♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Gadis Kudung yang Mulia

Sunday, May 30, 2010

Dikisahkan bahawa semasa berlaku kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israil, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T”

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.Sebaik sahaja anak gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan gadisnya sehingga putus.
Setelah dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah hidup orang kaya itu dengan menarik kembali segala harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang fakir miskin dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke satu rumah.
Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya.
Ibu itu sangat tertarik dengan anak gadis itu dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut.
Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila telah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya, oleh kerana anak gadis itu telah kudung dan suaminya tidak tahu bahawa dia itu kudung, ibunya juga telah merahsiakan tentang gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri.

Apabila suaminya melihat akan kelakuan isterinya itu maka dia pun berkata “Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak bergitu pandai dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukannya dengan tangan kiri”

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.

Dengan tiba-tiba maka terdengar suara berkata dari sebelah pintu “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana kami, maka tidak ada halangan kami memberikan kamu kembali akan tangan kanan kamu itu”

Setelah anak gadis mendengar suara tersebut maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapat tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

1. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud “Sesiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormati aku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T dan sesiapa telah menjadi kemarahan tetamu, maka sesungguhnya dia telah menjadi kemarahan aku, dan sesiapa menjadikan kemarahan aku, sesunguhnya dia telah menjadi murka Allah S.W.T”

2. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu barakah dan seribu rahmat”.

Khas Untuk Kaum Adam

Adam..
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu,
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu..
Aku asalnya daripada tulang rusukmu yang bengkok,
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan daripadamu,
Sentiasa mahu terpesong dari landasan,
Kerana aku buruan syaitan..

Adam..
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa…
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Maka selaraslah juga undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu dan tidak melebihi empat pada satu waktu…

Adam..
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkanku,
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkanku,
Tapi.. yang kurisaukan kecamukan adalah melihat gelagat tingkah laku mu…

Adam..
Aku menyedari bahawa dalam Al-Quran menyatakan kaum Adam adalah pemimpin ke atas kaum Hawa..
Kau diberi amanah untuk membimbing dan mendidikku..
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga, memerhati dan mengawasiku agar sentiasa dalam redha Allah…
tapi…

Adam..
Mengapa engkau biarkan Hawa begini..?
Kini Hawa hanyut ditenggelamkan arus dunia..
Setiap langkahnya sentiasa diiringi dosa..
Setiap inci jasad kini ditayangkan ke khalyak..

Adam..
Sedarkah engkau dosa Hawa ditanggung Adam?
Kau sering berdalih..
Hawa degil, tidak mahu mendengar kata, tidak mudah dinasihati…
Pada hematku yang naïf ini Adam, seharusnya aku tanya dirimu…
Apakah didikan dirimu terhadapku seperti didikan junjunagn mulia Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah layanan Adam terhadap Hawa seperti psikologi Baginda terhadap surinya?
Adakah akhlak Adam sehebat akhlah Rasulullah SAW untuk dicontohi Hawa?

Adam..
Kau sebenarnya Imam dan aku makmummu…
Jika kau benar, maka benarlah aku..
Jika kau lalai, maka lekalah aku..
Bimbinglah daku menyelami kalimah Allah..
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhan agar diterangi hidupku..
Tiupkalah roh jihad ke dalam jiwaku agar kujadi mujahiddah sejati…

Adam..
Andainya engkau masih lalai dan alpa..
Masih ingin meneguk sisa nikmat sementara..
Masih segan mengikut jejak langkah para sahabat..
Masih gentar mencegah mungkar..
Maka..
Kita tunggu dan lihatlah..
Dunia akan hancur diperintah Hawa..
Malulah engkau Adam pada dirimu sendir..
Malulah engkau Adam pada Tuhan yang engkau agungkan…

Adam..
Bantulah aku ke landasan yang benar…
Renung-renungkanlah luahan naïf yang tidak mahir bermadah ini…



***syanie rakan FB***

Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah

Wednesday, May 26, 2010

tekan gambar utk kejelasan
Tulisan Ustaz Dr Fathi Yakan
Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang dikenali.
Beliau adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam tahun 50-an,
berkelulusan PhD dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr Fathi
Yakan telah mengarang lebih dari 35 buah buku, sebahagian besarnya
telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.
Internet
merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah
yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan
menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan
adalah garis pemisah antara keduannya.
Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet
mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan
bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan
ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia
boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas
manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada
seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.
Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:
Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)
Dan firman maksudnya:
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.
(al Baqarah 143).
Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet
dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan
syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta
laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu
perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.
Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa
bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan
dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini
memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu
bilion kali.
Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa
sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion
dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya
terhadap betapa besarnya bencana ini: “biasanya pelayaran internet
bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan
disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya”.
Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.
Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat
dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum
memasukinya.
Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa
diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia
tidak menyedarinya.
Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan
mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas
dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah
kerugian yang nyata.
Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.
Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam
laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup
dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap
masa.
Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau
direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu
keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.
Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya
daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu
sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan
kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat.
Kemudian dengan memelihara keberterusan “muraqabah” dan “muhasabah”
serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan
akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan
keajaiban ini.
Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w
secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi
bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan
malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati
manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman
pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang
dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak
dan agama mereka dengan habuan dunia.
(hadis riwayat Ahmad)
Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan
berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut.
Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada
zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan
kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami,
ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu
kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.

Jiwa muda gelodak nafsu!


Sahabat yang dikasihi,

sememangnya jujur ana katakan ana tidak sempat membaca sangat , banyak artikel yang ana terlepas , jadi u-jam sebagai koleksi untuk ana kembali membaca apabila ada kelapangan , kerana membaca memerlukan fokus yang jitu untuk lebih faham dan ingat.

bukan sekarang atau bila , malah bila-bila masa , pak su dan pak leh sentiasa mencemburui kita , malah ana insan yang lemah terkena juga , namun usaha yang istiqamah untuk menasihati diri sendiri setiap kali membuka u-jam dan komen2 sahabat membuatkan ana sentiasa bersemangat untuk berperang dengan pak su dan pak leh

Jiwa muda mudah terbakar malah mudah terpengaruh , basuhan zikir dan risau atas iman sedikit sebanyak dapat memadam api nafsu dalam apa juga bentuk tindakan, malah untuk berdakwah pada mulanya perlu mengukur baju di badan sendiri , amat risau dan minta dijauhkan apabila apa yang ditulis tidak mampu dilakukan dengan sendiri.amat risau tentang perkara itu.

risau tentang peningkatan gelaja yang belanda anak muda kini.malah risau tentang kebajikan adik2 lelaki dan perempuan di rumah , amat risau!

mengapa ia terjadi , sudah tentu banyak faktor , malah sudah tentu banyak kajian.Pertamanya mind-set anak muda yang goyah begitu terpengaruh dengan media , malah bertepuk tampar sesama bukan muhrim dianggap biasa...borak-borak kini lebih terbuka dan membuka apa sahaja.

mengapa berpakaian serupa terlanjang?---sudah bertudung dikatakan sudah menutup aurat , namun lekuk badan masih dapat dilihat jelas, bagi lelaki pula berfutsal paras atas lutut dikatakan tidak apa asalkan kita sembahyang.ideologi sesat ini sentiasa memujuk anak muda atas mind-set yang telah disetkan oleh pak su dan pak leh!

gelodak jiwa ini , membuatkan anak muda semakin berahi!

gadis2 terpesona dengan cerita korea sehinggakan mana2 pakwe ada iras2 korea pasti menjadi tumpuan umum, bagi pakwe2 pasti inginkan awek yang cun dan body yang mantap.atas mind-set yang dicipta oleh pak su dan pakleh!

gadis seluar jeans ketat atau tidak ketat menjadi biasa walaupun sedang menuntut dalam pengajian islam apatah lagi pengajian tidak islam!...alah biasa wehh...rommate ana pun gitu , kan dah tutup aurat!..maka mind set ini ditanam sehingga menjadi ideologi tidak rasmi!

ini hak asasi manusia! jangan jadi kolotlah kita di zaman teknologi tinggi!-maka paksu dan pak leh berpesta di klcc!

sahabat pun tahu mengapa wanita paling ramai menjadi kayu api membakar di dalam neraka?

niat sahabiah perlu jelas . oh ini tudung fesyen baru , jalurnya matching dengan kasut ana , blausnya fesyen terkinilah.maka niat menutup aurat kerana fesyen, bukan kerana Allah!

ana pakai seluarlah senang nak bergerak ke kampus , kan kita ni aktif berpesatuan , kan senang pakai seluar , maka niat menutup aurat kerana aktif berpesatuan dan boleh bergerak cergas!

lagi teruk , alah biasalah kan ramai macam tu!

lelaki adalah pelindung kepada wanita , bukan wanita menjadi pelindung lelaki , namun gaji awekku bulan ini pasti menjadi duit untuk membayar bulanan kereta kerana mukaku iras2 korea-man!aduhai dayus sungguh!, sepatutnya azan zohor itu menjadi alasan kepada kenalanya untuk menundukkan dahi tetapi berlaga dahi pula di dalam cinema!

maka pak leh dan paksu berpesta lagi!

weii..sekarang zaman sempoi ma...! jangan stress sangat ma! enjaoy sikit2 takpe..maka kepala hotak dah jadi tak betul!inginlah dibelai dan dimanja kerana stress!lupakah pada zikir yang boleh menghilangkan stress!

pulanglah sahabat dan sahabiah di tempat asal kita, jagalah niat , jagalah hati , jagalah jiwa!

risau tentang kabus hitam yang menjelma di eropah , risau tentang bencana yang tidak terfikir oleh minda.seolah alam sendiri sudah tidak stabil untuk memikirkan masalah gelojak nafsu serakah ini!

Wallahu'alam

Ya Allah , jadikanlah diriku insan yang mendapat rahmatmu dan mendapat syafaat Rasulullah, jauhilah diriku , ahli keluargaku , saudara maraku ,sahabat2 ku dari menuruti bisikan (nafsu) pak su dan(iblis) pak leh!

Cinta selepas atau sebelum kahwin? ----Pendapat antum?

Saturday, May 22, 2010


Jadi ana ambil pengalaman dari seorang sahabat untuk kita bincangkan secara ilmiah
Bulan November muncul lagi…. Kira kira 9 tahun yang lampau seorang
lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita. Lelaki tersebut tiadalah
hensem, tiadalah berharta, tiadalah berjawatan tinggi. Atas aturan
kedua dua orang tuanya maka lelaki tersebut telah melangkah ke satu
alam baru iaitu alam perkahwinan. Maka habislah semua freedomnya bertukar semua aktiviti sehariannya kearah membina sebuah rumahtangga yang diidamkan oleh setiap pasangan.

 
Masalahnya sekarang beliau tidak pernah mengenali isterinya. Dia
juga tidak pernah keluar date atau berbual dalam telepon dengan bakal
isterinya so macam mana 2 orang tidak mengenali antara satu sama lain
boleh membina searah satu rumah tangga yang bahagia ?
Dia hanya berpeluang melihat sekeping gambarnya bakal isterinya dan
hanya menatap wajah isterinya pada hari mengangkat Nikah. Aduh cam mane
ni…. 
Pada malam tersebut mereka dia dikenalkan dengan ahli keluarga
barunya dan pada malam pertamanya mereka berdua hanya bertanya soalan
soalan bodoh sahaja.
Mereka mengambil masa kira kira lebih kurang 6 bulan untuk mengenali
antara satu sama lain dan saling cinta mencintai antara satu sama lain.
Keredaan dirinya menerima apa sahaja yang dianugerahkan kepadanya dia
berjaya mendidik isterinya menjadi seorang isteri yang baik, ibu yang
baik, Insyaalah semoga ianya berkekalan.
Bertanya seorang kawan dia apakah bagaimana dia dapat menyesuaikan
diri dengan pilihan keluarganya dan hanya mengenalinya selepas
bercinta. Dia mengatakan bahawa 
Pertama - Dia mempercayai bahawa semuanya adalah ketentuan dari
Allah S.W.T dan sentiasa memohon kepadaNYA sebuah keluarga yang
sempurna. Kedua - Dia juga percaya suami dan isteri perlu saling
bertolak ansur, saling faham memahami, bantu membantu, mengambil berat,
dan suami sebagai Pengarah dan isteri sebagai pelakon kalau pelakon
tidak dapat follow pengarah maka filem tersebut takkan berjaya. kalau
sebaliknya isteri jadi pengarah suami jadi pelakon maka Queen Control
lah namanya. Ketiga - Menjalani kehidupan yang sederhana mengikut
kemampuan mereka. Keempat - Sering berbincang dan menunjuk contoh
tauladan yang baik.
Sehingga Entri ini dipublish mereka masih dilamun cinta dan akan
terus dan terus bercinta kehingga ke akhir Hayat mereka…. Insya Allah.
dan Dia adalah Saya yang akan menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke 9 November ini


 *Ini kisah sumbangan dari sahabat ana......*

Cinta paling popular di langit!


Uwais AlQarni: Terkenal Di Langit Tak Terkenal di Bumi

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru,
rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan,
kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada
tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli
membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut
yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan,
tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan
tetapi sangat terkenal di langit.

Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti
ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru
dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata
Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah
dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan
karenanya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal banyak orang
dan juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan
menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai
macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, karena ingin duduk dengannya,
memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik,
karena hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya
seraya berkata : “Aku khawatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari
mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari
mencuri”.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak famili
kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya
penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya
sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang
diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama
Sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya
yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.
Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh
dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan
puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar
seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk
menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur.
Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati
Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera
memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya
kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke
Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung.
Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan
cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru
datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan
kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk
bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang
cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu
yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.

Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera
dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini
akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu
hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada
beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan
musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk
bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya
dalam hati, kapankah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah
beliau dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat
membutuhkan perawatannya dan tak tega ditingalkan sendiri, hatinya
selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi
hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi
menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa
terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan
Uwais, dan berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di
rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”.
Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa
menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan
kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Sesudah berpamitan sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju
Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir,
bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan
begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari,
semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras
baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. Tibalah Uwais al-Qarni
di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu
rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah
r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi
yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di
rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang
perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada
di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan
Nabi SAW dari medan perang. Tapi, kapankah beliau pulang ? Sedangkan
masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan
sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas
pulang”. Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah
mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa
dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada
sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya
menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan
perasaan haru.

Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang
kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa
Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni
langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda
Rosulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun.
Menurut informasi sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang
mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya
sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan
ibunya terlalu lama. Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin
berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai
tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu beliau
SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan
bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah
do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni
bumi”.

Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga
kekhalifahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah di estafetkan
Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda
Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera
mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama. Sejak
itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu
menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka.
Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya
yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan
kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan
mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju
kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman,
segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan
menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan
bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di
perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi
menemui Uwais al-Qorni. Sesampainya di kemah tempat Uwais berada,
Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya
Uwais sedang melaksanakan sholat. Setelah mengakhiri shalatnya, Uwais
menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu
berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar !
Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban
itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah,
yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais
kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qorni”. Dalam pembicaraan
mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah
sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat
itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan
mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah:
“Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”. Mendengar perkataan
Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan
istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni
akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan uang
negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera
saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya
hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya,
biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar
beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh
Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab
bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus
dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal kami
sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin
berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan
selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami
memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di
atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu. “Wahai
waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu
kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah,
tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang
terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan
dihantam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !
“katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal
dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!” Kami pun keluar dari kapal
satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami
lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam,
sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu
orang itu berkata pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban
asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah
nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qorni”. Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di
kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim
oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah
kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?”
tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat
di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam,
tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya
dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan
seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang
tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah
pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan
tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan
ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada
orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika
orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada
orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan
dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan
untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
“ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari
mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat
penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah
tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah
orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa
pemerintahan sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman.
Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya
orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan
pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan
orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan
ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap
melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais
al-Qorni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang
tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba
dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan
penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah
kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya
mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk
mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman
mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tak terkenal di bumi
tapi terkenal di langit.

Text Bergerak.....

Tuesday, May 18, 2010

Dah lama teman mencari mcmn nak buat text bergerak...Tanye kengkawan dorang xbgth...akhirnya terjumpa jugak...sape yang nak buat jugak klik la kat sini...boleh kita sama-sama manfaatkan kelebihan yang ada....

Buka vs Tutup

                                                       nak Besar Klik Kat gambar....




Ok berbalik pada topik untuk kali ni "Buat apa nak tutup aurat kalau
tak ikhlas". Ana rasa semua sahabat-sahabat dah sedia maklum dengan
tajuk ini, khususnya bagi muslimat. Selalunya kita akan terdengar
hujjah-hujjah sebegini apabila kita mengajukan soalan kenapa tak
bertudung. Selalunya soalan itu tidak akan dijawab tetapi akan dibalasi
dengan soalan dan kritikan.

"ada orang tutup aurat tapi buat maksiat"
"alah, tutup aurat tapi, hati busuk"
"Buat apa nak tutup aurat kalau xikhlas, hipokrit!"
"Alah yang tutup aurat lagi teruk perangai dari yang tak pakai tudung"
"Alah, iman bukan di aurat"
"i Walaupun tak tutup aurat tapi hati i baik tau, semayang tak tinggal"

ini antara "jawapan-jawapan" yang diberikan apabila disoal kenapa mereka tak tutup aurat.

Yalah,
tidak dinafikan ada orang yang menutup aurat tapi buat maksiat, hati
busuk, tak ikhlas, dan sebagainya bahkan kekadang lebih teruk dari yang
tidak menutup aurat. dan betullah ada yang tidak menutup aurat tapi
solat tak tinggal, puasa sunat, sopan santun.

Tapi kan tidak
adillah kalau kita hukum semua yang menutup aurat macam tu kan? Hanya
segelintir. Tapi yang sedihnya, kalau kita dengar radio, TV atau
mana-mana jenis media, kita akan mendapati terdapat segolongan manusia
yang cuba mempublisitikan wanita yang menutup aurat seolah-olah mereka
ni golongan-golongan ahli maksiat dan sebagainya.

Malah kadang
kala menjadi isu forum sembang-sembang di dalam TV mengkritik keras
golongan yang menutup aurat tetapi melakukan maksiat. Sambil berbangga
walaupun mereka tidak menutup aurat, tetapi mereka insan yang baik.

Ok, meh kita bincang dengan lebih dalam.Orang yang menutup aurat dan dia tidak melakukan maksiat, dikira sebagai tidak berdosa,Orang yang menutup aurat tetapi melakukan maksiat, dikira sebagai berdosa (kerana melakukan maksiat)Orang tidak menutup aurat tetapi tidak melakukan maksiat, tetapi dikira berdosa kerana mendedahkan aurat.Orang yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat dikira sebagai berdosa (Kerana tidak menutup aurat dan melakukan maksiat.Maka
dimanakah neracanya kita mengatakan yang tidak menutup aurat itu lebih
baik dari yg menutup aurat. Baik, buruk, ikhlasnya hati seseorang
terletak pada nialaian Allah. Kita tidak boleh sesekali mengatakan
bahawa orang yang menutup aurat tu hatinya busuk atau tidak ikhlas.Sebagai
orang Islam, kita tidak boleh sesekali bersangka buruk (suul dzan)
terhadap mereka yang menutup aurat dengan mengatakan mereka tidak
ikhlas dan sebagainya dan kita juga dikehendaki bersangka baik (husnul
dzan) terhadap mereka.Begitu juga dengan orang tidak menutup
aurat atau tidak menutup aurat dengan sempurna. Memanglah dari segi
nilaian hukum, mereka itu terang-terangan melakukan dosa (iaitu dengan
membuka aurat), tetapi (kita yang menutup aurat ini) hendaklah
bersangka baik dengan ALLAH, yang bahawasanya Allah satu hari nanti
akan memberi hidayah kepada mereka itu untuk menutup aurat dengan
sempurna. Mana tau satu hari nanti mereka bertaubat dan menjadi insan
yang lebih soleh/solehah daripada kita?, So sepatutnya kita terus
mendoakan mereka itu mendapat hidayah Allah, bukan dengan mencemuh
mereka. Nasihatilah dengan berhikmah. InsyaAllah kalau kita berusaha
bersungguh-sungguh dan bertawakal, Allah akan permudahkan hidayahNya.Jadi
sebagai kesimpulannya, seandainya kita khususnya orang islam ini
menukarkan "buruk sangka" kepada "baik sangka" ana rasa kita semua akan
hidup dalam keadaan aman. Sepatutnya yang menutup aurat janganlah
lakukan maksiat, dan yang tidak melakukan maksiat tetapi tidak menutup
aurat, seharusnya tutuplah aurat.Janganlah digunakan ungkapan: "Lebih baik xpayah tutup aurat daripada tutup tetapi lakukan maksiat".
Istilah ini adalah salah sama sekali. dah la dia tu buat maksiat.. kita
suruh dia tambah lagi dosa dengan suruh dia bukak aurat. tak kene tu.
Sepatutnya kita nasihatinya dan doakan dia moga dia tidak lagi
melakukan maksiat.Wallahualam

Rahsia Cinta D Tibet >>>

"Atap Dunia’’. Begitulah Tibet kerap dijuluki. Tak berlebihan julukan itu ditabalkan kepada Tibet. Betapa tidak. Di negara itulah puncak tertinggi di dunia, yakni Everest, berada. Sejatinya, sebagian wilayah Tibet masuk dalam kawasan pegunungan Himalaya.

Begitu terkenalnya, sampai-sampai nama Tibet, Himalaya atau Everest, banyak dijadikan sebagai inspirasi pembuatan karya seni khususnya film dan buku. Di antaranya adalah seri kisah petualangan Tintin. Pada salah satu judulnya, yakni Tintin di Tibet, Herge sang penulis asal Belgia, menyuguhkan sekilas pemandangan dan kondisi alam di Tibet, serta kehidupan masyarakatnya.

Apa yang tersaji memang tak jauh berbeda dengan kenyataan sesungguhnya. Tibet memiliki karakteristik lingkungan yang sangat beragam, di samping wilayahnya yang bergunung-gunung. Iklim yang keras lantaran kerap turun hujan salju juga menjadi bagian dari kondisi alam di sana. Meski demikian, situasi itu agak berbanding terbalik dengan sifat masyarakat Tibet yang cinta damai.

Sebagian besar penduduk beragama Budha. Tak heran, jika di Tibet mudah ditemui kuil-kuil Budha sebagai tempat pendidikan serta pembinaan para biksu. Di tengah keseharian mereka, terdapat komunitas Muslim. Islam dan Budha sejatinya telah berbagi sejarah panjang di negara yang berpenduduk sebanyak 2,7 juta jiwa itu. Hubungan erat telah berlangsung sejak abad ke-8 M. Para sejarawan Islam di era kekhalifahan, semisal Thabari, Yaqut Hamawi, dan Ibn Khaldun, bahkan kerap menyebut nama Tibet dalam tulisantulisannya. Islam masuk ke Tibet di era Umar bin Abdul Aziz I (717 M - 720 M) dari Dinasti Umayyah.

Saat itu, Khalifah Umar mengirim utusan atas permintaan delegasi Tibet dalam rangka mengenalkan Islam di kawasan tersebut. Rombongan utusan dipimpin oleh Salah bin Abdullah Hanafi. Mereka segera mendakwahkan Islam. Kegiatan itu tak berhenti meski terjadi pergantian kepemimpinan di Baghdad dari Dinasti Umayyah ke Dinasti Abbasiyah.

Namun demikian, penduduk Tibet yang berpindah keyakinan ke agama Islam tidak terlampau banyak. Kehadiran pemeluk Islam dalam jumlah signifikan terjadi melalui pedagang dan imigran asal Kashmir, wilayah di India yang berbatasan langsung dengan Tibet.

Keberadaan mereka ditemukan di seluruh kota di Tibet. Pedagang dan imigran Muslim dari Kashmir pertama kali datang ke Tibet sekitar abad ke-12 M. Dari waktu ke waktu, interaksi kian erat. Pedagang dan imigran Muslim kemudian menikah dengan wanita setempat, yang akhirnya mengikuti agama suaminya. Hal ini mendorong pening katan jumlah umat Islam di Tibet.

Masyarakat Tibet pun menyebut pemeluk Islam dengan panggilan Kachee, artinya orang Kashmir. Walaupun bukan warga asli Tibet, tapi mereka lebih diakui sebagai bagian dari masyarakat ketimbang Muslim Hui yang berasal dari Cina yang disebut Kyangsha.

Sebagian besar Muslim Tibet menetap di kota Lhasa dan Shigatse, kota terbesar kedua. Kebanyakan mereka tinggal di sekitar masjid yang dibangun kemudian. Masjid lantas menjadi pusat kehidupan sosial umat. Ini membuat masjid-masjid di Tibet terpelihara dengan baik. Ketika Tibet berada di bawah kekuasaan Dalai La ma kelima, umat Islam hidup berdampingan secara damai bersama pemeluk Budha. Umat Muslim juga mendapat perlakuan istimewa. Mereka misalnya diizinkan menjalankan urusan keseharian secara syariat. Muslim Tibet juga bebas untuk mendirikan perusahaan dan berbisnis.

Masa-masa penuh kedamaian itu terkoyak seiring invasi tentara Cina pada 1950. Setahun kemudian, Cina menduduki ibu kota Lhasa dan mendongkel Dalai Lama dari kekuasaannya. Tibet pun dijadikan sebagai salah satu provinsi Cina. Sejak peristiwa tersebut, masyarakat terus mendapat tekanan. Tak hanya umat Budha, perlakuan semena-mena juga diterima warga minoritas Muslim. Kedua umat juga sering diadu domba. Tak hanya itu, pihak penguasa mendesak Muslim Tibet untuk menjual tanah dan bangunan milik mereka.

Untuk itu, Muslim Tibet diiming-imingi tawaran untuk berimigrasi ke luar negeri apabila bersedia menjual lahan dan bangunannya. Tapi, tawaran ini ditolak mentahmentah. Muslim Tibet tak ingin menyerahkan begitu saja harta dan kekayaan yang mereka peroleh dari jerih payahnya. Sebagai konsekuensinya, mereka terus mendapatkan tekanan dan penindasan.

Para pedagang dan warga Tibet dilarang untuk menjual makanan kepada umat Muslim yang enggan menjual tanah dan rumahnya. Dampak dari perintah boikot ini sangat memprihatinkan, mengingat banyaknya umat yang menderita kelaparan.

Tak kuasa menahan derita, umat Muslim Tibet memilih untuk mengungsi ke wilayah India. Maka, terjadilah gelombang eksodus ke kota-kota perbatasan di India. Di lokasi pengungsian, kehidupan tak lebih baik. Mereka mencoba bertahan dan berjuang membangun komunitas di pengasingan hingga selama dua dasawarsa berikutnya. Hanya saja, usaha ini tak cukup berhasil lantaran ketiadaan figur pemimpin yang mumpuni.

Akibat permasalahan yang tak kunjung tuntas, sebagian umat Muslim Tibet memilih pergi ke luar negeri. Arab Saudi, Turki, Nepal dan beberapa kawasan di India menjadi tujuan mereka dalam usaha mencari penghidupan yang lebih layak.

Situasi dan kondisi memprihatinkan yang dialami warga Muslim Tibet ini tak lepas dari perhatian Dalai Lama, pemimpin spiritual Tibet yang juga hidup di pengasingan. Dalai Lama secara khusus mengirimkan utusannya untuk mengetahui kondisi sebenarnya warga Muslim Tibet ini. Dia cukup diyakinkan dengan informasi terkait penderitaan Muslim Tibet di pengungsian.

Maka itu, saat kunjungan ke Srinagar tahun 1975, Dalai Lama membahas ma -salah ini dengan sejumlah petinggi India. Dia sekaligus mendorong Muslim Tibet membentuk Asosiasi Kesejahteraan Pengungsi Muslim sebagai wadah perjuangan. ed; heri ruslan


Dukungan untuk Muslim Tibet

Imbauan Dalai Lama untuk membentuk semacam badan peningkatan kesejahteraan Muslim di pengungsian, segera direalisasikan. Badan ini langsung bekerja terutama untuk mengangkat taraf ekonomi dan pendidikan komunitas Muslim.

Bantuan dana dari Dalai Lama sangat membantu pelaksanaan kerja badan tersebut. Setelah itu, sejumlah bantuan lain mulai berdatangan, antara lain dari yayasan masyarakat Tibet di New York.

Program pengembangan usaha kecil menjadi prioritas. Di beberapa lokasi pengungsian, didirikan pusat-pusat kerajinan tangan. Umat Muslim ada yang dikirim ke Dharamsala untuk belajar teknik membuat karpet.

Dari aspek sosial kemasyarakatan, Kerajaan Arab Saudi turut membantu dana bagi pembangunan ratusan unit rumah, sekaligus masjid. Pembangunan perumahan selesai sekitar tahun 1985 untuk kemudian didistribusikan kepada para pengungsi.

Situs www.unpo.orgmenyebutkan, diperkirakan sekitar dua ribu umat Muslim Tibet menjadi perantau. Sementara yang masih bertahan di Tibet jumlahnya mencapai tiga ribu jiwa. Mereka yang memilih meninggalkan Tibet kini hidup terpencar di berbagai negara. Sebagian masih berada di wilayah Kashmir, sebagian lagi menetap di Nepal, juga beberapa negara di Timur Tengah dan Turki.

Para pengungsi ini masih punya satu harapan. Yaitu, suatu hari nanti mereka ingin kembali ke Tibet. Seorang pemuda Muslim saat ditanya apakah berkeinginan kembali ke Tibet sebagai solusi akhir, dengan tegas menjawab, Lebih baik hidup di bawah jembatan di negeri sendiri, ketimbang hidup senang tapi sebagai pengungsi di negara orang.

Mimpi dan harapan itulah yang membuat umat Muslim Tibet di pengasingan terus berupaya menggalang bantuan dari seluruh dunia. Salah satu yang sangat mendukung langkah itu adalah Dalai Lama.

Pada berbagai forum, pemimpin spiritual Tibet ini senantiasa mengungkapkan penderitaan warga Muslim Tibet. Dia pun meminta agar dunia memberikan perhatian bagi mereka.

Dalai Lama juga mengaku prihatin dengan stigma kekerasan yang saat ini disematkan kepada umat Muslim. Menurutnya, dalam kaitan tersebut Islam telah diperlakukan dengan tidak adil.

Berdasarkan pengalamannya hidup bersama komunitas Muslim, peraih Nobel Perdamaian tahun 1989 itu mengungkapkan, Islam bukanlah sebuah tradisi militan. Sebaliknya, kata dia, Islam memiliki pesan dan ajaran yang mengedepankan kasih sayang dan perdamaian.

Terkait aksi kekerasan yang dilakukan oleh segelintir umat Islam, Dalai Lama mengingatkan, bahwa hal serupa bisa terjadi pada agama lain. Di tiap-tiap agama, selalu akan ada orang yang memilih cara tersebut, paparnya.

Lebih jauh, pemilik nama asli Tenzim Gyatso ini meminta agar segenap umat manusia untuk menjalin kerjasama, berto leransi dan menjauhi pertikaian yang meng atasnamakan agama. Dia berpendapat, dengan semangat saling menghargai dan tolong menolong itulah, maka harapan untuk membantu sepenuhnya umat Muslim Tibet dapat diwujudkan.

Nasihat yang Jitu

Friday, May 14, 2010

       Pada suatu hari Ibrahim bin Adham didatangi oleh seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabi’ah. Ia meminta nasehat kepada Ibrahim agar ia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya.

       Ia berkata, “Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat. Tolong berikan aku cara yang ampuh untuk menghentikannya!”
Setelah merenung sejenak, Ibrahim berkata, “Jika kau mampu melaksanakan lima syarat yang kuajukan, aku tidak keberatan kau berbuat dosa.”
Tentu saja dengan penuh rasa ingin tahu yang besar Jahdar balik bertanya, “Apa saja syarat-syarat itu, ya Aba Ishak?”
“Syarat pertama, jika engkau melaksanakan perbuatan maksiat, janganlah kau memakan rezeki Allah,” ucap Ibrahim.
Jahdar mengernyitkan dahinya lalu berkata, “Lalu aku makan dari mana? Bukankah segala sesuatu yang berada di bumi ini adalah rezeki Allah?”
“Benar,” jawab Ibrahim dengan tegas. “Bila engkau telah mengetahuinya, masih pantaskah engkau memakan rezeki-Nya, sementara Kau terus-menerus melakukan maksiat dan melanggar perintah-perintahnya?”
“Baiklah,” jawab Jahdar tampak menyerah. “Kemudian apa syarat yang kedua?”
“Kalau kau bermaksiat kepada Allah, janganlah kau tinggal di bumi-Nya,” kata Ibrahim lebih tegas lagi.
Syarat kedua membuat Jahdar lebih kaget lagi. “Apa? Syarat ini lebih hebat lagi. Lalu aku harus tinggal di mana? Bukankah bumi dengan segala isinya ini milik Allah?”
“Benar wahai hamba Allah. Karena itu, pikirkanlah baik-baik, apakah kau masih pantas memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sementara kau terus berbuat maksiat?” tanya Ibrahim.
“Kau benar Aba Ishak,” ucap Jahdar kemudian. “Lalu apa syarat ketiga?” tanya Jahdar dengan penasaran.
“Kalau kau masih bermaksiat kepada Allah, tetapi masih ingin memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, maka carilah tempar bersembunyi dari-Nya.”
Syarat ini membuat lelaki itu terkesima. “Ya Aba Ishak, nasihat macam apa semua ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Bagus! Kalau kau yakin Allah selalu melihat kita, tetapi kau masih terus memakan rezeki-Nya, tinggal di bumi-Nya, dan terus melakukan maksiat kepada-Nya, pantaskah kau melakukan semua itu?” tanya Ibrahin kepada Jahdar yang masih tampak bingung dan terkesima. Semua ucapan itu membuat Jahdar bin Rabi’ah tidak berkutik dan membenarkannya.
“Baiklah, ya Aba Ishak, lalu katakan sekarang apa syarat keempat?”
“Jika malaikat maut hendak mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya bahwa engkau belum mau mati sebelum bertaubat dan melakukan amal saleh.”
Jahdar termenung. Tampaknya ia mulai menyadari semua perbuatan yang dilakukannya selama ini. Ia kemudian berkata, “Tidak mungkin… tidak mungkin semua itu aku lakukan.”
“Wahai hamba Allah, bila kau tidak sanggup mengundurkan hari kematianmu, lalu dengan cara apa kau dapat menghindari murka Allah?”
Tanpa banyak komentar lagi, ia bertanya syarat yang kelima, yang merupakan syarat terakhir. Ibrahim bin Adham untuk kesekian kalinya memberi nasihat kepada lelaki itu.
“Yang terakhir, bila malaikat Zabaniyah hendak menggiringmu ke neraka di hari kiamat nanti, janganlah kau bersedia ikut dengannya dan menjauhlah!”
Lelaki itu nampaknya tidak sanggup lagi mendengar nasihatnya. Ia menangis penuh penyesalan. Dengan wajah penuh sesal ia berkata, “Cukup?cukup ya Aba Ishak! Jangan kau teruskan lagi. Aku tidak sanggup lagi mendengarnya. Aku berjanji, mulai saat ini aku akan beristighfar dan bertaubat nasuha kepada Allah.”

        Jahdar memang menepati janjinya. Sejak pertemuannya dengan Ibrahim bin Adham, ia benar-benar berubah. Ia mulai menjalankan ibadah dan semua perintah-perintah Allah dengan baik dan khusyu’.
Ibrahim bin Adham yang sebenarnya adalah seorang pangeran yang berkuasa di Balakh itu mendengar bahwa di salah satu negeri taklukannya, yaitu negeri Yamamah, telah terjadi pembelotan terhadap dirinya. Kezaliman merajalela. Semua itu terjadi karena ulah gubernur yang dipercayainya untuk memimpin wilayah tersebut.

           Selanjutny, Ibrahim bin Adham memanggil Jahdar bin Rabi’ah untuk menghadap. Setelah ia menghadap, Ibrahim pun berkata, “Wahai Jahdar, kini engkau telah bertaubat. Alangkah mulianya bila taubatmu itu disertai amal kebajikan. Untuk itu, aku ingin memerintahkan engkau untuk memberantas kezaliman yang terjadi di salah satu wilayah kekuasaanku.”
Mendengar perkataan Ibrahim bin Adham tersebut Jahdar menjawab, “Wahai Aba Ishak, sungguh suatu anugrah yang amat mulia bagi saya, di mana saya bisa berbuat yang terbaik untuk umat. Dan tugas tersebut akan saya laksanakan dengan segenap kemampuan yang diberikan Allah kepada saya. Kemudian di wilayah manakah gerangan kezaliman itu terjadi?”
Ibrahim bin Adham menjawab, “Kezaliman itu terjadi di Yamamah. Dan jika engkau dapat memberantasnya, maka aku akan mengangkat engkau menjadi gubernur di sana.”
Betapa kagetnya Jahdaar mendengar keterangan Ibrahim bin Adham. Kemudian ia berkata, “Ya Allah, ini adalah rahmat-Mu dan sekaligus ujian atas taubatku. Yamamah adalah sebuah wilayah yang dulu sering menjadi sasaran perampokan yang aku lakukan dengan gerombolanku. Dan kini aku datang ke sana untuk menegakkan keadilan. Subhanallah, Maha Suci Allah atas segala rahmat-Nya.”

Kemudian, berangkatlah Jahdar bin Rabi’ah ke negeri Yamamah untuk melaksanakan tugas mulia memberantas kezaliman, sekaligus menunaikan amanah menegakkan keadilan. Pada akhirnya ia berhasil menunaikan tugas tersebut, serta menjadi hamba Allah yang taat hingga akhir hayatnya.

Peristiwa NAKBAH

Wednesday, May 12, 2010


             Adakah kita menegtahu apa maknyanya NAKBAH.Apakah yang berlaku pada 15 Mei?Bagi yang prihatin mereka sangat sensitiv mengenainya.Malah ada yang memperjuangkannya.Bagi masyarakat Malaysia semestinya ada yang mengatakan hanyalah istilah arab.Malah ada yang baru mengetahuinya.Amat berduka citalah bagi sesiapa yang tidak mengetahuinya tambah pula masyarakat Islam.Merka seharusnya megetahu apa dia di sebalik peristiwa NAKBAH.Marilah sama-sama kita menyusuri kisah di sebalik NAKBAH.Kisah ini bukanlah kisah sebarangan tetapi kisah umat Islam yang ditindas sezalim zalimnya.Apakah tindakan kita selaku umat yang sama agama dengan mereka?Marilah sama-sama kita menyingkap kembali sejarah yang sudah banyak dilupakan.



        NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar.Nakbah palestin pula merujuk kepada penubuhan Negara HARAM isrel.Kenapa kita mengatakan negara HARAM Israel??Ini kerana Negara yang dibina itu diatas tanah rasmi rakyat palestin yang diambil dengan secara kejam.Malah pihak antarabangsa mempersetujuinya dengan mudah dan mengesahkan akan penubuhan Israel.Peristiwa Nakbah ini berlaku pada tahun 15hb MEI 1948.Peristiwa ini berlaku apabila pihak Israel dan sekutunya melaksanakan dan menduduki palestin dengan cara penjajahan.Benda ini terjadi dengan adanya sokongan kuat dari pihak dunia (PBB) dan sekutunya British.Detik ini merupakan tarikh yang paling penting bagi rakyat palestin khususnya dan Negara-negara arab dan terutamanya masyarakat Islam dunia akan pencabulan keatas umat islam.Palestin sebelum ini aman sentosa tetapi apabila bermulanya peristiwa ini, wajah sebenar Negara mereka telah tercabul dan dinodai.



 Pencetusan penubuhan Negara haram Israel ini oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzi yang merupakan pengasas gerakan zionis.Melalui mesyiarat mereka yang pertama di swizerland pada ogos 1897, mereka megorak langkah bagi pebentukan Negara HARAM Israel.
Terjadinya peristiwa ini berdasarkan factor yang amat menyedihkan yang mana ia antara kelemahan Negara-negara seislam sendiri.Meraka tidak bersatu bagi memBASMI Israel laknatullah.Mereka hanya mengadakan siding-sidang yang tidak menampakkan hasil yang boleh dibanggai.Dan yang paling penting kejadian ini berlaku atas kelemahan dan penipuan yang dilakuakn oleh pihak PBB.Mereka meletakkan perlembagaan antarabangsa di belakang dan penindasan di hadapan.Sidang pleno yang diadakan juga dipengaruhi oleh penjenayah zionis yang mana meluluskan pembahagian 2/3 tanah Negara palestin  kepada Negara HARAM Israel pada 29 NOV 1947.MEMANG PENIPU!!!
Sudah enam dekat peristiwa ini berlaku tanpa ada sebarang langkah-langkah yang menampakkan hasil.Masihkan kita mempercayai usul damai yang diadakan oleh PBB??Masihkah kita mempercayai kata-kata pemimpin zionis yang mengatkan mereka mengikut prosidur yang ditetapkkan??Berapa ramai yang syahid??Masihkah kita mempercayai mereka menerajui bahagian keselamat Negara kita?Ayuhlah wahai sahabat semua.Mari kita membuka mata seluas-luasnya agar nampak apa yang telah mereka lakukan ke atas uamt Islam.Marilah sama-sama kita membasmi golongan ini agar umat Islam kembali aman dan syiar Islam dapat di luaskan semula.ALLAHU AKBAR!!!

Mainan yg Melalaikan

Saturday, May 8, 2010



Manusia diingatkan sentiasa patuhi segala suruhan-Nya untuk bekalan akhirat

DUNIA diibaratkan seperti ladang untuk bercucuk tanam dan hasilnya akan diperoleh di akhirat kelak. Hasil itu bergantung kepada apa yang diusahakan. Jika amalan diusahakan itu baik maka baiklah hasilnya dan begitu juga sebaliknya.

Allah berfirman yang bermaksud: "Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah (debu yang halus) nescaya dilihatNya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dilihatNya." (Surah Al-Zilzal, ayat 7-8)

Sesungguhnya setiap langkah, gerak geri dan tingkah laku kita di dunia dalam pengetahuan Allah. Segala amalan manusia semuanya akan direkodkan dalam diari dan diari itu akan dibentangkan di akhirat nanti.

Allah menugaskan dua malaikat, Raqib dan Atid untuk mencatatkan segala rekod kebaikan serta kejahatan dilakukan setiap individu.

Ahli tasauf menganggap dunia seperti bangkai dan manusia seperti anjing. Sebab itulah manusia lebih sukakan dunia daripada akhirat. Al-Quran juga ada menerangkan yang dunia ini adalah permainan dan kelalaian.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan tidaklah penghidupan dunia itu melainkan permainan dan kelalaian. Dan sesungguhnya negeri akhirat adalah lebih baik bagi orang yang berbakti. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir." (Surah Al-An'am, ayat 32)

Dunia ini diibaratkan sebagai permainan dan melalaikan. Permainan itu akan tamat apabila tiba masanya. Kesenangan dan kemewahan dalam erti kata sebenarnya ialah kesenangan dan kemewahan di akhirat yang kekal selama-lamanya.

Hal ini jelas daripada firman Allah yang bermaksud: "Dan sebutlah (ingatlah) nama Tuhanmu serta sembahyang. Tetapi kamu lebihkan penghidupan dunia, pada hal akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Surah Al-A'la, ayat 15, 16 dan 17)

Allah mengingatkan supaya manusia sentiasa ingat kepada-Nya dengan menunaikan sembahyang, mematuhi suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Namun, manusia lebih cenderung kepada penghidupan dunia.

Mungkin ini disebabkan dorongan syaitan dan hawa nafsu kerana syaitan itu sentiasa berusaha menyesatkan manusia di muka bumi ini, pada hal mereka sudah berkali-kali diberi peringatan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal.

Islam bukan melarang manusia mencari kemewahan dan kesenangan di dunia tetapi kemewahan itu biarlah sekadar memadai untuk menunaikan tanggungjawab serta kewajipan yang membawa kepada kebahagiaan hidup di akhirat.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan carilah dalam kurniaan yang Allah berikan kepadamu itu (keselamatan) negeri akhirat. Tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu dari di dunia." (Surah Al-Qasas, ayat 77)

Manusia disuruh mencari atau beramal untuk mendapatkan kebahagiaan akhirat. Di samping itu, Allah juga menegaskan bahawa dunia tidak boleh dilupakan langsung. Cuma antara dunia dan akhirat, Allah menguatkan supaya akhirat lebih diutamakan dari dunia.

Bagaimana halnya mereka yang lebih mementingkan dunia dari akhirat? Allah berfirman yang maksudnya: "Mereka itu orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat, maka tidak akan diringankan seksaan ke atas mereka dan mereka tidak akan diberi pertolongan." (Surah Al-Baqarah, ayat 86)

Inilah balasan orang yang sanggup meninggalkan akhirat dan mengutamakan dunia. Mereka itu akan mendapat seksaan di akhirat kelak.

Sesungguhnya, untuk memperoleh kejayaan dan kesenangan sama ada di dunia atau akhirat, kita disuruh melakukan segala kebaikan dan mencegah segala larangan. Kita juga digalakkan membuat amal ibadat lebih banyak daripada urusan keduniaan.

Keadaan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud: "Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." (Hadis riwayat Al-Asyakin)

Tip-tip menghadapi peperiksaa,

Tuesday, May 4, 2010

Hah!!pejam celik-pejam celik dah masuk fatrah imtihan.Mesti kengkawan tengah sibuk mebaca ye.Tapi ana nak berkongsikan tips2 untuk menghadapi peperiksaan.Biarlah ianya tak seberapa cuma ambillah walaupun sebutir mutiara agar boleh dibawa bersama dengan pembelajaran kalian...Sama-sama kita upgrade kemampuan diri ye(^_^)


1. Malam sebelum exam, tidur dalam keadaan tenang. Jangan gelabah atau risau atau takut.

2. Sehari sebelum exam semak kad pengenalan,matrix serta butir-butir lain yang penting dadn isi dalam beg siap-siap.


3. Pastikan semua alat tulis lengkap. Kalkulator, jangka lukis, benang (geografi), dan protractor pastikan disertakan sekali.


4. Banyak-banyak doa sebelum tidur.
5. Kalau sempat, tiap-tiap malam masa exam tu amalkan tahajud.


6. Jika diizinkan, puasalah. Kalau tak dapat, cukuplah mengajak ibu bapa berpuasa.


7. Minta maaf pada semua orang termasuk rakan-rakan, famili, kerabat serta kenalan yang lain.


8. Doakan kejayaan untuk rakan-rakan juga.


9. Mulakan setiap paper dengan bismillah. 

Itulah perkataan pertama yang terkeluar bila anda sentuh kertas soalan dan perkataan alhamdulillah perkataan terakhir yang keluar bila pengawas kutip kertas soalan.

10. Tawakal kepada Allah. Tawakal di sini bermaksud, jaga hubungan baik anda dengan Allah, ibu bapa, rakan-rakan. Istiqamah dalam setiap amalan dan jangan putus-putus berdoa. Insyaallah.


Good Luck ya!!
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

Archives

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews