♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Semoga Perjalanan Yang Diberkati

Thursday, August 9, 2012

Diri ini masih tercari-cari dimanakah kekuatan yang dulu selalu bermain dibenak fikiran dan selalu dikongsikan bersama sahabat-sahabat samada di laman maya mahupun di kampus pengajian. Tidak sampai 24 jam diriku akan melangkah sebagai musafir ke rumahNya yang mana menjadi idaman semua orang yang digelar Islam. Dan diriku juga akan menjejak kaki ke rumah Allah yang mana menjadi rukun Islam yang ke 5 apabila sampai tempohnya.

Apabila diriku kembali menjejak kaki semua ke tanah suci ini, masih segar dalam ingatan memori setahun yang lalu. Memberi makna dan kekuatan untuk diri ini terus berpijak ke atas bumi Allah yang nyata ini. Allah tidak mengizinkan dikau bertamu di rumahNya kerana tuhanMu mempunyai perancangan yang indah iaitu ingin bertemu denganMu lebih awal kerana ia menyanyangi mu. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mengizinkan diri ini menziarahi rumah suciMu di bulan yang penuh barakah dan keampunan iaitu Ramadhan Al Kareem. Semoga dikau memberikan keampunan buat diri yang kerdil lagi hina dalam mencari keredhaanMu.

Takkala diri melihat hari esok, apakah kita akan bertemu. Tanpa dirimu diriku longlai tidak bermaya. Dirimu adalah akar yang memberikan sumber buat dahan dan ranting-ranting yang memerlukan makanan untuk tumbuhbesaran. Kita diumpamakan ceperti carik-carik bulu ayam. Walaupun bermasam muka kita akhirnya akan tersenyum esoknya dan yang masam itulah akan dikenang sebagai kenangan terindah dalam memori kehidupan. Siapalah anda kalau bukan keluarga tercinta. Teruskan mendidik jiwa-jiwa yang inginkan ilmuNya dengan didikan yang diberikan dulukala. Didikan itulah yang menjadikan kita manusia pada detik ini. Allah merahmatimu~ Buatmu kanda, didoakan selamat melahirkan pejuang Islam. Menanti masa yang berdetik dengan tangisan seorang bayi.  Semoga Allah mempermudahkan urusanmu kanda.

Abdullah, tidak ku kenal dirimu walaupun nama melainkan tautan kasih insan bergelar muslim. Tautan iman dan Islam mengikat diantara kita dan semua. Ku titipkan doa buatmu kerana diriku ini hanya insan biasa dan mengharapkan sebaik-baik ganjaran dikurnikan buatmu dunia akhirat kerana dialah sebaik-baik pengurnian ganjaran untuk hamba-hambaNya.

Tidak dinamakan kehidupan jika dirimu tidak hadir. Itulah sahabat, Suka duka mereka bersama menyulami kehidupan, dan bersama mereka garam-garam kehidupan dirasai untuk mengenal kehidupan bagi diri yang baru merangkak ini. Semoga Allah merahmatimu sahabat.

Sentiasa bermain diingatan kata-kata guruku, engkau kenanglah kehidupanmu itu kerana mungkin hidupmu hari ini adalah kerana mereka yang sentiasa mendoakan dirimu. Tiadaku mampu untuk membalas doa mereka itu melainkan mengharapkan ganjaran Allah untuk mereka. Panjangnya umur bukan kerana hanya amalan tapi amalan mereka juga. Semoga Allah merahmati mu yang mendoa. Teruskan mendoakan saudara-saudara kita yang dizalimi. Teruskan berdoa kerana doa adalah senjata yang ditakuti musuh kita dan senjata sulit muslim.


Semoga musafir ini selamat dan sentiasa dalam redhaNya.


Gambar 2/6/11

YA Allah engkau permudahkan kami bertamu ke rumahMu. mudahkan perjalanan kami pergi dan balik dan letakkan kami sentiasa dalam redhaMu~ ampum maaf dipohon semua yang mengenal diri ini~
cc : http://makkahlive.net/makkahlive.aspx
There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews