♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Kitaran kehidupan Seribu Rahmat

Friday, February 24, 2012

Bismillah Alhamdulillah segala pujia bagi Allah tuhan sekalian alam yang mencipta segala kehidupan dan makhlukNya untuk mengabdikan diri kepadaNya dan selawat serta salam buat junjungan tercinta Nabi Muhammad Sallahualaihi Wasallam. Alhamdulillah masih diberi kekuatan dan kudrat untuk menghidupkan kembali suara-suara hati untuk dikongsikan bersama semua yang diingati selalu ^_^

Genap sebulan seminggu arwah ayahanda meninggalkan kami anak beranak untuk meneruskan kehidupan seterusnya di alam sana untuk bertemu Sang Pencipta Allah Subhanahu Wa Taala. Dalam misi kita sebagai hambaNya yang hidup ini dengan mengabdikan diri kepadaNya tidak kira waktu dan ketika. Alhamdulillah semua ujian yang ditakdirkan bersama adalah salah satu  rukun iman iaitu percaya kepada Qoda' dan QodarNya. Semua yang berlaku dalam kehidupan Allah sudah katakan ianya bukan sia-sia untuk hamba-hambaNya yang beriman.

Sebulan sebelum, saya telah kehilangan seorang sahabat yang juga merupakan kenalan pengajian disini tempat kami menuntut dan mencari redha Allah. Ada sahabat yang kehilangan kedua orang tuanya ketika itu. Sebagai sahabat diri ini terpanggil untuk turut serta bersama mereka walau apa jua keadaan kerana itulah merupakan sifat seorang mukmin yang sentiasa bersama saudaranya dalam segenap keadaan.Dan kita sentiasa bersedia untuk diuji dengan keadaan yang sama. Masih teringat kata-kata ustaz azhar dalam taklimat persiapan dahulu 

"Dalam proses menuntut ilmu ini kita harus bersedia untuk diuji dengan pelbagai ujian dari segi jasmani mahupun rohani tetapi walau apa jua keadaan ingatlah wahai anak-anak DIA sentiasa bersama kita"

Masih segar dalam ingatan kata-kata beliau ketika mana mahu melepaskan kami meneruskan kehidupan dalam mencari ilmu yang luas tidak terkira.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan bersyukur kehadrat Ilahi kerana dipermudahkan segalanya rutin harian di kampung halaman sentiasa dihati sehinggalah hari ini.Dan dikesempatan ini ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih buat semua saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handal yang sentiasa bersama diri ini dalam meniti ujian kehidupan.Tidak putus-putus ucapan takziah dan kata-kata pembakar semangat samada di yang mesej di fb,yg,ym,mesej terus ke telifon dan tidak kurang juga yang menifon. Memang tak terbalas mesej-mesej yang dikirim dan tak terangkat juga sesetengah panggilan.Maafkan diri yang kerdil ini.Tak kurang juga kunjung ziarah dari sahabat-sahabat ke teratak kerdil.Subhanallah! Hanya ucapan dan doa yang mampu saya berikan dan mengharapkan sebaik-baik ganjaran dari Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang untuk kalian. Allahumma Amiin.Jazakumullahukheiran Kathira




Akhir sekali ingin kongsikan bersama sahabat semua sebuah lagu yang kian lama berada dalam simpanan untuk kita hayati dan muhasabah diri dalam mencari redhaNya.

"Subhanallah sungguh besar ujian untuk hamba yang kerdil ini
Tetapiku percaya inilah takdir untuk hamba-hambaNya
Dan ayat inilah yang banyak mengajar diri ini erti kesabaran

"يأيها الذين ءامنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون"

sungguh besar nikmat Allah yang ketika ini baru ku berasa erti kesabaran yang mengajar hati kecil ini menerima segala takdirnya.Lumrah manusia adakala gembira adakala berduka adakala kelat dan segala rasa boleh dikecapi dalam kehidupan.
3 perkara yang akan bersama kita ketika mengadap Sang Pencipta dan salah satunya anak yang soleh.Semoga diri ini mamp mebawa gelaran 'anak yang soleh untuk bertemu mu Ya Rahmanu ya Rahim.

~اللهم إغفرلهما وارحمهما وعافه واعف عنهما~
اللهم آميـــن
~ "

Tengok dan hayati kata-tanya yang punyai seribu makna

2 comments:

~eifa~ (Afiefah Amir) said...

Takziah atas pemergian Ayahanda tersayang...semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..insyaallah..=)

insan kerdil said...

Terima kasih atas ucapan~jzkk~Smg ditempatkan bersama para solihin..Allahumma Ameen..

 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews