♥♥Lebaran ukhwah♥♥

BOIKOT!!!BOIKOT!!!Jaisu Ya Ya Hud

Tuesday, January 27, 2009

FAKTA-FAKTA PENTING
  • Kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh Rejim Yahudi yang disokong Kerajaan Amerika terhadap kemanusiaan dan negara-negara lemah telah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.
  • Mereka pula disokong kuat dengan bantuan moral dan kewangan yang besar oleh banyak syarikat-syarikat penyokong dan berkepentingan Yahudi yang tidak bermoral, tidak bertanggung jawab dan semata-mata “ mempergunakan pengguna” yang sering dilayan tak lebih dari haiwan (goyim).
  • Sebagai manusia yang adil, pengguna bijak dan menjaga maruah kita, seharusnya kita berurusan dengan syarikat yang menghormati hak kemanusiaan dan kepenggunaan. Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.
  • Atas kesedaran ini, rasanya tidak cukup untuk kita sekadar “ mengutuk” Rejim Israel. Setiap daripada kita yang sedar dan ingin melakukan sesuatu untuk menghentikan keganasan dan kezaliman ini dapatlah memainkan peranan dengan menyertai boikot terpilih bagi menyampaikan isyarat kepada mereka yang buta perasaan dan hati ini.
  • * Demi keamanan & kesejahteraan kemanusiaan sejagat bersatu kita BOIKOT 3 buat permulaan, 3 produk pilihan yang terbukti menyokong dan berkepentingan Yahudi dipilih sebagai produk yang akan diboikot bagi memberi fokus dan memudahkan kita mengukur keberkesanan kempen boikot produk penyokong dan berkepentingan Yahudi bagi menentangi keganasan dan peperangan.
  • Asas pemilihan 3 syarikat ini adalah kerana terdapat banyak lagi produk altenatif, produk tidak kritikal, produk tidak membawa kebaikan selain daripada dasar syarikat dan produk yang amat tidak beretika..
  • Jika jualan mereka boleh dijejaskan dengan boikot ini, syarikat-syarikat lain juga akan berfikir 2 kali kali sebelum meneruskan sokongan mereka kepada Rejim zalim ini.
  • Perjuangan ini dibawa dan didokong bersama: MAPAN, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, AMAN MALAYSIA, PRESMA, KIMMA, IIS, Yayasan Kerjaya Malaysia, parti-parti Politik, NGO-NGO Kemanusiaan & Keamanan, individu-individu yang inginkan kedamaian serta rakyat Malaysia prihatin yang tidak dapat disenaraikan.
  • “ Penyokong kepada musuh kita adalah musuh kita jua.” Perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan kemanusiaan sejagat adalah tanggungjawab kita bersama dan memerlukan sedikit pengorbanan. Ianya boleh dilakukan sebagai agenda kita bersama walaupun kita mempunyai fahaman, ideologi dan keturunan yang berbeza.Mari kita buktikan kita boleh lakukan sesuatu dalam perjuangan membawa keamanan dan masa depan kita bersama!


Sumber:muslimconsumer.org

Zionis boleh runtuh melalui kuasa ekonomi?

Thursday, January 8, 2009


Kenyataan Tzipi Livni pada 4 Januari lalu amat keras bersulam benang kesombongan dan dengan congkaknya, Livni berkata, itulah padahnya jikalau Hamas berani menyentuh Israel lagi.

Boikot Israel

Kata Livni, "Saya harap hasil daripada operasi (membedil Gaza) ini akan memberi kesan jangka panjang. Saat mereka melepaskan tembakan, kita akan membalas dengan serangan besar-besaran.
Mungkin beberapa operasi diperlukan bagi mencapai matlamat ini. Kita telah lama berjuang dan kita mesti lakukan secara kekerasan dari semasa ke semasa."
Dalam tulisan yang lalu, telah kita sentuh tentang kedudukan, sikap dan perawakan Livni yang tidak ubahnya seperti Golda Meir; seorang wanita yang menjawat jawatan Perdana Menteri Israel itu. Ramalan dunia terhadapnya ternyata tepat dan ada kebenarannya.
Livni dalam wawancara bersama sebuah stesen penyiaran Israel itu telah secara lantang, menolak perbincangan bersama Hamas. Menurut Livni, selama ini dia cuma berpura-pura bagi memastikan seluruh dunia memandang kerajaan Hamas sebagai tidak sah.
"Saya menolak mengadakan perbincangan dengan Hamas. Sejak Hamas berkuasa tiga tahun lalu, saya hanya berpura-pura agar seluruh dunia melihat Hamas sebagai tidak sah. Helah itu berjaya dan saya tiada hasrat untuk menukarkannya sekarang," katanya.
Di sebalik kesombongan itu, Livni juga mengakui bahawa mungkin rejim Israel tak akan dapat mencapai apa-apa yang dicita-citakan mereka melalui serangan itu. Wawancara itu berlaku, kira-kira sehari sebelum berlakunya serangan darat di Gaza.
Boikot Israel
Amerika melalui dutanya ke PBB, Alejandro Wolff, telah pun mengecam Hamas dengan berkata, "Majlis Keselamatan beberapa kali melahirkan kebimbangan mengenai serangan Hamas ke atas Israel."
"Piagam pertubuhan ini menghormati hak setiap anggota mempertahankan dan hak Israel mempertahan diri tidak boleh dirunding," kata Wolff lagi. Sikap ini menunjukkan kepada kita dengan jelasnya bahawa umat Islam tak boleh lagi mendesak badan bukan Islam itu menerajui apa-apa perubahan di wilayah bergolak itu.
Kuasa besar Islam di mana?
Prof Dr Ahmad Atory Hussain dalam suatu wawancaranya berkata, berkata, umat Islam hari ini tidak boleh lagi berharap kepada orang bukan Islam bagi menyelesaikan masalah mereka sendiri.
"Orang Islam dan Palestin mesti selesaikan masalah sendiri. Saya lihat, orang-orang Arab asyik salahkan Barat. Tapi, masalah dalaman mereka sendiri, tak pernah diperbaiki.
"Selain itu, mesti wujudkan kuasa besar Islam atau dua buah tiga negara Islam yang mesti disokong orang Islam sendiri. Bukan untuk berperang tapi cukup sekadar menggerunkan Amerika," kata beliau lagi.
Selain itu, tambah Dr Ahmad Atory, masyarakat atau negara bukan Islam seperti Rusia, Perancis dan China keruh hubungannya dengan Amerika dan Israel perlu dilibatkan.
Di samping itu, kita dapat melihat betapa betapa banyaknya syor dan cadangan itu. Sama ada syor itu bersifat tindakan yang boleh dilaksanakan di peringkat rakyat bawahan atau pun peringkat kerajaan atau pihak atasan.
Contohnya, Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar diwujudkan suatu pasukan tentera pengaman OIC sendiri. Tapi syor begini, siapa yang mahu lobi agar ia dapat diwujudkan? Idea banyak, tetapi seolah-olah tiada orang yang menggerakkan, melobi idea itu.
Misalnya, pendapat Dr Ahmad Atory tadi, rasanya pernah disuarakan oleh bekas Presiden Iran, Khatami dahulu dengan namanya Islamic Union yang mirip kpeada European Union (EU), iaitu sebuah pakatan ekonomi dan politik di rantau Eropah.
Hasil pakatan EU itu antaranya telah melahirkan mata wang Euro sebagai saingan kepada mata wang Dollar Amerika.
Mahathir tidak endahkan Islamic Union?
Tapi, Mahathir tidak endahkan gagasan itu dan akhirnya gagasan itu sepi begitu saja. Dan dalam kalangan pemberita, wartawan arus perdana pula tidak tergerak pula mereka untuk menggarisbawahkan isu itu menerusi akhbar mereka.
Tetapi akhir-akhir ini, dalam kenyataan terbaru, Dr Mahathir kembali semula dengan idea memulaukan mata wang dollar Amerika itu. Ini sememangnya syor yang baik juga.
Mahathir berkata, antara lain kenapa Dollar Amerika mesti dipulaukan, ialah kerana mata wang itu tiada disandarkan apa-apa nilai terhadapnya.
"Jika anda berhenti mengguna matawang itu, Amerika tak dapat berdagang dan tak dapat banyak duit. Dengan ini, negara itu akan terus menjadi miskin dan Amerika akhirnya akan berhenti menghasilkan senjata-senjata," katanya.
Tetapi, Mahathir mengakui bahawa usaha memulaukan matawang Amerika ini menuntut kepada hubungan kerjasama yang erat di seluruh negara di dunia.
Adakah Mahathir atau Yayasan Perang Jenayah KL Yayasan Kepimpinan Perdana berdaya membawa seruan ini kepada negara-negara dan mampu melobi tindakan ini kepada seluruh kerajaan?
"Tindakan ini tidak terbatas kepada Malaysia saja. Ini tidak akan berkesan. Seluruh dunia mesti terlibat. Kerajaan-kerajaan tak akan bertindak kerana mereka takut kepada Amerika Syarikat," kata beliau seperti menyindir dan mencabar kerajaan Malaysia sendiri.
Adakah Tun Mahathir boleh menyarankan kepada Najib sebagai Menteri Kewangan agar tidak lagi mengguna mata wang dollar Amerika dalam urusan perniagaan sedunia.
Tidak salah ingatan saya, Mahathir pernah menggesa agar ringgit Malaysia diikat kepada RM3.30 untuk setiap dollar Amerika, tetapi Najib berkata bahawa ringgit Malaysia mahu nilai ringgit itu teruskan ditentukan oleh pasaran sahaja.
Tak salah ingatan saya juga, Iran sudah menjalankan urusniaga minyak dalam mata wang Euro dan bukan lagi Amerika Syarikat. Adakah kita bersedia menggunakan Euro?
Tak salah saya juga ada satu laporan menunjukkan bekas Perdana Menteri itu menyimpan sejumlah wang di dalam akaun bank di Israel. Adakah wang itu masih tersimpan atau pun sudah dikeluarkan, tidaklah diketahui pula.
Inilah antara masalah kita sekarang. Watak-watak yang mempunyai buah fikiran terbaik, tetapi ternyata ada konflik lewat tindakannya yang tersendiri.
EU sudah wujudkan Euro. Jika wujud Islamic Union itu, mungkin boleh ada wang dinar emas yang akan dipersetujui pemakaian dan penggunaannya dalam hubungan kerjasama perdagangan antara negara-negara Islam. Tun Mahathir juga setuju dengan dinar ini.
Perjalanan kita membantah Israel sungguh panjang. Tapi, umat Islam masih gagal meraih wacana yang betul-betul kuat dan mantap. Yang tidak banyak melibatkan pemikiran agak senang dilakukan seperti membakar bendera dan berdemo.
Sedangkan, dalam 60 tahun belakangan ini (1948 hingga 2008) pemikir-pemikir Yahudi Zionis telah menyusun protokol-protokol mereka mengguna pemikiran yang tinggi. Jadi, seminggu berdemo dengan semata-mata tenaga belum tentu dapat menyaingi mereka.
Boikot Israel

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN - Part 1

Monday, January 5, 2009

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.
Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.
FADHILAT PUASA RAMADHAN
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN
1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal
Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.
2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)
3. Puasa pada bulan Muharram
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)
5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

Bacalah Doa Ini

Saturday, January 3, 2009

السلام عليكم
دعاء
Bacalah doa ini selalu untuk kesenangan umat Islam:
1) Ya Allah Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mulia,yang Menjadikan langit dan bumi.
2) Ya Allah, curahilah kesejahteraan ke atas penghulu kami nabi Muhammad dikalangan golongan terdahulu.
3) Ya Allah, curahilah kesejahteraan ke atas penghulu kami nabi Muhammad di kalangan golongan terkemudian.
4) Ya Allah, curahilah kesejahteraan ke atas penghulu kami nabi Muhammad pada setiap masa dan ketika.
5) Ya Allah, curahilah kesejahteraan ke atas penghulu kami nabi Muhammad di kalangan para malaikat sehingga hari kiamat.
6) Ya Allah berikanlah kepada kamirasa takut dan gerund terhadap-Mu yang menjadi penghalang antara kami dan perkara maksia terhadap-Mu.
7) Ketaatan kepada-Mu yang menyampaikan kami kepada syurga-Mu.
8) Keyakinan yang menjadikan kami merasa ringan ujian yang menimpa kami di dunia ini.
9) Ya Allah anugerahkanlah kami pendengaran dan kekuatan yang baik selagi kami hidup.
10) Jadikanlah kami semua ini penganti kami dan tuntut belalah untuk kami terhadap yang menzalimikami.
11) Bantulah kami menghadapi musuh-musuh kami.
12) Janganlah Engkau jadikan kami kecelakaan pada agama kami,
13) Janganlah Engkau jadikan dunia ini keinginan kami yang paling besar daN matlamat akhir kami ilmu.
14) Janganlah Engkau jadikan kami dikuasai orang yang tidak takut kepada-Mu dan tidak belas kasihan pada kami kerana dosa-dosa kami.
15) Yang Allah Tuhan Yang penyayang,yang mempunyai Arsy yang mulia, yang melakukan apa yang dikehendaki-Nya.Kami memohon dengan kemulian-Mu yang tidak akan hancur, dengan cara-Mu yang tidak akan hilang, dengan kerajaan-Mu yang tidak akan hancur, dengan cara-Mu yang memenuhi seluruh ‘Atsy-Mu’ agar Engkau membantu saudara kami dalam parti Islam menghadapi pilihan raya.
16) Ya Allah tuhan yang menurunkan kitab, yang pantas menurunkan perhitungan-Nya, yang mengalahkan musuh-musuhNya, kalahkan kumpulan kafir dan sekutu-sekutunya.
17) Ya Allah kalahkan mereka dan belalahkami dalam perjuangan menghadapi mereka.
18) Ya Allah perlihatkan lah pada kami kuasa-Mu terhadap musuh-musuhMu seperti hari yang kelam sebagaimana yang Engkau lakukan terhadap kaum ‘Ad.
19) Ya Allah perlihatkanlah pada kami keajaiban kuasa-Mu terhadap mereka.
20) Ya Allah mereka tidak akan melemahkan kamu, maka jadikanlah kesudahan mereka sebagai pengajaran untuk semua manusia.
21) Ya Allah berikanlah kemenangan kepada agama-Mu untuk memerintah NEGARA ini.
22) Ya Allah Engkau mengetahuisaudara kami dalam parti Islam, mereka tidak akan inginkan kedudukan dan pangkat semata-mata.Ya Allah berikanlah mereka dapat memerintah Negara ini berpandukan agama-Mu, Ya Allah tuhan semesta alam.
23) Ya Allah teguhkanlah umat islam ini dengan petunjuk yang menjadikan orang yang Engkau menjadi mulia dan orang yang menderhakai Engkau menjadi hina.
24) Ya Allah kami memohon kepada Engkau agar menolong saudara kami dalam parti Islam menghadapi pilihanraya ini.
25) Ya Allah mudahkanlah kepada saudara kami setiap kesulitan yang dihadapinya.
26) Ya Allah berikanlah kepada mereka kemenangan yang Engkau janjikan kepada hamba-Mu yang soleh.
27) Ya Allah jadikanlah pilihanraya ini suasana yang tenang dan selamat untuk saudara kami dalam parti Islam di samping tiada penipuan yang berlaku dalam pilihanraya ini.Ya Allah Tuhan semesta alam.
28) Ya Allah campakkanlah ke dalam hati manusia agar mencintai pemimpin Islam.
29) Ya Allah terangkanlah hati manusia agar menyokong mereka,Ya Allah tuan semesta alam.
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews