skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
Penawar Cinta Luka
USTAZ NAJHAN : Penawar Bagi Hati
بِسْمِ اللهِ  الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Apakah hati boleh diperbaiki, di rawat dan  disembuhkan? Inilah persoalan yang dilontarkan dalam kuliah Ustaz  baru-baru ini. Langit juga tidak selalu cerah, matahari kadang kala  tiada bercahaya dan gerhana, bulan ada ketikanya tidak mengambang penuh,  alam juga sekali sekala dipandang kabur sahaja. Begitulah hati manusia.  Ada kalanya ianya resah dan gelisah. Gundah dan gulana. Nabi kita  sendiri pernah mengalami kesedihan yang amat sangat bila mana kematian  orang yang sangat di kasihinya, iaitu orang yang menjaganya di dalam dan  diluar rumah.
Isteri tercinta Khadijah r.a.ha. dan bapa  saudaranya Abu Talib yang sentiasa melindunginya berdakwah di luar  rumah. Waktu pengikut tidak ramai dan mendapat tentangan, nabi di  boikot, mereka inilah yang banyak membantu nabi. Bayangkan nabi  menanggung kesedihan yang teramat dalam tahun tersebut.
Apatah  lagi kita sebagai makhluk yang diciptakan Allah yang pastinya ada  perasaan sedih. Binatang sekalipun tidak lalu makan bila bergaduh dengan  pasangannya seperti memerang. Tak ada mood nak makan. Jadi persoalan  yang dilontarkan tadi, apakah hati manusia boleh dirawat?. Kalau boleh  bagaimana caranya.
Tidak diragukan hanya islam sahaja yang  membawa kaedah untuk merawat hati manusia. Hanya dengan agama yang  dimuliakan Allah ini sahaja. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi  tenang dan tenteram. Masalah jiwa, hati yang keluh kesah, kembali kepada  Allah. Tiada satu perubatan yang boleh selesai masalah jiwa manusia. Di  hatilah tersimpannya perkara-perkara asas yang penting seperti jantung,  roh, nafsu dan akal.
“Orang-orang yang beriman dan tenang  tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir  kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad:  28)
Pengajaran yang dapat di petik dari peristiwa israk dan  mikraj di mana Allah memperjalankan nabi s.a.w. untuk mempersaksikan  kepada nabi kebenaran al-Quran tentang janji Allah syurga dan neraka dan  hari pembalasan nanti. Ianya merupakan satu hiburan pada Nabi yang  sedang mengalami saat kesedihan. Apalagi yang lebih istimewa selain  bertemu dengan Allah. Bila mengingati Allah pun hati sudah merasa  tenteram.
Zikir adalah menyebabkan Allah s.w.t. ingat kepada  seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam  Al-Quran: FAZKURUUNII AZKURKUM ertinya "Kerana itu ingatlah kamu  kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepadamu." Dan diterangkan pula di  dalam hadis: MAN ZAKARANII FII NAFSIHII ZAKARTUHUU FII NAFSII ertinya,  "Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingatinya  pula di dalam hatiKu."
  | 
| ~~jangan kecewa(^^,)~~ | 
Dalam sebuah hadith qudsi:
“Aku (Allah)  bersamanya (hamba-Ku) apabila dia berzikir kepada-Ku. Maka jika ia  mengingati aku di dalam hatinya, nescaya Aku ingat pula kepadanya dalam  diri-Ku.”
(Bukhari)
Orang yang beriman tenteram hati mereka  bila berzikir/mengingati pada Allah. Memang benar, bila kita mengingati  Allah, Allah akan mengingati kita. Bila kita lupa pada Allah maka Allah  akan tinggalkan kita. Seorang ulama berkata kepada muridnya bahawa dia  tahu bila Allah ingat padanya dan bila masa Allah tidak ingat padanya.  Muridnya kepelikkan, hebatnya tuan gurunya. Lalu dia bertanya,  bagaimana. Gurunya mengatakan senang sahaja.., katanya bukankah ayat  Allah ada menyebut bahawa bila seseorang itu ingat Allah, Allah akan  mengingati dia.
Tidak disangkal lagi, pastinya tiada masalah bila  kita ada masalah kita kembali kepada Allah. Biarpun sahabat, kawan,  keluarga, boss, tidak mahu mendengar masalah kita. Adukan masalah kita  kepada Allah yang sentiasa sedia mendengar. Allah paling hebat  memperdengarkan masalah hamba-hambanya. Apa yang lebih penting lagi  selain Allah yang cukup tahu masalah kita. Maka kita tidak patut resah,  kerana Allah sahaja yang boleh memberi penyelesaian tentang masalah  kita.
Statistik yang disebut oleh Menteri Kesihatan di dada  akhbar mengatakan masalah orang yang sakit jiwa di Malaysia  membimbangkan, tidak lain hari ini berpunca kegagalan mendidik ,  membentuk dan membangun fizikal manusia sahaja. Ramai hari ini mencari  ilmu untuk mengejar sijil, pangkat. Sedangkan solat, akhlak tidak  dijadikan asas utama didikan. Tekanan yang diberi oleh ibubapa yang  ingin anak skor A, pastinya membuat anak-anak sakit jiwa bila tidak  dapat memperolehinya. Terlalu sangat mengejar pandangan manusia dari  segi kedudukan, pangkat, sedangkan zohor, asar tidak solat sangat  medukacitakan. Bila memandang apa kata orang, dan apa pandangan orang  selamanya jiwa tidak akan tenang.
Bila kita lupa Allah, itu yang  menyebabkan Allah meninggalkan kita dari rahmatnya. Orang beriman akan  mencari Allah sebagai penyelesai masalah. Al-quran sendiri dijamin oleh  Allah sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Sesungguhnya sebaik-baik  zikir ialah al-Quran.
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء  وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Dan Kami turunkan dari Al Qur'an  suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.  Surah israa' :82
Bila terlalu banyak dosa yang dibuat Allah tebus  dengan dukacita. Pengubatnya taubat. Jika dosa dengan Allah  bertaubatlah segera. Bila berdosa dengan manusia, maka minta maaf dan  jumpa mereka. Jika tidak hati tidak akan tenang dan tenteram hingga ke  saat kematian. Terus menerus akan dalam kedukacitaan. Walau diluar  nampak segak dan gelak, azab duka cita di hati pastinya membakar jiwa.  Itulah dosa yang dibuat pada anak adam yang memakan dalaman. Azabnya  didunia sudah dirasakan.
Sayugialah kita semua kembali kepada  Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan. Allahu a’lam. 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
  
 
4 comments:
alhamdulillah...inti pati yang sangat padat...syukran jazilan ya akhi..^_^
alhamdulillah...bertemu kembali sahabat lama...
salam ukhuwwah...insyaAllah...
Salam ukhwah juga dan salam perjuangan
ambillah ia sebagai mutiara yg memberikan sinaran buat semua...
smg ukhwah kita semua dirahmati Allah Selalu...
Jazakallahu kheiran ya ukh
insyaAllah ya akh...^_^
syukran jazilan....
~~afwan~~
Post a Comment