♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Akulah Rakyat Biasa

Tuesday, February 2, 2016

Takkala ekonomi negaraku terus melakar rajah yang menjunam, aku berusaha mencari sinar harapan untuk keluar dari kesempitan. 

Tanah semakin tidak masuk akal harganya, RM500k ianya menjadi harga biasa, tanah-tanah kampung sudah dikorek buaya bandar dengan janji-janji manis. Ibubapa hanya mengharapkan manisan itu menjadi kenyataan. 10, 20 tahun  menanti manis janji-janji dulu.

Getah, dulunya andai memilikinya, sudah tentu gelaran 'kaya' diperolehi. Kereta, rumah semestinya menjadi sasaran untuk di 'upgrade'. Tapi semuanya kisah dulu kala, kini ianya seperti menumpang kasih yang tidak sudi. Harganya semakin menurun, walaupun subsidi disediakan RISDA, tapi ianya tidak mencukupi. Aku hanya menoreh di tanah orang, dan hasilnya perlu dibahagi dua. 

Takkala aku mendapat hasilnya, aku perlu berikan kepada tuan ku, dalam bentuk kutipan cukai yang dilaksanakan. Sudahlah harga barangnya amat berlainan dan ditambah pula cukai, berapa sahaja barang yang ku dapat beli.

Takkala dikhabarkan Dinar Iraq menjadi sebutan, aku juga mengambil peluang untuk bergelar 'jutawan' yang buta tuli. Nilai wangnya, khabar negaranya, ekonominya tidak aku selidiki melainkan kata-kata manis mereka aku percayai. Akhirnya aku tewas sekali lagi.

Kini, aku perlukan sesuatu untuk keluargaku, kerja sektor kerajaan jauh disudut mata untuk ku perolehi, aku hanya berkeputusan cukup-cukup makan, kerja kampung sudah aku terokai, menoreh, menjala dan sebagainya aku cuba, tetapi hasilnya tidak lumayan seperti tuan tanah. 

Pinjaman dan tajaan untuk anak-anakku kelak sudah mula kabur, semuanya sudah ditarik dek ekonomi yang lembab. 

Kawan-kawan ku menceritakan, kaedah yang amat mudah untuk cepat kaya, tetapi perlu melarikan dari pihak polis. 

Itukah pilihan yang ada ? 

Aku, generasiku perlu teruskan hidup walaupun apa jua rasa kerana aku adalah rakyat biasa.
There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews