> Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat
 > dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua,
 > guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
 > Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji
 > Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185).
 >
 > Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari
 > diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan,
 > matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua
 > jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah
 > "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak
 > mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan
 > hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
 >
 > Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang
 > paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi,
 > dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling
 > besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita
 > harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke
 > neraka.
 >
 > Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada
 > yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar,
 > kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang
 > AMANAH"(Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua
 > tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi
 > khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi
 > permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia
 > tidak mampu memegang amanahnya.
 >
 > Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling
 > ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan
 > daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di
 > dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan
 > solat, meeting dan sebagainya.
 >
 > Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali
 > adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab
 > dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling
 > tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti
 > hati dan melukai perasaan saudara sendiri.
No comments:
Post a Comment