♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Kehilangannya Dirasai Pengantinya Tidak Diketahui [YB Dr. Lo’lo Ghazali]

Tuesday, July 19, 2011



Pemergianmu satu berita yang amat sedih buat kami pejuang-pejuang Islam yang dahagakan nasihat dan teguranmu duhai bonda  YB Dr. Lo'Lo.Ketika diri ini menitiskan air mata atas pemergian mujahidah bertemu Sang Pencipta disamping terkesan nukilan Ustaz Hasrizal dalam blognya yang banyak memberikan sedikit kekuatan kepada Dae' Islam ini. Nukilan sedikit sebanyak menyentuh naluri ana-anak yang masih memerlukan bimbingan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan para Anbia'. Kehilangan yang besar buat rakan taulan seperjuangan.Pemergiaanmu membuatkan kami merasakan kekosongan pada diri kerna ketiadaan seorang pemimpin yang menjalankan amanah dengan sebaiknya.Bukan sekadar hal berkaitan kewanitaan diperjuangkan malah perkampungan melayu atau dikenali sebagai Kampung melayu turut mendapat perhatiaanmu.


Sedikit kata-kata yang dapat dikutip di saifulislam.com untuk perkongsian kita bersama :-

Seperti ungkapan asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan:
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar


Semoga segala jasa titik peluhmu itu dinilai Allah SWT sebagai ibadah kepadaNYA.Kami mendoakan semoga rahmu bersama para anbia', syuhada' dan orang-orang soleh dan solehah. Semoga Allah mengantikan pemergian mujahidah ini dengan lahirnya beribu-ribu pembantu agamaMu nanti.
Ameen ya Allah.Istajibillahumma Doa'ana


p/s : bacalah kisah muslimah sejati di sini

Kembara Srikandi Tauladan Zaman Nabi S.A.W

Monday, July 18, 2011

smg menjadi wanita yg solehah
Persis permata bernilai, muslimah sejati digambarkan sebagai seorang wanita Islam yang mempunyai akhlak yang mulia, sopan tutur bicaranya, terjaga maruah dan kehormatannya serta yang paling utama iman sentiasa dipelihara agar terus subur dan mekar di dalam jiwa.

Ringkasnya, kalimah keramat ini mempunyai pelbagai pentafsiran dan pengertian yang mendalam malah tidak termampu diterjemahkan dengan kata-kata. Sebagaimana sabda Nabi junjungan S.A.W yang bermaksud : “Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” Betapa besarnya kedudukan muslimah yang solehah ini melebihi dari segala perhiasan di dunia dan seluruh isinya.

Menyoroti sejarah kegemilangan Islam, lahirnya ramai tokoh-tokoh pejuang muslimah yang berjiwa besar, mempunyai keimanan yang teguh lagi utuh, semangat jihad yang tinggi hingga sanggup mengorbankan apa sahaja demi membuktikan kecintaan terhadap Allah dan RasulNya. 

Hasil kejayaan pentarbiyyahan Baginda S.A.W terbukti dengan lahirnya barisan muslimah yang menabur jasa yang bukan sedikit pada dunia Islam antaranya Saidatina Khadijah, merupakan isteri juga pendorong utama dakwah Rasulullah S.A.W, Saidatina ‘Aisyah, ketokohannya yang tersohor di kalangan para sahabat dalam bidang Hadith dan Fiqh,Fatimah al-Zahra’ permata yang meneruskan perjuangan ayahandanya, Khaulah al-Azwar srikandi di medan perang, Asma’, pemilik dua tali pinggang dan Zinnirah, merupakan seorang hamba yang tabah dan cekal dengan nikmat iman yang subur dalam dirinya. 

Zainab binti Jahsy adalah satu-satunya wanita yang dinikahkan oleh Allah S.W.T dari atas langit ketujuh, manakala malaikat Jibril menjadi dutanya. Beliau dikenali sebagai wanita yang diberkati kerana lebih dahulu masuk Islam, ikut berhijrah dan berjihad, selain terkenal atas kesabaran dan kezuhudannya. 

Zaman demi zaman membawa kepada pertambahan bilangan pejuang-pejuang Islam seiring perkembangan Islam ke serata alam. Sarjana Barat melihat bahawa zaman Rasulullah S.A.W sebagai zaman yang menakjubkan kerana Baginda telah berjaya menghasilkan satukelompok manusia yang bukan sahaja berkuantiti malah berkualiti dalam pelbagai aspek dan bidang hanya dalam tempoh yang singkat. 

Nusaibah binti Ka`ab atau lebih dikenali sebagai Ummu Umarah merupakan seorang pejuang yang teguh berdiri tatkala ramai yang berundur, beliau juga merupakan seorang ibu yang mengarahkan anaknya dikala cedera parah agar kembali menyertai saf peperangan Uhud tatkala sedang sengit, malah bersedia menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Rasulullah S.A.W. Sebagai balasan beliau dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W menjadi teman baginda ketika disyurga kelak.

Di dalam Perang Badar, “Ibu Para Pahlawan” Kabsyah binti Rafi` telah meniupkan semangat kepada kedua anak beliau, Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz , agar berangkat dan berjihad kerana Allah dengan sebenar-benar jihad, sehinggalah kedua-duanya mendapat cubaan yang berakhir dengan khabar kemenangan. 

Sumayyah adalah wanita pertama yang menampakkan keIslamannya, di samping menjadi wanita syahid pertama yang mengorbankan dirinya di jalan Allah. Dalam peristiwa kesyahidannya itu, terkandung pelajaran-pelajaran berharga bagi sesiapa yang memiliki hati atau mempunyai pendengaran. Beliau menjadi sosok syahid yang sebenarnya dan mempamerkan hakikat sabar kepada para generasi seterusnya. 

Apabila ditelusuri jasa dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh srikandi penegak panji Islam, tidak tergambar keperitan dan kesengsaraan yang terpaksa dilalui oleh mereka demi menyelamatkan iman dan deen tercinta. Segala cabaran dan rintangan yang ditempuhi tidak sedikitpun melemahkan semangat dan mengurangkan keyakinan mereka terhadap risalah yang dibawa oleh kekasih Allah, apa yang diharapkan hanyalah keredhaan Allah semata-mata dan mati syahid menjadi cita-cita utama.

Sebagaimana penyiksaan yang diterima oleh Zainab al-Ghazali, dipenjara dan disiksa dalam pelbagai bentuk penyiksaan yang memeritkan. Ini sedikitpun tidak menggentarkan beliau, malah kesan kebenaran yang dibawa, beliau berjaya mengislamkan seorang lelaki yang ditugaskan untuk menyiksanya di penjara! 

Lantaran itu kebangkitan muslimat hari ini perlu disemarakkan bagi mengulangi sejarah kegemilangan yang pernah menjadi sinar-sinar dalam kebangkitan Islam suatu ketika dahulu. Minda muslimat pejuang sama sekali tidak boleh memisahkan dirinya daripada dunia dakwah.

Cabaran masa kini sudah tidak dapat menerima sebarang alasan untuk membiarkan sahaja golongan muslimat berkawan dengan periuk dan kuali sahaja di saat anak-anak gadis remaja kian menjadi taruhan kepada ideologi barat sehingga menggadaikan maruah serta memaksa mereka memberontak untuk melawan nalurinya, lantas melangkah keluar dari batasan syari'at.
Hasilnya golongan wanita menjadi mangsa penganiayaan, wanita diperalatkan untuk mencari nafkah, wanita dieksploitasi demi mencapai keseronokan yang haram atau mendapat pendapatan yang haram. Kita tidak inginkan minda muslimat zaman kini hanya memandang medan perjuangan hanya berlegar di dalam keluarga, sehingga mengenepikan persoalan ummah yang kian meruncing. 

Muslimah era globalisasi kini terdedah kepada pelbagai ujian dan cabaran yang semakin rencam dan kompleks. Persediaan yang lebih rapi dan bekalan yang mencukupi adalah amat diperlukan bagi mengharungi segala tribulasi yang mendatang seperti mana yang telah dilalui oleh pejuang srikandi suatu ketika dahulu. 

Melihat kepada skop selaku mahasiswi Islam, penguasaan ilmu sangatlah penting bukan sahaja di dalam bidang yang diceburi, tetapi juga dalam bidang lain seperti perkomputeran, pengurusan, pentadbiran dan bidang-bidang yang melatih kepakaran mereka. Dengan penguasaan dan kemahiran dalam ilmu-ilmu asas dan ilmu-ilmu bantu ini, maka, dunia Islam mampu melahirkan intelektual Fiqh yang menguasai bidang pengurusan, pegawai agama yang mahir dalam bidang IT dan multimedia juga pendakwah yang mampu berbicara mengenai bidang kepemimpinan dengan baik. 

Mahasiswi Islam juga perlu menyedari bahawa tanggungjawab yang terpikul di pundak mereka bukanlah sekadar sebagai seorang penuntut ilmu semata-mata, hidup di alam kampus bukanlah hanya bermain dan berlegar di bilik-bilik kuliah dan perpustakaan sahaja, tetapi lebih mencapah dan meluas dari itu. 

Penafian untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sosial dan persatuan, akan merencatkan perkembangan kemahiran dan menipiskan ruang pengalaman dan pertambahan ilmu luaran yang tidak mungkin diperoleh di dalam kuliah mahupun tutorial. Oleh itu, mahasiswi Islam ataupun muslimah harapan ummah ini hendaklah bergerak jauh ke hadapan dan bersikap lebih optimis terhadap segala tindak-tanduk dalam menghadapi arus maha hebat ini. 

Muslimah yang ideal merupakan seorang muslimah yang berperanan besar dalam masyarakat. Ia bertindak sebagai seorang pelajar di medan keilmuannya, seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya, seorang isteri yang taat kepada suaminya, seorang ibu yang gigih mendidik dan sabar dalam menghadapi kerenah anak-anaknya, seorang hamba yang patuh kepada perintahNya dan juga seorang pendorong dan pendokong dalam memperjuangkan agama Allah.

Peranan-peranan ini merupakan suatu amanah yang cukup besar, memerlukan keteguhan dan kekentalan jiwa, serta kekuatan iman dalam menghadapi segala ujian dan semangat pengorbanan yang tinggi dan tidak berbelah bagi.


Muslimah sebagai tangan dalam perjuangan, perlu seiring dalam membawa wadah Islam dan bersama-sama dalam meneruskan agenda dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. 

Peranan muslimah sebagai sayap kiri dalam membawa syari’at Islam perlu dimainkan dengan sebaiknya. Kejayaan dalam menyebarkan risalah kebenaran ini bukan dipertanggungjawabkan ke atas kaum Adam sahaja, tetapi kaum Hawa juga punyai peranan dan tanggungjawab yang tidak boleh diperkecilkan. 

Maka dengan ini, barisan muslimah harapan ummah perlu bangkit dan bersaing dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Muslimah solehah, inspirasi ummah, hadirnya mampu membawa sinar di dalam sesebuah masyarakat. Segala kesenangan merupakan ujian, dalam mengharungi kehidupan, menuju kebahagiaan yang lebih hakiki dan abadi.

Muslimah sejati menyedari diri sebagai fitnah dunia, sedaya upaya menjauhi dan menghindari agar maruah agama terpelihara dan kehormatan diri terjaga dari nafsu yang menggoda. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud : “Tidak aku tinggalkan kepada ummatku selepasku fitnah yang lebih besar ke atas lelaki melainkan wanita”. Cukuplah sabda Baginda s.a.w menterjemahkan segala-galanya. Muslimah harapan ummah, di bahumu terpikul amanah……!

Perkongsian dari hewipmram
Risalah 
أيتها الفتيات (Bil : 3)
Unit Dakwah dan Pembangunan Insan
Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011


p/s :- ucapan takziah buat Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ke rahmahtullah malam tadi.Hanya doa yg mampu ku utuskan buatmu disana agar bersama para-para syuhada'.
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

BERSIH oh BERSIH

Tuesday, July 5, 2011

Hari semakin hari tarikh semakin hampir, asakan demi asakan semakin banyak untuk dihadapi.Itulah satu cabaran bagi menegakkan kebenaran.Yang hak itu adalah hak dan kebatilan itu adalah batil.Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan semasa tanah air, satu perhimpunan 'SUPER' sedang dirancangkan oleh NGO-NGO di negara kita.Saya mendapat soalan yang bertanyakan kenapa saya menyokong BERSIH sedangkan Pengarah BERSIH itu merupakan antara penyokong IFC.Mungkin semua sudah mengetahui apakah tuntutan IFC kepada negara kita dan semestinya kita tidak menyokong dan memberikan layanan terhadap permintaan mereka.Saya menyokong BERSIH bukannya IFC.Itu kata kuncinya.Kalau IFC saya antara penentang tegarnya.Lain pula dengan hal BERSIH.Apa yang diminta semuanya berkaitan  perjalanan dan perancangan yang dilakukan ketika pilihanraya kadangkala yang menampakkan 'berat sebelah'.


Antara permintaan yang dibawa dalam perhimpunan BERSIH ini adalah ;

  1. Bersihkan senarai undi
  2. Mereformasikan undi pos
  3. Gunakan dakwat kekal
  4. Masa kempen minima 21 hari
  5. Akses media yang bebas dan adil
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor
Pendetailan ini boleh layari BERSIH 2.0 di :- http://bm.bersih.org/?page_id=2673



Apakah perlu disokong tindakan seorang bukan muslim yang mahukan undang-undang Islam dijalankan ataupun sebaliknya.Itulah kiasan bagi saudari pengarah BERSIH.Saya mengambil kata DR Asri Zainal Abidin dalam blognya :-

"Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal."

Itulah ungkapan yang jelas telah dinyatakan dalam tindakan kita.artikel penuh boleh dilayari di :-  http://drmaza.com/home/?p=1436#more-1436

Saya ingin berkongsikan beberapa aritekal berkaitan yang membenarkan BERSIH dan mengharamkan BERSIH untuk tatapan semua agar boleh memberikan sedikit gambaran dan kekuatan dalam kekusutan yang berlaku kini


PANDANGAN ULAMA’ YANG MEMBENARKAN
1. Shaikh Yusuf Qaradawi[19]
2. Khalid bin Mun’im ar-Rifa’ie[20]
DALIL
Dalil 1
الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
“Asal bagi setiap sesuatu itu adalah harus sehinggalah ada dalil menunjukan pengharamannya”
1. Harus diperhatikan, demonstrasi ini adakah amalan ibadah khususiah atau adat @ muamalat. Jelas, demonstrasi bukanlah daripada amalan ibadah khususiah yang sudah ada dalil yang menentukan keharusan dan keharamannya. Ia terbuka hukumnya mengikut keperluan semasa.
2. Oleh kerana tidak ada dalil yang secara jelas dan terang mengharamkan demonstrasi, maka ia bergantung kepada faktor-faktor luaran untuk menentukan hukumnya. Antara faktor yang menentukannya ialahTUJUAN DEMONSTRASI. Sekiranya tujuannya tidak bercanggah dengan syara’, maka ia adalah diharuskan. Mari kita melihat apakah tuntutan BERSIH 2.0 ini[21]:
i. Membersihkan senarai undi
ii. Reformasi kepada undi pos
iii. Guna dakwat kekal
iv. Tempoh kempen minimum 21 hari
v. Akses media yang bebas dan adil
vi. Kukuhkan institusi awam
vii. Hentikan rasuah
Adakah mana-mana tuntutan dan tujuan tersebut yang bercanggah dengan syara’? Sekiranya tidak ada, maka kekal BERSIH 2.0 ini dengan hukumnya harus sehinggalah para pengkritik mendatangkan bukti-bukti yang lain yang boleh membawa kepada pengharamannya.

3. Agama memberikan keanjalan terhadap amalan yang boleh membawa kepada kemaslahatan kepada manusia. Jangan disempitkan dan diberatkan pada perkara yang tidak diharamkan dalam agama secara jelas dan tidak larang. Sabda Baginda SAW
عن أبي الدرداء رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ما أحل الله في كتابه فهو حلال وما حرم فهو حرام وما سكت عنه عفو فاقبلوا من الله عافيته فإن الله لم يكن لينسى شيئا ثم تلا هذه الآية : ( وما كان ربك نسيا[22])[23]
Abu Darda’ meriwayatkan bahwasanya Baginda SAW bersabda “Apa yang Allah halalkan di dalam kitabnya sudahpun jelas, apa yang diharamkan, maka ia adalah haram. Apa-apa yang tidak diputuskan oleh Allah maka ia adalah kemaaafan bagi kamu, dari itu, terimalah. Allah sama sekali tidak lupa, lalu baginda SAW membawa ayat “…dan tiadalah Tuhanmu itu lupa, “
Dari itu, oleh kerana tiada dalil yang jelas yang mengharamkan perbuatan demonstrasi,maka ia kekal dengan keharusannya sebelum ada faktor-faktor lain yang mengharamkannya. Bagi golonganyang mengatakan ianya haram, seharusnya mendatangkan hujah atas pengharamannya.

DALIL 2
عن ابن عباس قال سألت عمر رضي الله تعالى عنه لأي شيء سميت الفاروق قال أسلم حمزة قبلي بثلاثة أيام ثم شرح الله صدري للاسلام...... قلت أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله قال فكبر أهل الدار تكبيرة سمعها أهل المسجد قال فقلت يا رسول الله ألسنا على الحق إن متنا وإن حيينا قال بلى والذي نفسي بيده إنكم على الحق إن متم وإن حييتم قال فقلت ففيم الاختفاء والذي بعثك بالحق لتخرجن فأخرجناه في صفين حمزة في أحدهما وأنا في الآخر له كديد ككديد الطحين حتى دخلنا المسجد قال فنظرت إلى قريش وإلى حمزة فأصابتهم كآبة لم يصبهم مثلها فسماني رسول الله صلى الله عليه و سلم يومئذ الفاروق وفرق الله به بين الحق والباطل

Komentar
Hadis ini tidak kuat untuk dijadikannya sebagai hujjah. Ini kerana status hadis ini dhaif jiddan.Para pembaca boleh melihat hadis ini dalam kitab Hilyatu al-Auliya’ oleh Abu Nu’aim al-Asbahani 1/40. Sheikh Albani ketika membuat komentar terhadap hadis ini mengatakan “sanad hadis ini terlalu dhaif kerana adanya perawi bernama Ishak bin Abdullah”, pembaca boleh melihat komen ini dalam kitab Silsilatu Ahadith adh-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah 14/73 nombor 6531.

DALIL 3
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- يَشْكُو جَارَهُ فَقَالَ « اذْهَبْ فَاصْبِرْ ». فَأَتَاهُ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا فَقَالَ « اذْهَبْ فَاطْرَحْ مَتَاعَكَ فِى الطَّرِيقِ ». فَطَرَحَ مَتَاعَهُ فِى الطَّرِيقِ فَجَعَلَ النَّاسُ يَسْأَلُونَهُ فَيُخْبِرُهُمْ خَبَرَهُ فَجَعَلَ النَّاسُ يَلْعَنُونَهُ فَعَلَ اللَّهُ بِهِ وَفَعَلَ وَفَعَلَ فَجَاءَ إِلَيْهِ جَارُهُ فَقَالَ لَهُ ارْجِعْ لاَ تَرَى مِنِّى شَيْئًا تَكْرَهُهُ.[24]
Abu Hurairah meriwayatkan ada seorang lelaki mengadu kepada rasulullah tentang jirannya, lalu Baginda SAW berkata “Pulanglah dan bersabarlah”. Situasi itu berlaku 2 ataupun 3 kali lalu kata Baginda SAW “Pulanglah dan buang barangmu di atas jalan”. Lalu setelah lelaki tersebut melakukan sebagaimana yang disarankan, ramai orang bertanya puncanya, lalu lelaki ini menceritakan situasinya. Ini membuatkan semua orang yang lalu di situ mencerca jiran lelaki tersebut. Tidak dalam selepas itu, jirannya itu datang dan memohon maaf padanya dan berjanji peristiwa lama tidak berulang lagi.
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya I’lam al-Muwaqqi’in menyebutkan seperti berikut berkenaan hadis ini:
لأبأس للمظلوم أن يتحيل على مسبة الناس لظالمه والدعاء عليه والأخذ من عرضه وإن لم يفعل ذلك بنفسه إذ لعل ذلك يردعه ويمنعه من الإقامة على ظلمه وهذا كما لو أخذ ماله فلبس أرث الثياب بعد أحسنها وأظهر البكاء والنحيب والتأوه أو آذاه في جواره فخرج من داره وطرح متاعه على الطريق أو أخذ دابته فطرح حمله على الطريق وجلس يبكي ونحو ذلك فكل هذا مما يدعو الناس إلى لعن الظالم له وسبه والدعاء عليه...[25]

DALIL 4
عن ابن عائشة يقول: لما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة جعل النساء والصبيان يقلن: طلع البدر علينا * من ثنيات الوداع[26]
Sheikh Islam Ibn taimiah menyebutkan:
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { لَمَّا قَدِمَ إلَى الْمَدِينَةِ خَرَجْنَ بَنَاتُ النَّجَّارِ بِالدُّفُوفِ وَهُنَّ يَقُلْنَ : طَلَعَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا مِنْ ثَنِيَّاتٍ الْوَدَاعِ إلَى آخِرِ الشِّعْرِ....} حَدِيثُ النِّسْوَةِ وَضَرْبِ الدُّفِّ فِي الْأَفْرَاحِ صَحِيحٌ ؛ فَقَدْ كَانَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ[27]
DALIL 5
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ[28]

DALIL 6
Kisah Bai’ah Ridhwan. Ia apabila Nabi SAW mneghantar utusan untuk berjumpa dengan pembesar Mekah, namun dikhabarkan bahawasanya mereka telah membunuh Saidina ‘Uthman, maka Nabi SAW dan para sahabat telah membuat persepakatan untuk berjuang menuntut bela terhadap ketidakadilan yang berlaku kepada Saidina ‘Uthman.[29]

PANDANGAN ULAMA’ YANG MELARANG
1. Sheikh Ibn Baaz.[30]
2. Sheikh Soleh ‘Uthaimin[31]
3. Ustaz Rasul Dahri[32]

DALIL
1. Ia adalah bid’ah dan tiada dalil dari amalan Nabi SAW, para sahabat dan salaf soleh.
Munaqashah dalil
Sheikh Yusuf Qaradawi berpandangan bahawasanya bukanlah semuanya amalan yang tidak dilakukan Nabi SAW adalah bid’ah secara mutlak. Beliau juga menolak hadis ini untuk digunapakai dalam perkara yang melibatkan muamalat dan adat. Padahal hadis itu tertumpu kepada perkara ibadat.[33]
Sekiranya ia masih dalam lingkungan hujah-hujah agama seperti maqasid amalan tersebut dan mekanisma mengamalkannya tidak bercanggah dengan syara’, maka tidak ada masalah untuk diamalkan. Contohnya Saidina ‘Uthman menambahkan azan baharu (menjadikannya dua azan seperti sekarang) dengan tujuan kemaslahatan umat Islam yang semakin berkembang. [34]
Begitu juga keharusannya sebagaimana yang ditunjukan dalam hadis yang berbunyi
عن رفاعة بن رافع الزرقي قال كنا يوما نصلي وراء النبي صلى الله عليه و سلم فلما رفع رأسه من الركعة قال ( سمع الله لمن حمده ) . قال رجل وراءه ربنا ولك الحمد حمدا طيبا مباركا فيه . فلما انصرف قال ( من المتكلم ) . قال أنا قال ( رأيت بضعة وثلاثين ملكا يبتدرونها أيهم يكتبها أول)[35]

2. Boleh membawa kepada kemudharatan dan kemungkaran yang lebih besar.
Apakah yang dimaksudkan dengan kemungkran yang lebih besar selain daripada kebaikan daripadanya. Lihat sahaja apa yang berlaku di Mesir, Hosni Mubarak akhirnya meletak jawatan hasil daripada demonstrasi rakyat[36]Ben ali akhirnya meletakan jawatan kerana demonstrasi rakyat[37] dan di Malaysia demonstrasi BERSIH yang lalu berjaya mendesak kerajaan untuk mengunakan dakwat kekal bagi mengelakkan penipuan[38] namun, akhirnya SPR mengambil sikap untuk tidak menggunakannya walaupun telah membelinya dengan harga RM 3 juta dengan menggunakan duit rakyat.[39] Ia merupakan tanda kejayaan.
Apakah ada lagi kemungkaran selain itu. Sekiranya kemungkaran tersebut adalah kebarangkalian pertumpahan darah sesama muslim dek kerna kebebalan Perkara membuat keputusan, pihak berkuasa harus menguruskan perkara ini. Sila benarkan Perkara untuk membuat demonstrasi yang sama tetapi di tempat yang berbeza atau pada waktu yang berbeza. Ini kerana secara asas tidak dalil jelas lagi qath’ie yang mengharamkan demonstrasi. Maka, menghalang perkara yang baik dari dijalankan padahal perkara tersebut boleh diuruskan secara menang-menang bukanlah satu keputusan dan tindakan yang bijak.
Kenyataan ahli parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Raden bahawa perhimpunan Bersih 2.0 boleh membawa kepada pertumpahan darah haruslah dibuat dengan penuh tanggungjawab. Namun, telahan beliau itu dilihat jelas tidak bertanggungjawab apabila tidak memberikan sebarang contoh berkenaan perkara yang dibangkitkannya. Bahkan ruang untuk memohon penjelasan juga tidak diberikan.[40] Pernahkah dalam sepanjang demonstrasi yang dianjurkan oleh PAS, berlaku pertumpahan darah sesama rakyat?
Tidak pernah bukan?
Tetapi sekiranya rakyat yang menyertai demonstrasi tersebut didera, dihentak sehingga berdarah, dipenjara hanya kerana memperjuangkan hak.. itu memang banyak sekali.[41]
Dengan penganjuran BERSIH ini, hampir semua pihak yang berada di sekitar Kuala Lumpur ini atau jalan menuju Kuala Lumpur akan mendapat kesan positif dengan peningkatan hasil jualan.[42] Penulis antara orang yang pernah menghadiri himpunan BERSIH pada tahun 2007 mendapati BN jelas menipu rakyat Malaysia. Melalui pengamatan penulis yang melalui Jalan Masjid India, dan jalan menuju ke Istana Negara (maaf, penulis tidak dapat mengingati nama jalannya) tidak ada sebuah kedai pun yang ditutup kerana himpunan ini.
Dari itu, apa lagi kemungkaran yang kamu hendak fitnahkan?
3. Tidak selari dengan firman Allah dalam Surah an-Nahl: 125
Ayatnya berbunyi
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Namun, penulis percaya syahid utama ayat ini adalah pada yang bergaris di atas.
بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ
Ibn kathir mentafsirkan ayat di atas sebagai berhujjah mengikut panduan al-Quran dengan melarang mereka melakukan perkara yang dilarang Allah.[43]
Manakala dalam Tafsir asy-Sya’rawi pula mentafsirkan dengan mengatakan berbuat sesuatu mengikut kesesuaiannya.[44]
Secara konklusinya, berda’wah itu perlukan seni dalam menyampaikan maksudnya. Nabi Allah Ibrahim menggunakan kaedah reverse psychology[45] dan perdebatan[46] dalam pembuktian ketuhanan, Nabi Allah Yusuf menggunakan kaedah penyerapan dalam kerajaannya untuk menyampaikan dakwahnya[47], Nabi Allah Nuh menyampaikan dakwahnya dengan pembuktian teknologi[48] dan perubatannya[49] dan Nabi Musa mengambil jalan pertembungan secara berkonfrontasi dengan Firaun[50] setelah berda’wah dengan lemah lembut[51] dan berdebat tidak berkesan.
Secara konklusinya, penulis kirakan tidak ada khilaf untuk mengatakan bahawasanya berda’wah dengan lemah lembut penuh hujjah, berdebat, berdiskusi adalah cara yang terbaik. Namun, sekiranya ia tidak memberikan apa-apa kesan, maka Islam tidak menutup ruang yang lain untuk berda’wah asalkan matlamat mendaulatkan Islam tercapai dengan syarat ianya mestilah masih berada di orbit syariat Islam.
Lihatlah realiti PAS.
Berda’wah, berdiskusi, berdebat dengan UMNO untuk kemaslahatan umat Islam semenjak merdeka dahulu, namun nampaknya ia kurang berkesan. PAS akan terus menggunakan metod tersebut kerana percaya ia adalah metodologi yang terbaik, namun, ia tidak akan mengikat PAS untuk melakukann penambahbaikan dalam da’wahnya dengan menggunakan metodologi yang lain yang difikirkan dari semasa ke semasa lebih berkesan.
4. Diambil daripada yahudi dan bukan Islam
Penulis mengirakan semua umat Islam boleh bersetuju dengan mengatakan bawasanya kebijaksanaan merupakan permata umat Islam yang kehilangan, maka di mana sahaja dijumpai..Ambillah.
Dengan satu catatan emas, perkara tersebut mestilah berada di atas landasan islam.
Lihat sahaja strategi strategi Nabi SAW pergi berhijrah. Baginda SAW dan Saiduna Abu Bakr mengupah seorang lelaki yang bernama ‘Abdullah bin ‘Uraiqith al-Laithi, seorang yang bukan Islam utnuk memandu Nabi SAW dan Abu Bakr menuju ke Madinah. Ini kerana, beliau seorang yang amat mahir dengan jalan bawah[52] (Nabi SAW tidak menggunakan highway untuk ke Madinah).
Selain itu, lihat juga peperangan Khandak, ia bukanlah dari ilmuan Islam tetapi ia adalah strategi peperangan Negara Parsi (Iran sekarang), namun iatidak bercanggah dengan agama. Nabi menerimanya.
Nabi SAW menggunakan cop mohor kerajaan Madinah, ia bukanlah adat dan tradisi arab tetapi memandangkan ia adalah tradisi raja-raja di dunia, maka Nabi SAW membuat mohor kerajaan Madinah.[53]

HUKUM WANITA TERLIBAT DALAM BERSIH 2.0
Sekiranya perhimpuan ini diharuskan secara syara’, maka tidak menjadi masalah bagi wanita menyertainya dengn syarat berpegang teguh kepada nilai-nilai agama seperti menutup aurat, tidak bercampur dengan lelaki, menundukan pandangan (daripad amelihat perkara-perkara yang diharamkan-pen)[54]



Dan saya selaku rakyat Malaysia yang mahukan keamanan ketelusan kejujuran dalam pentadbiran tidak kira dipihak kerajaan mahupun pembangkang!Kami mempunyai hak!Hapuskanlah segala bentuk politik kotor dan jadikanlah negara yang bebas dari cengkaman mana-mana pihak^^,)CLEAN@BERSIH!semangat semangat juga tapi ibadah kita bagaimana?Yang wajib berciciran dan yang yang sunat ditinggalkan.Tak patut tu so
Dan jangan lupa tingkatkan amalan dibulan Rejab ye!!^^,)Peace!


Saya hanya Insan Biasa^^,)
p/s:artikel ini dikeluarkan bagi memberikan sedikit jawapan kanak-kanak dari saya yang banyak bertanya di 'fb' disamping perkongsian untuk semua!
There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews