♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Sekadar peringatan bersama

Saturday, March 27, 2010

Baca dan fahami.....
then baca attachment tambahan dalam artikel ini.....
Pastu FORWARD pada rakan2 - supaya dapat menyebarkan maklumat

Semoga anda di rahmati Allah dalam perkara saling ingat mengingati sesama muslim..... amin




Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya


ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut

kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah

kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti

wilayah persekutuan telah mengeluarkan

fatwa
bahawa ' segala tugu-tugu itu

serta pembinaannya adalah haram....

ciri-cirinya menyerupai berhala...dan

melawatnya juga adalah haram.. '

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia

digazetkan bermakna tindakan undang2

boleh dikenekan kepada sesiapa yang

melawat tugu kebangsaan!

Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka

akan

keputusan itu maka disuruhnya pihak

mufti menarik balik fatwa itu... Setelah

berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu

menarik balik fatwa itu.... Maka pihak

atasan
telah menarik balik gazet

tersebut maka apa yang tinggal ialah

fatwa sahaja...
tiada tindakan undang2

yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2

ini boleh mendatang syirik...

Beliau berkata... ' bawalah dosa anda

sebesar langit dan bumi kepada Allah dan

Allah mungkin akan mengampunkannya

tetapi jika terdapat walau


sedikit/ sebesar zarahpon dosa syirik

maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...'

dan kata beliau lagi... ' walaupun kita



tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita

'redha' atau tidak melakukan apa2,


berdiam diri, maka kita juga akan


mendapat dosa tersebut iaitu
dosa syirik...'

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam

perbincangan dosa syirik ini ialah nama

negeri perlis iaitu perlis indera

kayangan... ' Menurut kamus dewan...

indera bermaksud nama tuhan hindu

manakala kayangan bermaksud tempat di

mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna


sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. '

Menurut beliau... Nama perlis ini juga

mendatangkan dosa syirik.... Perkara

terakhir yang dibincangkan ialah isu


perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan

Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak


boleh dipakai jika ia bertentangan

dengan undang2 yang telah dinyatakan di

dalam perlembagaan termasuklah undang2


hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. ..



Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan

membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll..

2.Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3.Mereka yang berdiam diri.

4.MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM

HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)



Dengan ini selesailah tanggungjawab saya..


Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN

yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu


ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu
adalah :

1) AL-IMAN

2) AL-WASAYA

3 ) AL-TAJASU

4) DANAL-MUSLIMOON


Jangan sesekali layari laman web ! www.thequran. com.. (Father Zakaria) kerana

segala isinya adalah palsu. Sebarkan mesej ini kepada umat

Islam seramai

yang mungkin!!!




Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM....jika sebaliknya.. .
nauzubillah. ..

Tanah Rakyat Palestin Tergadai

Thursday, March 25, 2010


Khamis, 25/03/2010 – Setiausaha kerajaan Zionis membayangkan bahawa Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu berazam akan mengisytiharkan beberapa projek pembinaan penempatan baru di seluruh bandar al-Quds dan Tebing Barat, sekembalinya dari lawatan yang sedang dilakukannya ke Amerika Syarikat.

Tzvi Hauzer berkata dalam satu temubual dengan radio Zionis pada hari Selasa (23/3): “Secara khusus ia berkait rapat dengan masalah masa mengisytiharkan projek-projek penempatan tersebut, kerana keputusan dibuat sebelum ini untuk mengubah dan menangguhkan masa pengisytiharan seperti ini sehingga berbetulan dengan lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat.

Beliau juga menegaskan dalam kenyataannya bahawa tidak berlaku perubahan pada polisi pembinaan penempatan yang dijalankan oleh Israel di bandar al-Quds. Cuma kerajaan Israel tidak berniat untuk terlibat dalam pertembungan yang boleh dielakkan dan ia tidak mahu mengisytiharkan projek-projek pembinaan penempatan baru berbetulan dengan lawatan Netanyahu sebagai mempersendakan Washington.

Ayuh sahabat, bersamalah kita berjuang dan membantu saudara kita di sana.Mereka mengharapkan bantuan dari kita.Sama-samalah kita berdoa agar Allah membantu mereka...

sumber : http://palestinkini.info/

Tips Menghafaz Al-Quran

Friday, March 12, 2010

aSSALAMualaikum, apa khabar kalian semua..Lama agaknya tidak mendengar berita dari kalina semua..Mesti ada yang dah bersalin..hihi..lawak je..Hah mesti kengkawan yang baru mengambil result tu ada yang happy ada yang rasa nak terbang, n tak lebih kurang ada yang rasa kecewa..Janganlah berasa terlalu sedih sangat.Kalian dah berusaha dan itulah hasil yang kalian perolihi.Hisablah kembali apa yang tak kene dalam perancangan dahulu dan perbaikinya dalam masa akan datang.Hidup ini mesti diteruskan.

Disamping ini saya teringin mengkongsikan sedikit bahan bacaan yang telah saya baca.Rasa macam baguz plak kalu saya kongsi bersama kalian.Niat ni mesti baguz punya.Sape yang tak nak.

Sebenarnya menghafal al-Quran ni bukanlah sukar sangat,yang penting kemahuan dan cita-cita mengatasi segalanya.


1-BETULKAN NIAT


Ramai orang yang menghafaz al-Quran tidak menjaga niat mereka. Ada diantara kita yang menghafaz al-Quran semata-mata untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran. Perkara ini banyak berlaku dipusat pengajian tinggi yang menghafaz hanya sekadar untuk meluluskan diri dalam peperiksaan.Dari sudut peperiksann itu adalah normal dan amat baik tetapi dari sudut keagamaan ia bertentangan dengan konsep penghafazan al-Quran. Sebenarnya, kita mesti menjaga niat menghafaz al-Quran hanya untuk meraih keredhaan ALLAH, semoga ia mampu menolong kita untuk memasuki Jannah-Nya dan mendapat keampunan buat diri dan seluruh keluarga kita,amin.


2-ISTIQAMAH

Setiap ibadat itu, perlukan sifat istiqamah atau berterusan. Di dalam penghafazan al-Quran, istiqamah merupakan asas tunjang yang amat kuat. Tanpa istiqamah, PERCAYALAH, hafazan seseorang itu akan rosak dan hilang begitu sahaja. Para penghafaz sudah tentu tahu hukum menghafaz al-Quran kemudian diabaikan sehingga lupa. Sebagai contoh, istiqamah dalam muraja'ah atau mengulang sejuzuk sehari,insyaALLAH hafazan kita akan ingat berkekalan jika ISTIQAMAH.


3-BERAMAL

Beramal dengan setiap ayat yang dihafaz adalah salah satu syarat untuk menjadi penghafaz cemerlang. Setiap ayat mestilah difahami maknanya dan diteliti takwilnya agar kita mendapat kefahaman yang betul berlandaskan syariat. Sebahagian ayat al-Quran menyeru melakukan kebaikan dan sebahagian lagi menyeru meninggalkan kemungkaran. Oleh itu ,berpeganglah dengan apa sahaja yang diperintahkan al-Quran, mengikut kemampuan yang kita miliki. Kita akan dapati betapa manisnya nikmat menghafaz al-Quran jika kita tahu kelebihannya.


4-PERDENGARKAN BACAAN KEPADA TEMAN

Gunakan sedikit masa yang ada untuk memperdengarkan bacaan kepada teman (yang juga menghafaz al-Quran) kerana ini akan menjaga hafazan agar tidak mengalami kesilapan.
Kita mungkin tidak sedar jika kita membaca dengan silap. Jika diteruskan kesilapan itu takut akan bertapak dengan kuat dihati kita.Ini akan mengundang masalah untuk membetulkannya.Tetapi jika selalu diperdengarkan kepada teman-teman insyaALLAH kesilapan akan dapat diperbaiki sebelum melekat di ingatan.


Kan Sejuk lihatnya!!i


5-SETIA PADA SEBUAH AL-QURAN

Mungkin ini pelik bagi orang biasa, namun tidak pelik bagi penghafaz al-Quran.Tabiat suka menukar al-Quran masa ke semasa boleh menganggu hafazan kita. Ia akan memeningkan kita dari segi mengingati struktur ayat, kerana setiap al-Quran mempunyai pelbagai saiz. Ia juga mempunyai perbezaan dari segi waqaf dan sebagainya. Ini akan membuatkan kita ragu dengan hafazan sendiri. Seeloknya, kita mesti tetap berpegang kepada satu al-Quran sahaja sehingga hafazan kita benar-benar kukuh dan bersemadi di hati. Disamping kita menetapkan fokus struktur ayat, ia juga akan menjadi berkat.


6-ULANGI BACAAN SETIAP HARI

Bagi memantapkan hafazan, kita wajib mengulang hafazan lalu setiap hari, jangan sesekali menjalani hidup tanpa muraja'ah kerana ini akan melunturkan hafazan sedikit demi sedikit. Kata seorang ulama', sehari kita meninggalkan al-Quran seminggu dia akan meninggalkan kita, seminggu kita meninggalkannya sebulan dia akan meninggalkan kita pula, apatah lagi jika meninggalkan sebulan, maka setahun jadinya. Perkara ini sudah tentu dirasai penghafaz al-Quran. Jadikanlah ia sebagai pedoman agar kita tidak meninggalkan muraja'ah.


7-ULANGI BACAAN DLM SOLAT


Mengulang hafazan didalam solat seharian akan menguatkan ingatan kita terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz. Jangan biasakan diri membaca ayat-ayat lazim sahaja, biasakan diri membaca surah-surah yang telah dihafaz dalam solat. Ini akan mengukuhkan lagi ingatan hafazan kita, kerana waktu itu kita tidak memegang al-Quran ditangan,dan akan menjadi khusyuk di dalam bacaan dan berusaha untuk membacanya dengan baik supaya tidak merosakkan pahala solat kita. Ini adalah salah satu latihan buat huffazul Quran agar membiasakan diri mengulangi tanpa berpegang kepada kitab al-Quran kerana orang yang mengulang hafazan tanpa al-Quran ditangan lebih hebat dari yang mengulang dengan al-Quran ditangan.

Sebagai panduan yang bukan sahaja untuk semua malah para hamlatal Quran lainnya. Sesungguhnya nikmat kemanisannya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

sumber>>MissIslam

Kadang Kala.....

Wednesday, March 10, 2010





Kadang kala...

Kadang kala

ketika kita menangis

tiada orang nampak tangisan kita


Kadang kala

ketika kita sedang menderita

tiada orang nampak derita kita


Kadang kala

ketika kita risau

tiada orang nampak kerisauan kita


Kadang kala

ketika kita gembira

tiada orang nampak kegembiraan kita

-

-

-

-

-

-

-

-

-

tapi kalau KENTUT!! Sekali je cukup....



Semua orang tau!!

Hahahaha!!

GOTCHA!!!

Korang ingat ni nak buat cerita menyayat hati ker?

 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews