♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Tips Menghafaz Al-Quran

Friday, March 12, 2010

aSSALAMualaikum, apa khabar kalian semua..Lama agaknya tidak mendengar berita dari kalina semua..Mesti ada yang dah bersalin..hihi..lawak je..Hah mesti kengkawan yang baru mengambil result tu ada yang happy ada yang rasa nak terbang, n tak lebih kurang ada yang rasa kecewa..Janganlah berasa terlalu sedih sangat.Kalian dah berusaha dan itulah hasil yang kalian perolihi.Hisablah kembali apa yang tak kene dalam perancangan dahulu dan perbaikinya dalam masa akan datang.Hidup ini mesti diteruskan.

Disamping ini saya teringin mengkongsikan sedikit bahan bacaan yang telah saya baca.Rasa macam baguz plak kalu saya kongsi bersama kalian.Niat ni mesti baguz punya.Sape yang tak nak.

Sebenarnya menghafal al-Quran ni bukanlah sukar sangat,yang penting kemahuan dan cita-cita mengatasi segalanya.


1-BETULKAN NIAT


Ramai orang yang menghafaz al-Quran tidak menjaga niat mereka. Ada diantara kita yang menghafaz al-Quran semata-mata untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran. Perkara ini banyak berlaku dipusat pengajian tinggi yang menghafaz hanya sekadar untuk meluluskan diri dalam peperiksaan.Dari sudut peperiksann itu adalah normal dan amat baik tetapi dari sudut keagamaan ia bertentangan dengan konsep penghafazan al-Quran. Sebenarnya, kita mesti menjaga niat menghafaz al-Quran hanya untuk meraih keredhaan ALLAH, semoga ia mampu menolong kita untuk memasuki Jannah-Nya dan mendapat keampunan buat diri dan seluruh keluarga kita,amin.


2-ISTIQAMAH

Setiap ibadat itu, perlukan sifat istiqamah atau berterusan. Di dalam penghafazan al-Quran, istiqamah merupakan asas tunjang yang amat kuat. Tanpa istiqamah, PERCAYALAH, hafazan seseorang itu akan rosak dan hilang begitu sahaja. Para penghafaz sudah tentu tahu hukum menghafaz al-Quran kemudian diabaikan sehingga lupa. Sebagai contoh, istiqamah dalam muraja'ah atau mengulang sejuzuk sehari,insyaALLAH hafazan kita akan ingat berkekalan jika ISTIQAMAH.


3-BERAMAL

Beramal dengan setiap ayat yang dihafaz adalah salah satu syarat untuk menjadi penghafaz cemerlang. Setiap ayat mestilah difahami maknanya dan diteliti takwilnya agar kita mendapat kefahaman yang betul berlandaskan syariat. Sebahagian ayat al-Quran menyeru melakukan kebaikan dan sebahagian lagi menyeru meninggalkan kemungkaran. Oleh itu ,berpeganglah dengan apa sahaja yang diperintahkan al-Quran, mengikut kemampuan yang kita miliki. Kita akan dapati betapa manisnya nikmat menghafaz al-Quran jika kita tahu kelebihannya.


4-PERDENGARKAN BACAAN KEPADA TEMAN

Gunakan sedikit masa yang ada untuk memperdengarkan bacaan kepada teman (yang juga menghafaz al-Quran) kerana ini akan menjaga hafazan agar tidak mengalami kesilapan.
Kita mungkin tidak sedar jika kita membaca dengan silap. Jika diteruskan kesilapan itu takut akan bertapak dengan kuat dihati kita.Ini akan mengundang masalah untuk membetulkannya.Tetapi jika selalu diperdengarkan kepada teman-teman insyaALLAH kesilapan akan dapat diperbaiki sebelum melekat di ingatan.


Kan Sejuk lihatnya!!i


5-SETIA PADA SEBUAH AL-QURAN

Mungkin ini pelik bagi orang biasa, namun tidak pelik bagi penghafaz al-Quran.Tabiat suka menukar al-Quran masa ke semasa boleh menganggu hafazan kita. Ia akan memeningkan kita dari segi mengingati struktur ayat, kerana setiap al-Quran mempunyai pelbagai saiz. Ia juga mempunyai perbezaan dari segi waqaf dan sebagainya. Ini akan membuatkan kita ragu dengan hafazan sendiri. Seeloknya, kita mesti tetap berpegang kepada satu al-Quran sahaja sehingga hafazan kita benar-benar kukuh dan bersemadi di hati. Disamping kita menetapkan fokus struktur ayat, ia juga akan menjadi berkat.


6-ULANGI BACAAN SETIAP HARI

Bagi memantapkan hafazan, kita wajib mengulang hafazan lalu setiap hari, jangan sesekali menjalani hidup tanpa muraja'ah kerana ini akan melunturkan hafazan sedikit demi sedikit. Kata seorang ulama', sehari kita meninggalkan al-Quran seminggu dia akan meninggalkan kita, seminggu kita meninggalkannya sebulan dia akan meninggalkan kita pula, apatah lagi jika meninggalkan sebulan, maka setahun jadinya. Perkara ini sudah tentu dirasai penghafaz al-Quran. Jadikanlah ia sebagai pedoman agar kita tidak meninggalkan muraja'ah.


7-ULANGI BACAAN DLM SOLAT


Mengulang hafazan didalam solat seharian akan menguatkan ingatan kita terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz. Jangan biasakan diri membaca ayat-ayat lazim sahaja, biasakan diri membaca surah-surah yang telah dihafaz dalam solat. Ini akan mengukuhkan lagi ingatan hafazan kita, kerana waktu itu kita tidak memegang al-Quran ditangan,dan akan menjadi khusyuk di dalam bacaan dan berusaha untuk membacanya dengan baik supaya tidak merosakkan pahala solat kita. Ini adalah salah satu latihan buat huffazul Quran agar membiasakan diri mengulangi tanpa berpegang kepada kitab al-Quran kerana orang yang mengulang hafazan tanpa al-Quran ditangan lebih hebat dari yang mengulang dengan al-Quran ditangan.

Sebagai panduan yang bukan sahaja untuk semua malah para hamlatal Quran lainnya. Sesungguhnya nikmat kemanisannya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

sumber>>MissIslam

Kadang Kala.....

Wednesday, March 10, 2010





Kadang kala...

Kadang kala

ketika kita menangis

tiada orang nampak tangisan kita


Kadang kala

ketika kita sedang menderita

tiada orang nampak derita kita


Kadang kala

ketika kita risau

tiada orang nampak kerisauan kita


Kadang kala

ketika kita gembira

tiada orang nampak kegembiraan kita

-

-

-

-

-

-

-

-

-

tapi kalau KENTUT!! Sekali je cukup....



Semua orang tau!!

Hahahaha!!

GOTCHA!!!

Korang ingat ni nak buat cerita menyayat hati ker?

Tahap Kritikal Gejala Murtad Di Malaysia

Saturday, March 6, 2010


"Nauzubillah... jauhkan lah anak dan cucu kita dari golongan kafir seperti ini... amin...








Muslimin
dan muslimat....................,
Sebarkanlah walau sepotong ayat.

Wassalam
Just forwardkan utk makluman kita semua...sampaikanlah kepada smua umat islam..kalau korang rajin translatekanlah kepada B.I...Memang tahap kritikal gejala murtad ini di Malaysia...Marilah kita memberi peringatan agar dijadikan sebagai batu semangat agar kita membanteras dakyah mereka..Berapakah angka yg dikeluarkan oleh kerajaan yg mengatakan murtda..Sampai
beratus-ratus ribu pulak...Nauzubillah...

Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah,Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan kepada

1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.

Seorang bekas paderi Abd Ra! hman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun.En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok,
2. Tidak boleh minum arak,
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah,
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini
. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN

HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah walau satu ayat pun. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhn! ya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yg paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yg bertukar agama, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Keduanya, kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yg membabitkan remaja belasan tahun. Pada minggu lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik
seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yg bersekolah di sebuah sekolah di Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dgn seorg yg berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 org remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yg diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya di tepi highway ! Cheras); diajar dan diKristiankan oleh dua orang paderi wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut. Remaja-remaja tersebut diatas sekarang berada di Ulu Yam untuk pemulihan akidah. Kalau kita semua boleh recall, pada beberapa tahun lepas, terdapat seorg paderi Melayu yg bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih ramai warga Melayu di sini.



Terdapat satu kes; recently; dimana seorang anak Tan Sri telah melahirkan seorg bayi di sebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital tersebut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yg tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan yg pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin ! menamakan bayi tersebut (dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dgn nama yg jelas bukan nama seorg penganut Islam. Jabatan Agama Islan dgn kerjasama Perkim telah berjaya membawa 'lari' wanita & bayi tersebut ke Selangor; dan ditempatkan buat masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah keluarga Islam. Walau bagaimanapun, keluarga ini sering didatangi dan dikacau oleh si'claimant' wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang dipulihkan.

Di Kedah yg suatu ketika dahulu sibuk dengan Black Metal , kini terdapat kumpulan baru yg menamakan diri mereka J.I.T. @ Jgn Ikut Tuhan. Mereka juga terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah menolak kepercayaan kepada Allah. Cara mereka men'declare'kan diri mereka free-thinker adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuah Al-Quran. Kemudian mereka akan mengadakan upacara yg berasingan. Remaja lelaki akan menghidupkan unggun api dan akan mengelilingi! unggun tersebut sambil mengoyak-ngoyakkan helaian al-quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan titisan darah mereka kedalam gelas yg telah bercampur dgn darah kambing kalau tak silap). Kemudian minum. Manakala kumpulan perempuan pula, modus operandi utk mengesahkan mereka bukan lagi Islam, ada sedikit kelainan. Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan al-quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita ini, mereka melakukan penzinaan dgn senior lelaki mereka di atas helaian yg koyak tersebut. Mengikut kata Zulkifli, Ketua Puteri kumpulan tersebut telah berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan. Jabatan Agama Islam dgn kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli yg hanyut itu.

di sini saya ingin satu kisah yg saya dapat....

Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman saya sendiri. Saya pernah mempunyai seorang senior ketika belajar di Terengganu dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an! . Dia boleh dikatakan rapat dgn saya. Seorg anak cikgu yg berasal dari Muar. Seorg pelajar yg pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus, beliau pernah ditawarkan utk melanjutkan pelajaran ke US atas "Young Lecturer Scheme". Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yg tidak baik berlaku. Beliau seorg yg patuh pada perintah org tuanya pun bersetuju. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mendpt pekerjaan di sebuah syarikat guaman yg terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah yg sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dgn anak tuan punya syarikat guaman ini; sehingga mengheret dia menjadi seorg penganut Kristian. Setelah berkawin di sebuah gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah dtg mencari saya; dan terakhir yg saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadi seorg penganut Kristian yg setia; rajin ke gereja dan menghayati Bible .

Tujuan saya bukan utk mengaibkan dia, t! etapi untuk kita jadikan sempadan. Kisah Aisyah Bukhari dan kawan saya ini mempunyai persamaan; good religious foundation but got carried away. Missionary agama lain sungguh kuat dari segi bantuan kewangan; sebab itu ia semakin menular sekarang. Dulu, mereka menggunakan issionary mereka dgn cara berbuat baik, mengambil hati, bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar Islam pula yg dijadikan mangsa; kurang pasti cara mereka tackle. Pinta penceramah semalam, agar dapat kita sama-sama mengambil ikhtibar dan melakukan sesuatu yg terbaik untuk masa depan generasi Islam di Malaysia ini. Bagi yg mampu atau yg sudi menghulurkan sedekah; salurkan niat murni kepada PERKIM atau pihak yg berkenaan kerana bantuan yg diterima tidak mencukupi. Dgn caruh dgn adanya sumber kewangan yg kukuh.

P/S:Tolonglah 'forward'kan e-mail ini kepada sahabat-sahabat kita. Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada termakan racun dakyah kritianisasi ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita sendiri.INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH, akan diberkati!

INI ADALAH HANYA SEBAHAGIAN DARI KISAH REMAJA MELAYU KITA YANG MURTAD....TERDAPAT RAMAI LAGI YANG SUDAH TERPESONG AKIDAH MEREKA........Sekarang aku mintak kawan² semua tolong fowardkan artikel ni pada seberapa ramai saudara² seagama kita semoga ia menjadi ikhtibar & peringatan... untuk manfaat bersama.

Jawatan kosong....

Friday, March 5, 2010


Ha...sape yg berminat kene la buat persedian awl2....nak lebih kepuasa klik pada gambar...
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews