Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk  bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk  sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan  memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam  rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah  berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil  meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka  aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah  putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya  baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu  umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga  mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda  terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga  engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi  kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang  hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah  S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada  keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di  mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka  sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan:  "Aduhai anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk  hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah  r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia  diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum  kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para  kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta  dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi,  "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah  dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu."
  | 
| Sudahkan KITA bersedia??~sekadar hiasan | 
Maka bersabda Rasulullah  S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah  ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka  keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan  pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama  melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu  rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan  suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak  mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta  kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab  di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air  disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh  Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan  janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab  lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi  Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku  dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."
Apabila  telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kapan serta tempat  kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang  memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku  sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab  ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku  dipisahkan dari mereka dan aku tidak akan dapat berjumpa lagi sehingga  hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat  akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan  isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku  telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari  ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang  kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama- lamanya."
Apabila  mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi  Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku  mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya  hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."
  | 
| ~sekadar Hiasan~ | 
*Ya ALLAH Ku Mengaharapkan KaSih SAyaNgMu YA RAbbul IZZAtI*