♥♥Lebaran ukhwah♥♥

[UPDATE] Kupasan Kitab Al-Hikam Al-Athaiyyah Oleh Dr Ali Jum'ah

Tuesday, June 28, 2011

Dikala musim sudah bertukar, keadaan semasa semakin meruncing, diri terpanggil untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat semua.Kalian semua pernah tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih (KCB)?Mungkin kebanyakan dari kita pernah mendengar ataupun melihat sendiri kisahnya yang mempunya banyak siri.Tetapi post kali ini bukannya hendak mengupas cerita KCB tetapi hendak berkongsikan tentang kita yang sering dibacakan oleh saudara Azam. Masih ingatkah anda kitab Al-Hikam Al-Athaiyyah yang selalu dibacanya ketika mengajar di surau pasentrennnya.Tetapi kupasan kali ini bukannya dikupas oleh saudara Azam tetapi seorang alim ulama'  yang tidak asing lagi nama dalam ilmu fatwa dan fiqhnya.Subhanallah.Semoga kita semua mendapat ibrah dari kesungguhan beliau dalam menaburkan ilmunya.


Alfadhil ustaz DR Ali Jum'ah merupakan mufti Mesir ketika ini.Perkongsian ini amat bermakna buat kita semua yang selalu memerlukan dan dahagakan makanan rohani.Sama-sama kita manfaatkannya dan menyampaikan buat rakan taulan yang lain.Selamat Menonton(^^,)


Episod 1-Hikam No 1: Jangan Bergantung Kepada Amalanmu!





Episod 2-Hikam No 2: Berusaha Atau Bertawakal?





Episod 3-Hikam No 3 - Qadar Allah Tidak Mampu Dicabar





Episod 4-Hikam No 4: Rehatkan Dirimu Dari Tadbir!





Hikam No 5: Laksanakan Sunnah Nabi Nescaya Kamu Akan Melihat Keajaiban!



Kalau ada update yang terbaru akan dimasukkan kemudian(^^,)


sumber : almuttaqintv

Kenangan Bersahabat - Siri 1

Kenangan bersahabat~~
kata-kata buatmu duhai saudara Islamku

Terima kasih ku mendoakan kepada sahabat2 semua yg bertegur sapa dalam status 'panas' saya tempoh hari.Bukannnya ia dizahirkan dari diri yg kerdil ini tapi ia sebenarnya menjadi mangsa yg dizalimi.Ku mendoakan agar pelaku ini diampunkan Allah dosanya atas tindakan yg tidak 'disengajakan'.
الله يرضى عليك و بَرَكَ الله فِىْكُمْ

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يمسح منا كبنا في الصلاة ويقول "استووا ولا تختلفوا. فتختلف قلوبكم. ليلني منكم أولو الأحلام والنهى. ثم الذين يلونهم. ثم الذين يلونهم" قال أبو مسعود: فأنتم اليوم أشد اختلافا.

"Luruskanlah dan janganlah kamu saling bertelingkahan lalu dengan itu hati-hati kamu tidak bersatu, hendaklah orang-orang yang cerdik pandai mengiringiku, kemudian yang mengikuti mereka dan yang mengikuti mereka."

Buat sahabat-sahabat semua dalam merungkai skop amanah yang ada pada diri banyak perkara yang perlu dibetulkan.Bukan mudah bagi seseorang itu melaksanakan amanah Allah dalam rutin sehariannya.’Memang benda ini katakan biasa bagi mereka yang tidak memahami apa itu amanah tetapi apabila ia dipersoalkan kelak, bagaimana? Hayatilah hadis ini :

“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).“
Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).
“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)

Jika kita membicarakan berkaitan amanah ini, memang kisahnya amat besar sekali.Pernah disabdakan amanah ISLAM ini telah ditawarkan kepada makhluk-makhluk lain tapi semuanya menolak termasuk bukit bukau, tumbuhan dan lain-lain.Memang besar tanggungjawabnya.



Janganlah dikau melakukannya semula, bukan hanya kepadaku sahaja tetapi buat semua sahabat-sahabat.Jangan anggap perkara ini perkara biasa.Menceroboh hak milik orang tanpa izinnya.Kelak di akhirat akan dipersoalkan.Bukanhnya pada ber'fb' sahaja tetapi dalam tingkah laku kita seharian.Bagaimana hendak mencari redhaNYA jika perakara yang dilakukan adalah perkara haram atau memakan makanan yang haram?

Jika sebegini mudah dicerobohi bagaimana pula dengan hukum Allah?Adakah mudah juga kita mungkiri?



Kenangan Bersahabat^^,)Thanks Frenz...
Kalaulah sahabat dirumah boleh mencerobohi hak kita apatah pula pihak yang mengendalikan 'FB' pulak?Mungkin lagi mudah bagi mereka untuk mengaibkan seseorang.Memang dunia sudah tanpa sempadan.
[Berhati-hati dalam bersahabat dan ber'FB']

Rahsia Sebenar Batu Terapung Israk Mikraj

Wednesday, June 22, 2011


Apabila tibanya peristiwa junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke sidratul muntaha atau lebih dikenali dengan peristiwa Israk Mikraj, ramai dikalangan kita sekarang sudah tertipu.Banyak yang memaparkan gambar-gambar yang salah mengenai batu yang dikatakan tergantung.Setiap kali kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj sekitar bulan Jun tahun depan, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya.. Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. 

Gambar PALSU 1
Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )
Gambar PALSU 2

Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?
Gambar PALSU 3

Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?
Gambar PALSU 4

Sekali lahi sudut yang lain ganbar palsu ini. Haa.. Jelas..?
Gambar PALSU 5

Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop.. Jadi.. Mana yang ASLInya..?
Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..

Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj
Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.
SOALAN: Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan 
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.
Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung.
Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia 
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya. Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.


kredit to u-jam & Qhazanah ^^,)
There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews