Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua hamba ALLLAH Tuhan pencipta semua kejadian.Pada hari ini saya ingin menceritakan kepada semua tentang kehidupan manusia pada zaman ini.Sudahkah anda mengetahui bahawa waktu pada zaman ini umpama satu riwayat ada mengatakan bahawa"Setahun umpama sebulan,sebulan umpama seminggu,seminggu umpama sehari,sehari umpama satu jam,satu jam umpama satu minit,satu minit umpama satu nyalaan api"Ini menunjukkkan waktu pada hari ini sudah semakin singkat sedangkan baru saje kita dilahirkan didunia.Baru saje kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.Pejam celik pejam celik sudah masuk abad ke-21.Kejadian yang aneh lagi ganjil sudah banyak berlaku.Tak kira walau dimana pun berada semua ini tidak mustahil akan berlaku dengan kehendak-Nya.
Cuba kita lihat keadaan disekeliling yang merunsingkan kita.Maksiat ada dimana-mana.Ia dilakukan oleh semua golongan tak kira kanak-kanak,remaja,peringkat dewasa dan orang yang berumur.Contohnya semasa sambutan hari kemerdekaan negara kita,banyak maksiat yang berlaku seperti berzina,berkhalwat dan sebagainya.Biasanya perkara ini dilakukan oleh golongan muda mudi.Perkara ini bukan di biarkan berlaku dengan begitu sahaja bahkan banyak pencegah maksiat dari Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor(PERKID),Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia(JAKIM)dan seumpamanya.Mereka ini yang menjalankan sesi dakwah kepada golongan tersebut bahkan golongan-golongan ini bukan sahaja mencaci bahkan mengugut dan sebagainya.Banyak usaha di lakukan tetapi golongan ini tidak mendapat hidayah dan sokongan yang kuat dari pihak-pihak tertentu. Golongan ini menjadi rosak bukan kehendak mereka tetapi banyak faktor yang mempengaruhi minda mreka.
Antaranya ialah didikan daripada ibu bapa mereka.Ada segolongan ibubapa yang mengabaikan tanggungjawab keatas anak-anak.Sekarang ini banyak ibubapa keluar bekerja untuk mencari nafkah.Siang malam mereka tiada di rumah mengamanahkan kepada anak sulung mereka untuk menjaga adik beradik yang lain.Bila masanya ibubapa hendak mendidik anak-anak dengan memberi tarbiah yang sempurna terhadap anak-anak.Tambahan pula golongan zaman sekarang yang mana ibubapa diumpamakan kawan-kawan di sekolah.Semua kehendak anak-anak dituruti dan memberi apa saje kemahuan mereka.Apabila ditanya mereka menjawab zaman moden.Inilah zaman yang tiada batasan antara ibubapa dan anak-anak.Disebabkan inilah banyak kejadian seperti BAPAK ROGOL ANAK,ADIK ROGOL KAKAK dan sebagainya.Ini disebabkan Akidah dan keimana yang ada pada diri mereka sudah hilang dimakan oleh nafsu.Ibubapa sepatutnya memberatkan didikan agama dan memberi asuhan yang berlandaskan Al-quran dan As-Sunnah.Keluarga bahagia akan lahir daripada didikan dan cara yang betul.
Pihak kerajaan sepatutnya mengharamkan benda-benda yang menjerumus kearah maksiat.JomHeboh,Akedemi Fantasia,Malaysaia Idol dan lain-lain yang menyebabkan rakyat semakin rosak.Program Jomheboh bukanlah program ilmiah bahkan ia menggalakkan lagi ke arak kemaksiatan.Pergaulan bebas banyak berlaku dan ini akan menyebabkan kejadian seperti lahirnya anak luar nikah berluasa.Mereka menganggap perkara ini perkara biasa sedangkan mereka tidak sedar bahawa pemikiran mereka sedang dijajah oleh idologi-idologi barat.Pemikiran baratlah yang banyak merosakkan masyarakat pada zaman sekarang.Sepatutnya program-program yang diadakan mestilah yang berunsur ilmiah dan tarbiah.Pada zaman khulafa' Arrosidin,mereka mengangkat Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan mereka.Tapi pada zaman sekarang meraka memegahkan artis-artis dalam dan luar negara,tren-tren terkini dan sebagainya sebagai pegangan mereka atau idol mereka.Ini tidak sepatutnya berlaku pada zaman ini kerana keadaan pada zaman sekarang sangat teruk.Umat islam dianggap sebagai pengganas dan mereka menindas umat islam umpama memisak semut.Cuba kita bayangkan jika kita yang menjadi umat-imat yang ditindas seperti di Iraq,Palestin,Bosnia dan di negara-negara sewaktu dengannya.KIta tidak akan,mengecapikemewahan,kesenangan,keamankedamaian dan sebagainyaan.Oleh itu marilah kita sama-sama berjuang memartabatkan agamai isalam,mencegah kemaksiatan dan memeakmurkan negara menjadi negara Islam yang martabatnya tinggi disisi.Wassallam
No comments:
Post a Comment