♥♥Lebaran ukhwah♥♥

GAZA : Dimana peranan kita

Monday, August 4, 2014

Hari ini dunia Islam terus diuji dengan pelbagai dugaan. tetapi disebalik dugaan yang menimpa, terselitnya hikmah yang sukar untuk didugai. Palestin, sebuah negara Islam kian lamanya berada di dalam penindasan dan terkini mereka dilanda perang di antara hak dan batil. Puluhan tahun mereka berada di dalam penindasan walaupun berada di negara sendiri, tapi kini mereka bangun demi mencari keadilan yang digelapkan oleh semua pihak.

Hari ini, jmlah kematian sudah mencecah angka 2 ribu. Antara yang menjadi mangsa keganasan puak zionis laknatullah ini adalah kanak-kanak, kaum hawa, pusat-pusat perlindngan, hospital, disamping sekolah-sekolah yang menjadi sasaran utama mereka. Peperangan ini boleh dikatakan diantara hak dan batil kerana pihak rejim zionis mencabul perjanjian yang telah disepakati pada April lalu.

BOIKOT

Hari ini, Allah memperlihatkan kepada kita bagaimana orang muslim membantu saudaranya yang dalam kesusahan. Kita boleh melihat bagaimana negara Saudi, Mesir, Jordan dan Syria membantu jiran mereka. Keikhlasan dan nilai keimanan yang ditonjolkan oleh mereka adalah nilai hawa nafsu yang hanya nampak keindahan dunia. Mesir dan Saudi sehingga kini tidak menghulurkan bantuan walaupun hanya kata-kata semangat terhadapat rakyat Palestin bahkan mereka menambahkan lagi penderitaan dengan larangan-larangan yang bersifat tidak berperikemanusia. Pintu sempadan, bantuan ubat-ubatan semanya dilarang ke Palestin bahkan rakyat mereka akan didenda sekiranya memberikan sokongan kepada Palestin.

Apa yang boleh kita lakukan, bagi yang tidak terlibat dalam urusan diplomasi ini adalah dengan usaha membantutkan ekonomi para penyokong regim zionis. Jika kita melihat apa yang dilontarkan oleh Presiden Amerika, Barak Obama dan setiausaha PBB berkaitan isu Palestin, adalah mereka hanya bermuka-muka ingin menegakkan keadilan dunia  tetapi pada hakikatnya mereka adalah iblis kepada kehancuran Islam.

Kini banyak usaha yang dilakukan oleh masyarakat dunia diantaranya adalah meboikot produk penyokong kezaliman. Saya menyokong sepenuhnya usaha ini, kerana langkah ini adalah langkah yang betul dan wajar diambil oleh semua pihak terutamanya kerajaan Malaysia yang sudah lama menjalinkan hubungan diplomasi dengan regim zionis agar memberhentikan dengan kadar segera ntuk menyelamatkan rakyat Palestin khususnya di Gaza. Negara Islam mempunyai kekuatan tersendiri tetapi kekatan itu tidak mampu dikuatkan dengan sokongan orang bukan Islam melainkan kita sendiri. melihat tindakan lambat dan sengaja dilambatkan oleh kerajaan Malaysia ini memberikan gambaran bahawa kita menjaga periuk nasi berbanding nyawa yang dinodai. Paparan di akhbar Sinar Harian ini menunjukkan kebergantungan Malaysia dengan Israel amatlah erat.

Mulakanlah usaha boikot ini dari sekecil perkara dalam kehidupan dan mencari altenatif itu adalah perlu disamping kita memprodukkan buatan negara sendiri. Dalam artike ini memberikan sedikit maklumat berkaitan kekuatan kita mampu melumpuhkan ekonomi mereka.

Sebaran Maklumat

Disamping usaha kita memboikot, usah lupa sebaran maklumat itu juga memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pengetahuan kepada umum. Hanya dengan maklumat yang disampaikan itu mampu membuka langkah kepada perubahan.

Masihkah kita mengharapkan kaum kuffar dalam membina Islam ? Sama-sama fikirkan disamping tindakan yang perlu diambil. Kullunamaak !!!



Artikal tambahan
  1. Henti dagang dengan Israel 
  2. Facebook tapis perihal Gaza
  3. Putuskan dagangan dengan Israel
  4. RM2.87b nilai dagangan Malaysia Israel
  5. 1822 Orang jumlah yang telah terbunh di Gaza

Tuntutan Keadilan

No comments:

 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews