♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Kepada Pemuda pemudi Islam!!!

Tuesday, March 24, 2009


Kepada pemuda pemudi islam,yang inginkan islam,bangkitlah!Bantulah sahabat-sahabat kita yang memperjuangkan Islam.Pada 7 April ini,berlangsunglah perebutan kerusi pilihan raya.Maka bantulah mereka sama ada kita sendiri turun padang berkampung di sana mahupun menghulurkan sumbangan kewangan bagi membantu petugas-petugas di sana.Tidak teringinkah kita akan kepimpinan negara terdiri daripada kepimpinan Ulama' ,undang-undang islam terlaksana bagaikan zaman Khalifah terdahulu.Bangunlah wahai sahabat perjuangan!Marilah kita menegakkan syiar islam di dalam negara kita.Sampai bilakah kita hendak dipimpin oleh pemimpin yang tidak mahukan Islam?Oleh itu sedarlah,perjuangan baru bermula.Bersatulah di atas syiar islam untuk memastikan Sinar Islam menyinari bumi Malaysia.Bantulah walaupun dengan hanya berdoa dan melakukan sembahyang hajat bagi memastikan Islam memerintah bumi Malaysia.Lakukanlah dengan seikhlas hati...

Pesanan Untuk Bersama

Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya dapat lagi ana meneruskan pengisian dalam blog ini.Ana mendoakan semoga semua sahabat ana beroleh keputusan yang cemerlang dalam keputusan yang baru di umumkan baru-baru ini.Teruskan berusaha dengan keputusan yang diperolehi dan jangan berasa menyesal dengan apa yang telah berlaku bahkan ambillah ia sebagai batu loncatan dan pendinding bagi diri sendiri.Dengan apa yang diperolehi,pilihlah pilihan yang tepat dengan citarasa diri sendiri untuk masa hadapan.Jangan kita menyesal di waktu yang akan datang dengan apa yang telah kita pilih di waktu kini.Jadilah seorang yang berjaya di dunia bahkan di akhirat juga.Janganlah kita menghampaka harapan orang tua kita.Mereka sebenarnya mahukan kita bersenang di kemudian hari bukan di hari ini.Bak kata pepatah
"Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian,bersakait-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian"

lanjut di rangkaiankasih

Gambar Kenangan Bersama




semakin hari semakin berdebar!!!

Saturday, February 21, 2009

Semakin hari semakin dekat dengan keputusan yang akan keluar tidak lama lagi.Banyak benda kan berlaku selepas ini.Ada yang akan memasuki alam universiti dan pelbagai lagi.Semoga apa yang dipilih oleh sahabat-sahabat betul dengan apa yang dipelajari.Semoga mendapata keberkatan dari Allah.Bidang yang dipilih mestilah berpaksikan agama islam yang tercinta ini.Saya mengucapkan selamat menempuh alam universiti dengan cekal dan tabah.Usah gadaikan agama demi dunia wahai sabahabatku.


 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews