Meraih kekuasaan ertinya menerima kekuasaan atau pemerintahan [istilam al-hukm].
Dalam Islam, kekuasaan itu ada di tangan rakyat. Hal ini dapat dilihat
melalui bai'at yang diberikan oleh para sahabat ra kepada Nabi saw, dan
daripada rakyat kepada penguasa [Khalifah]. Oleh kerana itu, penyerahan kekuasaan mestilah berasal daripada rakyat.
Di sisi lain, hukum yang wajib diterapkan adalah hukum Allah Swt
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Kewajipan ini banyak dijelas
dan ditegas dalam al-Quran. (Lihat: QS an-Nisa' [4]: 65; QS al-Maidah [5]:50).
Dengan demikian, ada dua kata kunci dalam penerimaan kekuasaan [istilam al-hukm].
Pertama : Penyerahan kekuasaan mesti dilakukan oleh rakyat sebagai pemiliknya. Pengambil-alihan kekuasaan dengan paksa bukanlah istilam al-hukm. Kekuasaan yang diberikan oleh negara kafir imperialis kepada seorang penguasa juga bukanlah istilam al-hukm.
Kedua : Kekuasaan
yang diberikan tersebut merupakan kekuasaan untuk menerapkan
hukum-hukum Allah Swt. Kekuasaan yang diserahkan dalam rangka
menerapkan sistem sekularisme bukanlah istilam al-hukm yang dibenarkan Islam. Jadi, secara jelasnya istilam al-hukm merupakan penyerahan kekuasaan dari rakyat kepada penguasa [Khalifah] untuk menerapkan hukum-hukum Islam yang kaffah ke atas mereka .
~[Thariqah Inqilabiyah]~ "Revolusi Politik dan Sosial Secara Damai"
Dakwah ditujukan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan Jahiliah
menuju cahaya Islam. Thariqah dakwah Rasulullah saw menunjukkan bahawa
untuk menegakkan Islam secara kaffah,mesti ada kekuatan secara mutlak
bagi melaksanakannya. Kekuatan itu adalah pemerintahan [ al-hukm ]. Kerana itu, salah satu tahapan dakwah Rasulullah saw adalah meraih/menerima kekuasaan [ istilam al-hukm ] .
Rasulullah saw berdakwah di Makkah selama 13 tahun. Selama kurun
waktu tersebut majoriti masyarakat Makkah tidak menghendaki tegaknya
Islam. Malahan,di Makkah ketika itu,Islam belum lagi menjadi pandangan
umum [ rakyu al-'aam ] dan kesedaran umum [ wa'yu al-'aam
],sebaliknya yang menjadi pandangan dan kesedaran umum adalah pandangan
Jahiliyah. Bahkan, di antara hasil kesepakatan para pemuda dan tokoh
Quraisy adalah membunuh Rasulullah saw.
Di sisi lain, Rasulullah saw mengutus Mush'ab bin 'Umair ke Madinah
untuk mengajarkan Islam di sana. Berkat pertolongan Allah Swt., setahun
setelah Mushab berdakwah di Madinah, 12 orang pemimpin dan tokoh
Madinah masuk Islam dan melakukan Baiat Aqabah I. Penyebaran Islam di
Madinah begitu cepat sekali. Mush'ab memberitahu kepada Nabi saw bahawa
kaum Muslimin di Yathrib [Madinah] semakin bertambah, kuat dan
berkuasa. Mereka tidak menghadapi gangguan dari orang-orang kafir
seperti halnya yang dialami kaum Muslimin di Makkah.Pandangan dan
kesedaran umum [rakyu al-'aam & wa'yul al-'aam]
tentang Islam pun terwujud. Pemikiran dan perasaan masyarakat Madinah
bersedia untuk dibina dan diatur oleh Islam.Para tokoh dan pemilik
kekuatan [Ahlul Quwwah ] di
Madinah pun telah memberi dokongan,perlindungan serta pembelaan
terhadap Islam dan kaum Muslimin serta juga kepada Rasulullah saw
sendiri.
Tahun berikutnya iaitu pada musim haji banyak orang-orang Madinah
yang datang ke Makkah.Di antaranya adalah 75 orang [ 73 laki-laki, 2
perempuan ] pemimpin dan para tokoh kabilah di Madinah yang telah
menganut Islam. Mereka melakukan Baiat Aqabah II. Sebelum baiat
tersebut dilangsungkan, Nabi Muhammad saw menyampaikan kepada para
pemuka Madinah, "Saya meminta ikrar tuan-tuan untuk membela saya seperti membela isteri-isteri dan anak-anak tuan-tuan sendiri."
Mereka memahami bahawa baiat ini berbeza dengan Baiat Aqabah I. Salah seorang di antara tokoh itu, Al-Bara', lalu berkata, "Rasulullah, kami sudah berikrar. Kami adalah tukang perang dan ahli bertempur yang telah kami warisi dari nenek moyang kami." Hal ini mencerminkan bahawa baiat yang dikehendaki Nabi Muhammad saw adalah memerlukan kekuatan dan pembelaan menyeluruh.
Setelah semuanya selesai, mereka pun berbaiat kepada Nabi Muhammad saw,
"Kami berbaiat kepada Rasulullah saw untuk mendengar dan taat dalam
keadaan sulit mahupun mudah, lapang mahupun sempit, ataupun ketika
musibah menimpa kami. Kami tidak akan merampas kekuasaan dari
pemegangnya. Kami akan berkata benar di manapun kami berada. Kami juga
tidak takut di jalan Allah terhadap celaan daripada orang-orang yang
mencela."
Peristiwa ini mencerminkan adanya proses penerimaan oleh Rasulullah
saw terhadap kekuasaan dari masyarakat Madinah yang diwakili oleh para
tokoh mereka itu. Itulah yang dinamakan istilam al-hukm
yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. Sejak itu, Rasulullah saw
merupakan pemegang kekuasaan secara rasmi yang diserahkan oleh kaum
Muslimin. Kerana itu, Baiat Aqabah II dikenal sebagai Bai'at al-Hukm
, iaitu baiat yang berhubung-kait dengan penyerahan kekuasaan dari
masyarakat Yathrib [ Madinah Al-Munawwarah ] kepada Rasulullah
saw.Seterusnya, peristiwa ini ditelesuri dengan hijrah kaum Muslimin
dari Makkah ke Yatsrib [ Madinah Al-Munawwarah ]. Akhirnya,tertegaklah
di sana Negara dan Pemerintahan Islam yang dipimpin dan diperintah oleh
Nabi Muhammad saw.Maka setelah itu Yathrib pun ditukar namanya menjadi
Madinah Al-Munawwarah. Dan sejak itu secara rasmilah baginda saw
menjadi ketua Negara Islam yang berpusat di Madinah.
Istilam al-hukm lebih merupakan revolusi [ Inqilabiyah ] sosial dan politik secara damai. Disebut revolusi kerana terjadi perubahan secara cepat dan mendasar. Sejak terjadinya istilam al-hukm dan pendirian negara Islam di Madinah,lalu telah terjadi pelbagai perubahan mendasar.
Sebelumnya,
Orang yang membuat hukum dan peraturan adalah manusia, kini berubah
iaitu pembuat hukum adalah Al-Khaliq. Hukum-hukum yang berasal dari
{fikiran manusia Arab} pun diganti dengan hukum Allah Swt. Hal ini
ditunjukkan dengan turunnya ayat-ayat madaniyah tentang berbagai
persoalan masyarakat di Madinah.
Peradaban baru pun muncul. Budaya masyarakat Arab yang menghalalkan
minuman keras, membunuh bayi perempuan hidup-hidup, menampakkan aurat,
pergaulan bebas, pengurangan sukatan dan timbangan dalam
perdagangan/jual-beli dan penzinaan,semuanya berubah menjadi haram
setelah ' istilam al-hukm'.
Mulai dari peribadatan hingga tatacara berperang berubah menjadi islami.
Istilam al-hukm mengubah peribadatan kepada manusia menjadi peribadatan
hanya kepada Allah Swt. Dalam medan peperangan contohnya,{perang ketika
itu (sebelum kedatangan Islam) membolehkan segala cara, maka Islam
datang dan mengubahnya}, di antaranya ialah tidak boleh membunuh
anak-anak, perempuan, dan orang tua,tidak boleh merosakkan kebun, tidak
boleh menebang pohon yang tengah berbuah.
Hubungan antara kabilah yang sebelumnya dilandasi semangat sukuisme berubah menjadi hubungan yang didasarkan pada akidah Islam.
Perubahan dalam bidang sosial dan politik pun terjadi. Peradaban Jahiliah diganti dengan peradaban Islam.
Secara ringkasnya, pemahaman [ mafahim ], tolok ukur [ maqayis ], dan keyakinan [ qana'at ] yang diterapkan di tengah-tengah masyarakat berubah menjadi penerapan mafahim, maqayis, dan qana'at Islam.
Dengan demikian, tahapan
dakwah istilam al-hukm zaman Nabi saw menunjukkan bahawa istilam
al-hukm lebih merupakan revolusi sosial dan politik secara damai, tanpa
kekerasan. Itulah revolusi yang dicontohkan Nabi saw, yang mesti
ditempuh oleh kaum Muslimin dalam mengubah masyarakat.
Revolusi Nabi saw tersebut telah menghilangkan kekaburan dan
tanggapan sebahagian orang yang mengatakan bahawa meraih kekuasaan
mesti melalui kekerasan. Kalau dilihat zaman sekarang ini, berbagai
cara pengambilalihan kekuasaan di dunia,terjadi dengan kekerasan,samada
kekuatannya dari dalam mahupun dari luar negeri. Contohnya,yang berlaku
di Afganistan atau Iraq yang mana penguasanya dihancurkan secara
ketenteraan oleh Amerika. Akan tetapi, istilam al-hukm yang dicontohkan oleh Nabi saw merupakan istilam al-hukm yang beradab, bukan ' istilam al-hukm ala Kapitalisme.
Dengan demikian, [i]istilam al-hukm
dalam Islam yang dianjurkan oleh Nabi saw, bukanlah pengambil-alihan
kekuasaan dengan pertumpahan berdarah ataupun kekerasan, bukan pula
pengambil-alihan kekuasaan dengan mencampuradukkan kebenaran dengan
kebatilan yang ada dalam sistem sekarang,samada Sistem Demokrasi[
kapitalisme ] mahupun [Sistem Sosialisme/komunisme] . Istilam al-hukm dalam
Islam merupakan penerimaan kekuasaan dari umat secara damai dan
sukarela untuk menerapkan hukum Allah swt atas mereka.[/i]
Tahapan Menuju Istilam al-Hukm
Pada zaman sekarang ini,dunia tengah dikuasai oleh ideologi
Kapitalisme, yang didasarkan pada akidah sekularisme. Sekularisme
bererti memisahkan agama dari kehidupan masyarakat dan negara. Agama
hanya diberikan peranan dalam aspek kerohanian manusia semata. Maka,
hukum dan aturan hidup dibuat oleh manusia. Akibatnya, setiap orang
bebas mengambil apa yang dipercayainya baik, benar, atau maslahat bagi
dirinya. Muncullah fahaman liberalisme,samada dari segi sosial,
politik, ekonomi, mahupun budaya. Dalam konteks negara, ideologi ini
menjadikan Negara tersebut sebagai negara korporat ( corporate state ),
yakni negara yang mengabdi pada kepentingan kapitalisme. Inilah dasar
atau prinsip hukum Jahiliah yang dewasa ini mendominasi dunia.
Jadi, perubahan sosial yang mesti dilakukan adalah dengan mengganti
tatacara kehidupan kapitalisme dengan tatacara kehidupan Islam. Untuk
itu, kepemimpinan kapitalisme/sekularisme mesti diganti dengan
kepemimpinan Islam. Dengan kata lain, perlu adanya istilam al-hukm.
Istilam al-hukm tidak boleh terjadi secara tiba-tiba, ia memerlukan proses.
Pertama
: Nabi saw telah mencontohkan kepada kita berkenaan proses tersebut
yang mesti menjurus pada prinsip: kekuasaan ada di tangan rakyat [ as-sulthan li al-ummah ]. Maknanya, istilam al-hukm
[penerimaan kekuasaan] bagi penerapan Islam,akan terjadi jika ada
dokongan daripada umat. Dokongan ini akan semakin kukuh dan kuat,jika
pendangan dan kesedaran umum di tengah-tengah masyarakat adalah
pandangan dan kesedaran serta kerinduan untuk menyelesaikan berbagai
permasalahan menurut Islam sehingga tertegaknya seluruh hukum dan atuan
Allah swt yang dapat menyelesaikan segala permasalahan manusia. Jika
dokongan dan pandangan serta kesedaran demikian terjadi,nescaya tidak
akan ada pihak manapun yang dapat menggugatnya. Di sinilah pentingnya
untuk terus-menerus berdakwah agar dapat memberi kesedaran kepada umat
bahawa satu-satunya penyelesaian bagi krisis multidimensi hanyalah
Islam. Sepertimana kaedah syara yang telah menyatakan: "Haisuma yakunu asy-syar'u takunu al-mashlahah" [Bilamana hukum syara' diterap dan dilaksanakan,pasti akan ada kemashlahatan].
Kedua
: Kesedaran politik rakyat seperti itu tidak mungkin terbentuk tanpa
adanya organisasi atau parti politik yang berideologikan Islam yang
senantiasa terus berdakwah memberikan kesedaran kepada umat dan
memimpin agar terjadinya perubahan. Dengan adanya penjelasan konsep dan
tatacara perubahan yang dijalankan organisasi atau parti politik
ideologi tersebut, nescaya rakyat semakin mudah untuk memberikan
dokongan atas dasar kesedaran.
Ketiga : Disamping itu juga, perlunya ada dokongan dari kalangan pemilik kekuatan [ ahlul quwwah
] yakni dari berbagai kalangan, termasuk ketenteraan. Kerana itu,
dakwah untuk memberikan kesedaran politik Islam kepada ahlul quwwah
juga amatlah penting.Jika dokongan umat terwujud, begitu juga halnya
dengan pandangan dan kesedaran umum untuk tegaknya Islam terbentuk,
organisasi/parti politik ideologi yang memimpin perubahan hidup di
dalam masyarakat, serta didokong oleh para ahlul quwwah , maka penerimaan kekuasaan [ istilam al-hukm
] dari rakyat oleh orang-orang yang dipercayainya akan menerapkan Islam
dan menggantikan sistem Sosialisme-Komunisme atau
DemokrasiKapitalisme/Sekularisme,hanyala
Jelaslah, istilam al-hukm
merupakan langkah puncak bagi perjalanan dakwah. Keberhasilan tegaknya
Islam secara kaffah bergantung pada keberhasilan dalam proses istilam al-hukm
. Kerana itu, persiapan yang bersungguh-sungguh dan mantap amat penting
dalam merealisasikan tahapan dakwah yang terakhir ini iaitu tahapan istilamu al-hukm. Wallahu A'lam Bi Ash-Shawab
[perkongsian dari sahabat ]
No comments:
Post a Comment