♥♥Lebaran ukhwah♥♥

BERSIH oh BERSIH

Tuesday, July 5, 2011

Hari semakin hari tarikh semakin hampir, asakan demi asakan semakin banyak untuk dihadapi.Itulah satu cabaran bagi menegakkan kebenaran.Yang hak itu adalah hak dan kebatilan itu adalah batil.Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan semasa tanah air, satu perhimpunan 'SUPER' sedang dirancangkan oleh NGO-NGO di negara kita.Saya mendapat soalan yang bertanyakan kenapa saya menyokong BERSIH sedangkan Pengarah BERSIH itu merupakan antara penyokong IFC.Mungkin semua sudah mengetahui apakah tuntutan IFC kepada negara kita dan semestinya kita tidak menyokong dan memberikan layanan terhadap permintaan mereka.Saya menyokong BERSIH bukannya IFC.Itu kata kuncinya.Kalau IFC saya antara penentang tegarnya.Lain pula dengan hal BERSIH.Apa yang diminta semuanya berkaitan  perjalanan dan perancangan yang dilakukan ketika pilihanraya kadangkala yang menampakkan 'berat sebelah'.


Antara permintaan yang dibawa dalam perhimpunan BERSIH ini adalah ;

  1. Bersihkan senarai undi
  2. Mereformasikan undi pos
  3. Gunakan dakwat kekal
  4. Masa kempen minima 21 hari
  5. Akses media yang bebas dan adil
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor
Pendetailan ini boleh layari BERSIH 2.0 di :- http://bm.bersih.org/?page_id=2673



Apakah perlu disokong tindakan seorang bukan muslim yang mahukan undang-undang Islam dijalankan ataupun sebaliknya.Itulah kiasan bagi saudari pengarah BERSIH.Saya mengambil kata DR Asri Zainal Abidin dalam blognya :-

"Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal."

Itulah ungkapan yang jelas telah dinyatakan dalam tindakan kita.artikel penuh boleh dilayari di :-  http://drmaza.com/home/?p=1436#more-1436

Saya ingin berkongsikan beberapa aritekal berkaitan yang membenarkan BERSIH dan mengharamkan BERSIH untuk tatapan semua agar boleh memberikan sedikit gambaran dan kekuatan dalam kekusutan yang berlaku kini


PANDANGAN ULAMA’ YANG MEMBENARKAN
1. Shaikh Yusuf Qaradawi[19]
2. Khalid bin Mun’im ar-Rifa’ie[20]
DALIL
Dalil 1
الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
“Asal bagi setiap sesuatu itu adalah harus sehinggalah ada dalil menunjukan pengharamannya”
1. Harus diperhatikan, demonstrasi ini adakah amalan ibadah khususiah atau adat @ muamalat. Jelas, demonstrasi bukanlah daripada amalan ibadah khususiah yang sudah ada dalil yang menentukan keharusan dan keharamannya. Ia terbuka hukumnya mengikut keperluan semasa.
2. Oleh kerana tidak ada dalil yang secara jelas dan terang mengharamkan demonstrasi, maka ia bergantung kepada faktor-faktor luaran untuk menentukan hukumnya. Antara faktor yang menentukannya ialahTUJUAN DEMONSTRASI. Sekiranya tujuannya tidak bercanggah dengan syara’, maka ia adalah diharuskan. Mari kita melihat apakah tuntutan BERSIH 2.0 ini[21]:
i. Membersihkan senarai undi
ii. Reformasi kepada undi pos
iii. Guna dakwat kekal
iv. Tempoh kempen minimum 21 hari
v. Akses media yang bebas dan adil
vi. Kukuhkan institusi awam
vii. Hentikan rasuah
Adakah mana-mana tuntutan dan tujuan tersebut yang bercanggah dengan syara’? Sekiranya tidak ada, maka kekal BERSIH 2.0 ini dengan hukumnya harus sehinggalah para pengkritik mendatangkan bukti-bukti yang lain yang boleh membawa kepada pengharamannya.

3. Agama memberikan keanjalan terhadap amalan yang boleh membawa kepada kemaslahatan kepada manusia. Jangan disempitkan dan diberatkan pada perkara yang tidak diharamkan dalam agama secara jelas dan tidak larang. Sabda Baginda SAW
عن أبي الدرداء رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ما أحل الله في كتابه فهو حلال وما حرم فهو حرام وما سكت عنه عفو فاقبلوا من الله عافيته فإن الله لم يكن لينسى شيئا ثم تلا هذه الآية : ( وما كان ربك نسيا[22])[23]
Abu Darda’ meriwayatkan bahwasanya Baginda SAW bersabda “Apa yang Allah halalkan di dalam kitabnya sudahpun jelas, apa yang diharamkan, maka ia adalah haram. Apa-apa yang tidak diputuskan oleh Allah maka ia adalah kemaaafan bagi kamu, dari itu, terimalah. Allah sama sekali tidak lupa, lalu baginda SAW membawa ayat “…dan tiadalah Tuhanmu itu lupa, “
Dari itu, oleh kerana tiada dalil yang jelas yang mengharamkan perbuatan demonstrasi,maka ia kekal dengan keharusannya sebelum ada faktor-faktor lain yang mengharamkannya. Bagi golonganyang mengatakan ianya haram, seharusnya mendatangkan hujah atas pengharamannya.

DALIL 2
عن ابن عباس قال سألت عمر رضي الله تعالى عنه لأي شيء سميت الفاروق قال أسلم حمزة قبلي بثلاثة أيام ثم شرح الله صدري للاسلام...... قلت أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله قال فكبر أهل الدار تكبيرة سمعها أهل المسجد قال فقلت يا رسول الله ألسنا على الحق إن متنا وإن حيينا قال بلى والذي نفسي بيده إنكم على الحق إن متم وإن حييتم قال فقلت ففيم الاختفاء والذي بعثك بالحق لتخرجن فأخرجناه في صفين حمزة في أحدهما وأنا في الآخر له كديد ككديد الطحين حتى دخلنا المسجد قال فنظرت إلى قريش وإلى حمزة فأصابتهم كآبة لم يصبهم مثلها فسماني رسول الله صلى الله عليه و سلم يومئذ الفاروق وفرق الله به بين الحق والباطل

Komentar
Hadis ini tidak kuat untuk dijadikannya sebagai hujjah. Ini kerana status hadis ini dhaif jiddan.Para pembaca boleh melihat hadis ini dalam kitab Hilyatu al-Auliya’ oleh Abu Nu’aim al-Asbahani 1/40. Sheikh Albani ketika membuat komentar terhadap hadis ini mengatakan “sanad hadis ini terlalu dhaif kerana adanya perawi bernama Ishak bin Abdullah”, pembaca boleh melihat komen ini dalam kitab Silsilatu Ahadith adh-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah 14/73 nombor 6531.

DALIL 3
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- يَشْكُو جَارَهُ فَقَالَ « اذْهَبْ فَاصْبِرْ ». فَأَتَاهُ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا فَقَالَ « اذْهَبْ فَاطْرَحْ مَتَاعَكَ فِى الطَّرِيقِ ». فَطَرَحَ مَتَاعَهُ فِى الطَّرِيقِ فَجَعَلَ النَّاسُ يَسْأَلُونَهُ فَيُخْبِرُهُمْ خَبَرَهُ فَجَعَلَ النَّاسُ يَلْعَنُونَهُ فَعَلَ اللَّهُ بِهِ وَفَعَلَ وَفَعَلَ فَجَاءَ إِلَيْهِ جَارُهُ فَقَالَ لَهُ ارْجِعْ لاَ تَرَى مِنِّى شَيْئًا تَكْرَهُهُ.[24]
Abu Hurairah meriwayatkan ada seorang lelaki mengadu kepada rasulullah tentang jirannya, lalu Baginda SAW berkata “Pulanglah dan bersabarlah”. Situasi itu berlaku 2 ataupun 3 kali lalu kata Baginda SAW “Pulanglah dan buang barangmu di atas jalan”. Lalu setelah lelaki tersebut melakukan sebagaimana yang disarankan, ramai orang bertanya puncanya, lalu lelaki ini menceritakan situasinya. Ini membuatkan semua orang yang lalu di situ mencerca jiran lelaki tersebut. Tidak dalam selepas itu, jirannya itu datang dan memohon maaf padanya dan berjanji peristiwa lama tidak berulang lagi.
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya I’lam al-Muwaqqi’in menyebutkan seperti berikut berkenaan hadis ini:
لأبأس للمظلوم أن يتحيل على مسبة الناس لظالمه والدعاء عليه والأخذ من عرضه وإن لم يفعل ذلك بنفسه إذ لعل ذلك يردعه ويمنعه من الإقامة على ظلمه وهذا كما لو أخذ ماله فلبس أرث الثياب بعد أحسنها وأظهر البكاء والنحيب والتأوه أو آذاه في جواره فخرج من داره وطرح متاعه على الطريق أو أخذ دابته فطرح حمله على الطريق وجلس يبكي ونحو ذلك فكل هذا مما يدعو الناس إلى لعن الظالم له وسبه والدعاء عليه...[25]

DALIL 4
عن ابن عائشة يقول: لما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة جعل النساء والصبيان يقلن: طلع البدر علينا * من ثنيات الوداع[26]
Sheikh Islam Ibn taimiah menyebutkan:
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { لَمَّا قَدِمَ إلَى الْمَدِينَةِ خَرَجْنَ بَنَاتُ النَّجَّارِ بِالدُّفُوفِ وَهُنَّ يَقُلْنَ : طَلَعَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا مِنْ ثَنِيَّاتٍ الْوَدَاعِ إلَى آخِرِ الشِّعْرِ....} حَدِيثُ النِّسْوَةِ وَضَرْبِ الدُّفِّ فِي الْأَفْرَاحِ صَحِيحٌ ؛ فَقَدْ كَانَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ[27]
DALIL 5
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ[28]

DALIL 6
Kisah Bai’ah Ridhwan. Ia apabila Nabi SAW mneghantar utusan untuk berjumpa dengan pembesar Mekah, namun dikhabarkan bahawasanya mereka telah membunuh Saidina ‘Uthman, maka Nabi SAW dan para sahabat telah membuat persepakatan untuk berjuang menuntut bela terhadap ketidakadilan yang berlaku kepada Saidina ‘Uthman.[29]

PANDANGAN ULAMA’ YANG MELARANG
1. Sheikh Ibn Baaz.[30]
2. Sheikh Soleh ‘Uthaimin[31]
3. Ustaz Rasul Dahri[32]

DALIL
1. Ia adalah bid’ah dan tiada dalil dari amalan Nabi SAW, para sahabat dan salaf soleh.
Munaqashah dalil
Sheikh Yusuf Qaradawi berpandangan bahawasanya bukanlah semuanya amalan yang tidak dilakukan Nabi SAW adalah bid’ah secara mutlak. Beliau juga menolak hadis ini untuk digunapakai dalam perkara yang melibatkan muamalat dan adat. Padahal hadis itu tertumpu kepada perkara ibadat.[33]
Sekiranya ia masih dalam lingkungan hujah-hujah agama seperti maqasid amalan tersebut dan mekanisma mengamalkannya tidak bercanggah dengan syara’, maka tidak ada masalah untuk diamalkan. Contohnya Saidina ‘Uthman menambahkan azan baharu (menjadikannya dua azan seperti sekarang) dengan tujuan kemaslahatan umat Islam yang semakin berkembang. [34]
Begitu juga keharusannya sebagaimana yang ditunjukan dalam hadis yang berbunyi
عن رفاعة بن رافع الزرقي قال كنا يوما نصلي وراء النبي صلى الله عليه و سلم فلما رفع رأسه من الركعة قال ( سمع الله لمن حمده ) . قال رجل وراءه ربنا ولك الحمد حمدا طيبا مباركا فيه . فلما انصرف قال ( من المتكلم ) . قال أنا قال ( رأيت بضعة وثلاثين ملكا يبتدرونها أيهم يكتبها أول)[35]

2. Boleh membawa kepada kemudharatan dan kemungkaran yang lebih besar.
Apakah yang dimaksudkan dengan kemungkran yang lebih besar selain daripada kebaikan daripadanya. Lihat sahaja apa yang berlaku di Mesir, Hosni Mubarak akhirnya meletak jawatan hasil daripada demonstrasi rakyat[36]Ben ali akhirnya meletakan jawatan kerana demonstrasi rakyat[37] dan di Malaysia demonstrasi BERSIH yang lalu berjaya mendesak kerajaan untuk mengunakan dakwat kekal bagi mengelakkan penipuan[38] namun, akhirnya SPR mengambil sikap untuk tidak menggunakannya walaupun telah membelinya dengan harga RM 3 juta dengan menggunakan duit rakyat.[39] Ia merupakan tanda kejayaan.
Apakah ada lagi kemungkaran selain itu. Sekiranya kemungkaran tersebut adalah kebarangkalian pertumpahan darah sesama muslim dek kerna kebebalan Perkara membuat keputusan, pihak berkuasa harus menguruskan perkara ini. Sila benarkan Perkara untuk membuat demonstrasi yang sama tetapi di tempat yang berbeza atau pada waktu yang berbeza. Ini kerana secara asas tidak dalil jelas lagi qath’ie yang mengharamkan demonstrasi. Maka, menghalang perkara yang baik dari dijalankan padahal perkara tersebut boleh diuruskan secara menang-menang bukanlah satu keputusan dan tindakan yang bijak.
Kenyataan ahli parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Raden bahawa perhimpunan Bersih 2.0 boleh membawa kepada pertumpahan darah haruslah dibuat dengan penuh tanggungjawab. Namun, telahan beliau itu dilihat jelas tidak bertanggungjawab apabila tidak memberikan sebarang contoh berkenaan perkara yang dibangkitkannya. Bahkan ruang untuk memohon penjelasan juga tidak diberikan.[40] Pernahkah dalam sepanjang demonstrasi yang dianjurkan oleh PAS, berlaku pertumpahan darah sesama rakyat?
Tidak pernah bukan?
Tetapi sekiranya rakyat yang menyertai demonstrasi tersebut didera, dihentak sehingga berdarah, dipenjara hanya kerana memperjuangkan hak.. itu memang banyak sekali.[41]
Dengan penganjuran BERSIH ini, hampir semua pihak yang berada di sekitar Kuala Lumpur ini atau jalan menuju Kuala Lumpur akan mendapat kesan positif dengan peningkatan hasil jualan.[42] Penulis antara orang yang pernah menghadiri himpunan BERSIH pada tahun 2007 mendapati BN jelas menipu rakyat Malaysia. Melalui pengamatan penulis yang melalui Jalan Masjid India, dan jalan menuju ke Istana Negara (maaf, penulis tidak dapat mengingati nama jalannya) tidak ada sebuah kedai pun yang ditutup kerana himpunan ini.
Dari itu, apa lagi kemungkaran yang kamu hendak fitnahkan?
3. Tidak selari dengan firman Allah dalam Surah an-Nahl: 125
Ayatnya berbunyi
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Namun, penulis percaya syahid utama ayat ini adalah pada yang bergaris di atas.
بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ
Ibn kathir mentafsirkan ayat di atas sebagai berhujjah mengikut panduan al-Quran dengan melarang mereka melakukan perkara yang dilarang Allah.[43]
Manakala dalam Tafsir asy-Sya’rawi pula mentafsirkan dengan mengatakan berbuat sesuatu mengikut kesesuaiannya.[44]
Secara konklusinya, berda’wah itu perlukan seni dalam menyampaikan maksudnya. Nabi Allah Ibrahim menggunakan kaedah reverse psychology[45] dan perdebatan[46] dalam pembuktian ketuhanan, Nabi Allah Yusuf menggunakan kaedah penyerapan dalam kerajaannya untuk menyampaikan dakwahnya[47], Nabi Allah Nuh menyampaikan dakwahnya dengan pembuktian teknologi[48] dan perubatannya[49] dan Nabi Musa mengambil jalan pertembungan secara berkonfrontasi dengan Firaun[50] setelah berda’wah dengan lemah lembut[51] dan berdebat tidak berkesan.
Secara konklusinya, penulis kirakan tidak ada khilaf untuk mengatakan bahawasanya berda’wah dengan lemah lembut penuh hujjah, berdebat, berdiskusi adalah cara yang terbaik. Namun, sekiranya ia tidak memberikan apa-apa kesan, maka Islam tidak menutup ruang yang lain untuk berda’wah asalkan matlamat mendaulatkan Islam tercapai dengan syarat ianya mestilah masih berada di orbit syariat Islam.
Lihatlah realiti PAS.
Berda’wah, berdiskusi, berdebat dengan UMNO untuk kemaslahatan umat Islam semenjak merdeka dahulu, namun nampaknya ia kurang berkesan. PAS akan terus menggunakan metod tersebut kerana percaya ia adalah metodologi yang terbaik, namun, ia tidak akan mengikat PAS untuk melakukann penambahbaikan dalam da’wahnya dengan menggunakan metodologi yang lain yang difikirkan dari semasa ke semasa lebih berkesan.
4. Diambil daripada yahudi dan bukan Islam
Penulis mengirakan semua umat Islam boleh bersetuju dengan mengatakan bawasanya kebijaksanaan merupakan permata umat Islam yang kehilangan, maka di mana sahaja dijumpai..Ambillah.
Dengan satu catatan emas, perkara tersebut mestilah berada di atas landasan islam.
Lihat sahaja strategi strategi Nabi SAW pergi berhijrah. Baginda SAW dan Saiduna Abu Bakr mengupah seorang lelaki yang bernama ‘Abdullah bin ‘Uraiqith al-Laithi, seorang yang bukan Islam utnuk memandu Nabi SAW dan Abu Bakr menuju ke Madinah. Ini kerana, beliau seorang yang amat mahir dengan jalan bawah[52] (Nabi SAW tidak menggunakan highway untuk ke Madinah).
Selain itu, lihat juga peperangan Khandak, ia bukanlah dari ilmuan Islam tetapi ia adalah strategi peperangan Negara Parsi (Iran sekarang), namun iatidak bercanggah dengan agama. Nabi menerimanya.
Nabi SAW menggunakan cop mohor kerajaan Madinah, ia bukanlah adat dan tradisi arab tetapi memandangkan ia adalah tradisi raja-raja di dunia, maka Nabi SAW membuat mohor kerajaan Madinah.[53]

HUKUM WANITA TERLIBAT DALAM BERSIH 2.0
Sekiranya perhimpuan ini diharuskan secara syara’, maka tidak menjadi masalah bagi wanita menyertainya dengn syarat berpegang teguh kepada nilai-nilai agama seperti menutup aurat, tidak bercampur dengan lelaki, menundukan pandangan (daripad amelihat perkara-perkara yang diharamkan-pen)[54]



Dan saya selaku rakyat Malaysia yang mahukan keamanan ketelusan kejujuran dalam pentadbiran tidak kira dipihak kerajaan mahupun pembangkang!Kami mempunyai hak!Hapuskanlah segala bentuk politik kotor dan jadikanlah negara yang bebas dari cengkaman mana-mana pihak^^,)CLEAN@BERSIH!semangat semangat juga tapi ibadah kita bagaimana?Yang wajib berciciran dan yang yang sunat ditinggalkan.Tak patut tu so
Dan jangan lupa tingkatkan amalan dibulan Rejab ye!!^^,)Peace!


Saya hanya Insan Biasa^^,)
p/s:artikel ini dikeluarkan bagi memberikan sedikit jawapan kanak-kanak dari saya yang banyak bertanya di 'fb' disamping perkongsian untuk semua!

5 comments:

shidah2020 said...

ya , memang benar demonstrasi boleh dilaksanakan dan hukumnya harus . . zaman Rasulullah juga melakukan "demonstrasi" :

Sesungguhnya di zaman Rasulullah SAW telah pun berlaku satu bentuk ‘demonstrasi’ yang dilakukan oleh para sahabat. Mujahid, yang melaporkan dari Ibnu Abbas, mengatakan bahawa, ketika Umar al-Khattab ditanya kenapakah dirinya mendapat gelaran al-Faruq (yang dapat memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan), Umar berkata,

“Sejak aku memeluk Islam, adakah kita berada di jalan yang benar, di sini dan di Akhirat?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Sememangnya engkau adalah dalam keadaan demikian! Aku bersumpah dengan nama Allah yang nyawaku di dalam genggamanNya, engkau adalah di atas jalan yang benar di dunia ini dan di Akhirat’. Aku bertanya kepada Rasulullah, “Jika demikian, kenapakah kita melakukan aktiviti yang tersembunyi, tidak di khalayak ramai? Aku bersumpah dengan nama Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, kita akan meninggalkan aktiviti sembunyi dan kita akan melakukan dakwah terang-terangan di hadapan masyarakat umum’. Kami kemudian berarak dalam dua kumpulan, Hamzah mengetuai yang satu lagi. Kami bergerak ke masjid di siang harinya. Apabila kaum musyrik melihat kami berkumpulan, muka mereka menjadi resah gelisah, dan mereka berasa susah dan berdukacita. Sejak peristiwa tersebut, Rasulullah SAW memberikan gelaran al-Faruq kepadaku” [Rahiq al-Makhtum].

tapi , adakah dengan perhimpuanan BERSIH yang bertujuan untuk mempertahankan perlembagaan kufur tu , hukumnya dibolehkan ? adakah tujuannya ingin menegakkan hukum Islam ? tidak sedarkah , sistem kufur demokrasi itu adalah taghut !! tidak perlu dan haram ambil demokrasi itu sebagai sistem yang memerintah kerana ia bukan berasal daripada Islam , ia berasal daripada kafir laknatullah yang ingin menjatuhkan umat Islam . tengoklah , betapa sekarang umat ini diperintah dengan sistem demokrasi , tidak pernah 1 pun masalah yang diselesaikn , malah semakin parah ! inilah akibatnya umat tidak diperintah dengan sistem Islam . maka , azab Allah semakin hampir . nauzubillah . .

perjuangkanlah Khilafah . . sungguh Khilafah janji Allah dan Rasul . ia pasti benar . . :)

syukran atas perkongsian yang menarik ni ye . .

izas said...

Terima kasih saya ucapkan kepada saudari yang sudi membaca 'contengan' saya yang tak seberapa ini.Dan terima kasih juga kerna memberikan pandangan berkaitan isu ini.

Saya tidak menafikan pandangan saudari berkaitan sistem khilafah yang saudari utarakan dalam komen tersebut tetapi pelembagaan secara halusnya ianya ada mengikuti sistem perlembagaan pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu.Contohnya piagam madinah yang nabi bawakan kepada penduduk madinah yang berbilang kaum.Saudari boleh baca kupasan yang dibawa oleh SAudara Kassi Ahmad berkaitan piagam madinah di :- http://www.scribd.com/doc/18581749/Piagam-Madinah ataupun teks asalnya di :- http://blogcahyo.blogspot.com/2010/03/teks-asli-piagam-madinah.html

Tidak salah jika kita mengamalkan sistem pelembagaan untuk menegakkan Daulah Islamiah itu sendiri.Kita melihat kepada waqi' negara kita yanga ada sekarang.Adakah boleh kite menegakkan sistem khilafah ini terus tanpa perlu melangkah satu persatu bermula dari bawah hinggalah ke puncak sana?Bermula dari bawah kita perlu terokai untuk menegakkan sistem khilafah ini.Bermula dari diri mukmin, masyarakat mukmin seterusnya kepada masyarakat mukmin kita dapat menegakkan khilafah itu sendiri.Sejarah telah membuktikan betapa cemerlangnya sistem khilafah itu dahulu dan tidak mustahil jika sekarang ianya boeleh diaplikasikand dalam sistem pentadbiran dunia sekarang

Eloklah saudari membaca apakah tujuan dan kehendak BERSIh itu sendiri.Saya sudah sediakan link berkaitannya.Mungkin saudari sudah mengetahu bagaimana corak pentadbiran negara pada masa kini dan adakah ia dilakukan secara adil dan saksama?Jika wujud unsur-unsur penindasan penipuan dan sebagainya adakah kita perlu diam dan membisu demi meneggakkan khilafah itu sendiri?Semestinya TIDAK.Sesuatu tindakan perlu dilakukan bagi membendung dan menegakkan keadilan disamping membongkar segala penindasan penipuan yang ada.Dengan sedemikian pihak bertanggungjawab memikirkan cara bagaimana untuk menyampaikan maklumat dan penyelesaian masalah tersebut kepada pihak-pihak berkenaan.DAn kewujudan BERSIH itulah cara untuk kita sampaikan kepada pihak berkenaan.

Permasalah yang timbul sekarang hari demi hari tahun ke tahun semuanya berjalan dengan kurang memuaskan.Adakah ini berpunca dari pelembagaan ataupun pihak yang menjalankan pelembagaan?

Kita meneggakan Islam dengan cara yangs sedia ada.Gunakanlah yang sedia ada bagi menyempurnakan impian itu.Contohnya kita menggunakan kapal laut untuk sampai k Johor sedangkan KTMB, Flight sudah sedia ada dan cepat pantas boleh kita sampai kesana.Kenapa perlu kita menyusahkan diri untuk memilih benda yang lambat kesannya dan kita sendiri memberikan sumbangan kepada proses yang lambat kesannya bukan kepada proses yang cepat effeknya?

Dan akhir sekali patik mengucapkan Jazakallahu kheiran Kathira buat Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kerna memberikan peluang dan melayan kami yang teraniaya!Daulat Tuanku!!

Syukran atas komentar yang membuka minda pembaca semua untuk ISLAM^^,)


~Bersama kita berusaha dalam apa jua keadaan bagi menegakkan keadilan Islam itu sendiri~

izas said...

PERKONGSIAN UNTUK SEMUA disamping membaca artikel ini

Perkongsian 1:-
http://malaysiakini.com/news/168914

Perkongsian 2 :-
http://malaysiakini.com/news/168922

Perkongsian 3 :-
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4184-fahami-intipati-titah-agong

Perkongsian 4 :-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NajibjunjungkasihkeprihatinanTuankuMizan/Article

izas said...

{الأصل في الأشياء الإباحة ما لم يرد دليل التحريم}

{الأصل في الأشياء الإباحة إلا في اللحوم والفروج}.

النووي {الأصل في الحيوان التحريم حتى تتحقق ذكاة مبيحة}

الخطابي {البهيمة أصلها على التحريم حتى تتيقن وقوع الذكاة فهي لا تستباح بالأمر المشكوك}.

ana aufiah @ nor athirah zulkefli said...

perhimpunan yang mana ditakuti oleh pihak2 tertentu yang kononnya mengatakan ianya haram dan perhimpunan bersih juga menjadi isu hingga mendapat liputan dari luar negara..Allahurabbi...

masih lagi "mereka2" tak dapat membuka mata apakah objektif sbnr bersih ini diadakan..^_^

apa2kan,kebersihan itu mesti diutama bagi melakukan ibadah dengan selesa....
Allahualam..^_^

salam ukhuwwah.... :)

There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews