Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan sebaik-baik penentuan Ilahi.14 April merupakan tarikh keramat yang penuh seribu kenangan dalam sisa kehidupan waktu ini.Selesai seharian bermesyurat dan bersidang bersama sahabat-sahabat di AGM MPMMJ 2011/2012, banyak yang dadapat dipelajari dalam mengenal kehidupan dan bekalan untuk berhadapan dengan hari bakal menjelma kelak. Perbincangan berkaitan pemantapan MPMMJ berjalan dengan lancar dan majlis berkahir dengan pengumuman presiden sesi 2012/2013.Takziah dan tahniah di ucapkan buat semua yang berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan dan semoga dapat memikul amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.
Sabda Nabi
"Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap yang dipimpinnya. (Riwayat al-Bukhari)"
Dan ingatlah sahabat, kita yang membuat keputusan dan janganlah kita membiarkan keputusan itu berlalu pergi tanpa kita bersama ketika ia susah dan senang dalam apa jua keadaan. Dan dalam kita memimpin dan dipimpin ingatlah kita punyai ikutan dalam memimpin iaitu Al-Quran Dan As-Sunnah. Allah berfirman dalam surah Sod ayat 26 bermaksud :
Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukuman di antara manusia dengan yang benar (syariat); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari pengiraan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
Mentadbir dengan berlandaskan panduan yang ditetapkan disamping diri benar-benar bersida untuk memimpin merupakan kejayaan bagi seseorang itu.Tapi kejayaan yang sebanar adalah apabila kita berjaya dalam soalan di akhirat kelak berkaitan taklifan yang kita sandang di dunia.
Selesai seharian bersama sahabat-sahabat di Jabatan Pilihanraya yang susah senang kita tetap bersama,yang mana pelbagai perkara lalui bersama tak kira siang malam pagi petang, haapy, sedih, muram, semuanya sahabat tetap tempuhi untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan satu niat iaitu 'mardhtillah'.Tahniah dan syabas anda berjaya lakukan. Dan ingin saya ucapkan jazakumullah kheiran jaza' diatas segala pengorbanan yang dilakukan.Tak terbalas segalanya melainkan sebaik-baik pemberian Ilahi kepada kalian.~Barakallahufikum~
No comments:
Post a Comment