul
dzan) terhadap mereka.Begitu juga dengan orang tidak menutup
aurat atau tidak menutup aurat dengan sempurna. Memanglah dari segi
nilaian hukum, mereka itu terang-terangan melakukan dosa (iaitu dengan
membuka aurat), tetapi (kita yang menutup aurat ini) hendaklah
bersangka baik dengan ALLAH, yang bahawasanya Allah satu hari nanti
akan memberi hidayah kepada mereka itu untuk menutup aurat dengan
sempurna. Mana tau satu hari nanti mereka bertaubat dan menjadi insan
yang lebih soleh/solehah daripada kita?, So sepatutnya kita terus
mendoakan mereka itu mendapat hidayah Allah, bukan dengan mencemuh
mereka. Nasihatilah dengan berhikmah. InsyaAllah kalau kita berusaha
bersungguh-sungguh dan bertawakal, Allah akan permudahkan hidayahNya.Jadi
sebagai kesimpulannya, seandainya kita khususnya orang islam ini
menukarkan "buruk sangka" kepada "baik sangka" ana rasa kita semua akan
hidup dalam keadaan aman. Sepatutnya yang menutup aurat janganlah
lakukan maksiat, dan yang tidak melakukan maksiat tetapi tidak menutup
aurat, seharusnya tutuplah aurat.Janganlah digunakan ungkapan: "Lebih baik xpayah tutup aurat daripada tutup tetapi lakukan maksiat".
Istilah ini adalah salah sama sekali. dah la dia tu buat maksiat.. kita
suruh dia tambah lagi dosa dengan suruh dia bukak aurat. tak kene tu.
Sepatutnya kita nasihatinya dan doakan dia moga dia tidak lagi
melakukan maksiat.Wallahualam
♥♥Lebaran ukhwah♥♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment