♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Kenangan Bersahabat - Siri 1

Tuesday, June 28, 2011

Kenangan bersahabat~~
kata-kata buatmu duhai saudara Islamku

Terima kasih ku mendoakan kepada sahabat2 semua yg bertegur sapa dalam status 'panas' saya tempoh hari.Bukannnya ia dizahirkan dari diri yg kerdil ini tapi ia sebenarnya menjadi mangsa yg dizalimi.Ku mendoakan agar pelaku ini diampunkan Allah dosanya atas tindakan yg tidak 'disengajakan'.
الله يرضى عليك و بَرَكَ الله فِىْكُمْ

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يمسح منا كبنا في الصلاة ويقول "استووا ولا تختلفوا. فتختلف قلوبكم. ليلني منكم أولو الأحلام والنهى. ثم الذين يلونهم. ثم الذين يلونهم" قال أبو مسعود: فأنتم اليوم أشد اختلافا.

"Luruskanlah dan janganlah kamu saling bertelingkahan lalu dengan itu hati-hati kamu tidak bersatu, hendaklah orang-orang yang cerdik pandai mengiringiku, kemudian yang mengikuti mereka dan yang mengikuti mereka."

Buat sahabat-sahabat semua dalam merungkai skop amanah yang ada pada diri banyak perkara yang perlu dibetulkan.Bukan mudah bagi seseorang itu melaksanakan amanah Allah dalam rutin sehariannya.’Memang benda ini katakan biasa bagi mereka yang tidak memahami apa itu amanah tetapi apabila ia dipersoalkan kelak, bagaimana? Hayatilah hadis ini :

“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).“
Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).
“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)

Jika kita membicarakan berkaitan amanah ini, memang kisahnya amat besar sekali.Pernah disabdakan amanah ISLAM ini telah ditawarkan kepada makhluk-makhluk lain tapi semuanya menolak termasuk bukit bukau, tumbuhan dan lain-lain.Memang besar tanggungjawabnya.



Janganlah dikau melakukannya semula, bukan hanya kepadaku sahaja tetapi buat semua sahabat-sahabat.Jangan anggap perkara ini perkara biasa.Menceroboh hak milik orang tanpa izinnya.Kelak di akhirat akan dipersoalkan.Bukanhnya pada ber'fb' sahaja tetapi dalam tingkah laku kita seharian.Bagaimana hendak mencari redhaNYA jika perakara yang dilakukan adalah perkara haram atau memakan makanan yang haram?

Jika sebegini mudah dicerobohi bagaimana pula dengan hukum Allah?Adakah mudah juga kita mungkiri?



Kenangan Bersahabat^^,)Thanks Frenz...
Kalaulah sahabat dirumah boleh mencerobohi hak kita apatah pula pihak yang mengendalikan 'FB' pulak?Mungkin lagi mudah bagi mereka untuk mengaibkan seseorang.Memang dunia sudah tanpa sempadan.
[Berhati-hati dalam bersahabat dan ber'FB']

No comments:

 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews