♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah

Wednesday, May 26, 2010

tekan gambar utk kejelasan
Tulisan Ustaz Dr Fathi Yakan
Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang dikenali.
Beliau adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam tahun 50-an,
berkelulusan PhD dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr Fathi
Yakan telah mengarang lebih dari 35 buah buku, sebahagian besarnya
telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.
Internet
merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah
yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan
menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan
adalah garis pemisah antara keduannya.
Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet
mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan
bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan
ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia
boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas
manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada
seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.
Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:
Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)
Dan firman maksudnya:
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.
(al Baqarah 143).
Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet
dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan
syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta
laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu
perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.
Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa
bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan
dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini
memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu
bilion kali.
Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa
sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion
dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya
terhadap betapa besarnya bencana ini: “biasanya pelayaran internet
bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan
disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya”.
Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.
Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat
dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum
memasukinya.
Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa
diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia
tidak menyedarinya.
Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan
mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas
dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah
kerugian yang nyata.
Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.
Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam
laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup
dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap
masa.
Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau
direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu
keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.
Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya
daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu
sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan
kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat.
Kemudian dengan memelihara keberterusan “muraqabah” dan “muhasabah”
serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan
akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan
keajaiban ini.
Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w
secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi
bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan
malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati
manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman
pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang
dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak
dan agama mereka dengan habuan dunia.
(hadis riwayat Ahmad)
Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan
berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut.
Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada
zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan
kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami,
ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu
kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.

2 comments:

uNcLeJoE said...

semoga Dia sentiasa bersama ketika ini juga...Allahu maak..

izas said...

amiin...memag terasa kehilangannya... :(

There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

Archives

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews