♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Program realiti tv yg melalaikan

Thursday, June 28, 2007







Semalam, ulasan saya secara ringkas berkenaan Gang Starz yang merupakan salah satu perancangan Yahudi yang sudah berjaya ditanam oleh mereka di dalam kepala-kepala muda-mudi Islam. Apa yang menyedihkan lagi, terdapat suara-suara yang mencemuh beberapa pihak yang cuba mengecam program ini.
Kalau sebelum ini program Sure Heboh telah difatwakan oleh Mufti Negeri Perak sebagai HARAM, tetapi ratusan lagi menentang beliau dengan menuduhnya jumud, tiada toleransi dan sebagainya. Apakah tindakan mereka yang “berkuasa”? seorang mufti menjadi kutukan dan hinaan sebegitu sekali.
Padahnya, lihatlah hari ini, program Gang Starz yang mengorbankan jiwa-jiwa murni Islam sehinggakan malu untuk menutup aurat. Mendedah sana-sini, muka berwarna, skirt, percampuran lelaki dan perempuan dan sebagainya, membuktikan dengan jelas bahawa inilah kejayaan besar Yahudi untuk melahirkan generasi-generasi yang akan memusnahkan agama dan negaranya sendiri.

Gang Starz yang telah diadakan selama 13 minggu, menampilkan sebanyak 2 kumpulan dari Indonesia dan 2 kumpulan lagi, dari Malaysia. Keputusan daripada pertandingan akhir ialah
The Lima (Indonesia) - menjadi juara pertama Gang Starz, berduet dengan Mas Idayu menerusi lagu Memori Daun Pisang.
Mendua (Indonesia) - naib juara, berduet dengan Faizal Tahir dengan lagu Maha Karya Cinta
Flava (Malaysia) - tempat ketiga, berduet dengan Jay Jay dengan lagu Joget Angan Tak Sudah
Infinatez (Malaysia) - tempat keempat, berduet dengan Nurul dengan lagu Seiring dan Sejalan
Malaysia masih menduduki tempat ketiga dan keempat, tetapi mereka masih memenangi hadiah yang lumayan. Adakah kerana ini mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga semata-mata untuk menyanyi?

Malaysia yang semakin lesu dengan pelbagai masalah dan keruntuhan akhlak disebabkan serangan-serangan media yang bertalu-talu. Namun, Yahudi bergelak tawa apabila melihat situasi ini yang berlaku di “Negara Islam”.

Tidakkah anda sedar, mengapakah Malaysia tidak diserang seperti Lubnan, Palestin dan sebagainya? Ini kerana mereka sudah pun menjajah Malaysia dengan pemikiran-pemikiran yang rosak dan orang-orang mereka yang telah dirosakkan inilah yang akan menghancurkan negara mereka sendiri. Yahudi tidak perlu bersusah payah untuk menghancurkannya.
Lihatlah muda-mudi hari ini, bagai dirasuk, digila-gilakan dengan nyanyian dan hiburan sehingga sanggup menghabiskan umur dengan perkara-perakara tersebut. Lihatlah kekejaman yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghancurkan masyarakat sendiri. Bagaimanakah mereka boleh melancarkan serangan ini kalau bukan ada dalang disebaliknya?
Isu Dunia Islam semakin dipadam dari kacamata masyarakat Malaysia supaya mereka lupa dengan agama dan negara sendiri. Berapa ramai gadis-gadis Melayu yang dahulunya pemalu, tetapi hari ini terkinja-kinja dengan keseronokan dunia mereka. Yahudi dengan tenang berkata
“dahulu kami serang dengan pistol, kamu melawan dengan tombak, hari ini kami hidang dengan lagu, kamu terima dengan menggila”

Lihatlah, apabila seseorang cuba mengkritik program ini, mereka pasti akan dikritik semula oleh ribuan manusia lagi. Lihat! Inilah kejayaan Yahudi. Mereka telah berjaya meresapkan pemikiran mereka di dalam muda-mudi hari ini sehinggakan mereka sendiri benci dengan Islam. Lama kelamaan, apa yang akan terjadi?
Saya kesal setelah terbaca sebuah pengakuan yang berbunyi
“Saya memang mengikuti program ini kerana anak-anak saya memang menggemarinya. Secara keseluruhan, program ini memang bagus dan ia memang harus diteruskan …….. . ……. Teruskan perjuangan seni anda.”
Fikirlah sendiri wahai manusia yang berakal!!

Allah SWT berfirman
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada kamu sehingga kamu menurut agama mereka (yang telah terpesong itu) (Surah al Baqarah : 128)
Perangkap Yahudi telah menjerat masyarakat Malaysia, bukankah mereka tidak membuat serangan bersenjata? Lihatlah ini menunjukkan bahawa Malaysia sudah mengikuti telunjuk mereka. MEREKA TELAH BERJAYA MELAHIRKAN GANGSTER-GANGSTER YANG MEROSAKKAN ISLAM.
Fikirlah sendiri wahai manusia yang berakal!!Buatlah perbandingan sendiri......

No comments:

 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews