♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Hebahan majlis Ilmu [KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012]

Thursday, January 5, 2012

Sedang mencari maklumat di sebalik nyalaan komputer, tertarik kepada satu makluman berkaitan majlis ilmu yang bakal diadakan di PWTC febuari yang kunjung tiba. Para panelis yang hadir kesemuanya merupakan orang yang faqih dalam bidangnya.Kadang-kadang terpikir macam mana kalau yang tak dapat hadir dan mereka ingin bersama dalam majlis tersebut. Mungkin kalau mereka mengadakan secara dalam talian mungkin nikmat ilmu yang diberikan lain rasanya berbanding bertentang mata sendiri. Mungkin ada sahabat-sahabat yang pergi boleh kongsikan bersama saya nanti^_^dan kalau ada buat jualan CD serta kertas kerja pembentangan boleh saya nak kirim :P Sedikit info berkaitan program :-


~Tekan gambar untuk lagi jelas~
PENGENALAN

Penghayatan terhadap Islam semakin dirasai kini dengan wujudnya pelbagai saluran media dan bahan-bahan yang berorientasikan Islam. Walau bagaimanapun, berlaku kekeliruan di kalangan umat Islam tentang pendekatan yang terbaik dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.
Oleh kerana itu, satu usaha untuk mengumpulkan pakar-pakar agama (ilmuan) supaya mereka dapat memberi panduan yang komprehensif dan mapan perlu dilakukan. Melalui Konvensyen Fiqh Ummah 2012 ini, panduan yang disediakan oleh mereka dapat disebarluaskan kepada masyarakat.

OBJEKTIF

Mendedahkan masyarakat kepada pendekatan sederhana (wasatiyyah) dalam kehidupan seorang muslim dari segala aspek.
Memberikan garis panduan asas dan menyeluruh kepada masyarakat dalam beragama.
Menjadikan program ini platform kepada masyarakat untuk berhubung langsung dengan para ilmuan.

BERSAMA TOKOH ILMUAN :-

US. DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
US. DR ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN
US. DR ZAHAZAN MOHAMAD
US. DR MASZLEE MALIK
US. DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
US. DR ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN
US. HAZRIZAL ABDUL JAMIL
US. ZAMRI MOHD ZAINULDIN
US. DR AHMAD WIFAQ ABDUL RAHMAN
US. SYED MOHD NORHISYAM TUAN PADANG
US. MUHAMMAD ASYRAF RIDZUAN
US. AIZAM MAS'OD
US. ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM
US. MOHD IZHAR ARIF MOHD KASHIM
US. MOHAMMAD NIDZAM ABD KADIR
US. MUHD RAMADHAN FITRI ELLIAS

JEMPUTAN KHAS

SYEIKH DR. AIDH A-QARNI (Pengarang La Tahzan)
MUFTI ISMAIL MUSA MENK

PENGANJUR

iluvislam.com
www.zaharuddin.net
Telaga Biru
Mantop
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

MAKLUMAT LANJUT

http://k-fiqh.com/

Bersama Memartabatkan ILMU
~Sampaikanlah walau satu ayat~
~sebar-sebarkan~

Catatan Yang Berlalu

Tuesday, January 3, 2012

Alhamdulillah di panjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas kurnian nikmat umur yang masih dipanjangkan dan di izinkan untuk diri yang kerdil lagi hina ini meneruskan kehidupan di permulaan lembaran masihi 2012.Dan  syukur ku panjatkan kepada Yang Maha Penyayang diatas kurnian nikmat dan iman buat diri yang masih mencari keredhan Ilahi dalam kehidupan serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Diri ini merasakan baru berkongsikan berkaitan lembaran baru hijriah. Dalam sedar berjaga tidur dibuai lena kita semua sudah memasuki fasa permulaan lembaran 2012M dan bulan kedua 1433H.Memang masa berlalu begitu pantas dan tidak dapat dienjakkan walaupun seminit.Maksud dari hadis Nabi Muhammad SAW daripada Abu Hurairah :

“Ertinya: Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan , setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu,seminggu seperti seharisehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap”.  Dan dalam hadis yang lain mengatakan sejam itu umpama seperti nyalaan api.

Sukar dirasai bagaimana kepantasan masa itu berlalu.Baru semalam terasa kita baru menghabiskan zaman persekolahan dan menjejak kaki ke alam remaja iaitu zaman universiti.Usai sepi masa berlalu kita sudah berada di tahun yang terakhir dan masa meneruskan kitarannya kita sudah berkeluarga dan masa meneruskan kiraannya kematian itu menantikan dengan penuh kerisauan.

Sudahkah kita melihat kembali cacatan tahun lalu biarpun masih awal untuk merenung kembali kekhilafan yang berlaku tetapi sebagai orang yang beriman hendaklah diri sentiasa menghitung amalan semalam, melihat amalan hari ini dan merancang amalan esok harinya seperti dalam mafhum hadis Nabi Muhammad SAW :


“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka"


Dan berdoalah semua agar kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Asr. Bersamalah para sahabat, kita membuka lembaran yang baru lagi mulia ini dengan azam dan keinginan yang tinggi untuk memperbaiki diri agar menjadi yang terbaik daripada terbaik agar kehidupan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT tidak kira waktu dan ketika dimana kita berada kematian itulah merupakan satu kepastian buat kehidupan yang masih berbaki.Aturilah kehidupan yang bakal menjelma dengan kecemerlangan diri dalam semua aspek kehidupan agar diri tidak berasa kekesalan di kelak hari
Mengharapkan redhaNYA
Kehidupan yang sentiasa dalam perancangan diri merupakan satu kaedah untuk insan melakarkan kehidupan yang cemerlang pada esokan harinya.Biar kesemua kronologi kehidupan kita sudah dilakarkan di luh mahfuz, semestinya kita mempunyai perancangan kehidupan agar ia sentiasa tersusun dengan jalan menjadi hamba kepadaNYA.Kita Merancang Tuhan Menentukan merupakan kata kunci dalam kehidupan.Dalam perancangan jangan lupa juga ke arah usaha berjalannya perancangan yang dirancang.Jangan mengharapkan ianya datang bergolek jika tidak diusahakan kearah sedemikian.Ingatlah, acuan diri itulah bakal menyinari kehidupan yang bakal menjelma.

Salam perjuangan bersalut keimanan buat semua! ^_^

**[muhasabah diri]
semoga anda semua sentiasa dalam peliharaan Allah selalu saya doakan.Saya mencuba mencari pintu-pintu untuk bertaubat dan bermuhasabah atas segala kesilapan yg telah dilakukan.Dan diri ini mengetahui untuk masuk ke syurga semestinya hapus dari dosa-dosa kecil mahupun besar.Sekiranya berdosa dengan Sang Pencipta taubat adalah caranya, sekiranya berdosa dengan manusia kemaafan manusia itu diperlukan dan akhir kalam sekiranya andai khabar yang sampai kepada kalian saya sudah tiada izinkanlah saya masuk ke syurga dengan kemaafan dari kalian semua dengan kemaafan yang seikhlas mungkin.Smg Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua..ameen..wassalam 

Sekadar renungan kata-kata imam syafie [video]

Tuhanku! aku tidak layak masuk ke syurgamMU
Namun aku tidak upaya menghadapi seksa api nerakaMU
Oleh itu kurniakanlah ampunan kepadaku
Ampunkanlah dosaku
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

cc :

Sanah Helwa | Happy Birthday

Semoga Allah memanjangkan usiamu dan memudahkan segala gerakkerja seharianmu duhai Ayahanda tercinta [25/12] dan buat kanda ayai >.< adeq doakan semoga Allah memanjangkan dan memberkati usiamu dan seiring usia amalan yang kian meningkat.Bila dah jumpa tu habaq mai la teman nak soal selidik ^_^ [28/12]
There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews