♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Pilihanraya MPMMJ 2012/2013

Monday, August 4, 2014

[ Dalam Kenangan ]

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan sebaik-baik penentuan Ilahi.14 April merupakan tarikh keramat yang penuh seribu kenangan dalam sisa kehidupan waktu ini.Selesai seharian bermesyurat dan bersidang bersama sahabat-sahabat di AGM MPMMJ 2011/2012, banyak yang dadapat dipelajari dalam mengenal kehidupan dan bekalan untuk berhadapan dengan hari bakal menjelma kelak. Perbincangan berkaitan pemantapan MPMMJ berjalan dengan lancar dan majlis berkahir dengan pengumuman presiden sesi 2012/2013.Takziah dan tahniah di ucapkan buat semua yang berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan dan semoga dapat memikul amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

Sabda Nabi

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap yang dipimpinnya. (Riwayat al-Bukhari)"

Dan ingatlah sahabat, kita yang membuat keputusan dan janganlah kita membiarkan keputusan itu berlalu pergi tanpa kita bersama ketika ia susah dan senang dalam apa jua keadaan. Dan dalam kita memimpin dan dipimpin ingatlah kita punyai ikutan dalam memimpin iaitu Al-Quran Dan As-Sunnah. Allah berfirman dalam surah Sod ayat 26 bermaksud :


Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukuman di antara manusia dengan yang benar (syariat); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari pengiraan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.


Mentadbir dengan berlandaskan panduan yang ditetapkan disamping diri benar-benar bersida untuk memimpin merupakan kejayaan bagi seseorang itu.Tapi kejayaan yang sebanar adalah apabila kita berjaya dalam soalan di akhirat kelak berkaitan taklifan yang kita sandang di dunia.

Selesai seharian bersama sahabat-sahabat di Jabatan Pilihanraya yang susah senang kita tetap bersama,yang mana pelbagai perkara lalui bersama tak kira siang malam pagi petang, haapy, sedih, muram, semuanya sahabat tetap tempuhi untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan satu niat iaitu 'mardhtillah'.Tahniah dan syabas anda berjaya lakukan. Dan ingin saya ucapkan jazakumullah kheiran jaza' diatas segala pengorbanan yang dilakukan.Tak terbalas segalanya melainkan sebaik-baik pemberian Ilahi kepada kalian.~Barakallahufikum~




GAZA : Dimana peranan kita

Hari ini dunia Islam terus diuji dengan pelbagai dugaan. tetapi disebalik dugaan yang menimpa, terselitnya hikmah yang sukar untuk didugai. Palestin, sebuah negara Islam kian lamanya berada di dalam penindasan dan terkini mereka dilanda perang di antara hak dan batil. Puluhan tahun mereka berada di dalam penindasan walaupun berada di negara sendiri, tapi kini mereka bangun demi mencari keadilan yang digelapkan oleh semua pihak.

Hari ini, jmlah kematian sudah mencecah angka 2 ribu. Antara yang menjadi mangsa keganasan puak zionis laknatullah ini adalah kanak-kanak, kaum hawa, pusat-pusat perlindngan, hospital, disamping sekolah-sekolah yang menjadi sasaran utama mereka. Peperangan ini boleh dikatakan diantara hak dan batil kerana pihak rejim zionis mencabul perjanjian yang telah disepakati pada April lalu.

BOIKOT

Hari ini, Allah memperlihatkan kepada kita bagaimana orang muslim membantu saudaranya yang dalam kesusahan. Kita boleh melihat bagaimana negara Saudi, Mesir, Jordan dan Syria membantu jiran mereka. Keikhlasan dan nilai keimanan yang ditonjolkan oleh mereka adalah nilai hawa nafsu yang hanya nampak keindahan dunia. Mesir dan Saudi sehingga kini tidak menghulurkan bantuan walaupun hanya kata-kata semangat terhadapat rakyat Palestin bahkan mereka menambahkan lagi penderitaan dengan larangan-larangan yang bersifat tidak berperikemanusia. Pintu sempadan, bantuan ubat-ubatan semanya dilarang ke Palestin bahkan rakyat mereka akan didenda sekiranya memberikan sokongan kepada Palestin.

Apa yang boleh kita lakukan, bagi yang tidak terlibat dalam urusan diplomasi ini adalah dengan usaha membantutkan ekonomi para penyokong regim zionis. Jika kita melihat apa yang dilontarkan oleh Presiden Amerika, Barak Obama dan setiausaha PBB berkaitan isu Palestin, adalah mereka hanya bermuka-muka ingin menegakkan keadilan dunia  tetapi pada hakikatnya mereka adalah iblis kepada kehancuran Islam.

Kini banyak usaha yang dilakukan oleh masyarakat dunia diantaranya adalah meboikot produk penyokong kezaliman. Saya menyokong sepenuhnya usaha ini, kerana langkah ini adalah langkah yang betul dan wajar diambil oleh semua pihak terutamanya kerajaan Malaysia yang sudah lama menjalinkan hubungan diplomasi dengan regim zionis agar memberhentikan dengan kadar segera ntuk menyelamatkan rakyat Palestin khususnya di Gaza. Negara Islam mempunyai kekuatan tersendiri tetapi kekatan itu tidak mampu dikuatkan dengan sokongan orang bukan Islam melainkan kita sendiri. melihat tindakan lambat dan sengaja dilambatkan oleh kerajaan Malaysia ini memberikan gambaran bahawa kita menjaga periuk nasi berbanding nyawa yang dinodai. Paparan di akhbar Sinar Harian ini menunjukkan kebergantungan Malaysia dengan Israel amatlah erat.

Mulakanlah usaha boikot ini dari sekecil perkara dalam kehidupan dan mencari altenatif itu adalah perlu disamping kita memprodukkan buatan negara sendiri. Dalam artike ini memberikan sedikit maklumat berkaitan kekuatan kita mampu melumpuhkan ekonomi mereka.

Sebaran Maklumat

Disamping usaha kita memboikot, usah lupa sebaran maklumat itu juga memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pengetahuan kepada umum. Hanya dengan maklumat yang disampaikan itu mampu membuka langkah kepada perubahan.

Masihkah kita mengharapkan kaum kuffar dalam membina Islam ? Sama-sama fikirkan disamping tindakan yang perlu diambil. Kullunamaak !!!



Artikal tambahan
  1. Henti dagang dengan Israel 
  2. Facebook tapis perihal Gaza
  3. Putuskan dagangan dengan Israel
  4. RM2.87b nilai dagangan Malaysia Israel
  5. 1822 Orang jumlah yang telah terbunh di Gaza

Tuntutan Keadilan

Hikmah tersirat

Saturday, May 24, 2014


Hari ini mendapat mesej berantai berkaitan cudbury yang mengandungi babi dalam pembuatannya. 

Masih tergiang arwah ayahanda amat menitik beratkan soal pemakanan. Pernah sekali diberikan cola-cola oleh jiran, arwah ayahanda menerimanya dan kemudian itu memberikannya kepada makcik cleaner yang lalu ketika itu. 

Mampukah aku menjadi seperti ayahanda ?

Allahumastaan~


Kad Debit Maybank

Wednesday, April 9, 2014

Tips Pengguna Maybankard

Buat pengguna Maybankard, pastikan anda memiliki kelebihan yang Maybank sediakan. Di samping untuk kegunaan sendiri, anda juga mampu membantu kawan-kawan yang memerlukan. Disini kami menyediakan cara-cara untuk rujukan semua.

  1. Aktifkan Plus/Visa (utk membolehkan kad debit digunakan di Luar Malaysia)
  2. Set withdrawal limit kpd RM5000 utk visa card
  3. Set transfer limit kpd RM5000 di ATM (boleh juga buat di M2U)
  4. Set purchase limit kpd RM5000 (visa)-(nanti system akan mintak masukkan no. ic)
  5. Daftarkan no. tel anda untuk kegunaan TAC (Transaction Authorisation Code)  & MSOS (Maybank Secure Online Shopping)
  6. Pastikan anda mengaktifkan online bangking m2u (melalui ATM dan kaunter) 

Selamat Menggunakan :D


p/s : untuk pembelian online, pastikan anda merujuk mereka yang arif agar anda tidak tertipu oleh webside tiruan.

Ujian : Allah menjawab

Wednesday, February 19, 2014

Ketika kita mengeluh: 

“eeeiii, aku penat sangat..."

ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)

Ketika kita mengeluh: 
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."

ALLAH menjawab : 
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)

Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..."

ALLAH menjawab : 
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28) 

Ketika kita mengeluh: 
“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."

ALLAH menjawab : 
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

Ketika kita mengeluh:
“ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..."

ALLAH menjawab: 
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)

Ketika kita mengeluh : 
“ Aku sedihh sangat...”

ALLAH menjawab:
ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita "
(At Taubah : 40)

Jgn byk mengeluh . Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa...

Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^^





There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews