♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Resolusi Mu'tamar Umat Islam Bagi Membantu Rakyat Syria

Thursday, July 5, 2012

[Bilangan 1]

(Mu'tamar Umat Islam Bagi Membantu Rakyat Syria)

Tarikh : 1-3 Julai 2012 bersamaan 11-13 Sya'ban 1433

Tempat : Istanbul, Turki.

Anjuran Bersama : Kesatuan Antarabangsa Ulama' Muslimin dan Rabithah Ulama' Syria.

----------------

Mu'tamar ini telah mengeluarkan beberapa resolusi seperti berikut:

1 - Membentuk panel ulama' terkemuka dan pemikir Islam dengan kerjasama Kesatuan Ulama' Islam Antarabangsa untuk mengadakan lawatan dengan pemimpin-pemimpin dunia Arab dan Islam untuk menyeru dan mendesak mereka agar menyokong perjuangan rakyat Syria.

2 - Mewujudkan kumpulan kerja bersama di antara ulama' dan pendakwah di negara-negara Arab dan juga dunia Islam di bawah nama (Penyokong Rakyat Syria) untuk bekerjasama dan melakukan modus operandi bagi membantu kebangkitan rakyat Syria.

3 - Pembentukan organisasi yang berkekalan bagi menyokong rakyat Syria dari semua aspek samada media, pembangunan sosial dan sebagainya.

4 - Membentuk jawatankuasa yang akan bergerak sebagai memastikan setiap keputusan dan cadangan persidangan ini dilaksanakan. Di antara yang menyertai jawatankuasa ini adalah Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Antarabangsa, Setiausaha Agung Rabithah Ulama' Syria, dan beberapa individu yang lain lagi.

5 - Pembentukan panel Ulama' Syria yang akan menyelaraskan gerak kerja bersama Majlis Negara Syria. Dan mereka menyeru agar semua kumpulan pembangkang bekerjasama dan berurusan dalam memastikan kemenangan kebangkitan rakyat Syria.

....................


[Bilangan 2]

(Mu'tamar Umat Islam Bagi Membantu Rakyat Syria)

Tarikh : 1-3 Julai 2012 bersamaan 11-13 Sya'ban 1433

Tempat : Istanbul, Turki.

Anjuran Bersama : Kesatuan Antarabangsa Ulama' Muslimin dan Rabithah Ulama' Syria.

----------------

Berikut adalah cadangan dan saranan yang perlu dilakukan :

1. Keperluan untuk menyatakan sokongan yang sepenuhnya dari sudut bantuan kewangan, moral dan juga ketenteraan kepada rakyat Syria untuk memberi kejayaan dan kemenangan kepada revolusi Syria.

2. Mengembangkan maklumat secara komprehensif untuk menyedarkan kepada dunia berkenaan isu sebenar yang berlaku di Syria. Ia juga untuk menjelaskan isu sebenar yang berlaku akibat masih ramai yang tidak jelas berkenaan isu Syria.

3. Para hadirin mu'tamar bersetuju bahawa sesungguhnya umat Islam itu bersatu. Maka wajib bagi setiap umat Islam mengambil cakna dan tindakan terhadap saudara mereka yang dizalimi di mana-mana tempat sekalipun terutamanya di Syria.

4. Penyelarasan antara organisasi bantuan kemanusiaan dan pertubuhan amal, Bulan Sabit Merah, Palang Merah, dan organisasi yang bekerja untuk menyokong kebangkitan rakyat Syria. Ia dengan melalui pembentukan Suruhanjaya Tinggi yang seragam.

5. Pembentukan Jawatankuasa Bersatu Ulama' dan pemikir di setiap negara untuk menyokong kebangkitan rakyat Syria, dari sudut penyebaran maklumat dan juga politik.

6. Pembentukan panel peguam dan pakar dalam undang-undang antarabangsa untuk mendakwa Bashar al-Asad, dan pembantu-pembantunya terhadap jenayah kemanusiaan yang telah dilakukan.

7. Permintaan kepada pembangkang Syria agar bersatu dan bernaung di bawah payung Majlis Kebangsaan Syria melalui perangkaan pelan strategik termasuk keperluan masa kini dan masa depan.

8. Memanggil kesemua Kementerian Wakaf, Jabatan Masjid, pusat-pusat Islam dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membimbing pendakwah masjid bagi menjelaskan berkenaan peristiwa sebenar apa yang berlaku terhadap rakyat Syria dan kewajipan menyokong mereka.

9. Menyeru agar para ulama' untuk melawat pelarian-pelarian Syria di Turki, Jordan, Lubnan, dan Iraq bagi membimbing, mengukuhkan semangat dan keadaan mereka.

10. Memanggil kesemua doktor-doktor untuk melakukan misi kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa regim Basyar samada di dalam negara Syria mahupun luar Syria.

11. Menyeru agar mengkhususkan hari Jumaat ini (6/7/2012) sebagai Jumaat kemenangan untuk rakyat Syria. Para khatib jumaat di negara masing-masing perlu menyebutnya di dalam khutbah dan memperuntukkan malam-malam Ramadan untuk berdoa/qunut nazilah di seluruh masjid.

12. Menterjemahkan segala maklumat-maklumat daripada laman-laman/FB berkenaan Revolusi Syria ke dalam bahasa umat Islam dan seluruh dunia.

13. Menyeru agar umat Islam untuk memboikot negara-negara yang menyokong regim zalim Basyar dari sudut ekonomi, politik dan juga komersial.

14. Kami di mu'tamar ini akan sentiasa memperingati dan memberi sokongan kepada kebangkitan rakyat Syria disamping tidak pernah lupa perjuangan rakyat Palestin. Kami juga menyakini bahawa kemenangan revolusi di Syria suatu ketika nanti disamping kejayaan revolusi di Mesir, Tunisia, dan Libya, adalah permulaan kepada pembebasan Baitulmaqdis di Palestin.

.........................
[Bilangan 3]

(Mu'tamar Umat Islam Bagi Membantu Rakyat Syria)

Tarikh : 1-3 Julai 2012 bersamaan 11-13 Sya'ban 1433

Tempat : Istanbul, Turki.

Anjuran Bersama : Kesatuan Antarabangsa Ulama' Muslimin dan Rabithah Ulama' Syria.

----------------

Mu'tamar yang dihadiri oleh barisan ulama' ummah seluruh dunia ini telah mengeluarkan beberapa fatwa berkenaan kebangkitan rakyat Syria. Berikut adalah ringkasan fatwa tersebut :

1) Wajib bagi umat Islam untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria kerana perjuangan mereka adalah di antara hak dan batil, di antara keadilan dan kezaliman. Perjuangan mereka juga adalah untuk melawan pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat. Dan ini menunjukkan bahawa wajib bagi umat Islam untuk membantu dan menyatakan sokongan kepada umat Islam yang dizalimi.

2) Wajib ke atas setiap pemimpin umat Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan kepada kebangkitan rakyat Syria. Sokongan samada dari sudut bantuan kewangan, senjata dan pelbagai bantuan agar kebangkitan mereka mendapat kemenangan. Mereka juga perlu menyatakan sokongan dan memberi bantuan senjata kepada Tentera Pembebasan Syria yang telah berjihad dan berjuang melawan regim Basyar yang zalim.

3) Haram bagi umat Islam menyatakan sokongan dan dokongan kepada regim Basyar mahupun sekutunya dari sudut ketenteraan, harta benda, sokongan politik dan sebagainya.

4) Merupakan kewajipan untuk menyokong golongan yang memperjuangkan kebenaran. Maka, tidak ketinggalan kepada para alim ulama' dan juga pemikir Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan mereka terhadap kebangkitan rakyat Syria. Dan haram bagi mereka diam membisu melihat kezaliman demi kezaliman berlaku di Syria.

5) Haram membunuh di atas dasar hawa nafsu dan juga kepuakan. Haram hukumnya membunuh dan menumpahkan darah tanpa hak. Akan tetapi apabila berada di dalam medan jihad, maka ia merupakan kewajipan untuk mempertahankan maruah diri dan juga agama. Kami juga mengingatkan kepada Tentera Pembebasan Syria agar berjihad tujuannya adalah untuk mempertahankan maruah diri, agama dan juga negara bukan kerana lain.

.........................
[Bilangan 4]

(Mu'tamar Umat Islam Bagi Membantu Rakyat Syria)

Tarikh : 1-3 Julai 2012 bersamaan 11-13 Sya'ban 1433

Tempat : Istanbul, Turki.

Anjuran Bersama : Kesatuan Antarabangsa Ulama' Muslimin dan Rabithah Ulama' Syria.

----------------

Berikut adalah mesej yang ingin kami sampaikan kepada pihak-pihak yang tertentu, iaitu:

1 - Menghantar mesej dan amaran di atas nama mu'tamar kepada Rusia, China dan juga Iran untuk mempertimbangkan kembali tindakan yang dilakukan dan menarik kembali sokongan mereka terhadap regim Basyar.

2 - Menghantar surat bagi pihak mu'tamar untuk menyatakan ucapan terima kasih kepada negara-negara yang telah menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat Syria. Dan juga menggesa agar lebih banyak negara menyatakan sokongan ke atas rakyat Syria bagi mempercepatkan kejatuhan regim Basyar dan menamatkan penderitaan rakyat Syria.

3 - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menuntut akhir serta-merta untuk urutan waktu yang memberikan rejim jenayah di Syria dan yang menjadikannya rakan kongsi dalam semua pembunuhan beramai-ramai, dan inisiatif untuk memerintahkan tegas untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak berdosa.

4 - Menghantar mesej dan terima kasih kepada Al-Azhar dan institusi agama yang telah menjalankan tugas mereka dalam menyokong kebangkitan rakyat Syria.



Teruskan memberikan sokongan kepada mereka !! Usah berhenti dan berputus asa !! Ingatlah pertolongan Allah itu sentiasa bersama hamba-hambaNya~









 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews